Lim Kit Siang: Saya Mahu Pecahkan Kubu UMNO

AIDCNews – 16/04/13 – Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini dilaporkan Antarapos mengakui bahawa beliau meninggalkan Perak dan bertanding di Gelang Patah, Johor semata-mata kerana mahu memecahkan kubu kuat UMNO itu.

Kit Siang mendakwa partinya, bersama PAS dan PKR akan meraih kejayaan besar di Johor, Sabah dan Sarawak dan bakal berjaya menubuhkan kerajaan persekutuan yang baru.

Bercakap di Pulau Pinang, Kit Siang meramalkan Pakatan Rakyat, akan menang 19 kerusi Parlimen, termasuk Gelang Patah dan 30 kerusi DUN di Johor.

Keputusan itu akan membantu Pakatan menawan Putrajaya dengan majoriti 28 kerusi, kata Kit Siang dengan penuh yakin.

Gambaran optimis Kit Siang di Pulau Pinang agak berlainan dengan nada yang digunakan ketika berkempen di Johor di mana ketika berkempen di negeri itu, pemimpin DAP itu sering menyifatkan peluangnya memenangi Gelang Patah agak sukar.

Utusan Malaysia melaporkan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman disahkan akan bertanding di Parlimen Gelang Patah dan menentang Kit Siang.

Sementara itu, Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan Mstar berkata DAP merupakan sebuah parti yang hanya memperjuangkan nasib satu kaum tanpa mengambil kira kepentingan bersama.

Menurutnya, DAP dilihat mahu menghapuskan konsep perkongsian kuasa yang menjadi amalan di negara ini sejak sekian lama.

Malah menurut Dr Mahathir, DAP mahu mendominasi hak dan kekayaan negara dengan mencetuskan kebencian kaum lain terhadap orang Melayu.

“Mereka tak suka orang Melayu berkongsi, sebaliknya dia nak dominasi, dia nak jadi pemerintah.

“Dengan itu dia berhujah kononnya tidak ada keadilan dalam negara kita dan kononnya semuanya dibolot oleh Melayu…dia kata orang Cina dan India tak dapat.

“Tujuannya supaya orang lain bencikan Melayu dan dengan itu akan undi mereka dan dapat kemenangan. Ini bukan untuk kebaikan sesiapa, tapi kebaikan diri mereka sahaja,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perhimpunan Rakyat di Pokok Sena, Ahad malam.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata penghijrahan Kit Siang untuk bertanding di Parlimen Gelang Patah di Johor menjadi bukti kepada matlamat utama parti itu.

Katanya, kehadiran Kit Siang di Johor bertujuan memecah-belahkan hubungan baik antara masyarakat Melayu, Cina dan India di negeri itu.

“Sekarang ini Kit Siang masuk di kawasan majoriti Cina. Tujuannya masuk ke sana untuk hentikan sokongan orang Cina kepada BN.

“Dia bawa cerita kononnya kerajaan BN bagi semua peluang kepada Melayu dan abaikan kaum lain. Ini pendekatan DAP untuk bangkit kebencian antara kaum,” katanya.

15 Responses to “Lim Kit Siang: Saya Mahu Pecahkan Kubu UMNO”

  1. Lim Lynn

    Apr 21. 2013

    Reply to this comment
  2. anom

    Apr 19. 2013

    Karier politik lks n pr akan berkubur di bumi keramat johor.

    Reply to this comment
  3. Amin

    Apr 17. 2013

    LKS boleh bodoh2kan melayu cucuk hidung dlm PAS tapi bukan Melayu2 diJohor!

    Reply to this comment
  4. sengang

    Apr 17. 2013

    Apa2 pon BN dan Umno khasnya jangan alpa sesaat pon, LKS adalah musuh yang sangat2 perlu ditentang. Jangan kasi chance langsung. Bunuh saja apa sahaja karier LKS kali ini.

    Reply to this comment
  5. boss

    Apr 17. 2013

    kicksiang leh cakap besar sebelum dikuburkan.. dia adalah mastermind DAP utk rampas BN Johor.. maybe dana dan risikan dari sekutu rapat PAP akan digunakan sebaiknya di Johor.. jgn bagi peluang atau talian hayat pada kafir harbi ni.. dia ada hiddenagenda dgn sekutu PAP di sana..

    Reply to this comment
  6. WakKang

    Apr 16. 2013

    Ada hati ler Kit Siang ni!!! Nak gegar UMNO konon!!! Dah 50 tahun baru ni kata nak gegar kubu UMNO!!!! ….ngaku je ler yg ko tu dah tak laku di Perak!!!

    Reply to this comment
  7. Waras

    Apr 16. 2013

    Pada bulan June 1996, Lee Kuan Yew telah menyatakan bahawa Singapura mungkin menyertai semula Malaysia jika ekonomi republik itu tidak berjaya. Ketika ini kita tahu dengan jumlah penduduk Singapura yang semakin bertambah dan kekurangan sumber, Singapura akan menghadapi masalah getir pada masa akan datang. Salah satu pilihan yang boleh dipertimbangkan ialah dengan menyertai semula Malaysia.

    Adakah itu satu perkara yang mustahil?
    Oh! Tidak mustahil. Dengan kehadiran wakil PAP iaitu DAP di Malaysia, hasrat tersebut adalah peluang terbaik Singapura untuk merealisasikan hasrat tersebut. Singapura akan menyertai Malaysia selepas iklim politik di Malaysia berjaya diubah DAP.

    Kini dengan kehadiran rakyat SIngapura yang membanjiri Johor dan menyapu hartanah di beberapa kawasan elit di Johor, secara perlahan-lahan telah terbentuk perkampungan Singapura di sini. “Johor my 2nd home”. Dengan Lim Kit Siang cuba membina tapak politik DAP di Johor, tidak mustahil gerakan muslihat pakatan ini akan melakarkan satu sejarah besar pada masa akan datang yang akan menyaksikan warga Johor bagaikan menumpang di negeri sendiri sebagaimana keadaan Melayu di Singapura.

    Awasi politik Israel ini sebagaimana bumi Palestin berjaya diperkocar-kacirkan. Secara analogi, tidak mustahil Malaysia seumpama negeri Palestin yang menghadapi putar-belit kotor strategi Israel DAP dan PAP.
    Perjuangan habis-habisan bermula di sini bagi menyelamatkan masa depan Malaysia!

    Reply to this comment
  8. Anonymas

    Apr 16. 2013

    Ana rasa, dia akan mainkan isu Iskandar dan JCorp. Tambah pulak bestfriend dia kat seberang tambak…Tapi kalau sekali-kali dia sentuh atau kaitkan TMJ, nahas la dia. Dia akan kalah kaw-kaw sampaikan namanya terpaksa tukar nama kepada Lim Kit Malam.

    Reply to this comment
  9. Warisatuliman2010

    Apr 16. 2013

    A.w.w. handai taulan. Mudah2an kali ini yg pecah ialah ‘dada’ dan keangkuhan lks kerana dia mahu sangat contohi idolanya lky di seberang tambak tu.

    Reply to this comment
  10. Lim Lynn

    Apr 16. 2013

    Lim Kit Siang dah lah kecewa dan sekarang hendak Kamikazi kehidupan politiknya.

    Reply to this comment
  11. zmasrin

    Apr 16. 2013

    harap2 Johor dpt bentuk gov spt mana dulu2 & khaled nordin? or saipolbahri?

    Reply to this comment
  12. naw

    Apr 16. 2013

    Memang itulah hasrat LKS, nak pecahkan orang Melayu! Dia pun rasa tergugat bila menentang dgn MB…apa boleh buat dia dah dimainkan oleh Anwar apabila membuat keputusan untuk bertanding di Gelang Patah dan Anwar buat BIG U-turn mengekalkan di Permatang Pauh. LKS kata nak pecahkan Melayu, tapi dia sendiri telah dipermainkan oleh Melayu. Kita juga kena ingat faktor utama LKS dan PR nak sangat menguasai Johor, kerana dekat dengan PAP Singapore…it’s game play by PR sesudah menaklukki Penang dan Selangor. Melayu Johor kena hati2 dengan game play pembangkang supaya negeri yang kukuh dengan majoriti Melayu dan UMNO tidak termakan dengan hasutan kosong pembangkang, LKS dan Anwar.

    Reply to this comment
    • Pusing2

      Apr 16. 2013

      itulah LKS… siapa suruh percaya cakap BIG LIAR tu? hehehehe..

      Reply to this comment
  13. hekeleh

    Apr 16. 2013

    Hek eleh…penipu betul, masa mula-mula cakap nak hancurkan MCA.

    Reply to this comment
  14. KadukTechnoLogik

    Apr 16. 2013

    orang cina johor paling memahami nasionalis melayu….. pun berasal dari sana…. dari segi ikatan sejarah cina johor tahu perbezaan mainan politik parti roket dgn warisan ideologi organisasi seberang tambak saner….. apakah mungkin lks susah boleh menjangkakan populasi cina johor dibawah umur 40an yg semakin kurang semangat lokaliti dan tidak mengetahui sejarah apa yang berlaku seblum mei 1969

    Reply to this comment

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE