Bekas Pegawai Khas MB Selangor Dipenjara Dua Tahun, Dua Sebatan

SHAH ALAM, 27 Jun – Bekas pegawai khas kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dihukum penjara dua tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tuduhan menipu bagi mendapatkan sumbangan Majlis Sambutan 100 Hari Pakatan Rakyat, lima tahun lepas.

Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah membuat keputusan itu terhadap Mohd Yahya Mat Sahri, 46, selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen di sini membebaskan tertuduh pada Mei 2011.

Abdul Alim bagaimanapun membenarkan permohonan peguam Ahmad Nizam Hamid, yang mewakili Mohd Yahya, untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Rayuan.

Hakim kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Azah Kasran hadir bagi pihak perayu.

Pada 20 Mei 2011, Hakim Azhaniz Teh Azman Teh melepas dan membebaskan Mohd Yahya daripada tuduhan itu selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mohd Yahya dituduh menipu Presiden Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) Datuk Abdul Karim Munisar untuk mempercayai bahawa Sekretariat Pakatan Rakyat memohon sumbangan bagi menampung pembiayaan majlis sambutan itu di Gardenia Coffee House, Quality Hotel di sini pada 4 Jun 2008.

Tertuduh, selaku pengarah program acara itu, dituduh dengan curangnya mendorong Abdul Karim untuk menyerahkan RM50,000 kepadanya sebagai sumbangan, sedangkan Abdul Karim tidak akan melakukannya sekiranya tidak diperdayakan sedemikian.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat dan boleh juga didenda.

Seramai 28 saksi pendakwaan termasuk Menteri Besar Selangor dan lapan saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan – Bernama

5 Responses to “Bekas Pegawai Khas MB Selangor Dipenjara Dua Tahun, Dua Sebatan”

  1. HAMSOR

    Jun 28. 2013

    alang-alang dah dapat kuasa, try la plak nak dapat duit lebih..dah kantoi, kena la masuk penjara dan kena sebat lak tu…kui 3x..dia ni tak cukup mengaji dgn Nuar dan Jemin camana nak kebas duit tapi tak kantoi..

    Reply to this comment
  2. alimedanbaru

    Jun 28. 2013

    Selagi yang mengurus dinamakan manusia, tiada siapa yang boleh mendabik dada mengatakan bahawa dia dan kumpulannya bersih dan tidak buat kotor. Mereka yang mengata selalunya ternyata lebih teruk dari yang kena kata.. berani buat berani tanggung.. senang didunia dgn cara salah yg pasti merana dan menyesal tak sudah dialam akhirat..wallahualam.

    Reply to this comment
  3. Anonymas

    Jun 28. 2013

    Bukan main gilang gemilang sambutan 100 hari, ada amoi menari-nari pulak. Orang tertanya-tanya, sampah tak terurus, manifesto tak tepati tapi sambutan 100hari gilang gemilang…

    Reply to this comment
    • usin lempoyang

      Jun 28. 2013

      Habis..bila lagi nak ‘mengebas’..ini ler masa nya..(sempena 100 hari kemenangan..)

      Reply to this comment
      • cucutokleman

        Jun 28. 2013

        Inilah sebahagian dari sampah-sampah yang dihasilkan oleh PKR….. Nuar!!! Tolong aku Nuar!!! Jemin!!! mana kau…..

        Reply to this comment

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE