PARADIGMA POLITIK BARU

Khalid Belum Pasti Jadi MB Selangor – Azmin

AIDCNews – 07/05/13 – Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali dilaporkan Malaysiakini berkata, Tan Sri Khalid Ibrahim belum dipastikan akan disambung menjadi Menteri Besar Selangor kerana semuanya bergantung kepada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang bakal diadakan dalam masa terdekat.

“Kami akan berbincang dan ikut keputusan pemimpin Pakatan. Kami akan pertahankan semangat kemuafakatan dan perundingan bagi memastikan ia semakin kuat di masa akan datang,” katanya dalam sidang media bersama pemimpin-pemimpin negeri Pakatan hari ini.

Isu kedudukan Menteri Besar itu timbul apabila PKR kini mendapat undi paling sikit di Selangor berbanding rakan Pakatannya dengan 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

PAS dan DAP kini mendapat lebih kerusi dengan masing-masing 15 kerusi.

Sementara itu, bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali dilaporkan Bernama berkata Pakatan Rakyat Selangor harus memberi peluang kepada PAS untuk menerajui negeri itu ekoran kejayaan parti itu memenangi kerusi majoriti di DUN dalam Pilihan Raya Umum ke-13 Ahad lalu.

Menurutnya Pakatan perlu membuka peluang kepada Pas untuk mengetuai kerajaan negeri Selangor yang pada penggal lalu diteraju PKR. Berbanding Pas, PKR kali ini hanya menambah satu kerusi kepada 14, sementara DAP pula menang 15 berbanding 13 kerusi pada 2008.

“PKR dah ada peluang lima tahun lepas, bagilah peluang kepada Pas. PKR kena berjiwa besar,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Hasan yang pernah menjadi Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Selangor sebelum dipecat daripada Pas pada Januari 2012, turut menggesa pakatan itu berpegang kepada semangat setiakawan.

Beliau merujuk kepada desas-desus jawatan Menteri Besar itu diintai oleh Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Hasan turut menyenaraikan nama-nama anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas yang layak mengisi jawatan itu, antaranya ADUN Sabak, Sallehen Mukhyi; ADUN Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman dan ADUN Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Melayu, Belia dan Sukan.

Sallehen, 46, ialah pendakwah bebas dan juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas Selangor manakala Mohd Khairuddin, 42, merupakan Setiausaha Perhubungan PAS Selangor dan Dr Ahmad Yunus, 48, ialah Yang Dipertua PAS Kuala Langat.

Abdul Khalid pada sidang akhbar di sini hari ini memberitahu calon Menteri Besar Selangor akan ditentukan oleh pucuk pimpinan pakatan dalam masa seminggu ini.

“Soal pentingnya bakal calon MB (Menteri Besar) mesti diterima dan diperkenan Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah),” katanya.

Siapa MB Baru Selangor, Khalid, Azmin Atau Calon PAS ?

7 Comments

  1. XX says:

    pas hanyalah kuda tunggangan pkr& dap.realiti yg diorang masih lg tak sedar2..syukurlah org2 pas kedah & beberapa parlimen di kelantan dh sedar

  2. fikrisoleh says:

    Saranan Dato Hassan Ali pada PAS harus dibaca begini – “Woi orang PAS yg bahlol. Sekaranglah masanya nak jadi MB. Bukan jadi kutu babi yang merempat. Gunalah otak. PKR bukan majoriti. Sultan pun lebih restui adun PAS … (bla,bla,bla).. jd MB”

    (Skdr imaginasi aku. Takde kena mengena dgn Dato Hassan.)

  3. sman says:

    Kalau Pas tidak di beri kerusi MB,ertinya kedudukan Pas tidak sama taraf dgn DAP dan PKR.

  4. fikrisoleh says:

    Kemungkinan besar PAS akan kemukakan Khalid Samad hahaha jgn terkejut bai. Otai parasit semua tumpas kecuali Khalid Samad. PAS = Parti ‘Apa Saja’, janji dapat kuasa.

  5. halim yunus says:

    Saya tidak yakin PAS diberikan hak untuk menjadi MB kerana adanya kuasa veto dari DAP yg dipanggil Abang Besar dlm Pakatan Rakyat..percayalah,PAS hanya mampu menghidu bau sahaja..

  6. ron95 says:

    jawapannya Assmin Ali ada teringin nak jadi MB la tu… klu gitu ler abih la Selangor. PAS? jangan harapla.. boleh Assmin adakan undang2 halalkan pasangan jilat lollipop ditandas-tandas awam seluruh negeri Selangor kini dah terkenal jadi syurga maksiat ala Danok!

  7. Tidak ada tempat untuk PAS…..besar kemungkinan hasrat PAS akan dipinggirkan!

Leave a Comment

 

— required *

— required *