PARADIGMA POLITIK BARU

Bantahan Ceramah Ambiga Di Gereja

SEREMBAN: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantah penganjuran forum berkaitan PRU-13 dihadiri Pengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga, di sebuah gereja di sini, kerana menganggap menyalahgunakan rumah ibadat untuk tujuan politik.

Pengerusi Kelab Perhubungan Rakyat 1Malaysia, R Rajandaran berkata, pihaknya tidak mahu agama dan politik dicampuradukkan melalui program demikian.

“Jika satu pihak menggunakan rumah ibadat untuk tujuan politik, pihak lain akan menggunakan kaedah sama.

“Apabila ini berlaku, lama kelamaan kecelaruan berlaku dan tidak baik untuk sebuah negara berbilang kaum dan agama,” katanya ketika ditemui bersama kira-kira 100 ahli kelab itu yang membuat bantahan secara aman di luar gereja itu, di sini.

Rajandaran berkata, pihaknya juga membuat laporan polis membantah penganjuran forum berkenaan di gereja itu serta menegaskan semua pihak perlu menghormati kemuliaan rumah ibadat dan bukan dipergunakan untuk sebarang tujuan berkaitan politik.

Ambiga tiba di dewan gereja itu kira-kira jam 11 pagi untuk menyampaikan ucapan, namun seorang pegawai penguat kuasa kempen pilihan raya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kawasan Parlimen Rasah terlebih dulu berjumpanya.

Pegawai berkenaan mengingatkan Ambiga supaya tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang melarang kempen politik di rumah ibadat – Mymetro

Tunku Aziz : BERSIH – Anwar Ditaja Dana Asing

Ambiga Akui Sertai Ceramah Pembangkang

6 Comments

  1. taufan says:

    Fuyooo… PAS ada peluang bagi ceramah dalam Gereja. Mantap! Tolong pecah belahkan masyarakat Kristian pulak!

  2. sengang says:

    nampaknya macam ada agenda menyemarakkan api keagamaan seperti yang berlaku diMesir!!!!

  3. chloe says:

    Betul.. klau d US mmg tiada chan nak buat begini. Tapi ini la salah satu cara nak cucok2 memulakan havoc dgn cara senyap.

  4. Lim Lynn says:

    Jangan risau Ambiga pro LGBT dan gereja itu memang akan kena pala daripada LORD Jesus Christ nanti.

  5. songsang says:

    Nak tendang buat apa….kan lani depa dah kawin dap kawin pas dan pkr. bagi lahanat itu semua boleh tak salah pun….tapi kalau orang lain buat depa tak senang dok.

  6. Anonymas says:

    Sama macam PAS jugak, perguna rumah ibadat. Ambiga tu pulak, pro-LGBT kenapa berada dalam gereja? LGBT tu melanggar syariat agama Kristian jugak, kalau di Amerika dah lama dia ditendang keluar oleh kongregasi gereja.

Leave a Comment

 

— required *

— required *