Cucu Mat Kilau : Dulu cium muka Anwar, sekarang mahu ludah…

blogger cucu mat kilau cium anwar penuh perasaan

AIDCReveal – Cucu Mat Kilau(CMK), blogger tegar yang pernah mencium muka Anwar Ibrahim di depan khalayak ramai, akhirnya terpaksa membuat keputusan untuk meninggalkan ‘tokoh yang pernah disanjungnya’ itu pada  pertengahan November lalu dengan pengumuman keluar dari PKR. Klik di sini

Foto blogger CMK yang mencium Anwar itu tersebar di merata alam siber. Dipercayai dirakam sejurus Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh, pada tahun 2004 yang sedang dalam persiapan untuk ke Munich, Jerman untuk rawatan tulang belakangnya. CMK yang berasal dari Pahang, sanggup datang ke Kuala Lumpur dan  mengunjungi rumah Anwar semata-mata untuk membuktikan sanjungannya terhadap ‘ikon reformasi’ itu.

Namun semua itu hanya tinggal kenangan, apabila pada November lalu dia bertekad meninggalkan ‘tokoh yang pernah dipujanya’ kerana dia tidak mahu lagi hipokrit dan menipu diri sendiri.

CMK (kiri berbaju kuning) hadir sama ke rumah lama Anwar (Jalan Setiamurni1) pada 2 September 2004, sebaik sahaja Anwar diputuskan bebas dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan. Pada ketika ini, CMK mencium Anwar seperti dalam foto di atas...

Azmin Ali pimpin Anwar untuk sidang media di rumah lama Anwar, pada petang, 2 September 2004, sejurus selepas Mahkamah Persekutuan bebaskannya. Kata Ezam: Ketika ini lah titik tolak Azmin Come Back. Semasa Anwar dipenjarakan, Wan Azizah pancung Azmin, selepas Anwar bebas, Azmin mula berkuasa semula..

“Selepas lebih 11 tahun berjuang mempertahankan Anwar dan Keadilan, akhirnya CMK tidak sanggup lagi untuk menipu diri sendiri. Selama ini apa saja yang berlaku kepada Anwar dan Keadilan pasti CMK akan pertahankan bermati-matian, sama seperti penyokong “tegar” PKR yang lain. Namun, sejak akhir-akhir ini CMK merasakan bagai satu kesalahan besar jika CMK gagal menegur dan mengembalikan semula maruah parti yang kini mula tercalar gara-gara pemilihan 2010 yang sedang berjalan sekarang ini”, tulis CMK di blognya.

“Budaya jahiliah kini menyelinap masuk secara meluas ke dalam parti dan ia menyebabkan hala tuju perjuangan PKR sedikit tersasar sebenarnya. Biar pun perkara ini tidak mahu diakui namun itulah hakikatnya”, tulisnya lagi.

Menyentuh berkenaan pemilihan 2010, CMK melihat ia tidak telus, hanya sekadar robot yang diremote oleh pihak lain. Tulisnya;  “Badan bebas yang dikenali sebagai Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), sekadar menjadi robot untuk memuaskan nafsu pihak-pihak tertentu. Badan tersebut tidak wajar disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu yang secara jelas mencabuli amalan demokrasi yang mahu dipertahankan itu”

Namun blogger itu tidak menamakan siapakah pemain di belakang tabir yang mengawal JPP itu serta tidak menamakan siapakah yang dimaksudkan sebagai pihak-pihak tertentu itu.

Namun blogger itu memberi sedikit kata kuncinya; “Malah salah seorang calon Timbalan Presiden iaitu Mustafa Kamil Ayub sendiri mengatakan “Proses pemilihan Parti KEADILAN telah bermula pada 29 Oktober 2010, namun apa yang kita harapkan untuk memperolehi satu sistem pemilihan yang adil dan telus daripada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) semasa mengendalikan proses pemilihan amatlah mendukacitakan”. Kata orang “jika tiada angin masakan pokok bergoyang”.

Berdasarkan tulisan itu, CMK lebih senada dengan Mustaffa Kamil Ayub, bekas Presiden PKPIM dan aktivis ABIM yang menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR. Dalam pemilihan baru-baru, selain Mustafa Kamil, dua lagi calon menawarkan diri, Azmin Ali dan Zaid Ibrahim. Zaid menarik diri, apabila melihat penasihat umum, Anwar Ibrahim berpihak dengan menyokong sepenuhnya kepada Azmin Ali yang merupakan bekas Setiausaha Sulitnya.

Meskipun Zaid menarik diri, namun Mustafa Kamil Ayub terpaksa juga mengaku kalah, kerana majoriti besar masih dirangkul Azmin, individu yang paling dipercayai oleh Anwar Ibrahim.

Walaupun CMK tidak menyebut campur tangan tokoh yang pernah dipujanya dan arus sokongan kuat kepada Azmin Ali dalam tulisannya, tetapi blogger itu menyimpulkan; “Namun, mungkin ada yang tidak dapat menerima kenyataan ini dan sanggup biarkan ia berlaku di depan mata. Namun, ia tidak mungkin bagi CMK. Pemimpin yang rosak akhlaknya tidak layak untuk disanjung oleh rakyat apatah lagi mereka yang jelas cuba menipu dan mempermainkan parti sendiri. Bukankah amalan seperti ini tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah parti yang memperjuangkan agenda perubahan buat rakyat”

Kata-kata di atas yang ditulis dari lubuk hatinya itu merupakan justifikasi blogger CMK meninggalkan Anwar dan PKR.

CMK atau nama sebenarnya, Mohd. Shukri Mohd Ramli, pernah bertanding mewakili PKR di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemayan, Pahang, pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 lalu, dan pernah mempertaruhkan nyawanya selama 11 tahun semata-mata untuk  mempertahankan Anwar.

Menyingkap mengenai sejarah perjuangannya, blogger itu membela Anwar sejak dari pemecatan Anwar pada 2 September 1998. Bermula dengan medium www.cucumatkilau.blogdrive.com, blogger itu telah menulis hampir 1,000 artikel yang membela Anwar Ibrahim. Klik di sini

“Terlalu banyak untuk dikenang, pancutan gas pemedih mata, semburan water canon, diburu seperti penjenayah, ditekan, diugut dan diancam dengan berbagai gertakan telah saya terima. Namun kenangan paling pahit saya ialah ketika ditangkap oleh 8 orang anggota polis dalam satu serbuan pada 24 Disember 2007 lalu”, tulisnya.

CMK (kanan) bersama Nurul Izzah (kiri). Lelaki di tengah-tengah itu adalah suami Nurul, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim

“Manakala itu, kenangan manis saya pula ialah ketika menjadi juruhebah Majlis Perkahwinan Nurul Izzah Anwar di Bukit Damansara dulu, dan keduanya menjadi calon pilihanraya umum ke-12 lalu, mewakili PKR untuk kerusi DUN Kemayan, Parlimen Bera”, tulisnya lagi.

Blogger yang pernah menjadi aktivis ABIM itu juga pernah menjadi editor di blog Pahang Daily Online. Blogger ini juga pernah disaman oleh Mohd. Saiful Bukhari Azlan menuntut RM2 juta kerana memfitnahnya dengan menyiarkan artikel-artikel yang menuduh dirinya terlantar sakit tenat ekoran sumpah laknat yang telah dilakukannya.  Klik di sini

MOHD Saiful Bukhari Azlan (kiri) melihat beberapa dokumen bersama peguamnya, Zamri Idrus selepas memfailkan writ saman terhadap penulis laman blog pahangdaily.com di Mahkamah Tinggi Shah Alam

Kini, CMK bakal mengikut jejak blogger Zukri Akshah yang juga berasal dari Pahang, meninggalkan Anwar walaupun sebelum ini pernah menjadi exco Pemuda Keadilan pusat semasa zaman Ezam Mohd Nor.Klik di sini

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE