AIDCNews – 16/03/13 – Prof. Datuk Dr. Sidek Baba berkata bahawa beliau tidak menyangka bekas sahabat baiknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mempunyai hubungan baik dengan rangkaian Zionis khususnya yang berpangkalan di Amerika Syarikat.
“(Sebelum ini) kita tidak tahu hubungannya (Anwar) dengan pihak-pihak lain, contohnya networking Zionis, Amerika. Jadi kita tahu kemudian.
“Dalam siasatan saya, dalam networking ini…saya percayalah dalam soal hubungan Anwar ini dalam pelbagai bidang dan lapangan itu, benda itu (berlaku) lebih lama daripada itu,”katanya didedahkan dalam video terbaru iFiles: Manusia Pelbagai Wajah, Bab 4.
Menurutnya, bukan setakat beliau, malah bekas Perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga mengambil masa berbulan-bulan untuk mempercayai tuduhan-tuduhan yang dikenakan ke atas Anwar kerana bekas Timbalan Perdana Menteri itu selalu mempotretkan dirinya sebagai seorang yang Islamik.
“Tun Mahathir melatih Anwar lama. Apabila dia (Anwar) dipecat sudah pasti tidak semua orang boleh menerimanya, termasuk saya.
“Kemudian, apabila saya selidik daripada sumber-sumber dalaman… bahawa Tun Mahathir, apabila laporan perisikan datang kepadanya, dia (Mahathir) tidak mudah menerima, tak silap saya, ia memakan masa berbulan-bulan untuk menerimanya.Bermakna, Tun Mahathir seorang yang teliti dan hati-hati.
“Saya cari maklumat lagi..selepas saya mengetahui soal integriti Anwar ini.. (maka) pendirian Dr Mahathir untuk memecat Anwar adalah betul untuk kepentingan keselamatan negara dan umat Islam di Malaysia,”katanya lagi.

Saya yakin dan percayai bahawa Tun M berlaku benar. Mustahil Tun M gilakan kuasa, kerana dia tahu satu hari dia terpaksa undur dek usianya. Dia akan menyerah pucuk pimpinan kepada DSAI, tetapi DSAI tidak sabar tambahan didesak oleh orang-orang di belakang tabir. Saya juga yakin Tun M yang berpolitik sejak awal lagi dalam UMNO sanggup menghancurkan DSAI seorang anak didik yang di beri kepercayaan utk menjadi Timbalannya. Namun, Allah maha kuasa, dia menyedari Tun M akhirnya.
wan zizah sepatutnya meragui akan mana dtgnya dana2 yg melambak lambak dtg utk membantu anwar.. jika anwar tdk mempunyai agenda tertentu pasti sudah penyumbang dana cabut lari lama dah.. kecualilah jika wan azizah adalah golongan munafik akhir zaman yg paling kuat ‘imannya’ kpd suaminya dan bukan kpd Allah SWT.
saya banyak kisah anwar sejak tingkatan 1 lagi tahun 1998, since kisah tersebut saya membaca 50 dalil mengapa anwar tidak boleh jd PM,dan banyak catatan dan penulisan dari akhbar juga blog. sehingga kini banyak kisah pelik di sepanjang pembabitanya dlm politik yang kdgkala kita tidak terfikirkannya, ternyata persepsi melihat seorang itu amat baik ternyata salah dan mengaburi ramai mata orang apatah lagi yg berdekatan dengannya. Nyata Anwar amat di sukai org luar kerana dia seorang opportunist. Maka mudah di jadikan proksi mereka, mungkin mahu kuasa dia lupa Allah lebih berkuasa. Sama2 kita nantikan penentuan kisah hidupnya selepas ini di mana..Dia boleh melakukan apa sahaja.
Aku masa Tun M pecat Anwar pada 1998 aku jug agak marah. Tapi aku cuma ambil masa 1 minggu utk buat penilaian semula tindakan Tun M tu. Dan aku yakin dgn tindakan itu kerana tingkahlaku Anwar selepas itu menyebabkan aku membuat justifikasi yg org ini mmg mempunyai satu rancangan jahat..dan ternyata perkiraan aku itu tepat walaupun pd waktu itu aku masih berumur awal 20 an..
kira ok la tu….yg peliknye, bkn satu malaysia tp hampir 1 dunia wat sembahyang hajat agar anwar tu tak bersalah…bila anwar kena tangkap dn dipenjarakan, semua nye menyalahkan Tun Mahathir…tu yg aku heran sgt…sembahyang hajat, minta tunjuk kat tuhan…bila tuhan tunjuk kebenaran, tetap tak percaya…kira2 tak percaya pd tuhan la tu….bkn org lain, melayu gak…….
Itu baru yang rapat..yang dok melangokkk..yang dok perasan tengok dair jauh…bertahun2 tahun nak percaya..yang tak percaya lagi ramai tapi yang tu semua bodoooo belakee…