Tun Mahathir : Lari Dari Permatang Pauh Tanda Anwar Hilang Sokongan

KUALA LUMPUR: Kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau mungkin bertanding di Perak pada pilihan raya umum ke-13 ini menunjukkan keyakinan beliau terhadap pengaruhnya di kawasan Permatang Pauh semakin berkurangan.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata Malaysia negara bebas dan “Anwar boleh pergi ke mana saja yang dia mahu, tetapi untuk menang, satu cerita lain.”

“Maksud saya jika beliau mahu lari daripada Permatang Pauh, tak mengapa. Ini jelas menunjukkan keyakinan beliau terhadap (mengekalkan) kerusi Parlimen Permatang Pauh semakin hari semakin berkurangan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada persidangan ulung Persekutuan Perusahaan Islam Sedunia yang juga Forum Ekonomi Islam Sedunia di sini hari ini.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu baru-baru ini berkata beliau mungkin bertanding di kawasan parlimen Perak pada pilihan raya akan datang, semasa ditanya sama ada beliau akan mempertahankan kerusi parlimen Permatang Pauh. – BERNAMA

14 Responses to “Tun Mahathir : Lari Dari Permatang Pauh Tanda Anwar Hilang Sokongan”

  1. Cocky Arrogant Tokong

    Mar 23. 2013

    ahlul pas hanya tahu kehijauan paslah yang paling bener.. termasuk nuar yang benerrrrrr

    Reply to this comment
  2. WakKang

    Mar 23. 2013

    Memang agak sukar untuk Anwar Ibrahim memilih tempat untuk bertanding sekarang jika dia nak menang. Dia kena cari kawasan yg ramai LGBT, yg ramai kristian liberal, yang ramai kafirun harbi dan yang ramai pengundi buta dan tuli!!!
    Masalah betul!!…di Malaysia ni takde tempat yg sebegitu. Tapi Anwar jgn risau, masih ada option. Wak cadangkan Anwar bertanding diHutan simpan Tmn negara, atau Lembah Belum!! Penghuni nya memang bukan LGBT, kafir harbi atau buta dan tuli, tapi beruk,monyet, siamang, gajah,rusa, rimau, biawak, babi dll kat situ pasti akan ikut dan undi dia kalau dia tau cam ne nam mengumpan mereka!!! Jangan risau lah!!!!!

    Reply to this comment
    • Laksa Johor

      Mar 23. 2013

      Binatang pun tak akan mengundi dia kerana binatang pun bukan pengamal seks sejenis.

      Reply to this comment
    • Guitar Player

      Mar 24. 2013

      Binatang – binatang semua dan seluruh alam sebagai makhluk bertasbih memuji Allah siang malam, rasanya belum sempat Anwar melangkah masuk ke dalam hutan, binatang – binatang ni dah dapat hidu dan lari jauh2, sebabnya sebelum mendapat nahas lebih baik cabut dulu.

      Reply to this comment
  3. sal

    Mar 23. 2013

    Baik Anwar cepat2 jd pensyarah aja, kalo dh nampak x ada kejayaan sbg bakal PM.
    Baik ko behenti cepat ja lar..elok kalo trima la ni tawaran jd pensyarah tu..

    x ada malu sgt nantii kalo kalah..

    cuma dikhuatiri esok2 ko mesti meluahkan kekecewaan ko pada anak murid,rosak2 jugk kat mana ko berada

    Reply to this comment
    • Anonymas

      Mar 23. 2013

      DIa pernah kasi syarahan kat Uni John Hopkins (amerika). Syarahan tu 100% Islam, kutuk Malaysia, kutuk Melayu, gelar malaysia ‘fundamentalis’

      Reply to this comment
    • Anonymas

      Mar 23. 2013

      eh silap, maksudku 100% anti-Islam

      Reply to this comment
  4. somi

    Mar 22. 2013

    sbnrnya pakatan ada call setiap pengundi baru2 ni temasuk saya. bila bancian mendapati sokongan agak mengecewakan mereka maybe akan lari kwsn lain

    Reply to this comment
    • Anonymas

      Mar 23. 2013

      diorang ada call, aku cakap “HAHHHH? APAAA? HELOOO? HELOOOOO?” banyak kali sampai dia letak tepon

      Reply to this comment
  5. ron95

    Mar 22. 2013

    kat Perak mana nak bertanding? tu semua DAP dan PAS yang punya..karang ada yang tak puas hati pulak kang.

    Reply to this comment
    • cold

      Mar 23. 2013

      dap kasi krusi..dorang xnk pkai mb pas lg lpas nie..mahu pkai anwar..sng nk buat keje..

      Reply to this comment
  6. ANUwar iBERAHI

    Mar 22. 2013

    tun, u cakap baik2 sikit tau, u ulang nanti i saman, u ulang nanti i saman x29

    Reply to this comment
  7. Anonymas

    Mar 22. 2013

    Dia akan berpindah ke tempat yang sure menang, contoh cam Lembah Pantai/Titiwangsa. Tapi andaikan kalau dia kalah…maka Bersih 4.0 akan berlaku

    Reply to this comment
    • WakKang

      Mar 23. 2013

      Elok juga ada Bersih 4.0. Dan setiap yg datang bawalah penyapu, wheel barrow, mop lantai, plastik sampah ….tolong DBKL bersihkan KL tu!!!
      Kalau datang buat rosak dah kotor … Tu bukan Bersih, tapi KOTOR 4.0 ler!!

      Reply to this comment

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE