PARADIGMA POLITIK BARU

SD Johari : Saman Anwar Tidak Boleh Tutup Rakyat Persoal Siapa Dalang

AIDCNews – 05/03/13 – Saman Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Utusan Malaysia dan TV3 sekadar untuk mengalih perhatian rakyat daripada persoalan pokok yang didakwa oleh media-media Filipina, kata SD Johari Mohd Yassin, bekas Penolong Setiausaha Angkatan Muda PKR.

“Anwar seharusnya menjawab dan memberi penjelasan berhubung dakwaan serius maklumat dari badan perisikan Filipina itu.

Anwar berbincang dengan Nur Misuari

“Badan perisikan tentera Malaysia pun sudah sahkan adanya pertemuannya dengan Nur Misuari. Gambar pertemuan pun sudah tersebar. Macam mana boleh wujud gambar jika tiada pertemuan ? Kenapa pertemuan diadakan secara sulit sebelum pencerobohan bermula ?

“Sepatutnya Anwar menjawab persoalan-persoalan ini dan bukannya bertindak mengalih isu dengan ugutan saman,”katanya ketika dihubungi.

Menurutnya Anwar perlu menyaman sumber utama yang dipetik oleh Utusan Malaysia dan TV3 iaitu Philipine Inquirer, Manila Times dan Reuters.

“Ini taktik biasaa Anwar untuk memainkan persepsi rakyat bahawa segala apa yang berlaku adalah konspirasi kerajaan untuk menyerangnya.

“Sedangkan saya berpendapat dakwaan perisikan dan media Filipina adalah amat serius.

“Anwar tidak dapat menutup isu ini dengan menyaman, selagi tiada penjelasan konkrit, selagi itu rakyat akan bertanya, kerana ia melibatkan huru-hara negara dan kematian.”

SD Johari berkata rekod Anwar juga mencurigakan terutamanya dari segi sejarah persahabatannya dengan Nur Misuari dan kumpulan pemberontak di Filipina.

“Pihak kerajaan perlu menyiasat serius kerana ini melibatkan kedaulatan negara.

“Kita amat percaya bahawa Anwar mempunyai rekod yang panjang dari segi hubungan diplomasi dengan kumpulan pemberontak di Filipina sejak dari zaman Anwar berada dalam kerajaan lagi.

“Dan tidak mustahil serangan itu ada kaitan dengan agen-agen asing yang mahu menobatkan Anwar sebagai Perdana Menteri.”

Bekas penyokong Anwar sejak dari zaman reformasi itu juga turut hairan dengan perkaitan Tian Chua, tokoh yang disebut-sebut sebagai agen George Soros di Malaysia dalam isu ini.

“Kenapa Tian Chua terkait ? Kenapa Tian Chua menempelak insiden Lahad Datu itu adalah konspirasi kerajaan ?

“Ini adalah kenyataan bodoh, tidak bertanggungjawab dan cuba menyembunyikan sesuatu.

“Saya cabar Tian Chua turut serta dalam kononnya ‘sandiwara’ itu. Inilah contoh ahli parlimen pembangkang yang tiada kualiti, mementingkan politik daripada menghargai nyawa manusia.”

Anwar Ugut Saman Utusan & TV3 Untuk Tutup Kes Dalang Dibongkar

Perisikan Sahkan Pertemuan Anwar-Nur Misuari

5 Comments

  1. pejuangislammelayu says:

    jika takdok tindakn melalui undang2 utk hukum makluk perosak ni…tahu laa nnt nasib manusia durjana ni…mrk takkn dpt hidup aman.

  2. Lim Lynn says:

    Dah lama nasi dah jadi bubur. Tak boleh halang insiden kali kedua. Kan Anwar Ibrahim pakar kecor Indonesia dan Philippines.

  3. Lim Lynn says:

    Masih ada satu persoalan tak terjawab kenapa Tian Chua, Anwar Ibrahim and Nur Misuari katakan Lahad Datu dan Provokasi Palsu Sultan Sulu sebagai satu sendiwara? Ghaffir Imran bocorkan kepada Anwar Ibrahim dan Nur Misuari rancangkan sebelum bertindak.
    http://theunspinners.blogspot.com/2013/03/adakah-ghaffir-dan-imran-bocorkan.html
    http://alamijiwaparadox.blogspot.com/2013/03/terkinikedutaan-malaysia-di-manila.html
    Dahlah mereka Photoshop gambar ke atas Bendera Malaysia, di cetak dan di bakar habis habisan. Sangat biadap.
    http://theunspinners.blogspot.com/2013/03/tv3-dan-utusan-berani-media-filipina.html
    http://theunspinners.blogspot.com/2013/03/kalau-sandiwara-yang-mati-hidup-tak.html
    http://khairulryezal.blogspot.com/2013/03/provokasi-dari-puak-sulu-palsu-gambar.html

  4. tun sri lanang says:

    anwar boleh didakwa dalam section 121 – treason to the Yang Dipertuan Agong. ANybody..any rakyat Malaysia boleh melakukan lapuran polis terhadap Anwar dan Tian Chua. Dipersilakan melakukannya dengna segera sebelum Mee Maggi menjaid sejuk.

  5. itsme says:

    jika benar, tiada kompromi dlm isu ini, anwar n tian chua perlu digugur dr kerakyatan selepas dihukum atas mencemari kedaulatan negara. mohon kerajaan bertindak tegas dan menyakinkan rakyat. tiada kata2 maaf boleh diterima dr tian chua.. tian chua perlu perlu perlu ditangkap dan dibicarakan.

Leave a Comment

 

— required *

— required *