PARADIGMA POLITIK BARU

Buku : Mengapa Kami Tinggalkan Anwar

zulkiflee Bakar – ARENA politik negara sememangnya berubah sejak September 1998, apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada UMNO dan kerajaan.

Sejak detik itu, negara tidak pernah aman, demonstrasi jalanan diadakan hampir setiap minggu atas alasan memperjuangkan nasib Anwar yang kononnya teraniaya.

Anwar mempunyai ramai orang kanan yang dianggap hebat dan berpengaruh, mereka ini boleh disifatkan sanggup mati demi beliau.

Bagaimana kebenaran tetap kebenaran, ia tidak boleh ditutupi dengan kepalsuan apatah lagi kebatilan, wajah sebenar Anwar semakin terdedah sama ada dari segi perjuangan politik mahupun peribadi.

Berikutan itu, dari semasa ke semasa semakin ramai orang-orang kanan beliau meninggalkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Mereka meninggalkan Anwar bukan kerana kepentingan politik, jauh sekali kerana kepentingan peribadi, sebaliknya atas dasar kebenaran dan tidak mahu bersekongkol dengan seorang individu yang mereka sifatkan mempunyai masalah dalam segala segi.

Buku Mengapa Kami Tinggalkan Anwar – Pengakuan Bekas Sahabat & Pemimpin PKR boleh dianggap bahan terbaik kepada orang ramai untuk mengetahui kisah di sebalik kenapa Anwar ditinggalkan.

Buku setebal 110 muka surat ini, memaparkan satu demi satu pendedahan dan pengakuan bekas-bekas orang yang pernah rapat dengan Anwar.

Antara bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari, Bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bahru yang juga bekas Peguam Anwar, Zulkifli Nordin, Bekas Timbalan Presiden PKR, Dr.Chandra Muzaffar, Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd.Noor dan ramai lagi.

Membaca satu persatu pendedahan mereka, pembaca akan dapat menilai dengan fikiran yang waras kenapa Anwar sememangnya patut ditinggalkan.

Contohnya, Dr.Chandra berkata, beliau meninggalkan perjuangan bersama PKR, bukan sahaja kerana masalah moral atau peribadi tetapi juga kerana hubungan Anwar dengan pihak luar yang cukup meresahkan beliau.

Ruslan Kassim pula yang pernah memegang jawatan sebagai Ketua Penerangan PKR membuat keputusan untuk ‘angkat kaki’ selepas melihat parti itu semakin hilang arah.

Ezam pula selain mendedahkan kewujudan surat yang tulis oleh Anwar kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad pada September 1998, turut menjelaskan kepada beliau terpaksa meninggalkan Anwar.

Jelas Ezam, beliau meninggalkan Anwar dan PKR pada Ogos 2010 bukan kerana mengejar pangkat dan wang ringgit, tetapi kerana mempertahankan prinsip Islam dan sebab masalah moral yang dihidapi Anwar.

Hakikatnya, banyak lagi pendedahan menarik dalam buku tersebut tentang Anwar yang patut diketahui oleh orang ramai.

Oleh itu, ketika rakyat Malaysia berada di ambang untuk keputusan penting bagi masa depan negara melalui Pilihan Raya Umum Ke-13 ini, adalah wajar jika buku dibaca bagi membolehkan mereka mengetahui siapakah Anwar sebenar.

Langkah itu bagi membolehkan mereka membuat penilaian adalah wajar seorang pemimpin seperti Anwar yang diragui peribadinya oleh bekas orang-orang kanan dan rapat dengan beliau dipilih menerajui negara ini.

Mungkin akan ada pihak menganggap ini satu lagi gerakan untuk memfitnah Anwar, tetapi kebenaran bukanlah satu fakta yang boleh direka, sebaliknya kepalsuan yang tidak mampu bertahan lama, inilah yang memungkinkan buku ini terhasil.

15 Comments

  1. Yati says:

    Boleh tau mcm mana cara nk beli buku ni? Ada jual di mana?

  2. songsang says:

    Depa nihh kena liwat sama kot…dok defend menegakkan benang yang basah

  3. enamkay says:

    Realiti dlm kehidupan bila mencari sifat sebenar seseorang tanyalah pada kawannya bukan musuhmya…ramai nama2 diatas menceritakan pengalaman dan padangan ketila rapat dengan Anwar ketika susah…mereka berjuang bersama Anwar dari jalanan hingga ke penjara…peluh dan air mata bersama Anwar dgn penuh keikhlasan..alhamdulillah berkat doa dari mereka yang ingin mencari kebenaran Allah telah buka mata diorang…so kpd yg hanya kenal Anwar dari cd dan pentas ceramah pembangkang ambil iktibar dan buka mata yang paling penting nilai dengan hati terbuka utk elak dari hidup dlm fitnah dan dosa.

    • rabiahmdyusof says:

      SALAM.

      SANGAT SETUJU DENGAN PANDANGAN ENAMKAY. KENALI KELAKUAN SESAORANG MELALUI PELBAGAI ASPEK, BUKAN DI NILAI DARI SUDUT LUARAN SAHAJA. BUAT KAJI SELIDIK SEBELUM MEMPERCAYAI SESAORANG 100%. SELAMA INI KITA HIDUP DENGAN AMAN DAMAI, SELEPAS ANWAR DI PECAT OLEH YBHG. TUN DR MAHATHIR, NEGARAKU MENJADI TIDAK AMAN SEPERTI DULU. RAKYAT BERPECAH BELAH, BERPUAK-PUAK. SEDARLAH RAKYAT MALAYSIA. BUKALAH PINTU HATI DENGAN SELUAS2NYA…BELAJARLAH BERSYUKUR… ANDA SEMUA BERTUAH DILAHIRKAN DI BUMI MALAYSIA. JADI KENAPA HENDAK HANCURKAN NEGARA INI?

  4. naw says:

    Al-Madani satu hari akan tinggalkan Anwar juga apabila sudah baca buku ini. Kata al-madani, Anwar tidak didapati melakukan liwat kerana dia telah dilepaskan oleh mahkamah dan memerlukan 4 saksi. Al-Madani patut tahu apa keputusan hakim2 semasa melepaskan Anwar. Anwar dibebaskan tetapi TIDAK MESTINYA LIWAT TIDAK BERLAKU. Karpal pun dalam parlimen ada mengatakan Anwar meliwat, sehingga sekarang pun Karpal masih tidak menarik balik hansat tersebut. Jadi adalah baik buku ini dijadikan rujukan oleh Sdr al-madani…supaya sedar akan perlakuan idolanya.

    • Ana says:

      Naw, hakim mahkamah persekutuan tahu pada pertuduhan pertama Liwat 1, tuduhan Azizan diliwat, tetapi Tivolli Vila belum siap dibina.Defense team berjaya runtuhkan kes pendakwaan. Kemudian AG Allahyarham Mokhtar Abdullah mengaku kesilapan “typographical error” dimahkamah. SAC 1 Musa Hassan membuat rekaan baru, interview semula Azizan. Pertuduhan dipinda semula kepada suatu tarikh baru yg SAC1 Musa Hassan cadangkan kpd Azizan. Siapa yg kena Liwat? Azizan ke Musa Hassan? Dlm mahkamah Azizan mengaku tarikh baru diberikan oleh Musa Hassan mengambil kira tarikh selepas Tivolli villa siap setelah runtuhnya pendakwaan. Hakim Kangaroo court Mendiang Agustine Paul benarkan pertuduhan dipinda semula! Kes Liwat Anwar kenapa mesti big gun menjadi pendakwa iaitu AG Mokhtar Abdullah yg berkuasa meminda pertuduhan??? Jika Dr Mahathir tiada kepentingan utk penjarakan Anwar? Seluruh kekuatan AG chambers diguna kan utk menjadikan Anwar bersalah! Sebab itu pertuduhan beberapa kali dipinda utk pastikan Anwar bersalah! DPP Gani Patail dll top prosecutor di AG chambers di gunakan utk pastikan Anwar di penjara. Dlm kes tilam ASP Rodhwan, semua evidence dibuang dari rekod mahkamah setelah pendakwa gagal pertahankan hujjah pembela berdasar DNA ahli kimia 99.99% DNA Anwar, tetapi dari sumber percikan plasma pada tompokan tilam, bukan mani spt didakwa. Dlm mahkamah rayuan Anwar gagal. Dlm Mahkamah Persekutuan, Anwar dibebaskan undian 2:1. Walaubagaimanapun, ulasan hakim tidak boleh lari rekod bicara hakim Agustine Paul. Hujjah Hakim Mahkamah persekutuan Liwat berlaku hanya berdasarkan declaration oleh Hakim Agustine Paul bahawa “Azizan is a credible wtiness”. walaupun temberang & ubah tarikh ikut cadangan Musa Hassan! Hanya dgn credible witness sahaja boleh menjatuhkan Anwar bersalah. Tiada corroborative evidence, tiada rekod medical examination utk buktikan Anwar diliwat. Banyak hujjah pembelaan disekat / dihentikan oleh Hakim “irrelevant”. Pertuduhan yg dipinda tidak menggambarkan mencari keadilan, tetapi memastikan pertuduhan baru ditukar tarikh supaya sesuai dgn Tivolli Vila siap dibina utk pastikan Anwar bersalah. Oleh kerana rekod perbicaraan tilam yg diusung berpihak kpd pembelaan tetapi telah dibuang ( expunged) Dari rekod mahkamah, atas arahan Agustine Paul, ketiga2 hakim Mahkamah persekutuan tiada rekod utk review perbicaraan mahkamah tinggi yg berpihak kpd Anwar. Kalau awal lagi dah rekod kangaroo court, itulah rekod yg digunakan 3 hakim mahkamah Persekutuan. Siapa percaya??? Allahyarham Ustaz Fadzil Nor tak pernah percaya, termasuk TGHH & TGNA. Yg mula2 cakap 3 hakim kata Anwar Liwat ialah Tun Dr M. Saya tak pernah percaya. Ezam pun tak percaya. tapi tiba2 dia ada masalah hutang banglo kot? Tiba2 dia percaya apa yg Tun M. cakap.

      • nik ajih says:

        Berita Harian , Jumaat 15 Jun 2001

        10 sebab Anwar dipenjara
        Oleh Khirul Bahri Basaruddin

        KUALA LUMPUR, Khamis – Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ariffin Jaka memberikan 10 sebab beliau menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas didapati bersalah meliwat bekas pemandunya, Azizan Abu Bakar.

        Ariffin dalam penghakiman setebal 206 halaman menghurai dengan secara teliti keterangan sembilan saksi pendakwa dan 29 saksi pembela dalam 10 sebab mensabitkan kesalahan Anwar dan adik angkatnya, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja meliwat Azizan.

        Beliau yang membuat keputusan lisan menjatuhkan hukuman sembilan tahun penjara terhadap Anwar dan enam tahun penjara serta empat sebatan ke atas Sukma Darmawan pada 8 Ogos tahun lalu, mengedarkan penghakiman bertulisnya kepada media pada jam 3.45 petang di sini, hari ini.

        Ariffin menyiapkan penghakiman bertulis itu pada 30 April lalu dan diserahkan kepada pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah bagi membolehkan semua dokumen mengenai kes itu disusun sebagai rekod rayuan.

        Antara sebab mereka didapati bersalah ialah kerana;

        1. Pembelaan alibi kedua-dua tertuduh tidak meliputi keseluruhan Januari hingga Mac 1993 seperti yang dicatatkan dalam tuduhan. Pembelaan alibi mereka hanya meliputi dari 4 Februari hingga 31 Mac 1993 dan oleh itu, ia gagal.

        2. Pembelaan kedua-dua tertuduh bahawa mereka tidak pernah ke Tivoli Villas pada jam 7.45 malam di antara Januari dan Mac 1993 juga gagal berdasarkan keterangan Azizan yang diterima mahkamah sebagai benar dan boleh dipercayai.

        3. Pembelaan konspirasi untuk mengada-adakan bukti gagal dibuktikan dengan keterangan yang boleh diterima pakai dan meyakinkan.

        4. Pengakuan Sukma Darmawan dibuat secara sukarela.

        5. Kebenaran pengakuan itu (Sukma) berjaya dibuktikan terhadap kedua-dua tertuduh.

        6. Terdapat sokongan keterangan Azizan.

        7. Kewibawaan Azizan diterima mahkamah.

        8. Sukma Darmawan gagal menimbulkan keraguan terhadap kes bersubahat dengan Anwar. Terdapat cukup bukti dia bersubahat dengan Anwar melakukan perbuatan liwat ke atas Azizan.

        9. Keputusan mahkamah bahawa keterangan pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan kes pendakwaan.

        10. Mahkamah juga mendapati pendakwa berjaya membuktikan kesnya mengatasi keraguan munasabah terhadap kedua-dua tertuduh..

        Ariffin berkata, Anwar dan Sukma Darmawan disabitkan kesalahan meliwat Azizan kerana mereka gagal membuktikan pembelaan alibi yang mereka kemukakan kepada mahkamah.

        “Saya memutuskan berdasarkan kepada fakta bahawa alibi kedua-dua tertuduh tidak meliputi keseluruhan waktu di antara Januari dan Mac 1993 seperti dalam tuduhan.

        “Mereka hanya mengemukakan alibi dari 4 Februari hingga 31 Mac 1993 dan saya mendapati ia tidak lengkap dan menyebabkan pembelaan alibi mereka gagal,” katanya.

        Beliau berkata, mengikut tuduhan, kesalahan dilakukan pada jam 7.45 malam di antara Januari dan Mac 1993 dan Anwar hanya mengemukakan bukti alibi bagi tempoh 4 Februari hingga Mac 1993 tidak termasuk hari Sabtu, Ahad dan Isnin.

        “Kini kita hanya tinggal keseluruhan Januari hingga kepada 3 Februari 1993 untuk diambil kira. Anwar tidak mengemukakan sebarang bukti atau saksi untuk menunjukkan di mana dia berada pada Januari hingga 3 Februari 1993.

        “Oleh itu, saya mendapati pembelaan alibinya gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kesalahannya atau kebenaran kes pendakwaan,” katanya.

        Katanya, Sukma Darmawan juga gagal mengemukakan bukti dan saksi untuk menyokong pembelaan alibi di mana dia berada untuk tempoh Januari hingga Mac 1993.

        Ariffin berkata, sebab kedua beliau mensabitkan kesalahan terhadap kedua-dua tertuduh ialah selepas tidak dapat menerima penafian Anwar yang dia tidak pergi ke pangsapuri Tivoli Villas pada jam 7.45 malam di antara Januari dan Mac 1993.

        “Saya menolak penafian itu kerana keterangan Azizan serta pengakuan Sukma Darmawan yang meyakinkan dan mantap. Dalam pengakuannya, Sukma Darmawan menyatakan Anwar berada di Tivoli Villas ketika kejadian meliwat Azizan,” katanya.

        Sebab ketiga, pembela gagal membuktikan wujud konspirasi untuk mengada-adakan bukti selepas keterangan yang dikemukakan kepada mahkamah tidak meyakinkan serta boleh diterima.

        Katanya, Anwar mendakwa wujud konspirasi politik untuk mengada-adakan bukti terhadapnya dan jika dia berjaya membuktikan kebenarannya tertuduh itu berhak untuk dibebaskan.

        Ariffin berkata, Anwar memberi keterangan secara panjang lebar mengenai perbuatan salah laku beberapa menteri dan ahli politik serta komplot mereka untuk menjatuhkannya.

        Bagaimanapun, katanya, dakwaan Anwar itu tidak berasas kerana dia gagal mengemukakan sebarang bukti untuk menunjukkan wujud konspirasi politik menganiayanya.

        Berhubung sama ada pengakuan Sukma Darmawan itu dibuat secara sukarela atau tidak, Ariffin berkata mahkamah memutuskan ia dibuat secara sukarela dan kebenaran berjaya dibuktikan terhadap kedua-dua tertuduh.

        Selanjutnya, Ariffin berkata keterangan Azizan disokong dengan pengakuan Sukma Darmawan dan keterangan Anwar yang mengarahkan Azizan menarik balik pengakuannya diliwat oleh tertuduh.

        Katanya, walaupun dalam kes liwat laporan perubatan perlu dibuat oleh mangsa, dalam kes ini keterangan Azizan dan pengakuan Sukma Darmawan mencukupi untuk membuktikan terhadap perbuatan liwat.

        Berhubung hukuman penjara terhadap Anwar, katanya, sebagai pemimpin kedua dalam negara, Anwar tidak menunjukkan contoh yang baik apabila melakukan perbuatan yang keji dan patut menerima hukuman berat.

        Katanya, beliau gagal dalam tugasnya jika tidak menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh Anwar.

        Sehubungan itu, Ariffin berkata, hukuman yang setimpal adalah penjara sembilan tahun dan berkuat kuasa selepas dia tamat menjalani hukuman penjara enam tahun terhadap kesalahan rasuah.

        Anwar dan Sukma didakwa melakukan kesalahan itu di unit nombor 10-7-2, Tivoli Villa, Jalan Medang Tanduk, Bangsar, pada satu malam jam 7.45, antara Januari dan Mac 1993.

        Mereka didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara 20 tahun dan sebatan.

        • nik ajih says:

          tapi kalau dah taksub tuu…cakap atau tulis apa pon mmg xde kesan

          • sal says:

            Depa tau semua ni..
            Pora2 x tau pastu tuduh org tu tipu org ni tipu ,org tu makan duit UMNO…

            padahal depa tu PENDUSTA..menafikan benda yg BENAR

  5. songsang says:

    Mana penaganut penganut songsang PKR komen laa pasal buku ini…sikit punya tokan tokan yang ada dengan sodomizer itu tinggalkan dia…inikan pulak pecacai pecacai yang ada kat bawah dok ikut dengan buta tuli. Dia orang semua yang tinggalkan si sodomizer ini umno beli kah atau umno punya konpirasi lagi.Sadar lah penganut PKR kalau Roket sampai ke Bulan pun jangan harap bulan boleh perintah.

  6. FARIS says:

    Aku rasa lepas ni kena tulis satu buku yang bertajuk :

    ‘Mengapa saya suka meliwat’

    Aku gerenti, anak-anak ikan anugay mesti beli punya…

    BUY 1, GET FREE CONDOM…

    Huhuhu….

  7. freemalaysiakini says:

    Webportal berita edisi percuma tanpa perlu melanggan

    Freemalaysiakini2.com

    • Leman Serai Wangi says:

      Bacalah portal pro pembangkang yang kononnya amalkan kebebasan bersuara.

      • samtidar says:

        tak terbaca…Allah SWT menutup pintu hatiku…hehehehe…

        • pintu akal kau tak tertuptup lagi kan. so baca lah,jangan takut, takdak singa pun dalam buku ni. kau baca kau jugak dapat input. lepas baca kau judge lah sendiri, nak percaya atau tak.

          aku terbaca buku ni secara tak sengaja, aku baca tiap helaian isi perut buku ni. tapi tak semua isinya aku percaya dan terima.namun, hati kecil ku kata 75% dari isi buku ni aku rasa fakta. jika benar apa yang di coretkan di dalam buku ni Nauzubillah. aku berdoa agar Allah memberi hidayah dan petunjuk kepada DSAI. namun,jika buku ini sekadar manipulasi mainan politik yang aku masih mentah dan tidak faham. aku berdoa agar Allah ampunkan dosa aku yang membaca coretan dalam buku ini. Sesungguhnya hanya Allah yang Maha mengetahui.

Leave a Comment

 

— required *

— required *