Nurul Izzah : Anwar, Kit Siang Juga Dihalang Ke Sabah

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata beliau percaya bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga adalah Ketua Umum PKR serta pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang adalah antara pemimpin pembangkang yang dilarang ke Sabah.

Katanya, maklumat itu diperolehinya semasa ditahan oleh anggota imigresen yang menahannya daripada memasuki Sabah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu malam semalam.

“Mereka (pegawai imigresen) cuba mengelak apabila saya bertanyakan beberapa soalan, tetapi saya percaya mereka bertindak mengikut arahan yang diberikan.

“Daripada maklumat ringkas itu, saya difahamkan Anwar termasuk (yang dilarang ke Sabah) dan juga Lim Kit Siang. Menurut mereka, Lim diberi masuk berdasarkan pas sekali masuk sahaja,” kata Nurul yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai pada sidang media, di sini, hari ini.

Tegasnya, sebagai rakyat Malaysia, mereka sepatutnya mempunyai hak untuk memasuki negeri itu kerana ianya termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia.

“Hak saya selaku warganegara Malaysia termaktub di bawah Seksyen 67 Akta Imigresen 1959/63:67. Hak untuk masuk ke negeri Malaysia Timur bagi menjalankan hak-hak politik.

“Seksyen 66 (1) hendaklah tidak berkuatkuasa dalam hubungan dengan seseorang warganegara yang memasuki negeri Malaysia Timur hanya untuk menceburkan diri dalam aktiviti politik yang sah; tetapi beban membuktikan bahawa seseorang itu berhak memasuki negeri Malaysia Timur di bawah seksyen ini terletak ke atasnya,” katanya.

Oleh itu, kata Nurul Izzah beliau akan menulis surat rasmi kepada pejabat Menteri Besar untuk membuat aduan dan mdemohon senarai mereka yang dilarang ke negeri itu.

“Malah permohonan saya untuk mendapatkan senarai nama mereka yang terlarang ditolak atas sebab-sebab kerahsiaan. Tiada alasan lain diberikan dalam tangkapan dan penafian masuk saya ke Sabah.

“Sekiranya saya dianggap mengancam keselamatan warga Sabah, maka kemukakan rasional serta penjelasan atas dakwaan tersebut,” katanya.

Menurut Nurul Izzah lagi, beliau juga akan mencabar keputusan larangan itu di mahkamah dan pasukan peguamnya akan diketuai oleh Ahli Parlimen Penampang, Darell Leiking yang juga adalah ahli PKR.

Katanya, kes itu akan difailkan di Kota Kinabalu apabila siap kelak.

Nurul Izzah juga berkata beliau telah berhubungan dengan Pengerusi BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan yang juga pernah mencabar keputusan melarang dirinya memasuki Sarawak oleh Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud di mahkamah.

Ambiga gagal dalam permohonannya kerana kes beliau difailkan di Semenanjung dan bukannya di Sarawak – Antarapos

11 Responses to “Nurul Izzah : Anwar, Kit Siang Juga Dihalang Ke Sabah”

  1. PaLuT

    Jun 03. 2013

    Senang jer maksudnya; NOT WELCOME! Orang dah tak sudi, terima ajelah hakikatnye.

    Reply to this comment
  2. chloe

    Jun 02. 2013

    Perlu ingat kalian penceroboh ld seksa mayat2 perwira kita. Jgn fikir mereka tidak boleh buat begitu jg kpd penduduk2 dsana dan kepada kita juga.
    Laknatullah. Mcm syiah sj mereka ini

    Reply to this comment
  3. alimedanbaru

    Jun 02. 2013

    Ok ok ok, kita bagi lah si Nurul ke Anuar ke LK sIAL ke keSabah, tatapi lokasinya hanya di Lahad Datu, kerana rakyat sabah di sana banyak yang nak bersoal jawab dan bermesra dengan mereka.. biarkan diorang ke sana, amacam ok

    Reply to this comment
  4. Amin

    Jun 01. 2013

    Hei Setan kecik Nurul Izzah, kamu juga yg menjaja Freedom, sekarang terimalah prinsip Freedom yg sdg diamalkan Immigrasi Sabah.

    Jgn hanya pandai ckp, tapi bila kena batang hidung dah tak boleh angkat pulak! Sialan kamu ini…

    Reply to this comment
  5. Angela

    Jun 01. 2013

    This lady has no political rights in Sabah. Not only she has no political rights in Sabah, she has no right to file a case in Sabah since she does not represent the people of Sabah. She represents her father, and her various missions to Penampang before GE13 had spread hatred among the people there, to the extent that the long serving MP there was defeated. The feeling of hatred against the Federal Government became very intense in Penampang. This is in itself a National Security issue. Her presence there is a threat to National Security since she represents a party that has been responsible for illegal political rallies in Tanah Melayu, and it is her intention to spread the same culture in Sabah, although she can categorically deny it. But what she did in Penampang before GE13 is evident of her intention. She must well remember that the Deputy IGP is from Sabah.

    Reply to this comment
    • samad

      Jun 02. 2013

      Well Done Angela.I hope the so called MP for Lembah Pantai read your comments.Budak hingusan lagi dah beriya iya sangat nak sue semua orang.Its running in a family…Sad and pathetic nurul izzah

      Reply to this comment
  6. alimedanbaru

    May 31. 2013

    Kalau Nurul Izzah nak tunjuk hebat sangat bawa kes tak dapat masuk Sabah kemahkamah, APA KATA KAWAN-KAWAN, KITA JUGA DESAK PEGUAM NEGARA/ MAHKAMAH MALAYSIA PERCEPATKAN KES KIRAM DAN PENDURHAKA YG BERKAITAN DENGAN KES LAHAD DATU.. SETUJU TAK? Kalau aku jadi rakyat Sabah , aku pun phobia dengan anak beranak Anuar ni, entah nak buat konspirasi baru ke.. ehh jangan bagi masukkkk

    Reply to this comment
  7. Anonymas

    May 31. 2013

    Aku dengar perkara ni ada kaitan dengan khabar angin terbaru yang ‘askar Kiram akan menyerang kali kedua’. Mungkin mereka nak berjumpa wakil Kiram di Sabah untuk buat ko-ordinasi? heh…

    Reply to this comment
  8. Azam

    May 31. 2013

    Orang yang menjadi pengkhianat dan pencetus huruhara memang patut tak dibenarkan masuk. Ingat betapa susahnya tentera kita menggadai nyawa untuk mengamankan negara. Dia orang senang2 aje mencucuk sana sini bagi orang merusuh. Ingat sabah, ingat kiram, ingat anwar, ingat suku sakatnya…..

    Reply to this comment
  9. National Security

    May 31. 2013

    Sepatutnya anak -beranak ni ,si anwar dan nurul izzah di sumbat dalam jel dengan talibarut sebab pengacau dan huruharakan negeri dan menggugatkan keselamatan rakyat ,,,,tangkap je sebab mengancam National Security ….atau Keselamatan Negara….

    Reply to this comment
  10. Warisatuliman2010

    May 31. 2013

    A.w.w. handai taulan. Sepatutnya Nurul Izzah, Anwar, Kit Siang dan pengkhianat2 agama, bangsa dan negara yg lain2 tu diusir sahaja dari bumi bertuah ini, bukan setakat dilarang ke Sabah, kerana telah mencetuskan sentimen permusuhan kaum selain pecah-belah sesama ummah setelah para pemimpin silam berusaha gigih dgn tumpahan darah, keringat dan air mata untuk memupuk kesepakatan dan semangat setiakawan berdasarkan kepada intisari Perlembagaan Negara. Nurul Izzah tak usah berlagak mulia kerana bermain politik kotor hasil didikan bapanya al-Munafik. Wassallam.

    Reply to this comment

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE