Episod Bapa Saiful Penyebab Kecundangnya Pakatan Rakyat PRU 13

Hari ini bapa Saiful Bukhari, En Azlan Mohd Lazim sekali lagi mengadakan sidang akhbar. Sidang akhbar tersebut dihadiri oleh wakil-wakil pimpinan PKR dan PAS. Muka wakil pimpinan DAP tidak kelihatan.

Laporan yang dibuat oleh laman media menyatakan bahawa sidang media dibuat secara tergesa-gesa dan pemberita yang hadir tidak digalak mengemukakan soalan kepada En Azlan. Namun soalan yang bertubi-tubi terus dikemukakan kepada beliau. Pengamal media yang hadir begitu kecewa kerana soalan-soalan itu tidak dilayan sebaliknya En Azlan hanya membacakan kenyataan pendek penyertaannya sebagai ahli PKR.

Seperti yang saya nyatakan dalam posting pertama waktu mengulas kenyataan “U-turn” En Azlan bahawa telahan yang saya buat nampaknya semakin menjadi kenyataan. En Azlan menyertai PKR dan menyatakan sokongan terbuka kepada Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

Penyertaan En Azlan ke dalam PKR sudah tentu akan dipergunakan oleh parti tersebut berhabis-habisan. Beliau akan diheret ke tepi dan ke tengah menjelang dan semasa kempen pilihanraya untuk memberitahu rakyat bahawa Anwar Ibrahim bersih daripada segala tuduhan salah laku seks terutamanya liwat yang melibatkan anak beliau, Saiful Bukhari.

Bagi ahli dan penyokong PAS kenyataan Mursyidul Am, Dato’ Nik Aziz Nik Mat yang mengalu-alukan kenyataan En Azlan mengenai salah laku seks Anwar Ibrahim itu tidak banyak memberi kesan kepada penyokong dan ahli parti itu. Walau apa pun, bagi PAS penolakan untuk menamakan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Pakatan Rakyat yang dikatakan telah diputuskan oleh Majlis Syura Ulama tidak mungkin dapat diolah semula termasuk Mursyidul Am sendiri yang mengetuai Majlis Syura Ulama itu. Perlu diketahui bahawa sebarang keputusan Majlis Syura Ulama tidak dibuat atas konsiderasi politik atau kehendak mana-mana individu, tetapi sudah tentu merujuk kepada berbagai sumber hukum termasuk (sekiranya ada) untuk menolak Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Pakatan Rakyat.

Saya meramalkan En Azlan yang begitu diperlukan untuk membina imej bersih Anwar Ibrahim akan mengundang kekecohan. Saya tidak nampak En Azlan mempunyai daya ketahanan politik untuk menghadapi berbagai ragam dan laku manusia apa lagi beliau berada di kancah isu yang menjadi liabiliti kepada Anwar Ibrahim dan PKR serta Pakatan Rakyat amnya.

Bagi Saiful Bukhari pula kemunculannya ditunggu-tunggu kerana dialah orangnya yang mengaku menjadi mangsa kebuasan seks Anwar Ibrahim. Beliaulah yang mengaku menjadi mangsa liwat Anwar Ibrahim yang setakat ini manusia yang dilabel sebagai peliwat itu tidak pernah mengenal erti penyesalan dengan apa yang telah dilakukan oleh beliau.

Masyarakat sudah tentu tidak dapat membuang daripada minda masing-masing mengenai gambar Saiful Bukhari dan di sebelahnya En Azlan yang menyaksikan acara sumpah laknat yang dilakukan oleh Saiful terhadap pengakuan bahawa beliau diliwat oleh Anwar Ibrahim. Apakah sumpah laknat ini yang berlaku di depan mata En Azlan memungkinkan dia membuat “U-turn”? Adakah baginya tidak ada alam akhirat untuk menerima pembalasan akhir walaupun ada kemungkinan mahkamah dunia tidak mensabitkan kesalahan orang yang kini disokong dan cuba dibersihkannya iaitu Anwar Ibrahim? Atau adakah hubungan darah ayah dan anak tidak membawa erti apa-apa hatta dari sudut kemanusiaan hingga seorang ayah tergamak merelakan anak kandung sendiri dihimpit keaiban sepanjang hidupnya sementara menunggu hukuman Allah di alam azali nanti?

Akhirnya tindakan En Azlan jelas membawa angkara kepada dirinya dan angkara kepada Pakatan Rakyat itu sendiri. Menggunakan En Azlan sebagai umpan membersihkan Anwar Ibrahim bagi setengah pihak merupakan tindakan terdesak dan sia-sia.

Rakyat khasnya para pengundi bukan ingin melihat kelicikan En Azlan tetapi rakyat Malaysia selama ini menunggu-nunggu sumpah laknat Anwar Ibrahim sendiri. Bukankah lebih mudah bersumpah laknat daripada menggunakan pelakon yang mungkin berbayar yang mempunyai latar belakang yang boleh menimbulkan banyak persoalan seperti En Azlan? Adakah episod En Azlan ini akan menjadi salah satu penyebab kepada kecundangnya Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13 nanti?

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
Taman Tun Dr Ismail, KL
11 MAC 2013

21 Responses to “Episod Bapa Saiful Penyebab Kecundangnya Pakatan Rakyat PRU 13”

  1. shahz

    Mar 14. 2013

    ana…anaaaaa……kuar cam2 hukum …gini je….bila je si saiful sumpah. minta je si nuar tu pun sumpah….payah sgt ke…tp pada wa la, memang payah….dlm mahkamah pun tak nak angkat sumpah..ni kan ana…..ana…ana tgk je manuskip kenyataan peguam dakwa n peguam bela…tidak ada kenyataan saya tidak melakukan atau saya tidak buat…yg ada, saya difitnah……sendri mau ingat la…..

    Reply to this comment
  2. skodeng

    Mar 12. 2013

    jutawan Azlan… dulu2 kan die ni kaki judi??????
    tanya sama azlan nape buat u turn? nanti jawab azlan, aku nak duit!!!

    Reply to this comment
  3. Parti Keadilancaukan Rakyat

    Mar 12. 2013

    Perkara senang difadikan susah. Sumpah laknat yg dilakukan samada olih Saiful, Najib, Rosmah dan yg lain lain adalah untuk menunjukkan kebenaran kerana bersumpah dgn menyebut nama Allah. Adakah seseorang yg bersumpah laknat dgn menyebut nama Allah sanggup berbohong ( sumpah palsu)? Seorang yg tak bersalah tanpa paksa rela lakukan tapi yg bersalah memberikan berbagai alasan kerana takut dgn balasan yg m mungkin dia terima pada masa itu juga.Itu je tujuan sumpah laknat dilakukan bukan untuk dijadikan satu kes lain atau baharu yg hendak dicabar ke sahihannya. Begitu juga dgn kes mahkamah yg bebaskan bersalah. Pesalah di bebaskan atas sbb teknikal, bukti tak kuat, perlukan bukti tambahan. Sedangkan mahkamah pun ada sebut memang berlaku liwat atau memang ada bukti DNA tertuduh didalam dubur mangsa, Menunjukkan memang berlaku liwat. Samalah juga kalau di jalankan ujian poligraf, walaupun berjaya buktikan pembohongan hakim masih bolih menolak dgn berbagai alasan. Tetapi kebenarannya memang tertuduh berbohong. Sedangkan bukti video yg 99% menunjukkan anatomi fizikal pelaku pun tak laku. Benda benda cuma utk sahkan yg tuduhan tu memang berlaku dan pembebasan mahkamah bukan menunjukkan perkara tak berlaku. Tak payah kaitkan dari segi hukum Islam, lagi pun tuduhan dibuat di mahkamah sivil bukan Syariah..

    Reply to this comment
  4. Ana… ketaksuban menjangkaui kebenaran.
    Org bukan ulama bercakap mengenai hal ehwal agama…
    Mungkin ahli akhir zaman..
    Dan sumpah saiful bagi org, umpama tiada apa2 implikasi..

    Reply to this comment
  5. IZ Ghazali

    Mar 11. 2013

    Salam.

    Kita lihat betapa murahnya maruah si azlan ini, tanpa segan silu menggadai dan menjual maruah dan moralnya, maruah keluarganya, maruah anaknya sendiri, malah maruah agamanya demi kemewahan dunia, demi kesenangan hidup. Sebagaimana dengan beberapa individu yang dibeli sebelum ini, azlan telah terjebak termakan umpan racun anwar dan pakatan.

    Hakikatnya, episod azlan ni episod lapok, episod terdesak yang amat sangat yang diguna oleh anwar dan pakatan untuk membendung gelora dan gelombang sokongan kuat rakyat terhadap kerajaan sedia ada.

    Sebelum ini, kita dikejutkan dengan isu kunyit simpanan ZK, disusuli dengan konflik berdarah Lahad Datu yang dikatakan menggaitkan penglibatan pembangkang secara langsung, isu Kalimah Allah sebelumnya yang kesemuanya memaksa anwar dan kuncu2nya bertindak dengan apacara sekalipun bagi mengalih perhatian rakyat, membendung sokongan rakyat kepada kerajaan sedia ada.

    Saksikanlah Rakyat Malaysia, saksikan sendiri betapa jeleknya, betapa kejinya tindak tanduk individu bernama anwar ini dan pakatannya yang bercita2 menawan putrajaya dengan apa cara sekalipun.. Inikah orangnya yang nak dinobat sebagai perdana menteri? Rosak rakyat kerananya, binasa negara kerananya, jahanam agama kerananya..

    Wassalam.

    Reply to this comment
  6. Ana

    Mar 11. 2013

    Datuk Dr Hassan, pada hemat saya, baik Datuk tumpukan soal memantapkan Aqidah umat Islam, menghalang penyebaran Kristian kpd Umat Islam, memperbaiki kedudukan ekonomi umat Islam & Fungsi Zakat utk mengelakkan orang Islam miskin meminta sedekah drpd missionary kristian. Ini lebih afdal yg Datuk perjuangkan selama ini. Isu Saiful & Liwat ni Datuk biarlah mahkamah putuskan, ada lg Mahkamah Rayuan & Mahkamah Persekutuan. Sebagai pelopor NGO Islam, Datuk jadilah pendamai bukan menyambung fitnah. Sekarang ni Datuk dah kena penyakit fobia melampau kerana yakin PR akan tawan Putrajaya & Anwar Ibrahim jadi PM. Kalau Allah nak takdirkan Anwar jadi PM, apa pun Datuk buat, dia tetap berlaku dgn izinNya. Kalau Allah tak nak takdirkan Anwar jadi PM, apa dia buat pun tak berlaku. Tahun1998, Anwar dah hampir nak jadi PM tapi Qadaq & Qadar Allah tidak jadikan dia PM, tp jadi penghuni Penjara Sg Buloh 6 tahun. Samada dia meliwat Saiful atau tidak, Allah lebih tahu. En Azlan Mohd Lazim kata Saiful dipergunakan pihak tertentu utk fitnah Anwar. Dia bapa Saiful yg ada hubungan darah. Saiful telah menuduh Anwar meliwatnya & mahkamah tinggi dah bebaskan Anwar. Sumpah mubahalah Datuk pun tahu, dia bukan semudah sumpah, mesti ada syarat2 & kes-kes tertentu yg mengharuskan sumpah. Antaranya: sumpah bukan seorang, tetapi kedua- dua org & dilakukan dihadapan Hakim Mahkamah Syariah, setelah selesai proses mahkamah & perbicaraan. Bila hakim dah jatuhkan hukum atau proses mahkamah tiada keputusan yg memuaskan kedua- dua pihak & masih lg pertikai, barulah sumpah bermubahalah mengikut Syarat2. Saiful sumpah laknat sebelum proses mahkamah selesai, & dibuat sehari sebelum hari penamaan calun PRK Per Pauh. Dlm tempoh yg sama DS Najib sumpah di Masjid sebelum PRK PPauh, beliau tak kenal Altantuya. Sumpah mubahalah dalam kes Lian, jika suami menuduh isterinya berzina, jika suami tidak dapat membawa 4 saksi yg tidak fasik, maka suami jatuh hukum Qazaf. Untuk mengelakkan dari si suami terkena hukum Qazaf, maka hukum Lian; iaitu kedua-dua suami & isteri bersumpah mubahalah di hadapan hakim mengikut syarat2nya. Si Suami terlepas hukuman Qazaf, kerana bersumpah mubahalah, terjadilah Lian. Ini berdasar kan nas alQuran. Kedua- dua suami & isteri berpisah & tidak boleh bersama lg. Siapa yg benar atau salah, Allah saja tahu. Bab tuduh liwat ni pun, ada pendapat mengatakan seperti menuduh Zina. Termasuk dlm Qazaf, mesti yg menuduh bawa 4 saksi. Jika tak bawa 4 saksi, boleh di kenakan Qazaf. Datuk seorang yg begitu serious pentingkan Islam, maka ikut lah kaedah yg digariskan oleh Islam dalam bab tuduhan Zina / Liwat. Harap Datuk tidak tersasar dari mempertahan salah satu hukum Islam,iaitu Qazaf, seperti yg Datuk sentiasa perjuangkan.

    Reply to this comment
    • sman

      Mar 11. 2013

      Ana tak usahlah menyibuk menasihatkan Dr.Hassan Ali tu,dia tahu apa yg dia buat.Yang peliknya kau ni,beria benar mahu mempertahankan peliwat tegar tu,sedangkan Nabi pun tidak beria-ria mempertahankan isterinya ketika isteri baginda di fitnah.Apakah Anwar lebih baik, lebih mulia dari Saidatina Aisyah?.Kau org tak takut ke benang yg kau org nak tegakan itu memang basah,dan kau org terjatuh kedalam lembah bersubahat dan penzalim kepada mangsa seperti Saiful?.Cermin diri masing-masing .Lebih baik kau ajar Anwar mengikuti kaedah-kaedah Islam,seingat aku,bekas mufti yg pro Anwar tu pun pernah menasihatkan Anwar supaya bersumpah utk membuktikan beliau tidak melakukan perbuatan terkutuk tu.Macam mana pulak kau kata bersumpah misti keduabelah pihak ,sedangkan pihak yg satu lagi tu(dlm kes ini Anwar) takut utk bersumpah.Yg rasa dia benar tetap mahu bersumpah ,yg bersalah tentu takut kan?.

      Reply to this comment
      • Ana

        Mar 12. 2013

        Sman sila rujuk ulama & kitab muktabar.

        Reply to this comment
        • Anonymas

          Mar 12. 2013

          Adakah seseorang yg bersumpah laknat dgn menyebut nama Allah sanggup berbohong ( sumpah palsu)?

          Sedangkan dengan mahkamah dunia pun DSAI asyik main ‘trick’ tangguh, minta tukar hakim, minta ketepikan evidence, apa ni

          Peliwat lain (especially pedophiles) tak ada pun keistimewaan begini? Masuk penjara dan dirotan pulak.

          Reply to this comment
        • sman

          Mar 12. 2013

          Ramai ulamak muktabar hanya kita yg memilih milih mana yg sesuai dgn selera kita,malah dari ulamk yg sama kekandang kita memilih fatwa yg hanya memehak kepada kehendak kita.Kalau tidak masakan ‘fatwa Hj.Hadi yg dulunya mahu menghentam kepala orang Umno,kita sudah terketuk kepala sendiri.Hj. Hadi bukan ulamak muktabar,tapi apa yg dia cakap tentu di ambilnya dari hukum hakam yg di garis oleh ulamak yg sesuai dgn pandangan beliau.Allah maha tahu apa yg terkandung di hati kita,samaada mahu menegakan keadilan ,kebenaran atau hanya mahu memuaskan nafsu politik kita.Tidak takutkah kita turut menzalimi org yg telah di zalimi seperti Saiful ,Azizan dll?.Kalau kita tidak pasti bukankah lebih baik kita menjauhkan diri,kerana ianya bukan kecil dosa-bersubahat dan menzalimi mangsa.Mungkin Ana akan bertanya pula pada saya,tak takut ke memfitnah.Jawapan saya saya cukup tahu perkara ini,dan saya sangat yakin saya di pihak mereka yg di zalimi .

          Reply to this comment
    • Alsemo

      Mar 12. 2013

      Cerita lebat pasal qazaf, tapi tatacara qazaf pun tak tau. Qazaf tu kalau Orang Pertama (penuduh) menuduh Orang Kedua melakukan zina dengan Orang Ketiga. Kes sekarang ni Saiful tak tuduh mat king leather tu meliwat coffee boy lain, tapi dia mengaku diliwat oleh bang non tu. Ada paham? Sebabkan saksi tak cukup, bukan maknanya boleh lepas macam tu je. Qisas dan Takzir juga termasuk dalam hukum Allah. Allah dah buat lengkap semua peraturan, jangan ko memandai2 pulak nak ambik sekerat2.

      Reply to this comment
      • Ana

        Mar 12. 2013

        Kalau Hukum dlm kes Lian. hanya melibatkan 2 individual, iaitu suami & isteri. Dalam kes Saiful, saudara2 yg melakukan Qazaf, dgn menuduh Anwar meliwat Saful. Bab Saiful yg menuduh Anwar meliwatnya, ini kena rujuk MAIWP, kerana kes Qazaf telah difailkan Anwar di Mahkamah Syariah WP, tetapi Jamil Khir, Ketua Pengarah MAIWP, ketua bhg pendakwaan menghalang kes didengar oleh Mahkamah Syariah.

        Reply to this comment
        • Alsemo

          Mar 13. 2013

          Ana, maaf. Sebab tu ko ni bodoh. Kalau kes “Lian” hanya melibatkan 2 individual, iaitu suami & isteri SAHAJA, maknanya ko nak kata si suami tuduh isteri berzina dengan sapa? Kalau hanya 2 individu yang terlibat? Isteri zina dengan si suami yang menuduh? Apa punya bangang ko ni Ana? Dah tentu2 la 3 individu terlibat, Si suami (penuduh) menuduh si isteri berzina dengan orang ketiga, kan? Tak begitu? Maknanya 3 individu terlibat,

          Itulah kalau orang yang bukan hendak mencari kebenaran, tapi nak membenarkan hukum akal mereka sendiri, macam ko ni. Taubat la.

          Reply to this comment
    • Naz

      Mar 12. 2013

      Ana sibuk bercerita pasal qazaf smpi lupa akan qarinah..agak2 bagi ana bukti x penting dlm kes zina atau liwat hehehehe….cukup sedih dia dok komen pnjg2 tapi terlupa part yg paling pentinh sekali..kesian

      Reply to this comment
      • Ana

        Mar 12. 2013

        Qarinah / bahan bukti & Ikrar adalah sebahgian drpd kaedah yg digunapakai dlm menentukan hukum, termasuk dlm bab Hudud, Qisas & Takzir. Qarinah dibawa dlm mahkamah didepan Hakim Mahkamah Syarie bukan di bicarakan melaui media seperti dibuat sekarang, yg terdedah dgn manipulation & fabrication.

        Reply to this comment
        • HAMSOR

          Mar 12. 2013

          toksah cerita pasal fabrication dan manipulation bagai..panggil kedua-dua sekali, duduk dlm masjid dan masing2 bersumpah..tu yg disarankan oleh Nik Aziz (mula2 lah, lepas tu dia pun dah tak sembang pasal ni lagi), Asri dan Harussani, dan juga majoriti ulama2 lain..ni bukan cerita Saiful kata Anwar ada liwat / zina org lain..so point nak kena ada 4 saksi tak dipakai..ini Saiful kata Anwar liwat dia (melawan atau rela atau apa sekalipun is immaterial)..saiful dah bersumpah mengatakan sedemikian, kalau Anwar tak liwat dia, dia pun perlu bersumpah mengatakan tidak..itu sahaja…boleh ke??? sebelum nak bagi pendapat pasal qarinah, qazaf apa bagai, cuba check dgn ulama dulu..

          Reply to this comment
        • SHAZAK

          Mar 12. 2013

          DALAM ISLAM, MELAKUKAN SUMPAH LAKNAT BUKAN DIKIRA HARAM TAPI HUKUM NYA HARUS..MENGAPA BANYAK SANGAT DOLAK DALIH….? ORANG MELAYU ISLAM DI MALAYSIA NI LEBIH PERCAYA KEPADA SESIAPA YANG BERCAKAP DIATAS NAMA ALLAH…AKU TAK SANGGUP TERIMA PEMIMPIN YANG SUKA BEMUKA MUKA…SIANG CAKAP LAIN MALAM CAKAP LAIN…

          Reply to this comment
    • Bukan Ana

      Mar 12. 2013

      Nik Aziz dan Haji Hadi yg lagi jauh tersasar, sibuk mempertahankan si peliwat sampai Ustaz Nasha pon nak dinyahkan….

      Reply to this comment
    • Pikir la sikit

      Mar 12. 2013

      Wahai Ana yang terlebih bijaksana,

      Adakah 4 orang yang sanggup bersama-sama melihat tragedi zina/liwat berlaku di depan mata (dengan jelas melihat tusukan berlaku) boleh dikategorikan sebagai saksi yang TIDAK FASIK?

      Mengapa dibenarkan 4 orang yang TIDAK FASIK melihat tragedi tersebut semata-mata untuk membolehkan mereka dapat menjadi saksi? Mengapa tidak menasihatkan keempat-empat mereka berusaha menghalang tragedi tersebut dari berlaku terlebih dahulu @ mengapa tidak disyaratkan “Perlu ada 4 saksi yang TIDAK FASIK yang melihat tragedi zina di mana mereka telah berusaha untuk menghalang tragedi zina dari berlaku”?

      Jika ini menunjukkan bahawa tidak akan ada 4 orang yang TIDAK FASIK yang akan sanggup menjadi 4 saksi sesuatu tragedi zina/liwat, maka apakah pilihan yang ada bagi tuduhan/sabitan zina?

      p/s: Dalam jawapan Ana nanti, jangan la tuduh saya nak ubah hukum Allah pulak yer…hehe.

      Reply to this comment
    • Benci Anwar

      Mar 12. 2013

      Alahai ana, kamu sapa nak suruh Datuk Hassan cuma tumpukan soal memantapkan aqidah umat Islam, bla bla bla.. mcm yg kamu cakap? kamu ingat itu tugas Datuk seorang saja ke? Kenapa pulak Datuk tak boleh bersuara tentang isu ini. Ini sudah menyalahi kebebasan bersuara seperti rakan-rakan pembangkang kamu laungkan.

      Mungkin kebebasan bersuara bagi pembangkang ialah memaki hamun kerajaan. tapi bila kena kutuk, tahu pulak marah mcam ketua pembangkang kamu yg suka menipu dan putar belit..hmmm… mmg dasar pembangkang@pembangang…

      Reply to this comment
  7. KadukTechnoLogik

    Mar 11. 2013

    masa sejarah silam,….. habuan wang ringgit…… demi menjaga yg tersayang

    Reply to this comment

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE