Wartawan Utusan Tidak Dibenar Buat Liputan Majlis Angkat Sumpah Adun P.Pinang

AIDCNews – 28/06/13 – Foto yang dirakamkan The Star menunjukkan seorang wartawan Utusan Malaysia sedang memegang kad bertulis “Ketelusan telah mati di sini” dan berlegar-legar di hadapan pintu pagar bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di George Town apabila beliau tidak dibenar masuk membuat liputan berita berkenaan majlis angkat sumpah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang.

Menurut Bernama Kejadian itu berlaku kira-kira 9.30 pagi apabila wartawan berkenaan Mohd Firdaus Ismail memohon pas lawatan untuk masuk ke perkarangan DUN.

Firdaus berkata, pengawal keselamatan enggan memberikan pas lawatan masuk ke DUN dan memberitahunya ia adalah atas arahan pihak atasan.

“Pengawal DUN tersebut telah memberitahu saya bahawa wartawan Utusan tidak dibenarkan masuk ke DUN untuk membuat liputan,” katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Katanya, beliau membuat protes secara keseorangan hari ini sebagai meluahkan kekecewaan terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang sebelum ini sering melaung-laungkan kebebasan akhbar.

Firdaus berkata sebelum ini, wartawan Utusan juga pernah dilarang membuat liputan persidangan DUN selepas satu usul larangan tersebut dibentangkan dan dipersetujui.

“Tetapi, kini telah masuk penggal baru untuk persidangan DUN, mereka seharusnya membentangkan usul baru dan usul yang lama telah tamat tempoh,” katanya.

Speaker DUN yang baru, Law Choo Kiang ketika diminta mengulas perkara itu berkata, kejadian itu berlaku akibat kesilapan pengawal keselamatan bangunan DUN yang masih menguna pakai arahan lama.

“Saya ingin menjelaskan bahawa kejadian itu berlaku atas kesilapan teknikal pengawal DUN dan saya berjanji perkara sedemikian tidak akan berlaku lagi pada masa hadapan,” katanya.

Katanya, beliau akan menjemput wartawan tersebut untuk membuat liputan persidangan DUN Selasa depan.

7 Responses to “Wartawan Utusan Tidak Dibenar Buat Liputan Majlis Angkat Sumpah Adun P.Pinang”

  1. songsang

    Jul 01. 2013

    Hahahahahaha…..memang adil sangat sangat…..sama rata sama berat. Mana hilang semua kambig kambing tambatan. Baru hangpa tau

    Reply to this comment
  2. Anonymas

    Jun 30. 2013

    Tahniah kerajaan Penang…anda dapat Maharaja Cao Cao

    Reply to this comment
  3. mamu perak

    Jun 29. 2013

    Dap cakap pasal adil,demokrasi dan sbgnya tetapi depa lah Parti Kuku besi

    Reply to this comment
  4. KadukTechnoLogik

    Jun 29. 2013

    sindrom maharaja caligula…… dizaman rom purba….. caligula berpura alim mengharamkan sex bebas dan liwat…. tetapi dia adalah peliwat tegar…

    Reply to this comment
  5. alimedanbaru

    Jun 29. 2013

    Tak perlu beri liputan pun, bukan ada berita sensasi pun. Yang kekal sensasi kuda sewa Pakatan iaitu Pas dah kena tambat talinya , takkan jadi Exco.. makan rumput je lah..

    Reply to this comment
  6. usop wilcha

    Jun 29. 2013

    TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA PAS…. jasa anda sangat dihargai di Pulau Pinang…ha..ha..ha..

    Reply to this comment
  7. Kassim Selamat

    Jun 28. 2013

    Parti PAS dpt HAMPAS……. lebai malang!!! Masih tak sedar diri lagi ke…

    Reply to this comment

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE