PARADIGMA POLITIK BARU

Dr Chandra : Anwar Gila Kuasa

KUALA LUMPUR 28 Jun – Sifat gila kuasa yang dimiliki Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakibatkan Ketua Pembangkang itu sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai angan-angannya menjadi Perdana Menteri.

Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Chandra Muzaffar berkata, Anwar sedang menghadapi situasi mental berikutan kegagalan pakatan pembangkang menerima mandat rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Beliau yang pernah berganding bahu dengan Anwar ketika mengasaskan PKR memberitahu, Anwar berpegang teguh pada angan-angannya itu dan akan melakukan sesuatu bagi menggagalkan pihak yang menang.

“Kami yang lama mengenali Anwar tahu matlamat hidupnya yang ingin menjadi Perdana Menteri.

“Saya sendiri tidak faham bagaimana Anwar boleh begitu yakin pakatan pembangkang boleh memenangi PRU-13 dengan menjadikan bilangan penyokong yang menghadiri ceramah sebagai kayu pengukur kerana keyakinan itu tidak berasas,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Chandra mengulas kenyataan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang menyifatkan Anwar sebagai pemimpin yang mempunyai imaginasi sangat melampau kerana masih ingin menjadi Perdana Menteri meskipun pakatan pembangkang kalah dalam PRU-13.

Tambah Chandra, Anwar akan terus berpegang pada keyakinan tidak berasas itu selagi ada pihak yang menyokongnya dari belakang.

“Namun, saya berpandangan, sokongan terhadap Anwar dari dalam dan luar negara kini semakin merosot,” ujarnya.

Dalam pada itu, bekas rakan seperjuangan Anwar semasa mengasaskan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ismail Mina Ahmad menyifatkan Penasihat PKR tersebut sebagai seorang yang khayal.

Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) menjelaskan, keputusan PRU-13 secara logiknya menyebabkan Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri.

“Bagaimanapun sifat Machiavellinisme pada diri Anwar mendorongnya menggunakan pendekatan sosiologi termasuk menganjurkan demonstrasi jalanan seperti yang disarankan penulis Barat, Gene Sharp bagi membantah keputusan PRU-13.

“Kita bimbang kecelaruan akan berlaku dalam masyarakat ekoran pengaruh mobilisasi sosial yang didalangi Anwar,” katanya.

Ismail Mina turut berpandangan, pengaruh Anwar tidak boleh dipandang remeh kerana beliau mempunyai jaringan luas dan hati cukup keras untuk melaksanakan perancangannya -Utusan

4 Comments

  1. razron says:

    Alimedanbaru, anda betul..all right!

  2. Anonymas says:

    Tengok, kawan baik dia dah ramai yang tinggalkan sisi dia…dan yang paling baru Jusuf Kalla. Udah le tu Pak Syeikh….bertaubatlah….kalau Allah nak timpa bala kat kita, bila-bila ja boleh jadi..

  3. melihat gelagat says:

    Selagi hayat dikandung badan Anwar akan tetap ingin jadi Perdana Menteri. Lebih-lebih lagi dengan dukungan kuasa asing dan networtkingnya yang dibina sekian lama. Alhamdulillah sisi gelap perjuangan Anwar sedang diselak oleh Jusuf Kalla. Muga masyarakat Indonesia yang masih menyokong Anwar akan tau siapa sebenarnya Anwar. Orang Islam yang beriman lazimnya menerima takdir Allah. Mencari jalan yang salah untuk mengatasi kuasa Allah adalah suatu hal yang pelik. Manusia boleh merancang tetapi ketentuan datang dati Allah. Melawan ketentuan Allah akan membawa bala’ yang lebih besar.

  4. alimedanbaru says:

    Peribahasa Arab sebut, kalau berkawan dgn penjual minyak wangi, dapat juga tempias wangi dari minyak wangi. Kalau berkawan dgn tukang besi, duduk dekat dgn nya terasa juga panas bahang api.Kalau berkawan dengan orang bela babi dan makan babi, lama-lama dapatlah sakit gila babi.. kalau berpolitik maka jadilah gila (babi) kuasa.. itulah penyakit yg sedang menimpa parti mata satu dan parti bulan adanya.. betul ke tak?

Leave a Comment

 

— required *

— required *