PARADIGMA POLITIK BARU

Anwar Masih Belum Jawab Motif Jumpa Nur Misuari Sebelum Pencerobohan Lahad Datu

AIDCNews – 07/03/12 – Sehingga ke hari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum menjelaskan apakah motif beliau berjumpa dengan dengan Ketua MNLF (Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro), Nur Misuari.

Sebaliknya, Anwar hanya menafikan pertemuannya dengan Sultan Sulu, Sultan Roodinood Julaspi Kiram.

“Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan, beliau tidak pernah bertemu dengan Sultan Sulu, Sultan Roodinood Julaspi Kiram,”lapor Sinar Harian, 5 Mac.

“Jika pernah bertemu pun apa masalahnya?” ujar Anwar lagi.

Lapor Sinar Harian lagi, Anwar turut memberitahu, beliau telah ditawarkan satu wawancara khas bersama media Filipina ‘Inquirer News‘ setelah beliau membuat penafian berhubung pembabitan dan pertemuannya dengan Sultan Sulu.

“Tawaran menemu duga saya itu berlaku pagi tadi.

“Dia prihatin kerana saya nafi saya jumpa Sultan Sulu kerana gambar mereka keluar itu sama ada saya jumpa Misuari kerana dia ingat gambar itu adalah Sultan Sulu,” ujar Anwar lagi.

Bagaimanapun Mstar melaporkan temu bual media Filipina itu ditolak oleh Anwar dengan alasan sibuk.

Philippines Daily Inquirer, pada Jumaat lalu menyatakan bahawa sumber perisikan negara itu mendapati seorang ahli politik Sabah telah bersekutu dengan Ketua pemimpin pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim sebagai antara ‘faktor luaran’ yang didakwa bertanggungjawab menghasut waris kesultanan Sulu untuk menuntut Sabah.

Laporan wartawan Filipina, Nikko Dizon berkata Manila sedang memantau tiga kumpulan yang digambarkan sebagai ‘faktor luaran’ di sebalik krisis pencerobohan di Malaysia.

Persoalan tentang perjumpaan Ketua Umum PKR dengan Sultan Sulu bukan isu utama, apatah lagi apabila Anwar mengaitkan dengan Sultan Roodinood Julaspi Kiram dan bukannya Sultan Jamalul Kiram III.

Menurut Mstar, sekurang-kurangnya 11 pihak menuntut gelaran Sultan Sulu, termasuk Sultan Jamalul Kiram III, selepas kematian Sultan Mohd Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986.

Barangkali dengan membangkitkan isu pertemuan dengan Sultan Sulu yang tidak difokuskan, mungkin Anwar boleh menyembunyikan persoalan paling utama iaitu benarkah beliau berjumpa dengan Nur Misuari dan jika benar, apakah motif perjumpaannya itu yang diadakan beberapa bulan sebelum berlakunya pencerobohan di Lahad Datu ?

Anwar Ibrahim dan Nur Misuari

Akhbar berpengaruh Filipina, The Philippine Star baru-baru ini melaporkan Nur Misuari dan beberapa orang lagi merupakan ‘dalang’ yang mempengaruhi ‘Sultan Sulu’ Jamalul Karim III supaya menuntut Sabah daripada kerajaan Malaysia.

Laporan itu menyusul selepas sekumpulan individu bersenjata mendakwa kerabat diraja Sultan Sulu telah menceroboh ke Lahad Datu, 9 Februari.

Semalam, The Philippine Star sekali lagi menegaskan Misuari memang rapat dengan ‘Sultan Sulu’ Jamalul Karim III yang menyiarkan bukti bergambar yang menunjukkan Misuari berpegang tangan dengan ‘Sultan Sulu’

Nur Misuari berpegang tangan dengan Sultan Jamalul Kiram III

“Pengerusi dan Pengasas Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari semalam menawarkan diri untuk berkhidmat sebagai utusan ke Kuala Lumpur dan membantu dalam perbincangan untuk menyelesaikan keganasan di Sabah.

“Misuari melawat Sulu Sultan Jamalul Kiram III di rumahnya di Maharlika Village, Taguig City semalam,”lapor media Filipina itu.

Sebelum ini, Misuari dilaporkan memberi amaran kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tidak mengapa-apakan adik Jamalul Kiram, Raja Muda Agbimuddin di Kampung Tanduo, Sabah.

“Sejurus anda berbuat demikian ia sama dengan mengisytihar perang terhadap orang kami dan MNLF. Ia menjadi tugas untuk kami melindungi orang kami,” katanya.

“Setiap titik darah mereka adalah suci buat kami,’ tambah Misuari.

Misuari bagaimanapun menafikan beliau merupakan dalang dalam kejadian pencerobohan para pengikut Jamalul Kiram di Sabah.

“Menjadi pembiaya kewangan bukannya satu persoalan.

“Kenapa saya perlu menjadi pembiaya para pengikut Sultan? Hanya kira-kira 200 orang (pengikut Jamalul Kiram yang menceroboh Sabah). Itu bukannya cara saya,” katanya.

Ini merupakan amaran kedua daripada Misuari selepas amaran pertama pada 21 Februari lalu.

“Ini harus dikendalikan oleh ‘cooler heads’,” katanya, sambil menambah ia juga akan menjadi baik untuk menunggu pilihan raya Malaysia yang akan datang pada bulan April untuk melihat siapa yang akan menjadi perdana menteri yang baru,”katanya dipetik dari Manila Bulletin.

13 Comments

  1. Lim Lynn says:

    http://theunspinners.blogspot.com/2013/03/terdedah-anwar-jumpa-dan-janji-minyak.html
    Anwar Ibrahim telah jumpa dengan EMPAT dari mereka yang telah menuntut Kesultanan Sulu dan menjanjikan tanah di Sabah dan jutaan wang serta bahagian dalam minyak Sabah.

    Itu sebab Anwar janjikan 20% royalti kepada Sabah yang mana ianya tak munasabah dilakukan. Baca di blog YB Abdul Rahman Dahalan SINI.

    Royalti sedemikian banyak hanya boleh dibuat dengan mengenepikan Petronas dan royalti kepada kerajaan Pusat serta negotiation terus dengan syarikat minyak MNC antarabangsa i.e. Amerika.

  2. Lim Lynn says:

    http://www.youtube.com/watch?v=6OK6ks7BSOY
    http://beforeitsnews.com/alternative/2013/03/malaysia-invaded-hundreds-of-terrorists-land-on-beaches-western-media-mute-2585632.html
    http://beforeitsnews.com/alternative/2013/03/the-original-writings-of-the-illuminati-revealed-in-1798-rare-book-video-2585644.html
    Habis Malaysia.
    Proofs of a Conspiracy Against All the Religion and Governments of Europe Carried on in the Secret Meeting of Freemasons Illuminati and reading Societies by John Robison

    This old book presents the proofs of a conspiracy against all the religions & governments of Europe carried on in the secret meetings of Freemasons, Illuminati & Reading Societies, collected from good authorities by John Robison, Professor of natural philosophy & Secretary to the Royal Society of Edinburgh, to which is added a postscript. Contents: John Robinson letter and Lucretius poem; schisms in Freemasonry; the Illuminati; the German Union; the French Revolution; postscript.

    John Robison (1739–1805) was a Scottish physicist and mathematician. He was a professor of philosophy at the University of Edinburgh. A member of the Edinburgh Philosophical Society when it received its royal warrant, he was appointed as the first General Secretary to the Royal Society of Edinburgh. Robison invented the siren and also worked with James Watt on an early steam car. Following the French Revolution, Robison became disenchanted with elements of the Enlightenment. He authored Proofs of a Conspiracy in 1797—a polemic accusing Freemasonry of being infiltrated by Weishaupt’s Order of the Illuminati. Robison and French priest Abbé Barruel independently developed similar views that the Illuminati had infiltrated Continental Freemasonry, leading to the excesses of the French Revolution. In 1798, the Reverend G. W. Snyder sent Robison’s book to George Washington for his thoughts on the subject in which he replied to him in his Letter to the Reverend G. W. Snyder (24 October 1798). Modern conspiracy theorists like Nesta Webster and William Guy Carr believe that Robison’s book described what the Illuminati may have started was the template for the subversion of otherwise benign organizations by radical groups through the 19th and 20th centuries. Spiritual Counterfeits Project editor Tal Brooke has compared the views of Proofs of a Conspiracy with those found in Carroll Quigley’s Tragedy and Hope (Macmillan, 1966). Brooke suggests that the new world order, which Robison believed Adam Weishaupt (founder of the Illuminati) had in part accomplished through the infiltration of Freemasonry, will now be completed by those holding sway over the international banking system (e.g., by means of the Rothschilds’ banks, Federal Reserve, IMF, and World Bank).

  3. mahsuri says:

    Nur maisuari ditangkap di Malaysia pada tahun 2001 atas permintaan Filipina,
    kemudian bang non jumpa maisuari pada 2012.

  4. Anonymas says:

    “Dia prihatin kerana saya nafi saya jumpa Sultan Sulu kerana gambar mereka keluar itu sama ada saya jumpa Misuari kerana dia ingat gambar itu adalah Sultan Sulu,” ujar Anwar lagi.

    ^nampak sangat nipunya, dalam Philippine Chronicle dia cakap tentang perjumpaan Anwar dan Misuari, bukan Sultan Sulu. (dia pun bukan sultan sebenar hehe)

    ““Ini harus dikendalikan oleh ‘cooler heads’,” katanya, sambil menambah ia juga akan menjadi baik untuk menunggu pilihan raya Malaysia yang akan datang pada bulan April”

    ^ha kan dah cakap. Ada kaitan dengan PRU. Timing dia tu…

  5. HAMSOR says:

    U ulang, I saman…awwwww cam bapok lemau sehhhh..barua..cilako 3X..

  6. Matahari says:

    Masalahnya rakyat kebanyakan TIDAK RELA berPMkan si Brader Anwar Bin Ibrahim pengkhianat negara tu!

  7. pejuangislammelayu says:

    meme takleh cayo kat misuari tu kalu doh sekongkol ngan menate nuar…ore takdok maruah jer hok bulih royat /amaran lagu tuu..logik akal ko..mu doh ceroboh rumoh ore..pahtu wat onar pulok kat umoh ore, pahtu..ckp timo kasih krn mari ceroboh, pahtu ckp bye2..lain kali mari pulok dehh..camtu ko..bladiyhell yu misuari..

  8. Nadim says:

    Kalau diMalaysia… watak nur misuari tu sama dengan anwar dan sultan yg tak macam sultan tu Hadi awang…. serupa tapi tak sama

  9. itsme says:

    dlm hal ini, 10 dia ckp 20 kita kena tolak.. jgn ada kompromi dgn manusia yg tdk pernah ada rasa syukur.. mrk boleh hidup skrg pun atas bantuan dan sokongan Msia.. pengkhianat dr mana asalnya pun, dr luar atau dlm mesti dihapuskan.. bila bermandi darah dendam kesumat pasti sukar dilupakan..

  10. Warisatuliman2010 says:

    A.w.w. handai taulan. Yg menjadi masalah dgn Anwar al-Munafik dlm kes ini khususnya dan kes2 lain amnya, ialah dia suka sangat berbohong. Jadi, 10 cakapnya hanya satu atau dua saja yg boleh dipercayai. Kalau betul dia bukan jenis manusia yg suka berbohong, kenapa tidak bernai bersumpah mubahalah? Kenapa tidak dapat tunjukkan di mana jam Omega miliknya? Kenapa tak berani saman Ezam, Nalla dan Ummi Hafilda? dan kenapa tidak berani saman media2 luar negara tetapi sanggup saman Utusan dan TV3? Fikir2kanlah. Wassallam.

  11. Ana says:

    Adakah Kesultanan Sulu sekarang seperti raja-raja Melayu yg bertakhta dinegeri2 & negara spt Sultan Brunei? Apakah Kedudukan Sultan Sulu dlm sistem republik di Filipina dgn ketua kerajaan adalah Presiden Filipina, ninoy Aquino? Status kesultanan Sulu sekarang adakah raja berdaulat di kepulauan Sulu? Adakah wilayah Autonomi Selatan Filipina termasuk juga Mindanao & Sulu berikutan perjanjian antara MILF & kerajaan Filipina? Kepulauan Sulu adakah dibawah tadbir autonomi Sultan Sulu atau MILF? MILF yg diberi kuasa Autonomi di Selatan Filipina, adakah sama macam ‘kerajaan Negeri’ dan Sultan Sulu adalah raja bagi negeri’? Para commentator disini boleh berikan sedikit info utk saya.

  12. ron95 says:

    TANYA SAMA ANWAR..APA SEBAB GOYANG..
    NANTI JAWAB ANWAR PECAH TEMBELANG..
    ANWAR JADI DALANG….
    HARAP SABAH HILANG …..
    SIKIT MASA LAGI ANWAR TELANJANG…

  13. Lim Lynn says:

    Jangan percaya Nur Misuari 100% mungkin dia udang sebalik batu.

Leave a Comment

 

— required *

— required *