Himpunan 505 – Provokasi Supaya Tercetus 13 Mei

AIDCNews – 13/05/13 – Seperti diramal sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13), jika pembangkang tewas mereka akan melakukan provokasi supaya berlakunya pertumpahan darah di kalangan rakyat di negara ini.

Kini ramalan itu benar-benar diterjemahkan dalam bentuk ‘himpunan 505′ yang didalangi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Lapan badan bukan kerajaan (NGO) Kedah dilaporkan Antarapos hari ini membuat laporan polis membantah perhimpunan memainkan isu perkauman di Selangor, Perak dan Pulau Pinang anjuran pemimpin Pakatan Rakyat dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan segera demi keselamatan negara.

Badan Generasi Prihatin, Persatuan Hizbah Malaysia, Perkida Daerah Kota Setar, Persatuan Silat Garuda, Persatuan Penjaja Kecil Kedah, Belia 4B, Badan Bertindak Selamatkan Kedah dan Persatuan Ibu Tunggal Parlimen Kuala Kedah membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar pada 10.30 pagi ini.

Yang Dipertua Persatuan Silat Garuda Malaysia Mansor Ahmad berkata, Anwar dan Kit Siang sengaja membangkitkan isu-isu perkauman melalui road show mereka di Stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor, Ipoh, Perak dan Padang Kota, Pulau Pinang baru-baru ini.

“Saya sangat kecewa walaupun PRU dah habis, mereka timbulkan pula isu perkauman kerana tidak puas hati dengan keputusan PRU lalu. Isu ini boleh menyebabkan perbalahan antara kaum.

“Saya dan badan-badan NGO yang lain tidak akan berdiam diri dengan cubaan mereka untuk menghuru-harakan keamanan negara. Kami akan berada di belakang kerajaan untuk bersama-sama mengatasi isu ini supaya keselamatan rakyat Kedah dan Malaysia terjamin,” katanya.

Sebenarnya itulah yang Anwar dan Kit Siang hajati, mereka sengaja buat provokasi supaya Melayu-Islam bangkit ‘melawan’ supaya tercapai matlamat mereka-politik tidak stabil dan huru-hara dalam negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dilaporkan Bernama berkata, pihaknya tidak mahu keadaan huru-hara berlaku, sebaliknya akan memastikan suasana yang aman bagi membolehkan kerajaan persekutuan dan negeri beroperasi mengikut amalan demokrasi berpandukan sistem perundangan negara.

Beliau berkata, polis tidak mahu sistem pentadbiran negara diserang disebabkan ada pihak yang cuba menentang perlembagaan negara menerusi perhimpunan provokasi yang dibuat pihak tertentu.

“Kita baru sahaja selesai proses pemilihan demokrasi dan rakyat telah buat pilihan. Saya ingatkan orang ramai jangan cuba nak cabar undang-undang kerana polis sentiasa memantau,” katanya.

Anwar semasa berceramah di Ipoh semalam meminta para penyokongnya khususnya bukan Melayu agar jangan takut dengan ‘tragedi 13 Mei’ sebaliknya meraikan hari tersebut sebagai satu bentuk perayaan.

“Biarlah 13 Mei menjadi hari baru untuk semangat yang baru di Malaysia, menolak semua bentuk perkauman,” katanya dilaporkan FMT.

Ketua Umum PKR itu turut menyeru semua kaum untuk “menyelamatkan negara”, katanya, “Jika anda percaya (dalam perpaduan semua kaum), kemudian menyelamatkan negara anda, menyelamatkan masa depan anda, menyelamatkan keluarga anda. Hentikan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan membuang pemimpin-pemimpin yang sombong.”

Peristiwa 13 Mei merujuk kepada tragedi berdarah rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 yang mengorbankan 196 orang dengan 439 orang lagi cedera, 39 orang hilang dan 9,143 individu ditahan, lapor mynewshub.

Ketika berlakunya tragedi berdarah 1969, Anwar ketika itu adalah penuntut Pengajian Melayu (Sastera) di Universiti Malaya sedang sibuk berkempen anti-Tunku (Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj), manakala Kit Siang pula sibuk meniupkan api perkauman atas kapasitinya Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen DAP di bandar Melaka.

Bekas Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj ketika menulis buku bertajuk “Sebelum dan Selepas 13 Mei”, berkata, kata-kata provokasi yang dilakukan Komunis secara melampau merupakan asas tercetusnya peristiwa hitam negara, 13 Mei 1969.

Untuk menyemarakkan lagi gelombang perkauman, pihak pelampau Komunis kata Tunku telah menyerap ke dalam Parti Buruh dan menganjurkan satu perarakan seorang pemuda Cina yang mati terbunuh sebagai ‘Pahlawan Merah’.

Perarakan mayat ‘Pahlawan Merah’

Tunku Abdul Rahman juga turut mendedahkan penglibatan seorang pemuda Melayu bernama Syed Hamid Ali (adik kepada Syed Husin Ali, bekas Presiden PRM), Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya antara individu yang terlibat aktif dalam penganjuran perarakan mayat ‘Pahlawan Merah’ itu.

Baca selanjutnya, sila klik di sini

Dalam bab “Mabuk Kemenangan” dan “Api Menyala Malam”, Tunku menceritakan secara terperinci detik-detik berdarah berlakunya tragedi 13 Mei.

Selepas Keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-3 diumumkan pada 10 Mei 1969 yang membuktikan Parti Perikatan (sekarang Barisan Nasional) berjaya memenangi keputusan undi dengan 66 kerusi (UMNO-51, MCA-13 & MIC-2) menewaskan pembangkang yang mendapat 37 kerusi (DAP -13, PAS-12, Gerakan-8 dan PPP-4), pembangkang khususnya parti berasaskan kaum Cina, DAP dan Gerakan mula menyusun ‘perarakan jalanan’ untuk merayakan kemenangan mereka itu.

Dalam PRU itu, meskipun parti pembangkang tewas kepada Perikatan, namun berlaku peningkatan drastik sokongan kaum Cina terhadap DAP dan Gerakan.

DAP menyambut kemenangan PRU di jalanan 1969

Ketika itu pembangkang tidak bergabung dalam satu kumpulan sepertimana Pakatan Rakyat hari ini kerana parti-parti pembangkang ketika itu bergerak mengikut prinsip parti masing-masing.

Parti Gerakan dan DAP berkempen atas manifesto yang hampir sama iaitu menentang hak istimewa Bumiputera yang ditetapkan oleh Artikel 153.

Oleh kerana penentangan kedua-dua parti ini secara agresif terhadap hak istimewa Bumiputera, maka DAP dan Gerakan disokong penuh oleh pengundi Cina.

Baca selanjutnya, sila klik di sini

DAP & 13 Mei 1969

Resipi ‘Bazin’ Di Malaysia ?

12 Responses to “Himpunan 505 – Provokasi Supaya Tercetus 13 Mei”

  1. untuk pengetahuan adik adik dan abang dsai semasa dalam kabinet dulu dialah bapak rasuah sehingga hendak menjualkan negara kita kapada penynagak mata wang israel,jgn lupa……tu,nasib kita mempunyai perdana menteri yang bijaksana.cina apa tahu nya hendak kuasa je……

    Reply to this comment
  2. mari lah kita berjihat demi bangsa,agama dan negara,wahai anak anak muda belia jangan lah kamu ditipu dan dibohongi oleh manusia yang tamak kuasa,tinggal lah mereka yang tak pernah insaf tu dah gila nampaknya

    Reply to this comment
  3. pejuangmelayuislam

    May 15. 2013

    bangkitlah para mujahidin melayu islam…! bersiaplah kita utk berjihad menentang golongan kafir dn munafik ini biar dgn darah sekalipun demi kesucian islam dn bangsa melayu di bumi bertuah ini.

    Reply to this comment
  4. Ahmad Zack

    May 14. 2013

    Anwar kata “Hentikan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan membuang pemimpin-pemimpin yang sombong”, semasa dia jadi TPM, agak2 siapa yang sombong dan paling banyak melakukan rasuah & penyalahgunaan kuasa? Dia ni cuma satu je yang dia pandai.. buat demo, dari muda sampai ke tua sibuk berdemo… Malaysia takde demo hanya ketika dia masuk 2 tempat: (1) UMNO, (2) Penjara.. Di harap Najib pilih Menteri Dalam Negeri yang kuat & berani, bukan yang “sayur” dan “pengecut”…

    Reply to this comment
  5. anak kgbr

    May 14. 2013

    Niat dia dari dulu hgga skrg itu la dia. To take over msia dgn cara komunisnya. Sedihnya d kgbr sudah ramai pas. Jika benar berlaku tidak kira bulan berapa pon pas tetak juga kah org melayu yg berada d kgbr nih. On whose side will they be? Penyewa rmh ibu saya sendiri penyokong pas adakah mereka akan tetak tuan rmh? Adik saya sendiri penyokong pas?

    Reply to this comment
  6. Siput

    May 14. 2013

    Arab Spring ala Msia in the making.

    Reply to this comment
  7. Kucing Dangdut

    May 14. 2013

    Reply to this comment
  8. Warisatuliman2010

    May 14. 2013

    A.w.w. handai taulan. Sudah tiba masanya pihak berkuasa bertegas dgn undang2 yg sedia ada utk mengekang segala bentuk pengkhianatan al-Munafik dan konco2nya agar majoriti rakyat yg tidak terbabit selamat daripada kejahatan kelompok desperado ini. Wassallam.

    Reply to this comment
  9. Tai Khai Eong

    May 14. 2013

    Kerajaan tolong buat sesuatu untuk atasi semua ini.

    Reply to this comment
  10. zizan

    May 14. 2013

    Satu dunia buat laporan polis pun tak guna sbb PM kita takut nak ambil tindakan terhadap pembangkang sebab nak jaga populariti. Jadi tak payah buang masa buat laporan polis.

    Reply to this comment
  11. Anonymas

    May 13. 2013

    “sebaliknya meraikan hari tersebut sebagai satu bentuk perayaan”
    masya-Allah, Pak Syeikh dah gila ke? Ada ka orang nak sambut tragedi sebagai perayaan? Eh agaknya apa kau rasa kalau orang buat sambutan pada 9/11 atau ulangtahun Highland Towers? Patut tak benda ni dirayakan? Petualang negara, inilah dia.

    Reply to this comment
  12. sman

    May 13. 2013

    Anak muda mata sepet bodoh kena tipu dek tua bangka macam LKS dan Anwar.

    Reply to this comment

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE