Dr Sidek Baba : Tiga Sebab Tinggalkan Anwar

KUALA LUMPUR 27 Mac – Tiga tahun lalu, bekas rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba mengejutkan banyak pihak selepas bertindak meninggalkan Ketua Pembangkang itu meskipun lebih 30 tahun bersahabat.

Namun, punca sebenar mengapa beliau yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) demi mempertahankan Anwar meninggalkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak banyak didedah kepada pihak luar.

Malah, media sendiri jarang berpeluang menemu bual Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu yang bertanggungjawab membangunkan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersama Anwar.

Walau bagaimanapun, hari ini, Sidek akhirnya mendedahkan, masalah keruntuhan moral, sokongan kepada pluralisme agama serta kredibiliti antara tiga punca utama beliau bertindak meninggalkan Anwar.

Katanya, sebelum meninggalkan Anwar beliau menyiasat serta menemu bual 28 individu yang sangat rapat dengan Anwar dan kemudian membuat solat sunat istikharah bagi memohon petunjuk.

“Anwar ketika kami bersama-sama dalam ABIM dulu sentiasa mengingatkan saya bahawa seseorang pemimpin bukan sahaja kena bersih tetapi mesti kelihatan bersih dan saya pegang erat amanat itu sampai sekarang.

“Namun, dalam siasatan selama tiga tahun sebelum meninggalkan beliau, saya dapati terlalu banyak persoalan moral yang melingkari Anwar. Saya pegang kata-kata saya ini kerana kesemua 28 saksi itu masih hidup,” katanya.

Sidek berkata demikian ketika ditanya punca sebenar beliau meninggalkan Anwar dalam program Wacana Cuit: Dilema Melayu Moden di Menara Majlis Amanah Rakyat (Mara), di sini hari ini.

Selain Sidek, wacana itu turut menampilkan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin dan penganalisis politik, Yahya Ismail sebagai ahli panel manakala Prof. Madya Dr. Rahmat Ghazali selaku moderator.

Yang turut hadir, Pengerusi Mara, Datuk Seri Idris Jusoh, bekas Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Wan Ahmad, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Glomac, Tan Sri Datuk FD Mansor serta Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan selaku penulis buku Cuit: Dilema Melayu Moden.

Kira-kira 1,000 kakitangan Mara hadir di majlis itu.

Dalam pada itu, Sidek menjelaskan, beliau juga kecewa selepas Anwar yang sebelum ini disanjung sebagai pejuang Islam ketika bersama ABIM kini berubah menjadi pendokong pemikiran liberal serta pluralisme agama.

“Anwar tidak boleh menafikan perkara ini kerana beliau sendiri menuturkan mengenai pluralisme agama ketika berucap di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010. Ini bukti nyata yang tidak boleh disangkal,” katanya.

Menurut Sidek, beliau juga meninggalkan Anwar disebabkan hubungan terlalu rapat Ketua Pembangkang itu dengan para pelobi Yahudi yang sangat berbahaya kepada keselamatan negara - Utusan

Seteguh Tekad – Prof Dr Sidek Baba

Dr Yusri : WADAH Tersasar Memahami Hukum Qazaf Kes Anwar-Saiful

Dr Sidek : Rangkaian Zionis Anwar Diragui

68 Responses to “Dr Sidek Baba : Tiga Sebab Tinggalkan Anwar”

  1. cjack

    Mar 31. 2013

    dr mula lg swaktu anwar d pecat oleh dr mahathir aq dah agak anwar tentu ada masala.slama ni ramai org simpati pd anwar krna prcaya anwar d aniaya tp smnjak pr dpt bbrpa negeri n dia rasa dia makin ramai skongan sikapnya byk yg pelik seolah2 nmpk sikap sbnarnya.setiap ceramahnya byk mengandungi hasutan seolah2 krjaan skrg terlalu zalim.kesilapan pr adalah apa2 yg d lakukan krjaan semuanya salah wlupun jelas baik utk rakyat.bangkangla apa yg salah n sokong ygbaik utk rakyat.d situ rakyat boleh nilai keikhlasan brjuang utk rakyat bkn brjuang smata2 utk putrajaya.

    Reply to this comment
  2. Karim

    Mar 30. 2013

    Hairan, masih ada orang yang belum jelas (atau sengaja buat-buat tidak faham) isu ucapan Anwar di LSE – hinggakan ada yang masih ingin berdebat fakta yang salah.

    Sehingga hari ini Anwar belum secara rasmi menarik balik ucapannya di LSE (nokhtah!). Yang berlaku ialah:

    1. Anwar hanya sekadar mengarah adminnya keluarkan teks ucapannya itu dari blognya.
    2. Anwar mengatakan (dalam perjumpaan di rumah Osman Bakar-OB) – bahawa “yalah ucapan itu ada sedikit longgar” – rakaman ucapan ini pernah disiarkan AIDC.
    3. Anwar berjanji (dalam perjumpaan rumah OB)- akan perbetulkan dan sebut tiga nama untuk perbaikinya (i.e. dia sendiri, OB dan Ismail Mina). Hingga hari ini – Anwar masih belum perbetulkan.

    Selepas perjumpaan di rumah OB (2 Jan 2011), Anwar masih bercakap dalam syarahan-syarahannya di beberapa tempat dengan sikap yang berkekalan dan selari dengan ucapannya di LSE tersebut. Malah dalam satu ucapan di Gombak, Anwar mengatakan orang-orang yang komen ucapannya di LSE itu tidak faham bahasa Inggeris kerana ucapannya dibuat dalam bahasa Inggeris. Dan dalam ucapan lain pula dia berdalih dengan helah lain – tertakluk kepada hadirin yang mendengar ceramahnya.

    Ini terbukti kerana dalam perjumpaan di rumah OB, apabila dia dikatakan akrab dengan tokoh-tokoh Liberal Indonesia, Anwar cuba menidakkan dengan berkata bahawa dia di Indonesia dia “bertempur dengan puak-puak Liberal”.

    Manakala semasa perjumpaan dengan puak-puak Liberal di Jakarta (selang sekitar 3 bulan), dia berkata bahawa dia di Malaysia “bertempur dengan puak-puak Islam”.

    Hebatnya perancangan Allah ialah kedua-dua ucapan ini dirakam. Dan telah pun disiarkan di AIDC ini. Dan hebatnya perancangan Allah ialah Anwar mengguna istilah yang sama “BERTEMPUR” terhadap dua golongan berbeza dan situasi berbeza.

    Inilah kehebatan PEMBOHONGAN Anwar yang ditelan hidup-hidup oleh fanatikus Anwar.

    Pasal Anwar tidak menarik balik ucapan di LSEnya ini terbukti BENAR apabila teks ucapannya disiarkan semula di blognya (setelah digugurkan dari blognya lebih setahun sebelum itu) pada 5hb Januari 2012, setahun selepas perjumpaan di rumah OB yang fanatikus Anwar kata Anwar dah tarik balik. Saya pernah mengulasnya di blog saya ini: Anwar Sebenarnya Menggelabah.

    Saya tulis posting tersebut kerana ada beberapa fanatikus Anwar yang cuba menegakkan benang basah mempertahankan Anwar dalam komen-komen mereka terhadap posting-posting saya dan juga di FB saya apabila saya mengatakan Anwar Tidak Peduli Apa Orang Kata.

    Jika benar Anwar telah menarik balik serta mengaku kesilapan dalam ucapannya di LSE, mengapa tidak Anwar buat satu kenyataan rasmi dan siarkan dalam blognya (pernah saya sarankan sebelum ini Kemuncak Anutan Pluralisme Agama Bagi Anwar Ibrahim?).

    Apa susah sangat untuk Anwar lakukan ini demi membersihkan namanya? Seperti mana juga orang ramai meminta Anwar bersumpah bahawa segala “tuduhan dan fitnah” pelbagai videonya adalah tidak benar serta menunjukkan Jam Omeganya? Jika dia lakukan ini – selesailah segala polemik ini. Dan yang untung sebenarnya Anwar sendiri – kenapa dia berdegil dengan sikap yang sedang dia pilih ini?

    Dalam komen-komen di AIDC ini ada juga yang mempersoalkan “taraf akademik” seseorang. Dalam penentuan hak tidak perlulah sedemikian. Yang hak tetap hak. Kalau batil tetap batil hatta yang bercakap itu seorang yang manusia umum menganggapnya tinggi. Pope yang diangkat oleh kaum Katolik Kristian sebagai mulia tetap kufur. “Ayatullah-ayatullah” yang begitu ramai di Iran dan diangkat setinggi-tingginya oleh orang Syiah tetap kufur kerana mengkufurkan sahabat yang ramai. Bukan PhD dan ke”profesor”an seseorang yang diukur dalam kemurnian akidah.

    Reply to this comment
    • sman

      Mar 30. 2013

      Penjelasan yg cukup terperinci dari sdr Karim,kita menunggu jawapan yg sama tarafnya dari al Madani,jika kebenaran berada di pihak beliau. dan selama ini beliau memang tahu apa yg berlaku,tidak meraba-raba.

      Reply to this comment
    • sal

      Mar 31. 2013

      sudah jelaska Al Madani..nape sedara suka berhujah dgn fakta yg SALAH? Ka salah taip?

      Reply to this comment
  3. al-madani

    Mar 29. 2013

    salam,
    Seorg prof yang semakin lama semakin dilupakan rakan taulan, malacurkan diri untuk sesuatu yang murah. mengumpulkan manusia dan memanjangkan fitnah. masalah beliau ialah tak dapat apa yg dicita-citakan. melihat DSAI bukan lg org yg blh membantunya capai cita2.
    tindakan sidek mengumpulkan org dan menceritakan hal ehwal rumahtangga org (DSAI) jemput rakan lain spt hj hamid, ismail mina amat mengjengkelkan. apakah taraf prof. mengumpulkan org dan cerita hal rumahtangga bekas rakan. Maluah pada tuhan nak jatuhkan musuh dengan buka soal rumahtangga. umur masing2 dah masuk usia subsidi baru rasa nak buat jahat.
    soal ucapan DSAI di LSE sudah selesai apabila majlis pertemuan dirumah Dato Osman Bakar. anwar mengaku kesilapan dan menarik balik tulisannya. dalam dunia akademik apabila seseorg telah mengaku salah dan menarik kembali tulisan/hipotesis/tesisnya ia dikira selesai kecuali untuk perbincangan akademik shj. sidek dah jadikan hujah, sekali lg malukan taraf prog yg pernah dipegangnya. inilah akibat dendam tak berkesudahan. Dato Osman bakar letak jawatan drp muafakat kerana tak mahu terlibat lagi dengan masalah yang dibawa oleh dua tiga org dlm muafakat untuk terus cari pasai dgn DSAI.
    apalah tarag Ismail mina kalau nak banding dgn Prof Osman bakar. apalah taraf sidek kalau nak banding dgn Prof Kamal Hasan Dan Prof Osman Bakar
    berkaitan dengan pelobi yahudi, apakah DSAI terpengaruh atau pemimpin UMNOyang gunakan APCO yg jelas dipenuhi pelobi yahudi. sekali lg dendam pada anwar menutup kewarasan sidek.
    isu moral dijadikan alasan oleh sidek. alasan paling dangkal kerana percaya pada fitnah. itu sahaja saya ingin katakan setakat ini. jangan paksa akan-rakan melondeh anda wahai sidek. masih ada jalan unuk kembali

    Reply to this comment
    • taufan

      Mar 30. 2013

      Aisehman, nak main taraf-taraf pulak… Orang ni lebih taraf, orang tu lebih taraf. Sejak bila boleh jadi pengadil menarafkan manusia ni. Siapa lantik? Aduiiii…

      Reply to this comment
    • Matt

      Mar 30. 2013

      Peribadi anuwar tu diteliti dari tulisannya sampai lah ke dalam seluarnya kerana di nk jadi PERDANA MENTERI. Biar pun nampak mcm dedahkan masalah rumahtangga tapi kena buat juga utk mengelak dari tersalah pilih bakal PM..

      Ingat tak Hj Hadi kata aib pemimpin boleh dibongkar jika tujuannya ialah untuk mengelakkan daripada rakyat tersalah pilih pemimpin.

      Saya rasa hujah hadi ni juga yang pemimpin pakatan guna bila mereka membongkar perangai Rosmah Mansor.

      Kalau susah sangat nk percaya keburukan anuwar tu buatlah solat hajat/istikharah minta petunjuk tentang perangai sebenar si anuwar tu, ada tuk guru pondok yg buat solat ni kata mereka nampak perangai anuwar ni ada ciri2 dajal..

      Reply to this comment
    • Matt

      Mar 30. 2013

      Keaiban anuwar terpaksa dibongkar sebab dia nk jadi PM Malaysia, itu pun lah pesan Hj Hadi, supaya rakyat tk tersalah pilih pemimpin..

      Kalau susah sangat madani nk terima kenyataan buatlah solat hajat/istikharah minta petunjuk drpd Allah tentang perangai sebenar anuwar ni..

      Reply to this comment
    • Anonymas

      Mar 30. 2013

      pi call dia, cakap kat dia. Kalau madani tulis di sini takkan dijawab

      Reply to this comment
    • KadukTechnoLogik

      Mar 30. 2013

      fakta menarik tu pak……..soal ucapan DSAI di LSE sudah selesai apabila majlis pertemuan dirumah Dato Osman Bakar. anwar mengaku kesilapan dan menarik balik tulisannya. dalam dunia akademik apabila seseorg telah mengaku salah dan menarik kembali tulisan/hipotesis/tesisnya ia dikira selesai kecuali untuk perbincangan akademik ……
      ….
      ….
      adakah sudah menjadi modus operandi apabila berada di dalam negara akan menarik balik atau ”tersalah cakap” atau ”tersalah taip”….. manakala kawan2 pemikir luar negara tidakpun diberitahu ”ralat”nya
      ….
      … begitu juga dgn ”janji sana… janji sini” kepada golongan berbeza-beza…
      ….
      … adakah itu politik ”charmeleon”…. dan macheauvilenaeus apetah…

      Reply to this comment
    • sman

      Mar 30. 2013

      ‘apalah taraf Ismail Mina kalau nak di bandingkan dgn Prof Osman Bakar’ kata al Madan.
      Kebetulan saya mengenali kedua-dua tokoh ini,tapi saya tidak ingin membandingkan antara mereka ,jauh sekali dari merendahkan mana-mana pihak.Cuma saya ingin bertanya al Madani,dari sudut mana al Madani melihatnya, dan saya akan menjawabnya kemudian nanti.Sementara itu,ingin saya tegaskan bahawa saya sangat yakin sekarang ini Ust.Ismail Mina berada di tempat yg hak,dan saya berpihak bersama beliau.

      Reply to this comment
      • matt

        Mar 31. 2013

        kadang2 aku rasa almadani ni ialah anuwar ibrahim.. Dia malu nk guna nama sebenar.. Wallahu..

        Reply to this comment
    • sman

      Mar 30. 2013

      Cukup mudah penyelesaian versi al Madani,berjumpa di rumah Prof Osman Bakar kemudian tarik balik ucapan cukup.Tak perlu tindakan membetlkan kesan negetif ucapan tersebut,semuaya pun sudah ok.Tapi selepas perjumpaan tersebut,anak Anwa sendiri masih lagi mendendangkan perkara yg hampir sama,org Melayu perlu di benarkan memilih ugama,seolah-olah memberi erti apa-apa ugama pun sama,pilih saja yg mana satu.Pesan saya pada al Madani usahlah di jual temberang bodoh di sini,ianya cukup jelas mununjukan ketaksuban anda kepada Anwar,ketaksuban yg cuba anda nafikan.

      Reply to this comment
    • sman

      Mar 30. 2013

      ‘seorang prof yg semakin lama semakin di lupakan’,kalau pun benar apa yg di katakan oleh al Madani ini,ianya tidak mengapa bagi saya,kerana memang sudah resam dunia begitu,makin lama,makin di lupakan.Tapi saya sangat takut jika terjadi sesuatu seperti apa yg berlaku terhadap Anwar sekarang ,semakin lama semakin di benci dan di musuhi ,tambahan pula dibenci dan di musuhi oleh teman seperjuangan.Namun saya tidak fikir,nasib Dr.Sidik Baba seperti yg di katakan oleh al Madani,malahan mereka yg tahu akan apa yg sebanrnya berlaku,lebih hurmat dan lebih menyanjung tinggi Dr.Sidek Baba,kerana kesanggupannya ‘meningglkan’ tokoh yg digilai utk didekati oleh ramai si pengejar kuasa dan kemasyhuran.Bayangkan saja pengalaman peribadi saya ,saya bukanlah sesiapa dari segi politik,tapi boleh di angkat oleh ahli PKR utk memegang jawatan penting dalam PKR hanyalah kerana saya rapat dengan Anwar.Apakah agaknya kedudukan Dr. SIdek jika beliau mendekati Anwar dan jelas memihak kepada beliau?.Sudah tentulah Dr.Sidik Baba jauh mengatasi al Madani.

      Reply to this comment
  4. sabahtrooper

    Mar 29. 2013

    Barkan saje la mereka tu…nti lepas auar jadi PM barulah mereka ni rasa bagaimana kena tonggeng satu satu ngan DSAI ni…sbb memang itu pun yang mereka ndak dan idam idam kan

    Reply to this comment
  5. taufan

    Mar 29. 2013

    Panduan Dr Sidek Baba:

    Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. .. (Al-Hujuraat49:6)

    Panduan orang PKR pula:

    Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka kita perlu menolak berita itu….

    http://www.youtube.com/watch?v=xc6kgHWWwIA

    Ajaran sesat doh!

    Reply to this comment
  6. cilipadi

    Mar 29. 2013

    akhirnya……..tersedar juga Dr sidek baba bahawa permata yang dipujanya adalah sebenarnya kaca….yang tak berguna walau satu sen pun…tahniah dr

    Reply to this comment
  7. HAMSOR

    Mar 29. 2013

    Cikgu Sidek mmg org kuat Anwar dulu..kader2 Anwar (ABIM) kat UIA dulu diketuai oleh CIkgu Sidek..selalu ada usrah dan gorup bonding bagai…ada rumours mengatakan Anwar nak gantikan Rahim Tambi Chik dgn CIkgu Sidek sebagai KM Melaka masa isu skandal seks RTC…

    kenapa org kuat yg pernah masuk ISA sebaik2 anwar dipecat, dah tak percaya kat Anwar lagi?? ada tak pengikut tegar Anwar mcm Ana dan Al-Madani boleh bagi jawapan??

    Reply to this comment
    • jambatan

      Mar 29. 2013

      ” ada tak pengikut tegar Anwar mcm Ana dan Al-Madani boleh bagi jawapan??”
      - ada, jawapannye UMNO rasuah Dr Sidek.

      Siapa pernah dengar jawapan mcm ni? Saya tau Ana dan Madani pernah dengar!

      Reply to this comment
      • al-madani

        Mar 29. 2013

        en jambatan telah turun taraf jadi jamban. saya tak pernah tuduh sidek dirasuah. inilah mentaliti pembenci DSAI. saya tak pernah dengar sesiapa tuduh sidek dirasuah, mengapa kamu lebih sudu dr kuah. tak tahu malu.

        Reply to this comment
        • al-permaidani

          Apr 01. 2013

          al-madani, sejaka bila manusia ada tarafnya?..sejak bila taraf menolong saya di akhirat sana?..baling batu sembunyi tangan boleh lah awak buat..

          Reply to this comment
        • Amin

          Apr 01. 2013

          Biasalah al-madani, siapa ckp kebenaran pasal Setan Anwar, semua dikatakan dirasuah UMNO. Sehingga yg benar dikira bohong…..

          Inilah agenda Setan Anwar sehingga yg benar dikira bohong, yg bohong dikira benar…dah jadi pun…

          Reply to this comment
  8. sman

    Mar 29. 2013

    Kami pernah berbual panjang mengenai perjalanan pengalaman kami dalam mengambil keputusan ‘menolak’ Anwar,ketika di rumah Ust. Ismail Mina.Kesimpulannya alasan kami adalah sama.Sebelum itu saya bukanlah orang yg rapat dengan Dr.Sidik Baba,beliau adalah tokoh besar,namun kesudiannya berbincang panjang menunjukan beliau adalah seorang yg tidak sombong dan mudah di dekati.Percakapannya penuh dengan fakta dan rasional.Begitu jugalah dengan Ust. Ismal Mina.Saya merasa bertuah kerana dapat mengenali dan bersama mereka berdua.
    Sebenarnya dalam usaha mahu mencari kebenaran,kita perlu mempunyai fikiran yg terbuka,daya usaha utk menyiasat,tidak berat sebelah dengan berani mendengar dari kedua belah pihak.Inilah yg kami lakukan utk membolehkan kami membuat keputusan,sikap inilah yg tidak ada dikalangan para pentaksub Anwar .

    Reply to this comment
    • al-madani

      Mar 29. 2013

      saya dah dengar hujah Ismail Mina, Hj Hamid, sidek baba, yusri mohamed sahabat saya yg saya kasihi tetapi hampa kerana ismail mina ungkit benda yang bukan-bukan. cthnya Khalid jaafar dan IKD dikatakan buat silap tp diserangnya DSAI. peliknya org tua ni tak pergi jumpa khalid jaafar mohon penjelasan. anwar dah jawab isu itu dan saya berpuashati. Haji Hamid langsung tak saya hormati kerana dia asyik cerita hal rumahtangga DSWA&DSAI. org tua ni cerita pasai anwar tinggikan suara pada bini dia. bini dia nampak cemburu. dalam Islam haram membuka aib orang apatah lagi hal rumahtangga org. hal rumahtangga sendiri pun dilarang cerita kat org. buka aib org saya tolak cerita org bodoh ni kerana bertentangan dengan hadis yang sahih. pasai sidek saya dah tulis kat atas. Dr Yusri sahabat yang saya kasihi saya terima hujah beliau jika aduan saiful dibuat kepada pihak berkuasa secara tertutup dan penyiasatannya dibuat secara tertutup juga. Pertuduhan juga perlu dibuat tertutup untuk menjaga maruah saiful dan DSAI. kes ini setakat ini telah diuruskan dengan cara mengaibkan maruah DSAI. Saya yakin sahabat saya yang dikasihi Dr yusri sedar hakikat ini. alhamdulillah syukur kpd Allah maha pengasih kerana DSAI pun telah dibebaskan dan bapa saiful pun dah buka cerita, semoga kebenaran yang lebih banyak akan keluar.
      saya bukan taksub tetapi saya telah gunakan segala daya akal dan hujah agama untuk menolak kesaksian keempat-empat insan diatas.

      Reply to this comment
      • Anonymas

        Mar 30. 2013

        ” alhamdulillah syukur kpd Allah maha pengasih kerana DSAI pun telah dibebaskan”
        >Yelah hari tu pum pang pum pang MAHKAMAH TIDAK ADIL, KANGAROO COURT, HAKIM DIBAYAR
        ” dan bapa saiful pun dah buka cerita”
        >Yelah masa dulu pum pang pumpang KAKI JUDI, MELACURKAN ISTERI SENDIRI DIBAYAR UMNO BLA BLA
        Kalau buat pusingan U banyak-banyak, nanti penumpang kereta boleh pening, saudara Madani

        Reply to this comment
      • sman

        Mar 30. 2013

        1.Apa istimewanya Anwar utk dijalankan penyisatan tertutup dan mengapa pula kita mahu membezakan kes Saiful dgn kes rakyat biasa yg lain,tertutup,tertutup,tertutup,malu ke atau ada apa-apa?.Lagi pun,bukankah peguam Anwar sendiri telah memohon perbicaraan secara tertutup dalam babak tertentu ,yg selama ini tidak pernah berlaku di mana tertuduh yg membuat permintaan begitu.Permohonan peguam Anwar di terima oleh mahkamah.Saya bpendapat kandungan perbicaraan tertutup inilah salah satu sebab Anwar tidak berani duduk di kandang saksi,kerana takut di soal balas secara terbuka oleh pegumancara,ianya cukup memalukan dan bakal menjadikan rakayat lebih yakin kecuali beberapa kerat pentaksub Anwar.Hujah al Madani yg ini pun sudah menunjukan beliau adalah bias,bolehkah kita terima pandangan org begini,yg kononnya tidak taksub.

        2.Ust Ismail Mina banyak berhujah dari segi Pluralisma ugama,dan saya cukup menyetujuai pandangan beliau dan ianya sama seprti pendirian Dr.Sidek Baba,yg sudah menulis lama mengenai perkara ini.Soal plurlisma ugama ini,Anwar tidak pernah menjawabnya dgn tepat dan memuaskan harti,yang ada hanyalah menafikan,tapi gagal mengambil langkah yg sesuai terhadap sumber asal.Dr Yusri juga merasa keciwa dengan penjelasan Anwar dalam soal ini.

        3.Penjelasan al Madani ini juga tidak menjawab soalan,hanya menampakan betapa beliau teraba-raba mahu menegakan benang basah.

        Reply to this comment
        • al-Madani

          Apr 02. 2013

          ini padahnya kamu tak tahu undang-undang islam beri perlindungan kepada semua yang terlibat. pemerintah wajib menjamin perlindungan ini.

          Reply to this comment
          • anony

            Apr 02. 2013

            al-Madani Majusi,

            Perangai buruk penyokong totok PR yang terserlah disini. Tak rebut argument si sman, tapi menyerang knowledge si sman. Mana kau tau si sman tak tau pasal usul fiqh?

      • taufan

        Mar 30. 2013

        It is soooo pathetic.

        Reply to this comment
      • Yusof KBI

        Mar 30. 2013

        Kalau mengaku sahabat Dr. yusri al-Madani ni lama dah tinggal DSAI. Takkan tak perchaya sahabat sendiri tapi perchaya Anwar. Dasar taksub ni.

        Reply to this comment
        • al-Madani

          Apr 02. 2013

          Saya bersahabat tetapi prinsip mana yang ajar kena ikut sahabat dalam semua hal. Saidina Umar r.a sahabat kepada Saidina Abu Bakr r.a tetapi beliau tak sependapat dengan sahabatnya dalam isu jawatan Khalid al Walid r.a sebagai Panglima tertinggi. Beliau memecat Khalid dan menggantikannya dengan Abu Ubaidah r.a semasa kekhalifahannya. Saya taksub dengan kebenaran yang dibawa oleh wahyu, saya menolak pandangan sahabat jika setelah saya pertimbangkan dengan wahyu Allah ia bertentangan.

          Reply to this comment
          • anony

            Apr 02. 2013

            Wahyu Allah tidak pernah membenarkan liwat sesama jantina.
            Wahyu Allah tidak pernah membenarkan LBGT dan juga pluralisme.
            Wahyu Allah tidak pernah membenarkannya umatnya membohong secara berjamaah (read 16hb september)
            Wahyu Allah mahu kita menyokong pejuang-pejuang Islam yang mencegah murtad (read kes Hassan Ali)

            anda mahu lagi ker? saya ada 1001 sebab yang menyatakan kenapa umat islam sepatutnya diharamkan daripada menyokong Ibrahim dan agenda terpesong dia.

            dan saya percaya rakan-rakan yang lain boleh senaraikan lebih banyak perkara kufur dan laknat yang dilakukan Anwar Ibrahim.

          • sman

            Apr 02. 2013

            syok sendirilah kamu.Kebenaran bukan di pihak kamu sekarang.

      • betz

        Mar 30. 2013

        Terima kasihla pada almadani. Kalau saya baca artikel di atas saya tak tau pun apa haji hamid cakap atau apa orang lain cakap dalam majlis tertutup tu. Dan saya tak tau pun siapa di dalam majlis tertutup tu. Tapi bila almadani yang tulis di sini secara public, maka saya dah tau la. Oh, begitu rupanya cerita.

        ‘terima kasih’ la sebab bukak pekung rumahtangga orang. ‘terima kasih’ juga sebab bagitau siapa dalam majlis tu. Pandai encik madani simpan rahsia

        Reply to this comment
        • al-Madani

          Apr 02. 2013

          saya tak nak terlibat dengan org yang usianya masuk usia subsidi tapi masih terhegeh-hegeh menceritakan hal ehwal rumahtangga bekas rakan baik seperti hj hamid. saya juga taknak terlibat mengumpulkan org ramai mendengar ceriata mengaibkan orang lain lebih-lebih lagi hal rumahtangga dan seks.

          Reply to this comment
          • HAMSOR

            Apr 02. 2013

            kalau hal beli cincin atau SD yg ckp Najib bantai punggung Altantuya, boleh tak kita ambik tahu?? kalau Anwar bagi hint dlm ceramah dia yg dia tau sapa yg kena tangkap ngan artis kat PD, boleh?? tak buka aib ke tu?? kalau kata Cikgu Sidek melacurkan diri sbb duit dan hina Haji Hamid sebagai org yg dah nak mampus, boleh?? kata Anwar sebagai peliwat dan penzina dgn bukti2 yg terpampang, tak boleh??? WTF !!!! gila taksub sehhh ko ni Al-Madani…

          • sal

            Apr 02. 2013

            Kalo sedara x mo dengar dan pekakkan telinga pada bukti2 kesalahan pemimpin kesayangan sedara..camana sedara dapt menilai mana satu intan mana satu kaca?
            Nape saja2 anda pekakkan telinga dan butakan mata?
            Anda berlaku x adil pd diri sendiri dan pada org lain

      • Mat Zain

        Apr 02. 2013

        Masalahnya al Madani, DSAI tu nak jadi Perdana Menteri. Kalau dia takat bekas banduan saja, sapa nak peduli.

        Kalau prinsip ni yg digunakan, kenapa tuduh Najib dengan Altantuya? Kenapa tuduh Rosmah itu dan ini? kenapa tuduh Tun M itu dan ini?

        kenapa ada yg tuduh Razak baginda dan Altantuya itu dan ini?

        Mana pegi hukum qazaf?

        BTW, Al Madani, adakah anda percaya Rahim tambhy Chik rogol budak bawah umur? DSAI kata betulkan RTC buat? Bukankah kalau macam tu, DSAI pun boleh kena qazaf?Bukankah Anwar Ibrahim juga seorg yg fasiq?

        Tolong Al Madani, tangkap DSAI dan sebat DSAI 80 kali macam dalam Filem Semerah Padi.

        ws

        Reply to this comment
  9. megatalangrimba

    Mar 29. 2013

    Mana jam OMEGA??????

    Reply to this comment
    • AA Shah Alam

      Mar 29. 2013

      Jam Omega, UMNO curi,
      Video, UMNO pasang kamera,
      Pelakon lucah, arahan UMNO,
      Kau tak ada otak ke?
      Dah tahu UMNO pasang kamera, Kau berlakon buat apa?

      Sebenarnya kau memang perangai macam tu, bila terbongkar alasannya,
      Gutter politic, Political assasination, Perut tak boncit,
      Yang hairan nya pengikutnya percaya…buta2.
      Kesian betul…agaknya yang selalu kena tipu kat internet, skim guris dan lain mesti
      Penyokong2 yang tak cerdik ni kan, semua yang digoreng hidup2, tapi masih tak sedar….kesian betul. Allah dah beri akal guna lah.

      Reply to this comment
      • sman

        Mar 30. 2013

        jawapan sangat mudah ,tapi sangat memanaskan telinga pentaksub Anwar,lucu pun ada.

        Reply to this comment
  10. amen cader

    Mar 29. 2013

    sekiranya jadi pm macamana nak selesaikan yg sedia menunggu panjang ….Israel-Zoines.Amereca-FBI-CIA ..n SULU n mungkin ada yg lain lagi.

    Reply to this comment
  11. liza

    Mar 29. 2013

    Dr Sidek Baba merupakan personaliti yang sangat di hormati dikalangan para akedemik dan ilmuan. Saya fikir dengan menunjukkan bukti Dr Sidek Baba yang kami warga UIA sanjungi telah berpaling tadah dari Anwar akan merubah penyokong PR dikalangan warga UIA. Rupanya kebencian melampau mereka terhadap melayu Islam UMNO tidak akan sama sekali merubah sokongan mereka tehadap PR. Rasuah, mengkayakan anak beranak sendiri , tidak mahukan Islam antara perkara yang sentiasa dikaitkan dengan UMNO. Mereka sgt jijik dengan UMNO tetapi tidak merasa apa tentang yg dikatakan Dr Sidek

    Reply to this comment
    • sengang

      Mar 29. 2013

      Biasa la, pepatah melayu ada sebut, kuman seberang laut nampak tapi gajah depan mata tak kelihatan…. bila mata hati dah diselaputi dengan nafsu, hati akan jadi hitam, minda akan hilang rasionalnya… teringat komen nik aziz bila wartawan tanya dia pasal guru-guru pondak cakap haram sokong pas, nik aziz cakap merepek dan dia pon boleh kata haram sokong umno…. mana rasionalnya kalau komen balas yag berunsur dendam macam tu dan lagi rasanya tak sepatutnya dia melenting sebegitu.
      Teringat kisah Nabi S.A.W semasa baginda ke Taif untuk menyeru Islam kepada penduduk Taif. Baginda telah dibaling dengan batu sehingga berdarah kepala baginda, melihat kan kejadian itu, malaikat Jibril (bukan manusia tp malaikat) datang kepada baginda lalu bertanya mahukah baginda kalau Jibril mengangkat bukit- bukit sekitar Taif lalu menghempap penduduk Taif. Baginda lalu berkata jangan sebaliknya baginda berdoa agar keturunan penduduk Taif suatu hari nanti akan beriman dengan Allah. Subhanallah, begitu baiknya hati dan luhurnya budi pekerti baginda.

      Bayangkan pula kalau nik aziz yang berada didlm situasi begitu (kena baling batu), apakah dia akan berbuat seperti itu sedangkan kes sebegini pun dia dah melenting. jauh sungguh bezanya… Mmg baginda seorang Rasul yg maksum tapi baginda juga manusia yg punya akal dan akal digunakan dengan sematang-matangnya dan jauh kehadapan pemikiran baginda.

      Sorry, lari sikit tapi relevannya tetap ada.

      Reply to this comment
    • sman

      Mar 30. 2013

      1.Rasuah- selalunya yg memberi rasuah adalah gulungan peniaga yg tamak haloba,mejoritinya adalah C.Bila PR memerntah,gulungan peniaga tetap org C,manakala pegawai tinggi kerajaan dan org penting dalam politk kerajaan adalah juga org C atau pro C,berlandaskan sistem meritokrasi.Muka Melayu nak memegang jawatan penting dalm kerajaan jangan mimpilah terutama Melayu yg ada dalm PR,mejoritinya tahap 3,keculi yg pro C..Apakah rasuah akan berkurang?.99% saya yakin rasuah akan meningkat dan ketika itu rasuah akan berlaku antara C sesama C pula.Melayu untung sekarung rugi seguni.

      2.Mengkayakan anak beranak sendiri-Anwaradalah salah seorang yg mengamalkan itu semua.LGE sekarang tidak kurang handalnya,Nik Aziz pun apa bezanya?.

      3.Umno tak mahu Islam-tapi mengapa Umno membena masjid,menubuhkan U Islam dan fakulti Islam di pusat pengajian tinggi,menghatar pelajar mempelajari Ilmu Islm di Timur Tengah,mengadakan sistem kewangan Islam,membantu umat Islam di seluruh dunia,mengujudkan jawatan menteri yg bertanggung jawab mengenai Islam,mufti dan khadi, tidak menghalang umat Islam beribadat sebanyak yg mereka mahu,menyediakan bermacam-macam kemudahan beribadat di mana sahaja,sentiasa berusaha mempertingkatkan martabat Islam.
      Mungkin yg dimaksudkan tak mahu Islam kerana tidak menjalankan hudud-begitulah sempit nya akal pentaksub Pas.Mengapa mreka tak tanya,mna Hudud dalam manfesto PR sekarang?.mengapa mereka tak tanya bakal PM merka mengapa tak bincang pasal hudu sebelum mengelurkan manifesto.

      Ceteknya pemikiran warga UIA,kalau benar seperti apa yg di katakan oleh LIza.

      Reply to this comment
  12. amen cader

    Mar 29. 2013

    kalau jadi PM macamana yg d belakang tu yg sedia menunggu …Zionist.agenda kristian. america,israel, sulu,cia fbi ,bolih selesai ?

    Reply to this comment
  13. waras

    Mar 29. 2013

    Aku tak hairan kalau Anwar masih disanjung dan tak pelik kalau Anwar dan koncu-koncunya menang pilihanraya. Inilah kelemahan sistem demokrasi. Masyarakat Malaysia juga tak akan terlepas dari gejala sosial yang buruk, liberal, menghadapi isu moral serta kelancangan menterjemahkan agama ikut nafsu sendiri. Maka apabila kuasa mengundi berada di tangan mereka, pasti lah individu-individu sonsang yang akan diangkat menjadi pemimpin mereka. Ideologi yang jahat ini telah mengcengkam masyarakat manusia. Isu pluralisme, LGBT, murtad, nama ‘Allah’ dan sebagainya dibuat mainan minda yang jahat. Di dalam sistem demokrasi ini, pemimpin yang buruk menjadi berkuasa kerana mereka ini dipilih dan diangkat menjadi pemimpin oleh masyarakat yg buruk. Dajjal pun nanti diangkat menjadi tuhan oleh masyarakat manusia yang menjadi semakin buruk. Inilah hakikatnya perkembangan peradaban manusia yang satu hari nanti menjerumus kerana kemusnahan sebagai tanda kiamat pasti tiba.

    Kenapa Anwar masih bersuara ialah kerana masyarakat kita dah rusak. Adalah satu cabaran yang amat berat untuk membersihkan kekotoran masyarakat kita ini. Kalau ini gagal dibedung aku dapat rasakan kebinasaan Malaysia suatu hari nanti disebabkan purak-peranda yg ditimbulkan oleh generasi akan datang. Maka kita sekarang sedang berasa di persimpangan jalan di mana Malaysia akan menghadapi bencana besar kepincangan generasi akan datang. Inilah yg Orientalis dan orang yang anti-Islam mahukan. Lihat lah siapa di belakang Anwar dan kuasa mana yang kuat menyokongkongnya untuk menjahanamkan Malaysia. Semoga masyarakat kita sedar semua ini, tetapi rasanya peluang menyelamatkan Malaysia semakin menipis. Sama-samalah kita doakan kesejahteraan negara kita.

    Reply to this comment
    • itsme

      Mar 29. 2013

      ye betul saudara, kekacauan yg anwar buat adalah sebiji kpd modua operandi puak orientalis, kerja mrk hanya mencari kelemahan dan bagaimana boleh mrk masuk dan memutarbelitkan org2 Islam. Kurangnya ilmu dikalangan umat Islam adalah krn kurangnya tabiat membaca sdgkan surah pertama yg Allah turunkan adalah disuruhnya umatnya agar membaca dan terus membaca. Setelah barulah surah2 lain turun dan disuruhnya kita mengkaji dan melaksana.. byk sifat2 yg Allah larang semakin galak pula manusia2 ini mengamalkannya. Mencaci, menghina, mengumpat dan fitnah menjadi mainan lidah dan bibir. Kaji dan tafakurlah wahai saudara2 Islam ku semua..

      Reply to this comment
  14. taib

    Mar 28. 2013

    lu bohong

    Reply to this comment
    • itsme

      Mar 29. 2013

      ada pulak penakut yg agak sengal dlm forum ni.. tak bertatap mata pun dah gelabah puyoh, lg lah kalau berdepan boleh jd terkencing siTaib ni..

      Reply to this comment
      • AA Shah Alam

        Mar 29. 2013

        Si taib ni kalau dah terkena batang hidung sendiri, ahli keluarga dia ke? Baru dia tahu bohong ke tidak? Boleh dianggap kurang berfikiran.

        Reply to this comment
    • Pejuang IMR

      Mar 29. 2013

      Taib,

      Cuba tuan selidik dahulu tentang perkara2 yang disebutkan oleh Sidek Baba tu. Dia bukanlah sebarangan orang. Sambil itu, muhasabahlah diri sama ada anda lebih betul dan lebih mengetahui dari kumpulan2 yang disebutkan di bawah ini. Jangan terus kata “Lu bohon”: tanpa sebarang penyelidikan, hujah beserta bukti. Bukan apa, takut yang rugi kita juga sebagai rakyat Malaysia. Orang2 politik akan tetap berpolitik walaupun mereka menang atau kalah. Oleh itu kita sebagai rakyat yang akan menentukan corak atau arah mana hendak dituju harus berhati2 dengan sokongan dan pemilihan kita.

      1. Mengapa 10,000 orang gabungan dari 3 NGO Islam terbesar di Kelantan merangkumi ulamak, pengasas pondok, guru-guru agama, imam dan sebagainya yang dulunya penyokong tegar PAS telah berubah dan menentang PAS atas 7 sebab utama.

      2. Mengapa lebih 40 orang kuat dan berpengaruh dalam PKR termasuk Chandra Muzafar, Zulkifli Nordin, Mohd Ezam, Zharain dan banyak lagi yang dulunya penyokong tegar DSAI (Sanggup di ISA kan) telah sedar yang mereka selama ini telah terbukti tersalah pilih dan berbalk kepangkal jalan.

      3. Kecelaruan dan percanggahan pemimpin PAS tentang kalimah Allah, Amanat Hadi 1981, persepsi Negara Islam tiada dalam Quran, Hudud hanya 0.00001%, Buku Jingga yang dijunjung sekarang tidak ada elemen Islam didalamnya. Perlembagaan Negara (disusun oleh Lord Reid) yang dikatakan kafir dulu telah diakui benar pulak sekarang. Mana satu yang betul ni. Fikir2kanlah. Kerajaan sekarang yang dikatakan kafir tidak sanggup menandatangani berjanji bahawa negara Islam dan Hudud tidak akan dilaksanakan sekiranya PR menang PRU13. Sedih, sungguh sedih. Bilan Lim Kit Sial tu menyatakan dalam blog persendiriannya yang menegaskan PR akan melaksanakan kesamarataan agama (pluralisma) tiada langsung

      4. Selidik juga tentang isu penyebaran pemikiran pluralisma, liberalisma dan sokongan terhadap LGBT yang sangat2 bertentangan dengan akidah Islam. Selidik juga tentang pandangan hak asasi manusia yang melangkaui batasan Islam cth. kebebasan untuk keluar dari Islam, membenarkan sek bebas secara tertutup kerana itu hak peribadi.

      5. Selidik juga tentang kelemahan pemimpin PAS walaupun dalam menangani isu2 berkaitan undang2 Islamnya sendiri. Cth. Tukang gunting wanita di Kelantan, pemakaian bagi model2 iklan wanita di Kedah, Operasi kelab malam dalam bulan puasa di kedah, arak dan aktiviti pemurtadan di Selangor serta beberapa lagi.

      6. Pandangan Nik Aziz tentang ayat quran (dari ayat 1 hingga akhir) adalah politik dan Nabi Mohammad sebelum perlantikannya menjadi Rasul adalah sama dengan mamat2 lain dikampung. ladang rakyat 1.7 juta ekar diberikan kepada syarikat asing bukan Islam. Terbaru 10,500 ekar tanah di gua musang diberikan kepada 2 orang pemimpin DAP perak. Tiada pembangunan nyata di Kelantan.

      7. Isu moral serta sokongan kuat terhadap ketua pembangkang oleh badan2 antarabangsa yang meragukan yang sangat menonjol dengan bukti jelas jangan sekali2 kita abaikan. cubalah fikirkan dengan rasional.

      Akhir sekali sebelom mengatakan Lu Bohong sekali lagi, sebagai rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran dimanakah agaknya pendirian Tuan tentang isu2 percanggahan di item 3 di atas.

      Reply to this comment
      • Mozart

        Mar 29. 2013

        Well said Pejuang IMR. Namun, sedih bila ada yang terlalu taksub dalam politik hingga tertutup mata & akal fikiran untuk membaca, mengkaji dan mencari kebenaran. Semoga Allah melindungi negara kita dari diperintah oleh orang orang yang tidak wajar.

        Reply to this comment
    • sman

      Mar 30. 2013

      senangnya hujah sdr,macam org yg tak tahu apa-apa je selain taksub kepada Anwar.Bijaklah sedikit sdr.kami bersedia mendengara hujah sdr,kalau bernas dan benar dan kami sanggup menerimanya ,tapi mistilah selepas dihujahkan pula.

      Reply to this comment
  15. Anwar Ibrahim

    Mar 28. 2013

    Ini ternyata suatu fitnah dan konspirasi UMNO untuk menjatuhkan aku sebagai PM. Mereka hasad dengki dengan kejayaan aku sebagai lulusan ijazah am Pengajian Melayu tetapi mampu sampai tahap IMF Shakespeare. Nantilah aku jadi PM selesai semua masalah. Tunggu aku jadi PM selesai semua masalah.

    Reply to this comment
    • sengang

      Mar 29. 2013

      ko diam lah, dh lama sgt ckp nak jd PM, cemuih dah aku dgr, PM = pasar malam boleh la kot… jgn mara arrr :o)

      Reply to this comment
    • ABA KK

      Mar 29. 2013

      Tak payah nak jadi PM…baru jadi Economic Adviser Selangor pun dah lingkup!
      Ingatkan ada kepakaran cari foreign investor, rupanya dia buat video lucah
      Supaya dapat jual di pasar malam….itu rupanya cara menaikan ekonomi Selangor.
      Kalau macam tu…elok beli CD pelakon barat, ratusan kali lebih hansem.

      Dah berlakon, pengecut nak mengaku…rupanya hero kat BELAKANG aje,
      Tengok Chua Soi Lek, dah buat…dia mengaku…betul2 gentleman,
      Bukan pengecut, ini kalau musuh datang dia lari ke ketiak Israel,
      Lu hero jalanan bolehlah…negara dah aman lu buat kacau,buat demontrasi,terbalikan kereta polis…lepas tu penyokong sorak macam hero.
      Membina sebuah negara mengambil masa, meranapkan tak payah lu….orang gila pun boleh!

      Reply to this comment
  16. halim yunus

    Mar 28. 2013

    Korang cakap lah apa pun..anwarista dan penyokong PR takkan terpedaya dan beralih arah..kerana otak sudah tepu dan keras mcm batu konkrit. Aku pernah berdebat dgn geng2 totok ni..korang letak lah apa pun bukti depan batang hidung mereka..mereka takkan percaya..buang masa dan tenaga. Jadi biarkan mereka hanyut dengan dunia tolol mereka. Bila semua sudah tergadai jgn menangis cm org gila mati anak..biarkan mereka sedar dgn sendiri..ada otak tapi masih guna tapak kaki utk berfikir..pendek kata MEREKA BODOH..

    Reply to this comment
    • sal

      Mar 28. 2013

      Betoi tu..geng2 pentaksub ni macam dipukau..x mo trima apa satu pun ..dolo sy pun penah sokong Anwar….sy pun pernah solat istikharah..bila tengok video Chinadoll sah2 tu muka Anwar..tp kawan2 tetap ckp itu bukan Anwar la..perut buncit laa…org edit gambo la..dan bagai2

      sy yakin Anwar memng bsalah..x adanya fitnah2..itu muka dia la tu dalm chinadoll

      Reply to this comment
      • Ana

        Apr 02. 2013

        Sal pernah tengok tak You Tube: silicon gel mask? Cuba tengok mcm mana nak buat mask muka siapa pun, 2 jam boleh siap.

        Reply to this comment
    • azamalek

      Mar 29. 2013

      saya amat amat setuju dgn saudara…

      Reply to this comment
    • sengang

      Mar 29. 2013

      betul mmg betul tp kita perlu jugak tarik mereka ni semula demi kesatuan umat islam khasnya dan umat melayu amnya.. aku bukan racist tp dok perati tgk senario la ni, DAP tu tgh bermain devide and conquer… sgt bahaya.

      Reply to this comment
  17. longchepoh

    Mar 28. 2013

    “Katanya, sebelum meninggalkan Anwar beliau menyiasat serta menemu bual 28 individu yang sangat rapat dengan Anwar dan kemudian membuat solat sunat istikharah bagi memohon petunjuk.”

    Wahai penyokong tegar DSAI dan ahli-ahli PAS, inilah sebenanrya apa yang ANDA PERLU LAKUKAN sebelum terus menyalahkan pihak lain.

    Reply to this comment
    • sengang

      Mar 29. 2013

      kekadang kesian kat akar umbi pkr ni, mudah sgt termakan momokan anuwar

      Reply to this comment
      • ABA KK

        Mar 29. 2013

        Dia orang silap….pasal bila dengar ceramah si bengong tu, dia org menggagah. Lalat dah masuk mulut. Kalau dia tutup mulut,
        Tak lah dia dengar tanpa berfikir!

        Reply to this comment
        • Anonymas

          Mar 30. 2013

          Ceramah dia best..ada nyanyi, ada menari…ada lawak…Anwar buleh masuk Bintang Mencari Bintang oooo!

          Reply to this comment

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE