PARADIGMA POLITIK BARU

Laknat Sumpah Saiful !



Salam 2 all.

Video klip di atas adalah footage sumpah laknat yang dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan pada hari Jumaat 14 Sya’ban 1429 bersamaan 15 Ogos 2008 di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Lafaz sumpah itu adalah seperti berikut:

“Saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan, Kad Pengenalan No. 850706-01-5687 pada hari ini bersumpah dengan lafaz Bismillah hirrohmanirrohim, Wallahi, Watallahi, Wabillahi, bahawa sesungguhnya saya telah diliwat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya. Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap ALLAH swt dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada ALLAH swt sehingga ke kiamat”.

Lafaz sumpah laknat itu disaksikan oleh Imam Masjid Wilayah Ustaz Romlan Porigi. Turut hadir menemani Saiful dengan baju Melayu muda bersamping kotak ialah ayah Saiful sendiri Azlan Mohd. Lazim. Selepas mendengar dengan setia lafaz sumpah laknat itu, Azlan Mohd. Lazim bersalaman dengan anaknya Saiful, kemudian memeluk Saiful dengan penuh erat tanda sokongan dan keredhaan!

Hampir lima tahun berlalu! Tau-tau hari Jumaat 08 Mac 2008, genap 5 tahun PRU 12, Azlan Mohd. Lazim membuat kenyataan menyatakan bahawa, “Saya percaya anak saya Saiful telah dipergunakan oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk Pegawai Khas YAB PM Khairil Annas Jusoh. Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Anwar Ibrahim yang melibatkan anak saya”.

Azlan seterusnya membuat permohonan maaf kepada Anwar Ibrahim. Agak memusykilkan kerana sidang media Azlan hanya dihadiri media pro-pembangkang. Media arus perdana langsung tidak kelihatan. Mengikut maklumat yang diberi, media arus perdana tidak dijemput.

Dan bertambah menimbulkan persoalan ialah kehadiran orang kanan Anwar iaitu Datuk Johari Abdul, Ahli Parlimen PKR (Sg. Petani). Apatah lagi kenyataan Azlan Mohd. Lazim dibuat setelah hampir 5 tahun berlalu, dan dibuat dalam keadaan PRU 13 sudah begitu hampir.

Dalam keadaan negara berdepan dengan kemelut pencerobohan dan serangan penjenayah Kiram III daripada Filipina sehingga melakukan pembunuhan kejam terhadap pasukan keselamatan Malaysia, dan pencerobohan itu dikaitkan dengan pimpinan pembangkang Malaysia saperti yang didedahkan oleh media Filipina sendiri.

Adakah kenyataan Azlan dibuat untuk menutup isu pengkhianatan pimpinan pembangkang ini adalah suatu persoalan yang perlu dinilai oleh rakyat Malaysia sendiri?

Dan kemungkinan isu ini semua dijadikan bahan politik bertambah terserlah apabila Azlan Mohd. Lazim membuat kenyataan di Ibu Pejabat PKR di Tropicana mengumumkan penyertaan ke PKR sebentar tadi.

Sidang media yang dihadiri oleh pimpinan pembangkang Lajim Ukin, Khalid Samad, Johari Abdul turut dipersaksikan oleh Saifuddin Nasution Ismail yang menerima borang penyertaan Azlan dan memakaikan jaket PKR kepada Azlan tanda simbolik penyertaan Azlan ke PKR.

Teman tidak berminat untuk menilai isu ini dari segi politikingnya walaupun makin hari makin terserlah isu ini menjadi bahan politik yang begitu hebat diputar-pusing oleh pembangkang serta media cyber mereka.

Apa yang ingin teman lontarkan di sini ialah:

1. Mengapa Azlan Mohd. Lazim, dengan pengetahuan penuh anaknya Saiful Bukhari akan membuat sumpah laknat membenarkan fakta Anwar Ibrahim telah meliwat dia, membenarkan, meredhai, bersetuju atau membiarkan Saiful berbuat sedemikian.

2. Jika benar dakwaan Azlan beliau memang tidak percaya Anwar meliwat anaknya sejak dahulu, bukankah tanggungjawab Azlan sebagai bapa sepatutnya menghalang Saiful daripada melakukan sumpah laknat itu? Atau sekurang-kurangnya tidak hadir tanda protes? Bukan sahaja beliau tidak halang, malah perlakuan Azlan hari itu (sila lihat footage di atas) menunjukkan dengan jelas beliau redha dan bersetuju dengan tindakan Saiful! Malah Saiful selepas daripada itu telah melakukan sekali lagi sumpah laknat di hadapan Baitullah di Masjidil Haram!

3. Mengapa Azlan memilih untuk membisu sebegitu lama, hampir 5 tahun? Tau-tau dekat PRU-13 bukan sahaja beliau membuat kenyataan yang jelas bercanggah, malah mengkhianati sumpah laknat anaknya sendiri, tetapi mengisytiharkan pula untuk menyertai PKR pimpinan manusia dajal yang meliwat anaknya sendiri!

Saiful Bukhari dengan tangkas dan segera membuat kenyataan media di hari yang sama Jumaat 08 Mac menafikan kenyataan ayahnya, dan memberi amaran kepada Anwar supaya jangan memperkeldaikan ahli keluarganya demi mengejar nafsu politik mahu ke Putrajaya. Saiful tegas istiqomah dengan sumpah laknat yang dibuatnya pada 15.08.2008 bahawa Anwar telah meliwatnya pada 26.06.2008!

Kenyataan segera Saiful telah berjaya meredakan keadaan dan merungkai kekeliruan yang timbul di kalangan orang ramai hasil tindakan drastik ayahnya. Teman angkat tabik kepada Saiful atas kecekalan dan semangat juang yang begitu tinggi untuk berdepan dengan segala mehnah dan dugaan berat ini.

Semoga ALLAH memberikan Saiful kekuatan istiqomah Nabi Ibrahim as yang terpaksa berdepan dengan fitnah angkara Azar ayahnya sendiri!

Apa pun, teman cadangkan kepada Azlan Mohd. Lazim supaya mengambil tindakan berikut untuk menyelesaikan kemelut yang timbul daripada isu ini:

1. Teman desak supaya Azlan Mohd. Lazim mengambil ujian poligrafi untuk menentukan sama ada beliau bercakap benar atau tidak. Pasukan Forensik Malaysia mempunyai kepakaran melakukan ujian ini. Jika Azlan tidak mempercayai PDRM, teman cadangkan beliau panggil pakar poligrafi yang beliau percayai untuk melakukan ujian tersebut dengan dipersaksikan oleh peguam beliau dan peguam Saiful. Teman yakin ujian poligrafi boleh merungkai permasalahan ini!

2. Teman juga mendesak Azlan supaya mengangkat sumpah laknat sebagaimana yang dilakukan oleh Saiful sendiri. Lafaznya mesti menepati kehendak syara’, contohnya “Wallahi, Watallahi, Wabillahi, saya Azlan Mohd Lazim dengan ini bersumpah bahawa anak saya Saiful Bukhari Azlan telah dpergunakan oleh pihak tertentu termasuk Khairil Annas Jusoh yang merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Anwar Bin Ibrahim yang melibatkan Saiful. Dan saya bersumpah bahawa anak saya Saiful Bukhari Azlan sebenarnya tidak diliwat oleh Anwar Ibrahim saperti sumpah yang dibuat oleh anak saya pada 15.08.2008. Jika saya berdusta atau berbohong atas sumpah ini maka laknat ALLAH ke atas saya dunia dan akhirat”.

Azlan boleh memilih untuk mengangkat sumpah itu di mana sahaja dan di hadapan sesiapa pun, syaratnya ia mesti dibuat mengikut kehendak syara’ dan di tempat terbuka yang boleh dipersaksikan dan didengar oleh umat Islam sebagaimana yang dibuat oleh Saiful pada 15.08.2008.

3. Teman juga mendesak Azlan Mohd. Lazim supaya berjumpa sendiri dengan anaknya Saiful Bukhari dan menyatakan secara berhadapan bahawa Saiful telah dipergunakan oleh pihak tertentu untuk memfitnah Anwar Bin Ibrahim meliwatnya. Biarlah Azlan berlaku adil kepada anaknya Saiful. Kalau semasa Saiful bersumpah laknat dia boleh bersama dengan Saiful, mengapa Azlan tidak boleh berhadapan dengan Saiful untuk menyatakan beliau percaya Anwar difitnah meliwat Saiful;

Dan kepada para anwarinas dan parasit yang sedang seronok bertakbeer sakan meraikan kenyataan Azlan Mohd. Lazim dan penyertaan beliau ke PKR, ingat balik maki-hamun kaum mike selepas Azlan Mohd. Lazim bersama anaknya Saiful dalam membuat sumpah laknat pada 15 Ogos 2008.

Kalau mike lupa, teman nak ingatkan semula antara komen dan kenyataan yang pernah dibuat terhadap Azlan Mohd. Lazim yang kini menjadi manusia sanjungan mike seperti berikut:

“Azlan Mohd. Lazim bapa Saiful berasal dari Janda Baik, Pahang pernah bertugas sebagai General Manager di Hotel Merlin Inn Johor Bharu. Kemudian berhenti kerana dia adalah seorang yang kuat berjudi.

Ibu Saiful, Halina Alif terpaksa melakukan berbagai kerja untuk membantu keluarga, termasuk menjadi pelakon tambahan dalam beberapa buah filem Melayu dan drama.

Halina memohon cerai daripada Azlan, apabila Azlan cuba memaksa beliau menjual tubuh dan menjadi pelacur. Perceraian itu berlaku ketika Saiful berumur empat tahun. Azlan kemudiannya menghilangkan diri.

Selepas bercerai, Halina melakukan berbagai kerja dan akhirnya melalui hubungan kerja dengan Pengerusi MCA Terengganu, Datuk Lau, ekonomi Halina kembali stabil dan beliau membeli polisi insurans AIA untuk anak-anak beliau, Saiful dan adiknya Tati.

Halina kemudiannya berkahwin dengan seorang duda bernama Haris.

Halina meninggal dunia beberapa tahun lalu di Hospital Pantai, Kuala Lumpur akibat barah payudara. Ketika itu Saiful menuntut di Uniten.

Kos rawatan perubatan Halina dibiayai melalui polisi insuransnya, begitu juga rumah mereka yang berlamat di No. 78, Jalan 7/6, Bandar Utama Damansara, PJ”.*

Kepada rakyat Malaysia, lihatlah bagaimana ALLAH semakin hari semakin membuka pekung pakatan DAP-PKR-PAS ini. Lihat bagaimana politik cakap tak serupa bikin, politik putar belit yang mereka amalkan.

Inilah kaum yang sama pada 25 Dis 2012 dan 08 Jan 2013 menyatakan Kristian boleh mengguna kalimah ALLAH, tak berapa hari selepas itu setelah umat Melayu-Islam membuat bantahan keras, mereka membuat u-turn pada 13.01.2013 menyatakan Kristian tidak boleh kalimah ALLAH!

Kalau Tuhan mereka pun mereka boleh permainkan dan politikkan, apatah lagi perkara lain! Fikirkanlah! ALLAH memberikan kita otak bukan untuk dibuat sup, tetapi untuk berfikir!

Adakah mereka sudah terkena laknat sumpah Saiful Bukhari? Tepuklah dada, tanyalah iman masing-masing!

Yang baik dan yang benar datangnya daripada ALLAH, yang tidak adalah kelemahan teman sendiri. Moga ALLAH berikan kita petunjuk dan hidayah untuk melalui kehidupan yang makin penuh mehnah dan fitnah ini. Ameen!

Wallahua’lam & Wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
28 Rabi’ul Akhir 1434
11 Mac 2013

*Maklumat menyatakan bahawa laman web pembangkang yang menyiarkan tulisan ini dan semua link yang menyiarkan tulisan ini telah dipadamkan sebaik sahaja ianya didedahkan oleh laman-laman web pro-kebenaran. Adakah mereka panik dan cuba menipu rakyat? Fikirlah sendiri yop.

zul4kulim

18 Comments

  1. Azam says:

    Untuk mengukuhkan lagi sumpah, saiful ulang semula di hadapan ulamak2 pas dimasjid. Semoga sumpah ini boleh menghancurkan yang batil yang berleluasa di Malaysia ini dan menegakkan yang benar.

  2. sman says:

    Amboi bukan main bergayanya Pak Azlan,kemasukannya di tatang penuh meriah sehingga Khalid Samad dari Pas pun hadhir.Alahaai.Tak takut ke Pak Azlan dengan kejadian yg menimpa Imam Muda yg menjadi sakasi kepada sumpah Saiful,yg telah di pergunakan oleh PKR lalu naiklah beliau ke pentas PKR dalam pilihanraya Permatang Pauh,ditakdirkan kemudain sesuatu menimpa isterinya.Mungkin bala tersebut secara kebetulan,tapi adalah lebih baik kita berhati-hati dan khuatir akan balasan Allah,bagaimana keadaannya sekarang wallahuaklam.

  3. skodeng says:

    pak azlan, sekarang dah jadi jutawan… dengan hanya mengkhianati anak sendiri…negara, bangsa dan agama.. juga menganiaya diri sendiri kerana menipu.. sengaja memasukkan kaki kedalam kancah dosa penipuan.

  4. al-Madani says:

    sedari awal lagi saya bertegas bahawa tiada sumpah laknat dalam kes jenayah, mana ada sumpah laknat spt yg dicadangkan oleh zul nodeng, peguam konun, berapa kes lu menang. suruh je semua anak guam kau sumpah ikut syarak kata kau depan semua hakim. hakim terkedu dan akan bagi kau menang.
    bukti jd tanggungjawab penuduh/pendakwa, kalu bukti ditolak maknanya tak salah. tak perlu lg bukti tak meliwat. tak mampu buktikan perliwatan itu sudah bermakna liwat tak berlaku.

    • Anonymas says:

      “sedari awal lagi saya bertegas bahawa tiada sumpah laknat dalam kes jenayah”

      Sedangkan bukti pengakuan, bukti DNA, bukti video, bukti rakaman pun korang taknak percaya apatah lagi sumpah laknat. Sumpah laknat yang Sepoul buat bukan sebagai memenuhi syarat kes jenayah, ia lebih kepada penyerahan diri kepada Allah dan bersaksi ke atas-Nya atas kebenaran. More to ikrar la, macam Baiah mat-mat PAS jugak masa mula-mula sertai pas

    • sman says:

      Sumpah bukan berdasarkan kes,tapi adalah bagi menunjukan penyerahan diri kita kepada Allah dalam membuktikan kebenaran berada di pihak kita.

    • jambatan says:

      hadoi yay madani ni, x habis2 lagi dengan hujah2 b**** ko tu. Kan dulu dah diterangkan, sumpah mubahalah ke, laknat ke BUKAN untuk masuk mahkamah dijadikan bukti, ko nih tak paham2 ke? Nak berapa kali terang baru ko paham?

      Parah btol lah ko nih.

    • saya says:

      kenapa nuar tak nak testify in court. takut sumpah ke?

  5. usin lempoyang says:

    Muy bien..senor! Como esta..ahora?..

    ..yo muy dolor de cabeza y estomago..porque Azlan u-turn 360 degree! Confucion!

    Anyway..bak bagai dikata, tindakan Azlan tidak akan sesekali menyebabkan orang yang berakal terpengaruh sehingga kononnya akan kembali mempercayai si anwar!! Tidak sama sekali, kecuali puak-puak sinting akal di sebelah sana..yang tengah syok bergumbira serta ber-take-beer’ buat masa ini. Mana mungkin kita boleh percaya dengan permainan anwar, azlan serta puak-puak sewaktu dengannya itu..Perghhh.

  6. me says:

    saiful kelihatan makin utuh dan kuat dengan isu ini…anwar makin kelihatan kotor disebalik pengakuan bapa saiful….

    rasanya anwar yg kena laknat….Allah pasti ada rancanganNYa…kita tunggu dan lihat..anwar akan tersujud d kaki bumi juga.

  7. rahim hanee says:

    Seperkara lagi kita semua di perbodohkan dalam kes pembunuhan aminah/altantuya. Mengapa kedua dua tertuduh berselubung. Tak masuk akal langsung. Negara kita menjadi laughing stock oleh dunia.

    • Anonymas says:

      “Seperkara lagi kita semua di perbodohkan dalam kes pembunuhan aminah/altantuya”

      >RPK, Zul Nordin, Datuk Nalla dan bapa Altantuya sendiri mengaku bahawa mereka disuruh mereka-reka bukti yang tidak ada
      >Rosmah dan Najib Tun Razak ada alibi, mereka takde di tempat kejadian sebab hadiri majlis buka puasa/makan malam (kawe tak ingat – tapi gambar ada)
      >gambar yg tian chua bukak di laptop ialah composite, photoshop (sumber dari 3 gambar berbeza yang disatukan)
      >bukti pun tak cukup, macam kes Anwar dibebaskan jugak

      “Laughing stock dunia”

      >enta lupa yang Anwar ibrahim pernah kena gelak semasa buat ceramah di luar negara…cuma tak diceritakan oleh media PR. Kat australia sampai merah padam dia digelakkan

    • sman says:

      itu saja alasan kau ,utk timbulkan keraguan dan nak katakan itu kerja Najib dan Rosmah?.Mudahnya logik kau jika yg mahu di kaitkan adalah musuh politik kau.

  8. rahim hanee says:

    Kita sendiri pun takde bukti kukuh dan tidak lihat anwar liwat. Segala bukti yang didedahkan di mahkamah semuanya tak betul dan meragukan. Itu sebab mahkamah membebaskan anwar. Banyak rakyat malaysia sekarang cuma main ikut ikut saja dan cuma dengar orang cakap aje dalam semua hal. Majoriti rakyat malsysia malas mengkaji, malas membaca, malas buat research itu sebab orang melayu senang dimanipulasi.

    • Zapata says:

      Sejahtera..

      Anwar is almost above the law now..
      Even kalau Anwar jelas terbukti bersalah di mahkahmah dgn bukti2 yg mencukupi, penyokongnya akan mengatakan ini semua adalah konspirasi kerajaan utk menjatuhkannya, Kangaroo Court, Hakim dibeli, etc.. in the end, Anwar bebas berbuat apa2 sesuka hati ..

      bawak la bukti mcm mana pon..mmg Anwar akan guna segala loop hole dalam undang2 utk tuduhan terhadapnya digugurkan..berapa puluh kali delay court hearing-paling banyak dalam sejarah mahkahmah Malaysia..sample DNA enggan diberikan dgn alasan ianya mungkin akan digunakan utk “frame him up”..

      Mari kita tgk balik summary penghakiman keputusan liwat anwar sedikit masa dahulu..dia dibebaskan walaupun mahkamah PASTI aktiviti liwat telah berlaku..hanya bukti yang ada tidak mencukupi untuk menyabitkannya-hasil keengganan Anwar untuk memberi kerjasama..

      Kesimpulannya, amat sukar utk mendakwa Anwar di mahkamah atas kesalahan apa2 sekalipun..setiap kali didakwa, dia akan menggunakan media antarabangsa menggambarkan dia teraniya..mahkamah Malaysia berat sebelah..etc..dia akan meraih simpati kepada pemimpin politik asing untuk campur tangan dlm perkara tersebut..sungguh licik sekali..

      Semoga umat Islam Malaysia kembali bersatu dan bersama memulihkan maruah agama Islam..ameen..

      • mozafar says:

        Saya pun hairan, apa pasal penguam pendakwa tak bantah setiap kali karpal minta tangguh kes. Rupanya ternyata peguam pendakwa akhirnya telah bersama anwar. Patutlah tak pernah bantah tindakan tangguhan oleh karpal. Sungguh tak adil perbicaraan tersebut kerena peguam pendakwaan agaknya bersekongkol dengan peguambela anwar. Betullah kata penyokong anwar, mahkamah tak adil. Kangaroo court. Ternyata sungguh kangaroo dengan keputusan tersebut.

    • sman says:

      Baca baik-baik penghakiman.Keterangan Saiful berwibawa kata hakim ,sodomi berlaku , sekadarkan tidak ada sokongan bukti lain sebagai sokongan jadi adalah lebih selamat Anwar di bebaskan.Kalau dalam pepereksaan samalah keadaannya kita tak dapat gred ‘A’ kerana kurang satu mata-nak ‘A’ kena 90 keatas,tapi kita dapat 89 je.Bukti sokongannya pula adalah bukti DNA,tapi bukti ini sedikit di ragukan kerana prosesnya sedikit cacat,walau pun keputusan pemereksaan DNA mengarahkan kepada bukti betul.Macam dalam bola sepak,tendangan betul dan dah masuk gol pun,tapi entah macam mana penjaga garisan kata offside,pandangan mata beribu penuntun yg jelas menunjukan gol tersebut sah pun tak boleh pakai ,pandangan penjaga garisan yg seorang itu saja yg di pakai.

  9. ron95 says:

    sumpah saiful ternyata sedikit demi sedikit mendedahkan segala agenda Pakatan Rosak
    segala kejahatan dlm pakatan haramjadah secara tersembunyi semakin hari semakin terdedah!. ,

Leave a Comment

 

— required *

— required *