PARADIGMA POLITIK BARU

Naser Disa : Pakatan Berusaha Hakis Islam

Antarapos - PAS dilihat sebagai sebuah parti yang tidak tetap pendirian terutamanya dalam memperjuangkan hak mendaulatkan Islam sebagai agama negara, kata ahli Biro Undang- Undang, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Mahamad Naser Disa.

Beliau berkata, PAS dilihat tidak tegas dalam memelihara kesucian agama Islam tetapi sebaliknya, banyak dan hanya bertindak mengikut kehendak sekutu mereka.

“PAS dalam kedudukan ini nampak dia mengikut, dia menjadi pak turut kepada DAP dan PKR, tanpa disedari.

“Walaupun PAS (mendakwa) dia memperjuangkan Islam, dia tanpa menyedari bahawa dua rakannya yang lain itu melakukan sesuatu yang mengancam kedudukan Islam sebagai agama negara,” katanya ketika menjadi panel dalam program Meja Bulat anjuran Antarapos.

Kata, sekutu PAS iaitu PKR dan DAP lebih berminat dan lantang memperjuangkan kebebasan hak asasi dan hak sama rata dalam beragama yang secara terang-terangan ditolak dalam prinsip Islam.

“Dalam keadaan sejak 15 tahun lalu, saya nak bagi tahu, pengalaman peribadi saya, bila saya bertugas di Jabatan Peguam Negara.

“Saya Peguam Kanan Persekutuan, saya terlibat dengan kes-kes di mana peguam-peguam daripada Pakatan Rakyat ini menggasak dan mengasak Islam sehingga tahap mendakwa asas atau struktur negara ini berpaksikan sekular,” katanya.

Menurut beliau, apa yang paling dikesali adalah sesetengah pemimpin Pakatan Rakyat menganggap Malaysia sebagai sebuah negara sekular terbuka.

Malah tanggapan itu, katanya sehingga ada yang beranggapan negara ini sudah bersedia untuk menerima “semua prinsip-prinsip kebebasan, prinsip liberal, prinsip plural, prinsip- prinsip hak asasi manusia secara bebas”.

Katanya, paling mendukacitakan adalah anggapan sesetengah pihak bahawa Malaysia bersedia menerima sehingga tahap “hak kebebasan (untuk) murtad”. Malangnya, ini juga turut diperjuangkan untuk orang Islam.

“Kita nampak Pakatan Rakyat bukan hanya, pada saya tak boleh nak mempertahankan Islam, mereka sebaliknya menggasak dan cuba menghakis prinsip Islam yang ada dalam perlembagaan,” katanya.

Beliau berkata, walaupun Umno dituduh tidak mengamalkan prinsip Islam secara menyeluruh, namun parti itu tetap memastikan bahawa Islam masih terpelihara di bawah naungan perlembagaan negara jika dibandingkan dengan parti komponen Pakatan.

“Pada saya Umno bukan 100 peratus….. “apabila kita bercakap mengenai Islam sebagai ideologi negara, ini yang dikatakan bahawa Umno masih belum berjaya.

” Tetapi dalam keadaan dia (Umno) tak berjaya itu pun, dia berhadapan dengan pihak-pihak PKR ataupun Pakatan Rakyat, adakah mereka mampu? Ini persoalan yang kita lihat juga,” katanya .

Justeru, kata Naser, adalah amat mustahak bagi rakyat membuat pilihan yang tepat agar kedaulatan agama dan negara terus dapat dipelihara.

“(Pilihan) ia antara dua, sama ada satu pihak, Umno ini dia mengekalkan ataupun nak kedudukan agama Islam agama negara itu dalam beberapa peratus. Satu pihak lagi adalah kumpulan yang menggasak (Islam.) DAP dan PKR menggasak dan juga mencuba untuk menegakkan sekularisme supaya ia mengatasi Islam,” katanya dengan nada kesal. habis.

No comments yet... Be the first to leave a reply!

Leave a Comment

 

— required *

— required *