Anwar Nafi Lawatan Tian Chua Ke Filipina Berkaitan Pencerobohan Sabah

AIDCNews – 06/03/13 – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan lawatan Tian Chua dan Sivarasa Rasiah ke Filipina 2 hari sebelum insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu mempunyai perkaitan antara satu sama lain.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat parti itu, R. Sivarasa pergi ke Filipina pada 7 Februari lalu manakala penngganas menceroboh Kampung Tanduo di Lahad Datu Sabah, pada 9 Februari.

Menurut Anwar, kedua-dua pemimpin PKR itu diarahkan pergi ke Manila bertujuan membincangkan isu membabitkan Manuel Amalilio yang dikehendaki pihak berkuasa Filipina kerana didakwa terlibat dalam kes penipuan kad pengenalan bernilai jutaan peso.

“Sivarasa dan Tian Chua ke sana untuk membincangkan mengenai kenapa dia (Amalilio) tidak dibenarkan diektradisi ke Filipina untuk dibicarakan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR pada Rabu, dilaporkan Mstar.

Amalilio ditangkap oleh Jabatan Imigresen pada 22 Januari lalu dan kemudiannya dikenakan hukuman penjara atas kesalahan menggunakan pasport Malaysia dan kad pengenalan palsu.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE