PARADIGMA POLITIK BARU

PSSGM : Anwar Dilucut Gelaran ‘Ketua Imam Khalifah’

AIDCNews – 02/05/13 – Datuk Seri Anwar Ibrahim dilucutkan gelaran ‘Ketua Imam Khalifah’satu anugerah yang diberikan oleh Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) kepada Ketua Umum PKR itu pada tahun 2007.

Pelucutan itu diumumkan oleh Waris Keturunan Mutlak Mahaguru PSSGM, Datuk Siti Fadzilah Meor Abd. Rahman dalam sidang akhbar khas di

Keputusan itu dibuat kerana trend terkini perjuangan Anwar sudah tersasar daripada matlamat perjuangan Silat Seni Gayong.

“Selepas membuat kajian terperinci, kita dapati Anwar dengan jelas menyokong agenda lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan fahaman pluralisme agama yang sangat bercanggah dengan perjuangan silat gayong termasuk mentaati Tuhan, setia kepada raja dan pemimpin negara serta beramal baik.

“Saya selaku anak dan waris mutlak seni silat gayong yang diasaskan oleh Mahaguru Silat Seni Gayong, Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman dengan ini menarik semula anugerah ini,” katanya.

Turut hadir dalam sidang media itu adalah Timbalan Imam Khalifah PSSGM Negeri Sembilan, Datuk Dr. Ishak Hassan dan Pengasas serta Pemegang Amanah Yayasan Beladiri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohamad Fairus Khairuddin.

Jurucakap PSSGM berkata, pihaknya tidak perlu menghantar sebarang surat pelucutan kepada Anwar kerana tiada keperluan berbuat demikian kerana sudah mengumumkan kepada media.

“Selain itu, berdasarkan aku janji dalam pertubuhan PSSGM, sebarang pelakuan yang tidak selari dengan perjuangan pertubuhan itu akan dilucutkan apa-apa anugerah yang diberi sebelum ini secara automatik.

“Apa yang diperjuangkan Anwar sekarang jelas menyalahi tatasusila sebagai seorang pemimpin gayong kerana telah melanggar ikrar dan perjuangan silat seni gayong,” jelasnya.

Antarapos turut melaporkan Fadzilah berkata Anwar telah gagal mengotakan janjinya kepada PSSGM yang dibuat sebelum ini.

Antaranya adalah berjanji untuk menjaga anak-anak gayong, melawat makam dan tempat tinggal Datuk Meor dan mengadakan kenduri kepada semua anak-anak Gayong.

Kata beliau, berbeza dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah mengotakan janji melalui penubuhan Yayasan Datuk Meor Abdul Rahman.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Najib kerana mengotakan janji dengan menubuhkan Yayasan Datuk Meor Abdul Rahman dan membantu pergerakan Silat Seni Gayong di seluruh negara.”

5 Comments

  1. HAMSOR says:

    Anwar tak main silat gayong..dia pakar silat goyang..tanya sama Shida, apa sbb goyang..nanti jawab Shida, Anwar yg goncang !

  2. Dapigs says:

    Gelaran al-juburi mmg tu ANUwar…dulu..kini dan selamanya…hahaha…

  3. chloe says:

    En babi eh sori en baba. Buat mcm mana pon masih tidak boleh hilang totally. D atas dan bawah kuku masih akan ada bekas2 kehitaman. Melainkan anda mahu potong terus kuku anda. Boleh juga nak buat begitu klau tringin sgt jari anda kudong. Undi itu rahsia.

  4. Laksa Johor says:

    Anwar tak payah bimbang. Walau apa pun terjadi, gelaran “Al Juburi” yang dianugerahkan oleh Mat Sabu kepadanya tidak akan dilucutkan daripadanya untuk selama-lamanya.

  5. baba says:

    Padanlah Izzah yakin beno, dakwat kekal boleh hilang kalau kena cara tekniknya….

    idup izzah!!!!
    kasi hilang kesan dakwat!!!!
    idup izzah!!!!
    kasi hilang kesan dakwat!!!!
    idup izzah!!!!
    kasi hilang kesan dakwat!!!!
    idup izzah!!!!
    kasi hilang kesan dakwat!!!!
    idup izzah!!!!
    kasi hilang kesan dakwat!!!!
    idup izzah!!!!
    kasi hilang kesan dakwat!!!!
    idup izzah!!!!
    kasi hilang kesan dakwat!!!!