PARADIGMA POLITIK BARU

Lim Kit Siang Impikan Pakatan Menang Besar PRU-13

AIDCNews – 19/03/13 – Dua bulan lepas, Penasihat DAP, Lim Kit Siang sudah membayangkan impian Pakatan Rakyat (PR) untuk menang besar dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13) iaitu sekurang-kurangnya 125 kerusi Parlimen.

Daripada 125 kerusi itu, Kit Siang impikan 45 kerusi dimenangi PKR, 40 kerusi dimenangi DAP dan Pas juga menang 40 kerusi.

“Jika tsunami politik di Semenanjung pada 2008 datangnya dari Utara dengan PR memenangi di Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor dan tsunami PRU-13 dijangka datang dari Selatan dengan mencipta kejayaan di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Terengganu, lapor organ DAP, roketkini.com

Anaknya yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula berkata formula paling penting untuk mencapai impian bapanya itu apabila terdapat perubahan paradigma besar iaitu keberanian masyarakat Melayu mengundi DAP khususnya di negeri Johor.

“Hanya dengan cara ini kita dapat menang di Johor dan membantu ubah kerajaan pusat dengan memberi mandat kepada Pakatan Rakyat,” katanya apabila merasmikan Wisma DAP Johor di Nusajaya, di Johor Bharu, 27 Februari.

Menurut roketkini.com, kebiasanya trend pengundi di Malaysia berasaskan kaum. Dengan pola yang sama dijangka terus kekal tetapi ditambah pula Melayu mengundi DAP manakala kaum lain mengundi PAS atau PKR, peluang Pakatan untuk menang besar semakin terserlah.

Menurut Guan Eng, beliau gembira kerana DAP Johor, walaupun ada perbezaan pandangan, tetap rapat dengan PAS dan PKR dalam usaha untuk ubah Johor.

9 Comments

  1. nahoda says:

    Bagi aku PRU12 pembangkang menang bukan sebab rakyat sukakan PR… tapi rakyat meluat dgn BN dan sabotaj dari dalam. PR hanya menangguk di air keruh saja…

  2. WakKang says:

    Awas orang Johor!!! Jangan sesekali kamu mengundi DAP komunis!!! Jika kamu tidak mahu kehilangan Negeri Johor!!!
    Apa pun, itu semua propaganda komunis DAP untuk mengalih perhatian orang lain. Mereka sebenarnya punya matlamat untuk menguasai P.Pinang sepenuhnya tanpa PAS dan PKR, kerana itulah cita cita LimKitSing sejak zaman Perikatan lagi!!!
    Nak jadi PM pertama Republik penang!!!…..mcm LeeKuanYew!!

    • itsme says:

      penang, agak mustahil bg BN utk ambil semula buat masa ini atau akan dtg.. di johot bahru dan sekitar seakan pasti ada perubahan kepimpinan DUN, walaupun lambakan duit dlm ISKANDAR Dibuat namun ianya bukanlah kekangan kpd DAP malah sgt2 membantu mrk utk menang mudah.. sebagai melayu dan islam sy mmg sgt2 kecewa dan walaupun begitu ttp mendoakan yg terbaik utk kebaikkan melayu dan islam.

  3. itsme says:

    harapan kebanyakkan melayu johor pasti tertumpu kpd umno dan bn, namun strategi dan wacana baru perlu diperkenalkan dijohor. disaat2 akhir inilah masa yg ada walaupun seakan terlambat, perubahan yg dikehendaki rakyat johor melibatkan kepimpinan yg tertinggi dan agak mustahil krn ada yg lebih tinggi dr tertinggi.. jika PM dan TPM tdk perasan akan hal2 sebegini pastinya nanti tiada jln keluar bg rakyat melayu dan islam johor.. semoga Allah masih memberikan masa dan ruang utk kita mengakui kekhilafan skrg dan berusaha kearah yg lebih adil mengikut norma2 yg tlh Allah gariskan.

  4. skodeng says:

    karpal singh mesti jwab… langkah mayat saya dulu…. baru pkr dapat itu putrajaya.. hu3

  5. ron95 says:

    pakatan nak menang pru-13?
    Jawapan aku senang je – KISS MY ASS

  6. HAMSOR says:

    masa PRU tahun 99 (lepas Anwar kena pecat), pembangkang boleh dikatakan menang agak selesa la jugak (especially PAS yg menang Kelantan dan Terengganu).DAP tahun tu bungkus…masa 2004, pembangkang over-confident sgt (macam sekarang ni lah), tapi kalah teruk..cuma pada 2008, sbb faktor kelemahan Pak Lah dan Level 4 Boys, pembangkang menang byk kerusi..tapi sekarang apa faktor yg boleh sumbangkan kemenangan untuk pembangkang??

    • itsme says:

      kalau di johor sy merasakan umno tiada masalah sgt kerana kewibawaan sgt terserlah namun ada bbrp isu yg melibatkan org atasan yg boleh mengugatkan kepimpinan umno especially di johor bahru, kulai n pengerang, lain2 rasanya umno tiada masalah utk menang.. mca pasti akan byk masalah, mic pula tdk ketara kepimpinannya.

  7. Laksa Johor says:

    Semoga Pakatan Rakyat tumbang seteruk-teruknya pada PRU 13 nanti. Aamiin…..

Leave a Comment

 

— required *

— required *