PARADIGMA POLITIK BARU

PM Isytihar Lima Daerah Di Sabah Kawasan Keselamatan Khas

LAHAD DATU, 7 Mac – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Khamis mengumumkan pembentukan kawasan yang dipanggil Kawasan Keselamatan Khas Sabah untuk menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur negeri ini.

Beliau berkata kawasan berkenaan merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu.

“Kawasan Keselamatan Khas ini berpusat di Lahad Datu yang akan menjadi pusat perintah yang menempatkan beberapa kabin sementara supaya ia dapat berfungsi dengan segera,” katanya pada sidang media selepas meninjau dan mendengar taklimat berhubung Op Daulat di sini hari ini.

Pada 1972, kerajaan pernah menubuhkan Rajang Area Security Command (RASCOM), iaitu pasukan kawalan keselamatan di kawasan Rajang di Sarawak yang berjaya menghapus ancaman komunis di negeri itu.

Kawalan RASCOM meliputi kawasan Sibu, Kanowit, Oya, Dalat, Bintagor, Sarikei, Julau, Song dan Kapit yang diisytiharkan sebagai Kawasan Keselamatan Istimewa oleh Datuk Abdul Razak Hussein selaku perdana menteri ketika itu.

Perdana menteri berkata cadangan penubuhan Kawasan Keselamatan Khas itu telah dipersetujui pada mesyuarat jemaah menteri, semalam.

Langkah itu untuk memberi keyakinan kepada rakyat Sabah bahawa dalam soal kedaulatan negara, kerajaan akan melakukan apa sahaja bagi menjamin keamanan dan kedaulatan negeri ini, katanya.

Sehubungan itu, katanya, lima lagi batalion terdiri daripada pasukan polis dan tentera akan ditambah bagi menguatkan lagi aspek keselamatan yang sedia ada.

Najib berkata pecahan lima batalion itu akan ditentukan selepas rundingan antara polis dan tentera diadakan kemudian.

“Pada prinsipnya kekuatan tambahan lima batalion itu akan ditempatkan di kawasan Special Security Area. Ini untuk memberikan keyakinan kepada rakyat timur Sabah bahawa meskipun operasi ini akan berakhir tetapi keselamatan (mereka)dan kedaulatan (negeri) mereka akan terus dipertahankan,” katanya.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan beberapa lagi anggota kabinet. — BERNAMA

7 Comments

  1. sayaanaksabah says:

    PM Isytihar Lima Daerah Di Sabah Kawasan Keselamatan Khas-Pm telah ishtiharkan selamat ini menunjukkan kerajaan telah berjaya menangani ancaman keselamatan di sabah dengan tindakan yang proaktif anakala pembangkang hanya tahu memperkecilkan pengorbanan pihak polis dan tentera dalm menjaga keselamatan Sabah..

  2. skodeng says:

    tahniah dengan pengistiharan ini.. sebenarnya virus kemelut ini ada didalam negara kita sendiri… jadi kena sentiasa ada kawalan keselamatan di keliling Malaysia.. sebab virus ini akan sentiasa meminta pertolongan dari anasir luar…. targetnya hanya 1… sbelum mati, dia nak jadi PM.. dia tetap mahu jadi PM, walau terpaksa mengadaikan maruah diri, negara, bangsa dan agama… laknatlah kau wahai pengkhianat!!!!! amin3

  3. Lim Lynn says:

    MNLF Muslimin kecewa kerana tak dapat menyekat Nur Misuari’s kenyataan.
    MNLF, katanya, menganggap rakyat Sabah dan Malaysia sebagai saudara mereka.

    “Kami (MNLF) tidak menyokong apa yang sedang berlaku di Sabah (pencerobohan dan tindakan pengganas). Kami menolaknya. Kejadian di Sabah dicetuskan untuk memecahbelahkan sesama kita.

    “Ia juga dilakukan untuk memutuskan ikatan antara Sabah dan selatan Filipina dan antara Malaysia dan Filipina. Mereka ingin memusnahkan ikatan itu (antara rakyat),” katanya dalam temu bual ekslusif dengan Bernama melalui telefon dari Manila.
    http://novandri.blogspot.com/2013/03/terkini-nur-misuari-hilang-pengaruh.html
    http://novandri.blogspot.com/2013/03/kenyataan-rasmi-setiausaha-agung-pbb.html
    Ban Ki Moon kata Jamalul Kiram III sila berhenti hasilkan huru hara.

    • Anonymas says:

      Alhamdulillah! Lega mendengar yang MNLF tidak bermusuh dengan kita.

      Pada MNLF, Nur Misuari ni takde kuasa dan pengaruh, Dia bukan jeneral dan percakapannya tidak mewakili MNLF, cuma AJK je. Macam Mat Sabu dalam PAS la, kepala besar padahal bukan mursyidul am

  4. WakKang says:

    Anwar tengah melanggan chinadoll semasa Najib sibuk menangani ancaman keselamatan cetusan Anwar.

    • Anonymas says:

      Bak kata datuk Nalla, semasa dia langgan chinadoll dia menyamar pakai rambut hippie. Chinadoll tanya “Eh lu ni macam kenal…lu menteli ka?” dia jawab “eh tak, saya…..saya bau-bau bacang dengan dia”

  5. Lim Lynn says:

    Tak boleh berubah sikap Anwar Ibrahim. Kemungkinan dia sedang main catur apabila Najib Tun Razak menyertai rancangan Anwar Ibrahim.

Leave a Comment

 

— required *

— required *