PARADIGMA POLITIK BARU

Anwar Dakwa Sibuk Untuk Jawab Philippines Daily Inquirer

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau ditawarkan oleh media Filipina, Philippines Daily Inquirer bagi membersihkan namanya berhubung dakwaan dikaitkan dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu.

“Mereka Philippines Daily Inquirer menghubungi saya pagi ini dan menawarkan untuk bercakap dengan editor mereka untuk temubual secara langsung.

“Mereka sanggup berikan saya platform untuk menentang atau tidak bersetuju berhubung dengan dakwaan tersebut,” katanya kepada pemberita di sini selepas penutupan Persidangan Antarabangsa pada Pilihan Raya Umum ke-13 pada Selasa.

Bagaimanapun Anwar berkata beliau tidak dapat menerima tawaran itu dengan segera kerana sibuk namun mengakui akan berbuat demikian kemudian.

Anwar menambah bahawa tawaran itu akan termasuk temubual secara langsung penjelasannya dan akhbar harian berkenaan.

Menerusi laporan Philippines Daily Inquirer, pada Jumaat lalu menyatakan bahawa sumber risikan negara itu mengaitkan seorang ahli politik Sabah yang bersekutu dengan pemimpin pembangkang Malaysia sebagai antara ‘faktor luaran’ yang didakwa bertanggungjawab menghasut waris kesultanan Sulu untuk menuntut Sabah.

Laporan wartawan Philippines Daily Inquirer, Nikko Dizon berkata Manila sedang memantau tiga kumpulan yang digambarkan sebagai ‘faktor luaran’ di sebalik krisis pencerobohan di Malaysia.

Malah baru-baru ini agensi berita Reuters menerusi laporannya juga mengaitkan penglibatan pembangkang dalam pencerobohan Lahad Datu – Mstar

8 Comments

  1. Mat Zain says:

    mengetahui sifat anwar..maknanya tu semua bohong dan temberang saja..

    Kalau benar.. sila beri tape perbualan anda dengan pihak Inquirer..

  2. Zapata says:

    Sejahtera,

    Hadits Nabi Muhammad SAW Tentang Orang-Orang Munafik :
    “Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan. Pertama, apabila berkata-kata ia berdusta. Kedua, apabila berjanji ia mengingkari. Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan) ia mengkhianatinya”.(Hadist Riwayat Bukhari dan Muslim).

    adakah Anwar termasuk di dalam golongan ini? Mari kita fikirkan akan apa yg telah dilakukan sehingga kini..dari penubuhan keraajan baru pada 16 September dahulu, menafikan segala tuduhan terhadapnya yg apabila kemudiannya kita sedari adalah benar..dan pelbagai lg..(listnya cukup pjg)..
    nau’zubillah..

    Semoga umat Islam Malaysia akan kembali bersatu dan memulihkan semula martabat agama Islam yg telah tercalar..ameen

    • VoiceofReason says:

      Hadis Nabi itu memang tidak boleh dinafikan kebenarannya. Tetapi Islam juga melarang umatnya menuduh tanpa memastikan kebenaran berita (atau maksud yang sebenar) yang sampai kapada mereka. Anwar berkata dia sibuk sekarang untuk menyahut tawaran ‘Philippines Daily Inqui’ tetapi akan berbuat dikemudian hari, kita berilah dia ‘benefit of the doubt’ dan terimalah penjelasannya itu buat ketika ini. Anwar menyanyi ‘Tanya sama Najib…….Sabah dah hilang’ itu semua sebenarnya adalah ‘mind games’ saja. ‘Mind games’ adalah perkara biasa dimana-mana perlawanan, dari arena politik hinggalah ke arena sukan. Anwar atau Najib boleh bercakap dan bermain ‘mind games’ apa saja tapi hakikatnya, segala ucapan2 mereka ini, segala ‘mind games’ yang dipermainkan diteliti oleh rakyat dan mungkin akan menjadi penyesalan mereka di PRU13 ini.
      Pada hakikatnya, sekarang ini sudah ujud satu keadaan dan ketika di mana yang benar dianggap bathil dan yang bathil pula dianggap benar. Mereka yang berkata benar disisihkan sementara mereka yang mengatakan bathil diagung-agungkan. Kita dapati bibit-bibit kearah kecelaruan menentukan yang benar dengan yang bathil sudah mula berlaku. Kita harus matang dalam menghuraikan mana2 berita yang diterima agar kita tidak terjerumus kedalam golongan mereka yang menuduh dan menghukum tanpa memastikan kebenarannya.
      Masyarakat, teutamanya umat Islam, haruslah kembali kepada sikap menghargai kebenaran walau pun kadang2 kebenaran itu memihak kapada pihak lawan kita. Janganlah kita ikut jalan ‘Ahli2 Kitab’ dahulu yang mencampur –aduk kebenaran dengan kepalsuan didalam Kitab mereka demi untuk mencapai kuasa mutlak untuk kaum mereka hingga turunnya Kitab suci Al’Quran kapada Rasullulah SAW untuk membetulkan balik segala kepalsuan yang mereka cipta itu.
      Semoga Allah sentiasa memberi petunjuk kebenaran kapada kita semua.

  3. Anonymas says:

    Aik kenapa tak saman depa tu, Tok Syeikh? Depa yang tuduh hang dulu?

  4. saya says:

    Aikks…hari tu keras-keras nafi mana ada media philippines tuduh dia bila ada wartawan tanya…siap nak saman balik wartawan tu..skrg kamu nak jawab pulak tuduhan tu…maknanya memang ada le media philippines kaitkan nama kamu kan? Kan dah kantoi…

  5. Mat Saman says:

    Aiiik apa lagi saman lah suratkhabar Philipines ini. Diorng yg mola cerita DSAI ni ada kaitan dgn serangan Sulu. Taakaan kecut teloq saman Utusan TV3 kot. Dulu kawan2 hang juga dlm tu.

  6. me says:

    ntah ia ke tidak philiphines daily tawarkan kat dia……tak leh caya dia ni

  7. basry says:

    Betul ke..? Atau Anwar memohon tetapi akhbar tersebut tidak melayannya.
    Spin jenis ini, biasa bagi Anwar…

Leave a Comment

 

— required *

— required *