PARADIGMA POLITIK BARU

Syed Ali Nasihatkan Anwar Supaya Bertaubat

Datuk Seri Anwar Ibrahim dinasihatkan supaya bertaubat dan tidak terus menyalahkan Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO berhubung penyebaran gambar aksi seorang lelaki mirip wajah beliau mengadakan hubungan songsang sepertimana tersebar luas menerusi media siber.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, tuduhan Anwar kelmarin bahawa pihak lawan menggunakan taktik lama untuk menjatuhkan beliau sebagai tidak berasas dan tidak menjawab kepada persoalan siapakah sebenarnya lelaki berkenaan.

“Bukan kerja UMNO untuk menyebarkan fitnah, apatah lagi untuk bersusah payah menyebarkan aksi panas seorang lelaki seakan-akan diri beliau mengadakan hubungan songsang dengan seorang lelaki yang dikatakan berlaku di sebuah hotel,” katanya.

Tambah beliau, UMNO tidak terdesak sehingga terpaksa merakamkan aksi panas itu untuk menjatuhkan Anwar kerana sebelum ini pun maruah dan harga diri Ketua Pembangkang itu sudah tercemar dan dicemuh rakyat.

Lagipun jelas beliau, masyarakat sudah muak dan menolak kehadiran beliau kerana didakwa melakukan pelbagai karenah yang menyakitkan hati umat Islam seperti dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dan terbaru pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu.

Sebaliknya dakwa beliau, Anwar dan pakatan pembangkang yang sanggup berdusta, berbohong dan memburuk-burukkan pemimpin BN serta memperalatkan rakyat untuk agenda politik menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

“Siapa yang cakap bohong kalau bukan Anwar dan pembangkang, dalam manifesto pilihan raya 2008, bermacam-macam janji ditabur tetapi sehingga kini masih ada yang tidak ditunaikan, apakah ini bukan berdusta dan menipu rakyat?”, soal beliau.

Katanya lagi, apabila media siber memuat turun rakaman gambar seorang lelaki yang didakwa mirip tokoh pembangkang bersama pasangan lelakinya di sebuah bilik hotel, mengapa pula Anwar tiba-tiba melatah.

Menurutnya, tuduhan Anwar menerusi ceramah beliau di Rembau, Negeri Sembilan kelmarin bahawa ada pihak sengaja menggunakan isu tersebut sebagai helah untuk melepaskan diri daripada skandal yang memalukan itu.

Dalam ceramah politiknya di Kampung Tengah, Rembau malam kelmarin Anwar mendakwa pihak lawan (UMNO) masih tidak jemu menggunakan isu sama untuk memburukkan peribadinya di mata masyarakat berikutan penyebaran gambar kontroversi terbaru yang dikaitkan mirip wajahnya.

Syed Ali berkata, Anwar sepatutnya bertaubat dan bermuhasabah diri daripada melontarkan tuduhan melulu kepada UMNO kerana manusia yang waras tidak tergamak membiarkan dirinya terdedah kepada isu moral yang menjijikkan.

“Saya simpati kepada isteri beliau, Datin Seri Dr Wan Azizah, terpaksa menanggung aib kerana suaminya tidak habis-habis dikaitkan dengan isu moral, kena tanggung beban akibat perlakuan suaminya sendiri,” ujar beliau.

Lagipun kata beliau, masyarakat khususnya orang Melayu dan umat Islam menentang sekeras-kerasnya budaya hubungan seks songsang dan di luar tabii kerana perbuatan terkutuk itu dilaknat oleh Allah S.W.T.

“Pada hemat saya, daripada membuat tuduhan melulu kepada UMNO bersabit isu seks songsang itu, lebih elok beliau bertaubat dan bermuhasabah diri, lagipun beliau hanya manusia biasa yang tidak terlepas daripada sebarang kesilapan dan keterlanjuran,” tegasnya.

Justeru itu jelas beliau, masyarakat khususnya umat Islam di negara ini dinasihatkan supaya menolak mana-mana pemimpin yang sengaja membiarkan dirinya dikaitkan dengan isu moral terutama membabitkan budaya seks songsang yang ditegah oleh ajaran Islam.

Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali menyifatkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai ‘teramat dangkal’ apabila membela Anwar dalam isu terbaru itu dengan menyatakan bahawa Anwar ‘tidak ada masa’ untuk lakukan semua itu.

“Skandal itu tidak berasas sama sekali melihat kepada kesibukan Ahli Permatang Pauh itu menghadiri program-program Pakatan Rakyat (PR),” kata Khalid seperti yang disiarkan oleh sebuah akhbar tempatan hari ini.

Menurut Syed Ali, kenyataan Khalid itu seperti cerita kartun yang dipertontonkan kepada budak-budak tadika kerana masakan beliau mampu ‘mengawal pergerakan’ Anwar.

“Mungkin Khalid pasang alat perakam rahsia di badan Anwar yang membolehkan beliau mengetahui dan mengesan gerak-geri dan perlakuan serta aktiviti Ketua Pembangkang itu,” ujarnya – umnobahagiancheras

9 Comments

  1. skodeng says:

    bertaubat nasoha lah sebelum terlambat.. sebelum dihujung nyawa… nanti kat akhirat jawapan… dianiaya oleh UMNO.. tak boleh digunakan….

  2. Guitar Player says:

    Ini adalah satu nasihat yang amat baik, para penyokong2 Anwar sekelian janganlah ditolak mentah2 sesuatu yang baik kerana ianya boleh jadi kebaikan yang terakhir untuk kita di muka bumi fana ini sebelum kita berpindah ke alam kekal.

  3. Cucu Gaban says:

    Anu’ar kata tak tobat sbb Pork Nik dah bagi tiket Surga Pas ‘Presidential Suite’. Pemimpin Anu’ gerah ni dah mencapai tahap Dewa semua agama (Pluralisme) dan pemimpin akhir zaman kegelapan (Dajal la tuu…)

  4. Anonymas says:

    Haha, time video ChinaDoll tu dia yakin benar yang ia konspirasi UMNO padahal ia dibongkar oleh rakan baiknya sendiri Datuk Eskay yang dah lama dalam PKR. Patut gelar ia ‘Konspirasi Terancang PKR’ la camtu ye dok?

  5. Zul says:

    Tidak perlu hairan. LGBT, Pluralisma agama, Human right merupakan perjuangan PR. DSA bergerak ke arah itu.

  6. WakKang says:

    Nak suruh Anwar IBrahim tobat???? ..emmmm, ibarat mencurah air kedaun keladi je!!!
    Dia dah setaraf pelakon porno dan sekarang tengah sensasi. Pasti akan ada lagi episod episod yg lebih panas akan diuploadkan oleh bloggers untuk dapat hits. Mcm mana nak tobat, kita bukan tahu pun siapa yg curi rakam. Yang pasti tentulah orang yg dekat dengan Anwar IBrahim sendiri….kan!!kan!! UMNO mana tau bila dia nak buat perangai!!!
    Spy kak jijah kot??? ..atau spy Azmin??? Atau pun Karpal?? DAP?? …nak kumpul bukti untuk hentam Anwar Ibrahim dan rampas kuasa nanti sekiranya Anwar jadi PM!!! Almaklumlah, yg selalu makan kawan biasanya kawan sendiri!!! Mereka tu semua satu kepala, punya sama citarasa dan strategi. Tak hairannnn…..

    • Anonymas says:

      Saya setuju kata WakKang. Ini mesti dibuat oleh orang yang rapat dengan DSAI yang tau tabiat dia, kat mana dia, dan bila waktunya yang dia suka buat ‘projek’.Dia dah tengok corak DSAI ni dan dia letak perangkap…dan dia mungkin nak gunakan video ni sebagai ‘Leverage’. Aku rasa DSAI tak perlu takut dengan UMNO, dia perlu berwaspada terhadap orang sekeliling dia dalam parti PKR sendiri…

    • Cinta Peace says:

      Anwar ngan Taubat? sinonim ker? apa-apa pun semoga Allah SWT limpahkan hidayah dan petunjuk kepadanya ….

Leave a Comment

 

— required *

— required *