Kisah Si Jambu Anwar, Ismail Harun

Anwar Ibrahim dan Ismail Harun(kanan)

AIDCReveal – Masih ingat lagi foto kabur  ‘lelaki itu’ yang pernah didedahkan sebelum ini ? Lelaki dalam foto kabur itu bernama Ismail Harun atau Ismail Mat Rabi. Foto itu diambil daripada rakaman pengakuan Ismail yang dibuat pada tahun 1998. Anwar kenal Ismail.  Anwar panggil lelaki bertubuh sasa itu dengan panggilan manja sebagai ‘Mail’.

Ismail Harun @ Mat Rabi @ Mail

Pada tahun 1998, Ismail telah ditangkap polis untuk disoal siasat berkenaan hubungan ‘intim’nya dengan Anwar Ibrahim. Bagaimana polis dapat tahu hubungan Ismail dengan Anwar ?

Kisahnya bermula daripada penangkapan adik angkat Anwar, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja dan rakan sepermainan ‘tennis’ Anwar, Datuk S. Nallakarupan. Datuk Nalla ditahan pada 19 Ogos 1998. Klik di sini dan Klik di sini. Melihat petunjuk penangkapan Dato Nalla, Sukma Darmawan pula merasakan terancam. Dia mengadu perkara itu kepada abang angkatnya Anwar. Anwar meminta adik angkatnya berdiam diri, kerana beliau masih berkuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Pada 2 September 1998, Anwar dilucutkan jawatannya sebagai  Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan ahli UMNO, dan Sukma semakin terancam. Isyaratnya terlalu jelas dan dia terus menelefon kakaknya Komaladewi Sasmitaatmadja di Jakarta supaya segera datang ke Malaysia. Ramalan Sukma tepat kerana pada 6 September 1998, Sukma pula ditahan polis, Di Lot 10, Shopping Kompleks, Kuala Lumpur (tempat salah satu ofis Sukma) ketika sedang berbincang dengan kakaknya, Komaladewi.

Dato Nalla (kiri) ditangkap 19 Ogos 1998 dan Sukma Darmawan(kanan) ditangkap 6 September 1998

Sukma dedahkan identiti Ismail

Menurut sumber dalaman, Sukma Darmawan ditahan dilokap yang berhampiran dengan Dato Nalla untuk proses soal siasat di Bukit Aman. Ketika masa terluang dari proses siasatan, Dato Nalla berlari ke lokap Sukma, mengertak Sukma agar jangan menceritakan apa-apa kepada pihak polis.

“Awak jangan cerita apa-apa apabila disoal polis. Kalau cerita habis kau !”, gertak Nalla kepada Sukma yang ketika itu, rakan sepermainan tenis itu bermati-matian mahu mempertahankan Anwar.

Keesokan harinya, ketika Sukma berselisih dengan Dato Nalla di lokap, Sukma meminta maaf kepadanya kerana telah menceritakan kesemuanya kepada pihak polis. Dalam pengakuan Sukma itu, nama Ismail telah disebut.

Menurut Sukma, Ismail adalah adik angkatnya. Mereka pernah berjumpa di Taman Tun Dr Ismail. Ismail ketika itu berumur 23 tahun,  dan sering lepak dengan Sukma di pub belakang Lot 10, Shopping Kompleks, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Menurut Sukma lagi, dia memperkenalkan Ismail kepada Anwar dan mereka melakukan aktiviti homoseksual di rumah kediaman rasmi kerajaan (rumah TPM) di 47, Jalan Damansara, Damansara, Kuala Lumpur.

Akui Sukma : “Kami bertiga melakukan hubungan sejenis dengan cara oral dan onani tetapi saya berperanan hanya sebagai penonton. Dato’ Seri Anwar Ibrahim cuba meliwat Ismail tetapi ianya gagal kerana salah kedudukan. Ianya berlaku atau keadaan ini sebanyak tiga kali setiap minggu. Di kejadian ketiga saya tidak lagi melihat perhubungan beliau dengan Ismail kerana saya menunggu di bilik air. Semua kejadian ini berlaku di bilik tetamu (bilik tidur tamu) yang mana saya pun tidur di bilik ini apabila berkunjung di rumah ini (rumah kediaman rasmi TPM)“. Klik di sini

Ismail ketika itu masih menganggur dan bergantung kehidupan sepenuhnya kepada Sukma. Menurut Ismail, setiap kali aktiviti homoseksualnya dengan Anwar, dia akan meminta duit daripada Sukma. Sukma akan memberi wang kepadanya di antara Rm200-Rm300.

Ismail pernah memberitahu Anwar bahawa dia tiada pekerjaan. Pendapatannya hanya bergantung kepada Sukma. Atas keprihatinan itu, Anwar menghubungi sahabat rapatnya, Dato Nalla supaya memberi pekerjaan tetap kepada Ismail. Dato Nalla kemudiannya mengambil Ismail bekerja sebagai ‘pegawai tugas-tugas khas’ di Magnum Corporation, syarikat judi ketika itu Datuk Nalla adalah  Direktor Eksekutif yang bertugas khusus melayan semua kehendak  Anwar sebagai Menteri Kewangan.Klik di sini

Misteri Ismail selepas Anwar bebas 2004

Ramai yang menyangka Ismail sudah tidak wujud lagi, selepas rahsianya terbongkar pada tahun 1998 dan Anwar dipenjarakan selepas itu. Namun jangkaan itu meleset. Ismail berbeza dengan mangsa-mangsa liwat Anwar yang lain.

Sukma Darmawan (adik angkat Anwar), lari ke Indonesia. Munawar Anees (penulis ucapan Anwar) lari ke Amerika Syarikat. Meor Abd Razak (tukang jahit Wan Azizah) menyembunyikan diri setelah rakaman videonya bersama Anwar terbongkar.

Hairani Hj Nahfis (penulis pidato Anwar) melakukan taubat nasuha dan meminta bimbingan agama daripada ustaz Taib Azamuddin, bekas Imam Besar Masjid Negara. Manakala Azizan Abu Bakar (bekas pemandu peribadi Wan Azizah/Shamsida) kembali ke Melaka dan melakukan kerja asalnya sebagai pemandu peribadi seorang tokoh di negerinya itu.

Berbeza dengan Ismail, kehidupannya tidak banyak terdedah kepada umum. Tiada maklumat detail berkenaan dirinya menyebabkan dia menghilangkan diri tanpa diketahui umum.

Rasid Rosdi

Namun kemunculan Rasid Rosidi membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Shah Alam pada 13 Oktober lalu membuka satu lagi pintu misteri lelaki bernama Ismail.

Rasid mengakui mengenali Anwar sejak bersama-sama berada di  penjara Sungai Buloh. Rasid menjalani hukuman penjara selama setahun di Sungai Buloh pada 2001 atas kesalahan cubaan samun bersenjata di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

Manakala Anwar menjalani hukuman enam tahun penjara di Sungai Buloh setelah  Hakim Augustine Paul mendapati Anwar bersalah terhadap empat tuduhan rasuah menyalahgunakan kuasa untuk melindungi hubungan seks peribadinya. Hakim Mahkamah Tinggi itu membuat keputusan pada 14 April 1999. Klik di sini

Semasa di dalam penjara, Rasid  mendakwa, dia telah diberikan kerja untuk menjaga kebersihan bilik Anwar, menghantar pakaian ke dobi dan mengambil makanannya dari dapur untuk dihantar kepada Anwar.

Dakwanya, dia juga menemankan Anwar untuk membuat senaman ringan di sebelah petang dan menyediakan air panas ketika pintu sel dikunci.

”Selepas keluar dari penjara, atas cadangan Anwar saya diberikan kerja sebagai penghantar surat di pejabat peguam beliau, Sankara Nair selama setahun. Selepas Anwar dibebaskan pada 2004, saya dipanggil untuk bekerja dengan beliau sendiri sebagai pembantu di kediamannya di Bukit Damansara (rumah lama).

Selepas bekerja lebih kurang tiga tahun di kediamannya, saya berhenti seketika dan kemudiannya menyambung kembali tugasan di pejabat peribadi Anwar di Petaling Jaya selepas Pilihan Raya Umum 2008,” dakwanya dalam akuan bersumpah itu. Klik di sini.

Rasid sebut nama Ismail

Dalam pengakuan bersumpah itu juga Rasid turut menyebut nama Ismail. Afidavit Rasid menyebut dia pernah membawa
seorang lelaki dikenali sebagai Ismail ke kondominium
yang berlaku aktiviti homoseksual terhadap Saiful. Kondominium yang dimaksudkan itu adalah Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Anwar turut meminta Rasid membelikannya KY Jelly sebelum membawa Ismail ke kondominium itu. Klik di sini

Ketika itu, pegawai-pegawai Anwar di pejabat Ketua Umum hanya tahu Anwar mempunyai ‘tempat mesyuarat rahsia’ tetapi tidak tahu lokasi tempat tersebut. Kecuali hanya Mohd Saiful Bukhari, Rasid Rosidi dan Ismail yang mengetahui lokasi ‘mesyuarat rahsia’ itu.

Setelah disemak secara teliti, Ismail yang disebut dalam afidavit Rasid telah disahkah sebagai individu yang sama dengan Ismail Harun, mangsa liwat Anwar yang dibongkar pada tahun 1998.

Menurut sumber dalaman, Rasid telah dua kali membawa Ismail ke kondominium rahsia itu. Anwar akan arahkan Rasid mengambil Ismail di satu-satu lokasi yang ditetapkan kemudian membawa Ismail ke kondo itu untuk menemui Anwar.

Seperti biasa, sebelum mengambil Ismail,  Rasid diarahkan untuk membeli KY Jelly untuk dibawa bersama lelaki itu. Selepas sampai di kondo itu, Rasid akan tinggalkan Ismail bersendirian dengan Anwar  dan selepas ‘selesai’, Rasid akan menghantar Ismail pulang ke rumahnya.

Itulah tugas-tugas pelik yang perlu dilakukan oleh Rasid sepanjang pengkhidmatannya dengan Anwar Ibrahim.

Setelah kes Saiful dibicarakan di mahkamah, sekali lagi Ismail melarikan diri tanpa pengetahuan umum. Khabarnya kini, dia bermisai dan berjanggut untuk menyembunyikan identitinya dikenali oleh orang awam.

Apa agaknya kesudahan episod Ismail ini……

10 Responses to “Kisah Si Jambu Anwar, Ismail Harun”

  1. Hafiz

    Apr 08. 2011

    Bukankah kita sedari dalam nyata @ mungkin terlupa bahawa mahkamah Akhirat yang terbaik taktala mulut terkunci dan semua anggota berkata-kata dengan kebenaran nyata lagi mutlak.
    Itu adalah satu KEPASTIAN!

    Reply to this comment
  2. Pelita Zaman

    Mar 28. 2011

    Salam,

    Saya tahu tentang kemurkaan Allah terhadap orang yang mengaibkan saudaranya. Namun dalam kes Anwar ini dikira ‘menentang kemungkaran’.. Dari 1998 hingga Mac 2011, pelbagai bukti yang nyata namun mereka yang taksub sahaja membuta…

    Reply to this comment
  3. Jamal Hasan

    Feb 12. 2011

    Ramainya malaun ni simpan jambu. Tapi masa dlm penjara sibuk sangat tuduh kerajaan akan suntik virus HIV ke badan anwar. Kalau begini ramai jambu dia tak payah suntik virus HIV pun bolih dapat. Tapi kalau dia hidap HIV tentu tuduh kerajaan yg suntik. Tengok muka pun dal lebam birat. Rasa nya wan azizah tahu tak atau dia yg beri kebenaran sebab mungkin………

    Reply to this comment
  4. Hamba Allah juga

    Dec 20. 2010

    betul tu saudara kuzir.
    ini berkaitan jenayah atau homoseksual yang memang bertentangan dgn undang2 negara ni apatah lagi dlm agama Islam.
    lebih lebih lagi melibatkan org yang diibaratkan ‘sesetengah’ puak sebagai anugerah tuhan yang akan diangkat mereka untuk memimpin sebuah negara yang majoritinya Islam.
    apa yang saya perhatikan, puak anugerah tuhan ni juga gemar bercerita kisah silam rosmah.
    jadi, ia tak menunjukkan puak anugerah tuhan ni lebih baik daripada puak yang bukan anugerah tuhan sbb tindakan mereka sama sahaja. :D
    cumanya kisah silam rosmah tu rasanya bukan ler satu jenayah.
    aktiviti homoseks beb!!! laki sama laki.. hua hua hua

    Reply to this comment
  5. kuzir

    Dec 18. 2010

    wahai HambaAllah,ini bukan mendedahkan aib org tapi kita membicarakan tentang satu kes jenayah.. aib ni apabila kita berbicara tentang kekurangan seseorang sehingga buatkan si pulan itu malu..tp yg kita bincangkan skrg ialah hal jenayah..klu ini dikira aib,lebih baik setiap jenayah rogol,curi bunuh jgn lagi kita perkatakan.kalau kita tengok si pulan tu rogol seorang perempuan, kita diam-diam je la yek? jgn kita bagitau sesape…camtu ke?

    Reply to this comment
  6. Hamba Allah

    Dec 12. 2010

    Fakta-fakta yang diberikan masih tidak boleh dipercayai 100%… seandainya benar sekalipun, beringatlah bahawa Allah amat murka kepada mereka yang membuka aib saudara seislamnya.

    Dilaporkan oleh Saalim berkata ayahnya bahawa Nabi (SAW) bersabda “Sesiapa yang menutup aib saudara muslimnya maka Allah akan menutup aibnya di akhirat”
    (riwayat Tirmizi disahihkan oleh Al-Albani).

    Saya cadangkan kalau benar Anwar itu bersalah dan tidak mengikut ajaran Islam sebenar, why don’t tuan sendiri pergi berjumpa dengan beliau atau masuk facebook ke through other kind of media untuk menasihati anwar? At least membantu juga saudara Islam kita tu instead of posting uncertain, dubious facts… :)

    Reply to this comment
    • anwarism ahai

      Jan 23. 2011

      ulama sudah beri nasihat kepada bang nuar tapi tidak berkesan

      Reply to this comment
      • Ahmad

        Jan 24. 2011

        Tutup2 pun last2 pecah tembelang, tak boleh nak tolong dah bila orang2 dah celik dan mula berkata2. Cuba rujuk ucapan Anwar kat LSE pasal pluralisme. Makin lama makin tersingkap kain pelikatnya…

        Reply to this comment
  7. Glory

    Dec 04. 2010

    menarik…

    Reply to this comment
  8. Ababyl79

    Dec 03. 2010

    Pendapat aku orang bernama Ismail itu masih diberi upah duit oleh Anwar bukan untuk membuat hubungan diluar tabie lagi tetapi untuk menutup mulut & menghilangkan diri(sembunyi). Lubang kunyit dalam negara sekarang sudah tentu sangat ditakuti oleh Anwar untuk digerudi, sebab itu Anwar kerap kali suka keluar negara. Betapa enaknya lubang kunyit Indonesia sehingga Anwar memuji-muji batik Indonesia & merendahkan batik Malaysia disebabkan kekecewaan Anwar payah mendapat lubang kunyit Malaysia.

    Apakah lubang kunyit Indonesia suka pakai baju batik? Mungkin ada lubang kunyit Indonesia gemar mengajak Anwar pergi bershopping mencari batik termahal & berkualiti semasa Anwar berkunjung ke sana.

    Reply to this comment

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE