PARADIGMA POLITIK BARU

PKR Sabah Umum Senarai Calon, Ansari Ditolak

AIDCNews – 17/04/13 – Pengerusi Pimpinan PKR Sabah, Ahmad Thamrin Jaini hari ini mengumumkan calon-calon PKR yang bakal bertanding di negeri itu, lapor FMT, dengan mendakwa calon-calon itu dipersetujui oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tidak seperti negeri-negeri lain, Anwar dilihat mengambil sikap ‘lepas tangan’ apabila tidak hadir dalam pengumuman calon Sabah di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu di mana tempat beliau diwakili oleh Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Turut membuat pengumuman sama, rakan-rakan sekutu Pakatan, Datuk Seri Wilfred Bumburing, Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan Datuk Seri Lajim Ukin, Pakatan Perubahan Sabah (PPS).

PKR mengumumkan, pihaknya bertanding 10 kerusi parlimen dan 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN); PPS, 4 parlimen dan 11 DUN dan APS, 5 parlimen dan 12 DUN

PPS dan APS akan bertanding di bawah tiket PKR, bermakna jumlah keseluruhan PKR bertanding di Sabah adalah 19 parlimen dan 43 DUN.

Namun begitu, senarai calon DAP dan Pas tidak termasuk dalam senarai yang diumumkan PKR itu.

Blogger Sabah, musramrakunman memberi senarai lengkap calon-calon Pakatan itu :

CALON PKR SABAH (termasuk PKR, APS dan PPS)

P167 Kudat: Rahimah Binti Majid
P168 Kota Marudu: Datuk Maijul Mahap
P169 Kota Belud: Isnaraissah Munirah Binti Majlid @ Fakharudy
P170 Tuaran: Datuk Seri Pangima Mojilip Bin Bumburing @ Wilfred
P174 Penampang: Ignatius Dorrel Leiking
P175 Papar: Datuk Mohammad Yahya @ Yahya Bin Lampong
P176 Kimanis: Jaafar Bin Ismail
P177 Beaufort: Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
P178 Sipitang: Ramlee Bin Dua @ Ramli Dua Lee
P179 Ranau: Jonathan Bin Yasin
P180 Keningau: Stephen Sandor
P181 Tenom: Masdin Bin Tumas
P182 Pensiangan: Datuk Seri Dr Richard Sakian Bin Gunting
P183 Beluran: James Miki
P184 Libaran: Mohd Serman Bin Hassnar
P187 Kinabatangan: Mustapa Bin Datu Tambuyong
P188 Silam: Dr Badrulamin Bin Bahron
P189 Semporna: Dr Zamree @ Mohd Suffian Bin Abdul Habi
P190 Tawau: Datuk Kong Hong Ming @ Kong Fo Min

Calon DUN Pakatan

N01 Banggi: Datu Abdul Razak Bin Datu Abdul Salam
N02 Tanjong Kapor: Chin Chung Kui @ William Chin
N04 Matunggong: Jelin Bin Dasanap @ Jelani Bin Hamdan
N05 Tandek: Andonny Pilit @ Anthony Biri Mandiau
N07 Kadamaian: Uloh @ Jeremmy Bin Majalad @ Malazad
N08 Usukan: Ir Mustafa Sa’mud
N09 Tamparuli: Datuk Seri Panglima Mojilip Bin Bumburing @ Wilfred
N10 Sulaman: Mukhtar
N11 Kiulu: Rhodes Bin Panilau
N12 Karambunai: Muali Bin Aching
N13 Inanam: Roland Chia Ming Shen
N15 Api-Api: Liew Chin Jin
N18 Petagas: Mat Yunin @ Mohd Yunin Bin Atin
N20 Moyog: Terrence Siambun
N21 Kawang: Kefli @ Dzulkefli Bin Safar
N22 Pantai Manis: Fred Bin Gabriel
N23 Bongawan: Tan Sri Ibrahim Menudin
N24 Membakut: Narawi @ Sinar Bin Ahmad
N25 Klias: Datuk Seri Lajim Bin Ukin
N26 Kuala Penyu: Datuk Johan @ Christopher Bin OT Ghani
N27 Lumadan: Ustaz Abdul Rahman Yaakob
N28 Sindumin: Harunsah Bin Ibrahim
N29 Kundasang: Satiol Bin Indong
N30 Karanaan: Datuk Dr Muhiddin @ Mohd Anas Bin Yusin
N31 Paginatan: Amru Bin Abd Kadir
N32 Tambunan: Wilfred Win Bin Ponil
N33 Bingkor: Dato Ahmad Shah Tambakau
N34 Liawan: Paul Gitang
N36 Kemadong: Biou Suyan
N37 Sook: Liberty Lopog
N38 Nabawan: Raymond Bin Ahuar
N39 Sugut Petrus Zabang
N40 Labuk: Datuk Tan Yong Gee
N41 Gum-Gum: Ahmad Thamrin @ Thamrin Bin Mohd Jaini
N42 Sungai Sibuga: Irwansyhah Bin Mustafa
N43 Sekong: Musah Bin Ghani
N47 Kuamut: Benson Ingam
N49 Tungku: Johani Bin Abd Halim
N50 Lahad Datu: Dr Hamid Awong @ Abdul Hamid Awong
N52 Sulabayan: Hermeny Bin Murgal
N53 Senallang: Mohd Amin Bin Abdul Mem
N55 Balung: Frank Salazar @ Franco
N56 Apas: Alizaman Bin Jijurahman

Calon DAP

Parlimen

1. Sepanggar – Jeffrey Kumin @ John
2. Kota Kinabalu – Wong Sze Phin @ Jimmy
3. Putatan – Lee Han Kyun @ Joseph Lee
4. Sandakan – Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh

DUN

1. Likas – Wong Hong Jun
2. Luyang – Hiew King Cheu
3. Kapayan – Edwin @ Jack Bosi
4. Melalap – Noorita binti Sual
5. Karamunting – Chong Ket Kiun
6. Elopura – Hiew Vun Zin
7. Tanjong Papat – Poon Ming Fung
8. Sri Tanjong – Chan Foong Hin

Ansari ditolak

Nama bekas Pengerusi PKR Sabah yang juga Ketua PKR Tuaran, Ansari Abdullah tidak termasuk dalam senarai tersebut.

Jumaat minggu lalu, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim membatalkan pengumuman calon PKR Sabah ekoran konflik yang gagal diselesaikan mengenai pembahagian kerusi.

Ansari (tiga dari kiri) bersama geng 7

Faktor Ansari Abdullah yang menyebabkan Anwar menangguhkan pengumuman tersebut, lapor portal pro Pakatan, Sabahdaily.

“Di Sabah, sebab mengapa saya tidak mengumumkan calon sekarang adalah kerana walaupun banyak kerusi telah diselesaikan, masih terdapat konflik di satu dua kerusi.

“Saya tidak mahu merumitkan keadaan. Saya belum bersedia mengumumkan lagi,” kata Anwar dalam sidang akhbar di Likas.

Ansari yang dikenali sebagai ‘Geng 7‘ (Gang of Seven) telah menuntut kepada PKR, 7 kerusi parlimen diperuntukkan kepada kumpulan mereka.

Kerusi tersebut adalah Parlimen Tuaran yang bakal ditandinginya sebagai Ketua PKR Tuaran, Parlimen Kota Marudu untuk Anthony Mandiau Ketua PKR Cabang berkenaan.

Selain itu terdapat 5 orang lagi kerusi parlimen untuk penama berikut Sepangar (Dr Chong Eng Leong), Putatan (Mazhry Nasir), Kudat (Mursalim Tanjul), Kota Belud (Saidil Semoi) dan Ranau (Jonathan Yassin).

Daripada 7 kerusi yang dituntut, hanya Ranau diluluskan, di mana Jonathan Yassin diumumkan sebagai calon PKR parlimen tersebut.

Jonathan adalah adik ipar Ansari, ketua bahagian PKR Ranau, yang lebih dikenali sebagai tangan hitam di sebalik isu Anwar menerima gelaran kontroversi ‘Huguan Siou’.

Azmin Ali, Jumaat lepas menolak senarai calon Ansari dengan mengatakannya sebagai “cadangan semata-mata”.

Sementara itu, BN Sabah seperti dilaporkan Bernama mengemukakan senarai nama calon seperti berikut :

PARLIMEN

1. Kudat : Datuk Abdul Rahim Bakri (Umno)

2. Kota Marudu: Datuk Seri Maximus Ongkili (PBS)

3. Kota Belud : Datuk Abd Rahman Dahlan (Umno)

4. Tuaran : Datuk Wilfred Madius Tangau (Upko – dicalon semula)

5. Sepanggar : Datuk Jumat Idris (Umno – muka baharu)

6. Kota Kinabalu : Chin Tek Ming (PBS – muka baharu)

7. Putatan : Datuk Marcus Mojigoh (Upko)

8. Penampang : Tan Sri Bernard Giluk Dompok (Upko)

9. Papar : Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin (Umno)

10. Kimanis : Datuk Anifah Aman (Umno)

11. Beaufort : Datuk Azizah Mohd Dun (Umno – bertukar kerusi)

12. Sipitang : Datuk Sapawi Ahmad (Umno)

13. Ranau : Datuk Ewon Ebin (Upko)

14. Keningau : Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (PBS)

15. Tenom : BELUM MUKTAMAD

16. Pensiangan : BELUM UMUM

17. Beluran : Datuk Ronald Kiandee (Umno)

18. Libaran : Datuk Juslee Ajirol (Umno)

19. Batu Sapi : Datin Linda Tsen Thau Lin (PBS)

20. Sandakan : BELUM UMUM

21. Kinabatangan : Datuk Bung Moktar Radin (Umno)

22. Silam : Datuk Datu Nasrun Datu Mansur (Umno – bertukar kerusi)

23. Semporna : Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Umno)

24. Tawau : Datuk Mary Yap Kain Ching (PBS – muka baharu)

25. Kalabakan : Datuk Abdul Ghapur Salleh (Umno)

DEWAN UNDANGAN NEGERI

1. Banggi : Abdul Mijul Unaini (Umno)

2. Tanjong Kapor : BELUM UMUM

3. Pitas : Datuk Bolkiah Ismail (Umno)

4. Matunggong : Sarapin Magana (PBS)

5. Tandek : Anita Baranting (PBS)

6. Tempasuk : Datuk Musbah Jamli (Umno)

7. Kadamaian : Datuk Herbert Langadan (PBS)

8. Usukan : Datuk Seri Salleh Tun Said (Umno – dicalon semula)

9. Tamparuli : Datuk Jahid Jahim (PBS)

10. Sulaman : Datuk Hajiji Noor (Umno)

11 Kiulu : Datuk Louis Rampas (PBS)

12. Karambunai : Datuk Jainab Ahmad (Umno)

13. Inanam : Datuk Johnny Goh Chin Lok (PBS)

14. Likas : BELUM UMUM

15. Api-Api : Datuk Yee Moh Chai (PBS)

16. Luyang : BELUM UMUM

17. Tanjong Aru : Datuk Edward Yong Oui Fah (PBS)

18. Petagas : Datuk Seri Yahya Hussein (Umno)

19. Kapayan : BELUM UMUM

20. Moyog : Datuk Philip Benedict Lasimbang (Upko)

21. Kawang : Datuk Gulamhaidar Khan (Umno)

22. Pantai Manis : Datuk Abdul Rahim Ismail (Umno)

23. Bongawan : Datuk Mohamad Alamin (Umno-muka baharu)

24. Membakut : Datuk Mohd Arifin Mohd Arif (Umno)

25. Klias : Isnin Aliasneh (Umno-muka baharu)

26. Kuala Penyu : Limus Jury (Upko-muka baharu)

27. Lumadan : Datuk Kamarlin Ombi (Umno)

28. Sindumin : Ahmad Bujang (Umno)

29. Kundasang : Datuk Joachim Gunsalam (PBS)

30. Karanaan : Datuk Masidi Manjun (Umno)

31. Paginatan : Datuk Siringan Gubat (Upko)

32. Tambunan : Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (PBS)

33. Bingkor : Kennedy Jie John@ Kenn (Upko – muka baharu)

34. Liawan : Datuk Sairin Karno (Umno)

35. Melalap : Datuk Radin Malleh (PBS)

36. Kemabong : Datuk Rubin Balang (Umno)

37. Sook : Datuk Ellron Angin (PBRS)

38. Nabawan : Datuk Bobbey Ah Fang Suan (Upko)

39. Sugut : Datuk James Ratib (Umno)

40. Labuk : Datuk Micheal Asang (PBS)

41. Gum-Gum : Datuk Zakaria Mohd Edris (Umno)

42. Sungai Sibuga : Datuk Seri Musa Aman (Umno)

43. Sekong : Datuk Samsudin Yahya (Umno)

44. Karamunting : BELUM UMUM

45. Elopura : Au Kam Wah (Gerakan)

46. Tanjong Papat : Datuk Raymind Tan Shu Kiah (Gerakan)

47. Kuamut : Masiung Banah (Upko)

48. Sukau : Datuk Saddi Abdu Rahman (Umno)

49. Tungku : Datuk Mohd Suhaili Said (Umno)

50. Lahad Datu : Datuk Mohd Yusof Apdal (Umno – muka baharu)

51. Kunak : Datuk Nilwan Kabang (Umno)

52. Sulabayan : Datuk Jaujan Sambakong (Umno – muka baharu)

53. Senallang : Datuk Nasir Sakaran (Umno)

54. Bugaya : Datuk Ramlee Marahaban (Umno)

55. Balung : Datuk Syed Abas Syed Ali (Umno)

56. Apas : Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan (Umno)

57. Sri Tanjong : Fung Len Sui (PBS-muka baharu)

58. Merotai: BELUM UMUM

59. Tanjong Batu : Datuk Hamisa Samat (Umno)

60. Sebatik : Datuk Muis Picho (Umno)

1 Comment

  1. usin lempoyang says:

    PRU12 Ansari PKR dapat undi banyak juga di Tuaran. Sepatutnya boleh jadi ayam tambatan PKR di Tuaran atau di tempat lain. Hakikat Ansari tidak terpilih langsung seolah-olah memberi maksud beliau sudah tidak berguna kepada PKR. Terlalu malang buat Ansari. Begitu pun, Ansari boleh lah cepat-cepat ambil borang calon bebas. Yang penting jangan ketinggalan dalam PRU13. (atau lebih baik bergabung sahaja dengan komponen BN demi masa depan negara yang lebih mantap).

Leave a Comment

 

— required *

— required *