Siapa Dony di sisi Anwar ?

AIDCReveal – Dony, pemuda Indonesia, sering kali menemani Anwar ketika Penasihat Umum itu mengadakan aktiviti di Jakarta. Berpewatakan lembut, kulitnya putih, tinggi, kurus, hensem dan sekali imbas seperti Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, bekas adik angkat Anwar yang pernah diberi bilik khas, semasa Anwar menetap di rumah kediaman peribadi di No 8, Jalan Setiamurni 1, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Setiap kali, Anwar tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta, Jakarta, pemuda Indonesia bernama Dony itu akan menyambutnya. Dilaporkan, Dony juga akan menguruskan tempahan bilik hotel penginapan serta menjadi pengiring peribadi Anwar.

Siapakah lelaki ini ? Pegawai khas Anwar di Indonesia seperti Aasil Kazil Ahmad yang menjadi pegawai khas Anwar di Washington ?

Ketika kolumnis Tom Yam buat pertama kalinya mendedahkan nama Dony dalam tulisannya bertajuk “Rahsia Anwar suka batik Indonesia”, seorang pelayar yang menggunakan nama ‘japnapari’ memberi respon; “Donny dikatakan menemani Anwar sewaktu hadir dalam satu majlis sempena Festival Gay, Q Jakarta..”

Semasa berlangsungnya Festival Gay Indonesia di Jakarta pada 24 September hingga Oktober 2010, pada tarikh yang sama, Anwar juga turut dilaporkan berada di Jakarta. Anwar menginap Hotel Four Season berdekatan dengan salah satu daripada pusat Festival Gay di Eramus Huis. Klik di sini

Seandainya benar dakwaan pengomen japnapari, siapa sebenarnya Dony sehingga sanggup megiringi Anwar menghadiri persidangan Festival Q, Jakarta itu ?

Menurut sumber, Dony merupakan anak kepada Komaladewi Sasmitaat Madja iaitu kakak kepada Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, yang pernah membuat pengakuan bersumpah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Abdul Karim Abdul Jalil, bahawa dirinya menjadi rakan homoseksual kepada abang angkatnya, Anwar Ibrahim.Klik di sini

Sukma Darmawan Sasmitaat Madja (kanan) bersama kakaknya, Komaladewi Sasmitaat Madja(kiri). Dony adalah anak saudara Sukma iaitu anak kakaknya, Komaladewi.

Ekoran pengakuan  itu, Sukma Darmawan dijatuhkan hukuman bersalah melakukan persetubuhan di luar tabie dan dikenakan hukuman penjara selama 6 bulan oleh Mahkamah Sekyen, Kuala Lumpur. Klik di sini

Sukma Darmawan dipenjarakan di Kajang bersama Ezam Mohd Nor yang didapati bersalah berkaitan dengan Akta Rahsia Rasmi (OSA). Klik di sini

Sukma Darmawan juga telah didapati bersalah bersubahat dengan abang angkatnya meliwat Azizan Abu Bakar, bekas pemandu peribadi Dr Wan Azizah di di unit No. 10-7-2, di Tivoli Villa,(milik Sukma),  Jalan Medang Tanduk, Bangsar, Kuala Lumpur pada satu malam, pukul 7.45, antara Januari hingga Mac 1993.

Sukma Darmawan diberi 'bilik khas' di rumah kediaman peribadi Anwar, di No 8, Jalan Setiamurni 1, Bukit Damansara

Selain mendapat bilik khas di rumah kediaman peribadi abang angkatnya, Sukma juga memiliki vila peribadi di Unit 10-7-2, Tivoli Villa, Jalan Medang Tanduk, Bangsar, Kuala Lumpur iaitu tempat Anwar bersama adik angkatnya, Sukma Darmawan dituduh bersubahat meliwat Azizan Abu Bakar pada tahun 1993.

Datuk Ariffin Jaka, Hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur yang mendengar prosiding itu selama selama satu tahun empat bulan akhirnya menjatuhkan hukuman bersalah kepada Sukma Darmawan dan abang angkatnya pada 8 Ogos 2000.

Anwar dihukum penjara sembilan tahun dan Sukma Darmawan dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan empat kali sebatan.Klik di sini

Sukma Darmawan yang pernah mendapat status kewarganegaraan Malaysia telah kembali ke negara asalnya, Indonesia, apabila kes liwat bersama abang angkatnya telah diketahui umum. Klik di sini dan di sini

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE