‘Arab Spring’ Berlaku Lebih Awal…

Tan Melaka – Pre-emptive pemimpin-pemimpin UMNO termasuk Tun Dr. Mahathir bahawa “Arab Spring” akan berlaku selepas Pilihan Raya Umum ke 13 ternyata meleset kerana tercetus sebelum pilihan raya itu.

Tentulah pihak yang merasa terpalit, tidak mahu menunggu jari ditundingkan kepada mereka untuk mengesahkan anggapan yang timbul dan kerana itu mereka mengatur tindakan lebih awal. Negara sekarang berada dalam kegemparan kerana pencerobohan asing yang mengakibatkan lapan orang anggota keselamatan kita menjadi korban.

Oleh kerana terlalu ghairah untuk menyembunyikan tangan, maka pemimpin-pemimpin pembangkang dan media mereka mendakwa kejadian ini sebagai drama yang didalangi oleh UMNO yang berkonspirasi dengan kerajaan.

Kemarahan yang amat sangat di kalangan rakyat telah mendorongkan mereka untuk segera membuat penafian dan tindakan mahkamah kepada media UMNO dan cybertroopers pro kerajaan yang dikatakannya memutarbelitkan kenyataan sebenarnya sama seperti taktik anak perempuan Anwar Ibrahim membuat penafian kering dan mengambil tindakan undang undang mengenai penggunaan perkataan Allah.

Mereka yakin bahawa rakyat percaya kepada sandiwara mereka, tetapi rakyat takkan melupakan bahawa berikutan dengan Tsunami Pilihan Raya Umum ke 12 pada 2008, PakatanPembangkang telah membuat keputusan untuk menjatuhkan kredebliti media parti pemerintah dan institusi-institusi kerajaan terutama Kehakiman dan Pasukan Polis diRaja Malaysia.

Polis yang paling teruk menjadi mangsa tindakan dan manipulasi mereka dari semasa ke semasa.

Pada 12 September 2011, seorang pemimpin Pas Mohammad Sabu telah dihadapklan di Makamah Sesyen Butterworth atas tuduhan membuat tohmahan memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka yang terkorban dalam tragedi Bukit Kepong di ceramahnya di Pusar Asuhan Tadika Islam Pas, di Padang Menorak Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Apa yang dilakukan oleh mereka adalah selari dengan kerangka perancangan yag telah diputuskan sejak Tsunami Pilihan Raya Umum 2008 dan sekarang mereka mengambil peluang dari peristiwa korban Lahad Datu untuk menyembunyikan kejahatan mereka. Mereka mengucapkan simpati dan takziah kepada keluarga anggota polis yang terkorban untuk menutup wajah dan menyembunyikian tangan mereka yang kotor.

Pencerobohan Tentera Kesultanan Sulu di Lahad Datuk dan Semporna tidak boleh ditolak sebagai Arab Spring yang terpaksa berbunga sebelum musimnya. Orang yang bijak tidak akan melakukan keburukan menepati tekaaan, tetapi pada masa diluar kesedaran.

Pemberontakan di Syria, Libya dan Mesir meletus dengan bantuan asing dan pendarahan di Lahad Datu dan Semporna juga berlaku menerusi hubungan dan bantuan asing untuk menghilangkan keyakinan rakyat terhadap kestabilan perdamaian dan juga masa depan negara ketika menghadapi pilihanraya.

Mungkin ada juga baiknya Arab Spring ini berlaku lebih awal.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE