PKR Sedia Letak Calon PRK DUN Kuala Besut

AIDCNews – 28/06/13 – PKR menawarkan diri untuk meletakkan calon dalam Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, kata Pengerusi parti peringkat negeri, Azan Ismail

Azan Ismail dilaporkan Sinar Harian berkata, PKR mempunyai calon berpotensi untuk bertanding di kawasan tersebut yang sebelum ini ditandingi calon Pas, Napisah Ismail.

“Saya yakin Pas akan pertimbangkan calon daripada PKR. Bagi memperbaiki kedudukan di Terengganu, adalah baik Pas beri pertimbangan calon PKR di situ,” katanya.

Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dilaporkan Utusan Malaysia menyelar sikap Sikap tamakkan kuasa yang ditunjukkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim tergesa-gesa mahu merampas kerusi DUN Kuala Besut selepas penyandangnya, Dr. A. Rahman Mokhtar meninggal dunia.

Ahmad Shabery berkata, sikap yang ditunjukkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut jelas tidak menghormati keluarga Allahyarham yang masih bersedih.

“Saya rasa Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu bersabar dahulu kerana bagi kami perlu hormati keluarga arwah yang masih sedih atas pemergian Allahyarham.

“Inilah sikap orang politik pembangkang, baginya itu adalah perkara yang menggembirakan, kemudian tunjuk sikap tamak untuk terkam kerusi di situ,” katanya

Beliau mengulas kenyataan Anwar semalam bahawa kerusi yang dikosongkan Allahyarham itu merupakan peluang terbaik kepada pembangkang merampas kembali kawasan berkenaan.

Kenyataan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu diluahkan semalam iaitu pada hari A. Rahman meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah akibat komplikasi paru-paru.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu, Allahyarham menang terhadap calon Pas, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

Allahyarham mendapat 8,809 manakala Napisah (6,375 undi).

Shabery yang juga Ahli Parlimen Kemanan berkata, calon bagi kerusi tersebut hanya akan diputuskan selepas keadaan reda bagi menghormati keluarga Allahyarham.

“Bagi saya, ini masih waktu bersedih untuk kami,” katanya lagi.

Jelasnya, sebarang perbincangan tentang nama calon tidak wajar dilakukan sekarang memandangkan pihak keluarga masih bersedih dan perlu menunggu notis dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tentang kekosongan kerusi tersebut.

“Kami belum fikir pasal calon, masih terlalu awal,” katanya.

2 Responses to “PKR Sedia Letak Calon PRK DUN Kuala Besut”

  1. naw

    Jun 29. 2013

    Arwah Dr Rahman baru saja meninggal…puak2 politik pembangkang tak segan2 ingin mengambil kesempatan dari kematian rakan politik mereka kerana nak berkuasa, MasyaAllah. Keluarga arwah masih bersedih tapi puak2 ini bergumbira kerana inilah peluang mereka untuk merebut kerusi demi kelangsungan politik duniawi mereka. Agaknyalah mereka ini saban hari mendoakan kematian berlaku bagi wakil2 raykat dari BN Terengganu kerana kerusi yang dimenangi BN agak tipis.
    Menarik PRK Kuala Besut kali ini…

    Reply to this comment
  2. alimedanbaru

    Jun 29. 2013

    Ini negara demokrasi. Pakatan pun bukan kahwin cara sah, yang sahnya duduk serumah tanpa sijil nikah. So, bertandinglah . Kalau Pas bantah pasti kena belasah juga dengan puak-puak PKR, alasannya Pas dah kalah di situ maka bagilah peluang PKR tebus ketewasan tersebut. Sebenarnya Kuala Besut, adalah satu alasan munasabah untuk Pas bertalak tiga dgn Pakatan kalau perebutan kerusi terjadi.. kepada Pas nak tunggu alasan mana lagi.. ada beranikah berdiri atas tapak bulan alone! Cukup-cukuplah jadi kuda sewa, kesian kami tengok.. macam orang bodoh!

    Reply to this comment

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE