Solat Orang UMNO Tidak Dapat Pahala ?

Saya ingin memberi sedikit ulasan mengenai kenyataan Mursyidul Am PAS Dato Nik Aziz Nik Mat bahawa solat orang-orang UMNO tidak diberi pahala disebabkan dasar perjuangan mereka yang menolak Islam.

Ulasan sedemikian yang dibuat oleh Dato Nik Aziz Nik Mat bukanlah merupakan kali yang pertama. Sebelum ini pun sudah banyak fatwa-fatwa beliau yang hampir senada dengan apa yang dikeluarkan dua hari yang lalu.

Ramai pihak telah memberikan pandangan mengenai fatwa sedemikian. Rata-ratanya tidak dapat menerima dengan berbagai alasan dan sebahagiannya pula mengutuk fatwa sedemikian kerana dikatakan penentuan sesuatu amalan diterima atau sebaliknya adalah hak mutlak Allah SWT. Sebahagiannya pula suka melihat Tok Guru Nik Aziz lebih berperanan sebagai pihak yang bertanggungjawab menentukan PAS tidak terkeluar daripada landasan perjuangan antaranya mendaulatkan Islam dan melaksanakan hudud.

Saya cenderung melihat fatwa Dato Nik Aziz itu dari sudut membuat perbandingan mengenai dasar melaksanakan Islam samada yang kini dipratikkan oleh PAS atau seperti yang diperjuangkan oleh UMNO. Setidak-tidaknya bagi UMNO walaupun dikatakan tidak menjadikan Islam sebagai asas perjuangan namun sejak lebih 50 tahun yang lalu Islam dikatakan semakin subur terutama dari segi melahir dan menghidupkan institusi-institusi Islam yang telah memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam termasuk ahli dan penyokong PAS sendiri.

Tetapi, PAS yang sehingga ini masih mengagung-agungkan komitmen mereka melaksanakan Islam atas beberapa sebab belum mampu menzahirkan sesuatu yang konkrit yang dapat dilihat sebagai gambaran mereka benar-benar memperjuang dan mendaulatkan Islam.

Kebersekongkolan PAS bersama DAP dan PKR yang kedua-duanya menolak perlaksanaan Islam secara terbuka dan dengan bongkak mengulang-ulang penentangan terbuka mereka terhadap Islam menjadikan fatwa seperti yang sering dikeluarkan oleh Dato Nik Aziz itu hilang kredibilitinya dan sekadar momok-momokkan sahaja.

PAS sekarang ini bukanlah PAS seperti dahulu. Perjuangan PAS bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat bukanlah perjuangan yang meletakkan Islam sebagai asasnya. Dasar perjuangan Pakatan Rakyat yang terkandung di dalam Buku Jingga dan Manifesto Pilihanraya mereka yang dilancarkan baru-baru ini sama sekali tidak meletakkan Islam sebagai dasar yang diperjuangkan.

Sekiranya kaedah yang sama digunakan bahawa kedua-duanya dikatakan menolak dasar Islam, apakah lebihnya PAS dan apakah kurangnya UMNO. Bagi saya kalau solat UMNO tidak mendapat pahala adakah mungkin Allah memberi pahala kepada solat orang PAS yang jelas-jelas menerima dan terus mempertahankan dua rakan politik yang lain khususnya DAP yang tanpa segan silu menolak Islam secara total.

Bagi saya fatwa atau pendapat sedemikian mungkin relevan dan dapat digunakan sebagai hujah politik diketika PAS berada dizaman-zaman awal penubuhannya. Kini dengan sistem pengaliran maklumat yang bersamanya disertai dengan ilmu Islam telah menjadikan masyarakat Islam kini lebih terdedah kepada maklumat dan ilmu Islam yang lebih mendalam. Maka sebab itulah tidak hairan kalau pendapat Dato Nik Aziz itu hanya diletakkan ke dalam kategori gula-gula politik sahaja.

Saya bersimpati dengan beliau atas kedudukan dan stature sebagai Tok Guru yang selama ini menjadi idola kepada ahli dan penyokong PAS. Kini stature sedemikian semakin hari semakin malap. Saya tidak mahu melihat suasana sedemikian berterusan hingga memadamkan kehebatan beliau yang telah ditunjukkan di dalam karier politik beliau selama ini.

DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
Tmn Tun Dr Ismail, KL
5 APRIL 2013

27 Responses to “Solat Orang UMNO Tidak Dapat Pahala ?”

  1. singgah

    Apr 10. 2013

    tak tahu hukum jgn nak pandai2.,,kalau dah nama umno…dah tentulah persatuan menolak hukum Allah dan islam …jadi ahli umno bermakna 24jam sehari jadi ahli menolak islam…macammana solat nak dpt pahala…solat apabendanya sambil tolak islam dan beragamakan umno yg tak ikut islam…ceciter…

    Reply to this comment
  2. waras

    Apr 07. 2013

    Haha, aku terfikir lagi. Kau orang yang komen tentang Nik Aziz dan PAS ni tak takut ke dengan apa pulak nanti ‘fatwa’ tuan guru berlagak tuhan ni bakal menimpa kau orang ni? Tak masuk syurga kau orang ni. hahaha. Pathetic. Nik Aziz tak nak islamkan DAP ke? Mulakanlah dengan Karpal dan Lim Kit Siang dahulu. Manalah tahu terus meletup strategi pemikiran politik shit ala Pas ni.

    Reply to this comment
  3. waras

    Apr 07. 2013

    Pemikiran Nik Aziz ni cetek. Kalau nak diglobalisasikan pemikiran nik aziz ni, maka MUIS di Singapura ni pun amalan dah tak diterima sebab duduk di bawah PAP. Seolah-olah lah pulak peluang masuk syurga ni menjadi lebih terjamin jikalau semua orang duduk dalam PAS.

    Di Singapura, PAP larang melaungkan Azan keluar dari masjid. Orang Islam dilarang menutup aurat di sekolah. Devan Nair dari PAP ni pulak salah seorang pengasas DAP. Dan bila PAS bersekongkol dengan DAP, PAS ni sedar tu dengan siapa mereka buat kawan dalam perjuangan politik mereka? Insaf dan sedarlah dengan segera. Seharusnya kita semua tolak PAS bagi menyelamatkan bangsa, agama dan negara kita.

    Reply to this comment
  4. Siput

    Apr 06. 2013

    Di Vatican City ada Pope.Catholic.
    Di Serambi Mekah ada Pope PAS.

    Reply to this comment
  5. md amen cader

    Apr 05. 2013

    dia ambil alih kerja yang allah buat.nampaknya taraf dia sama dengan Allah,itu yang orang pas agongkannya.

    Reply to this comment
  6. Ana

    Apr 05. 2013

    Saya berpendapat jika DHA masih lg ahli Pas & jika beliau tidak dipecat. tentu DHA setuju dgn TGNA. Dlm istilah rumahtangga, isteri jika dicerai, tiada lg yg baik pada suaminya…

    Reply to this comment
    • Amin

      Apr 05. 2013

      Allah swt berFirman: “Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.” [Surah Al-Mukminun: 1-2]

      Nik Aziz berlagak melebihi Allah swt dgn menghukum hamba2 Allah tentang solat.

      Nauzubillah Setan Nik Aziz!

      Reply to this comment
    • Maryam Shah

      Apr 05. 2013

      U r so pethatic ana. Support the so called pious man n get a special authority from Allah to forsee whether or not someone’s prayer is accepted or rejected?
      Astaghfirullah! U gotta be kidding. No one is greater than Allah! Repent now!

      Reply to this comment
      • ana

        Apr 06. 2013

        Maryam, I didn’t say that I agreed with him. Who said I’ve agreed totally with TGNA’s remark. What I’ve said is the mentality of DHA, whose criticism against his previous party leader’s as if he was not one of them before. My analogy is understandable. U were numb when viulgar remaks & slander being spread without fear of Allah.

        Reply to this comment
        • itsme

          Apr 06. 2013

          dan sepatutnya kita juga tdk boleh berprasangka yg tidak baik kpd org lain, DHA cuma mengulas statement yg dikeluarkan oleh nik aziz. ana tak sepatutnya pula mengecam dha, konteks disini ialah apa relevannya nik aziz mengeluarkan pendapat sebegitu. Tp saya berpendapat ini bukanlah satu fatwa bahkan ia hanya satu pendapat nik aziz yg kering dan tanpa asas. nik aziz jugalah yg sepatutnya takut akan Allah krn menghukum manusia sewenangnya. Siapa nik aziz?

          Reply to this comment
        • Ana

          Apr 06. 2013

          Ana, u said Maryam uttered without fears of Creator AlMighty, how abt Anwar, Nik Aziz and Hadi? They have been slandering, cursing, swearing fellow Muslim, worst still they they are disintergrating Muslim concrete unity to give leeway Infidles conquering this beloved State!

          Reply to this comment
          • Ana

            Apr 07. 2013

            Oo u who don’t understand my simple English, pls do not use my surname. Tq

    • pian

      Apr 06. 2013

      Salah pendapat Ana tu.Semasa DHA menjadi ahli Pas lagi banyak pandangan dan pendapat beliau tidak dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin Pas.Banyak juga perkara yang dilakukan oleh pemimpin Pas dipertikaikan oleh DHA.Sebab itu beliau dipecat apabila beliau menjadi penghalang kepada pakatan rakyat meneruskan agenda-agenda kotor.

      Reply to this comment
      • halim yunus

        Apr 06. 2013

        Setuju sgt..ana berperasangka buruk..dha nak cuba tegur..begitu juga ustaz nasa..tp pecat yg dapat..

        Reply to this comment
      • Ana

        Apr 07. 2013

        Bab ber”cakaran” DHA dgn pimpinan Pas, saya setuju dgn Pian. Memang DHA ber”cakaran” dgn beberapa org spt YB Khalid Samad & YB Dr Rani, PJ Pas S’gor. Semasa dlm Pas saya tak pernah dengar dia kecam TGNA or TGHH or Allahyarham Fadhil Nor. Yg dia tak setuju bukan Ulama spt Mat Sabu & lain2 yg dia tuduh parasit & anwarinas hingga dia tidak terpilih kejawatan utama parti & digugurkan dari jawatan PJ S’gor. beliau pun bukan Ulama semasa jadi Naib Presiden Pas.

        Reply to this comment
    • anti-PAS

      Apr 06. 2013

      selepas kewafatan Nabi, golongan spt Nik Azis mmg ramai dan especially di akhir zaman nie, golongan yg tak sepatutnya diangkat menjadi pemimpin. Nik aziz jika benar bercakap spt ini, elokla beliau bertaubat malah elok juga berundur kerana sebab politik dia rela mengikut hawa nafsu semata2 utk meraih undi.

      kepada ana, bertaubatla. islam tak sesekali melihat dari segi parti.

      Reply to this comment
    • Ani

      Apr 06. 2013

      Yo la tu.. awk tau ke isi hati DHA mase die msh lg ahli pas? awak tau ke die memg btol2 stuju dgn TGNA? Entah2 die memg x setuju, tp da xley wat ape, kang tego kena pecat.. and tu yg tjadi kt die pun skng wlaupun atas isu len.. humph.. hampeh..tlg pk sket frm both side..

      Reply to this comment
    • sman

      Apr 06. 2013

      ana oh ana.
      Masa dalam Pas lagi Dr.Hassan Ali dah tunjukbahawa dia tak semistinya ikut apa saja yg di arah oleh pimpinan Pas ,jika dia rasa tak betul,misalnya bila Pas arahkan ahli Pas beramai-ramai ke mahkamah utk sokong Anwar,DHA tak layan,Pas tak benar hadhir perhimpunan anti murtad DHA tak patuh,apa pulak justifikasi engakau cik ana oi yg menjadikan kau kata kalau DHA dalam Pas dia akan setuju apa yg di katakan oleh Nik Aziz yg dah nyanyuk tu.?Kau ingat DHA setaraf kau orang ke,tak sub bagai nak gila?.Orang cerdik tak main ikut saja cakap org,hanya org bdodoh bersikap demikian..

      Reply to this comment
    • Saipudin Natutin

      Apr 07. 2013

      Yang talak tuh hanya untuk yg belot terus kluar parti jer. Yg dipecat tak jatuh talak. Tuh ad yg dulu buat keje2 nih ad yg sokong BN tapi tak kluar PAS. Sebab akujanji haram nih lah. Sape punya keja lah.

      Reply to this comment
  7. hamba Allah

    Apr 05. 2013

    Dato Hassan Ali, Allah mengetahui apa yang Dato telah dan sedang lakukan demi Islam, bangsa dan negara…kita yakin Allah akan memberi kemenangan kepada orang-orang yang benar dan membenarkan agamanya….Allah akan tetap bersamamu.

    Reply to this comment
  8. ahmadzack

    Apr 05. 2013

    Dulu orang percaya sebab PAS tak bersekongkol dengan bukan islam
    Dulu orang percaya sebab PAS kata nak perjuangkan hukum hudud
    Dulu orang percaya sebab PAS pelihara Akidah & Sunnah
    Dulu orang percaya sebab PAS disokong Ustaz-ustaz dan Ustazah-ustazah
    Dulu orang percaya sebab PAS didukung Ulama
    Dulu orang percaya sebab PAS berjuang kerana Islam

    Sekarang, PAS bersekongkol dengan parti penentang islam (DAP)
    Sekarang, PAS kata perjuangan hukum hudud tiada dalam perlembagaan PAS
    Sekarang, PAS tidak memelihara Kalimah Allah
    Sekarang, PAS disokong oleh artis-artis yang tiba-tiba jadi ustaz & ustazah jadian
    Sekarang, PAS didukung oleh pengampu Anuwar
    Sekarang, PAS berjuang kerana kuasa & dendam dengan UMNO

    Kini, adakah PAS lebih baik dari UMNO?

    Reply to this comment
  9. Anwar Bapak Rasuah

    Apr 05. 2013

    PAS = penyalahguna Islam

    Reply to this comment
  10. sengang

    Apr 05. 2013

    Dia siapa nak tentukan pahala dosa orang lain, Nabi pun tak meletakkan ketentuan ini ditangan baginda, semuanya diserah kan kepada Allah, Baginda menyampaikan dan menterjemahkan penyampaian Baginda melalui akhlak dan perilaku Baginda.

    Semakin lama, semakin semak otak Nik Aziz. Elok lah kalau nak mengundurkan diri daro politik Malaysia, takut-takut jatuh syirik pulak pengikut-pengikut dia yang membuta-tuli ikut ja macam lembu dicucuk hidung.

    Reply to this comment
    • sman

      Apr 05. 2013

      Dia nabi kepada penganut Parti Ajaran Sesat.

      Reply to this comment
    • Saipudin Natutin

      Apr 05. 2013

      Dia ingat dia tuhan ker ukur dosa pahala. Nih ada yg bebal panggil dia ULAMA khasnya orang Kelantan. Aduh punoh ranoh hooi

      Reply to this comment
  11. Anonymas

    Apr 05. 2013

    Yg sedih, kawan saya yang dah bergelar Ustaz skolah agama pun percaya bende ni. Agama bukan politik, agama ialah akidah

    Reply to this comment
  12. skodeng

    Apr 05. 2013

    ulama politik… dah terpesong.

    Reply to this comment

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE