Peristiwa Berdarah Lahad Datu Mencerminkan Sikap Buruk Pakatan Pembangkang

Peristiwa berdarah di Kampung Tanduo, Lahad Datu Sabah merupakan satu catitan sejarah hitam di negara ini. Musuh-musuh negara termasuk yang berpengkalan di negara jiran mencari kesempatan untuk melakukan sesuatu yang dianggap mereka sebagai satu perjuangan di samping gembira melihat nama baik Malaysia tercemar.

Stand-off yang agak lama ini dikatakan untuk memberi ruang rundingan yang berlangsung antara pemberontak dengan Pihak Berkuasa Malaysia. Hanya mereka yang biasa dengan keadaan kritikal sedemikian boleh menghargai apa yang sedang dilakukan oleh kedua-dua pihak terutama di pihak Kerajaan Malaysia.

Adalah difahamkan ruang dan peluang secukupnya telahpun diberikan kepada penceroboh. Pada masa yang sama, pihak berkuasa Malaysia sering berhubung dengan pihak berkuasa Filipina demi menentukan wujudnya kerjasama dan kesefahaman di dalam menangani masalah yang melibatkan pemberontak-pemberontak yang sebahagian daripada anggota mereka terdiri daripada penyokong-penyokong fanatik yang dikatakan mengambil arahan daripada pimpinan mereka tanpa mempersoalkan.

Begitulah cermat dan telitinya tindakan yang diambil Pasukan Keselamatan. Tidak ada sebutir pelurupun yang dilepaskan walaupun masa yang diambil agak begitu lama sehingga ada setengah pihak yang tidak bertanggungjawab mempersoalkan jarak masa yang diberikan untuk berunding.

Apa yang mendukacitakan sebahagian daripada pimpinan pembangkang bukan sahaja melihat peristiwa ini sebagai sesuatu yang genting dan mempunyai implikasi yang agak besar kepada keselamatan Negara. Sebaliknya mereka menghentam tindakan yang diambil dan menyalahkan pihak-pihak yang berurusan dengan pemberontak tanpa menyedari betapa sulitnya rundingan yang diadakan kerana ianya melibatkan pemberontak yang mempunyai budaya mereka yang tersendiri.

Bagi tukang penempelak apa sahaja tindakan yang diambil samada berunding atau tindakan bersenjata yang lebih decisive, bagi mereka kedua-duanya sama sahaja. Memilih alternatif satu yakni berunding pun akan menerima caci nista. Seandainya pihak yang berwajib terus memilih alternatif ketenteraan yang lebih decisive pun akan dijaja sebagai tidak cermat dan gagal mengambil perhitungan kepada hubungan geografi dan budaya yang terjalin sekian lamanya antara Kesultanan Sulu dengan Sabah.

Bahkan setelah berlaku pertumpahan darah dengan mengorbankan 2 orang komando dan mencederakan 3 yang lain dengan 12 orang pemberontak tumpas dan 10 menyerah diri, itupun dikatakan Pihak Berkuasa Malaysia masih bermain sandiwara.

Mereka bukan sahaja tidak memberi pandangan dan pendapat yang membina demi keutuhan wilayah Malaysia malah begitu aneh mereka terus memperkecilkan tindakan pihak yang berkuasa dan memberi gambaran mereka lebih mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi dibandingkan dengan kemampuan dan kebolehan pihak yang berwajib.

Inilah brand pembangkang. Inilah juga barisan pimpinan yang diharapkan akan menguruskan hal-hal kenegaraan kita. Sikap bongkak dan sombong serta mengaggap sesuatu itu remeh memang mudah dipraktik seperti yang sering disebut berapa berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Apa yang boleh diharapkan daripada pimpinan pembangkang seperti ini. Bijak berkokok di tepi gelanggang dan hanya bijak melemparkan kata keji nista tanpa sebarispun cadangan untuk membantu menyelesaikan keadaan yang ada masanya begitu kritikal.

Peristiwa ini memberi amaran kepada kita bahawa dalam hal-hal yang berkait dengan maruah dan agenda besar negara, rakyat tidak boleh mengharapkan sesuatu yang positif daripada pimpinan pembangkang yang lebih suka menambahserabutkan keadaan daripada mencari jalan penyelesaian muktamad.

Taktik pembangkang mudah difahami. Mereka tidak punya ilmu. Mereka tidak mempunyai kepakaran. Mereka juga tidak mempunyai pengalaman. Teriakan mereka adalah teriakan kosong dan rakyat Malaysia sudah arif dengan taktik yang mereka mainkan.

Bagi kita yang waras sekalung penghargaan yang tidak dapat dinilaikan harganya disampaikan kepada seluruh anggota keselamatan yang bertugas terutamanya kepada mangsa pemberontakan beserta mereka yang cedera serta pahit getir dan saat-saat begitu mencemaskan yang dilalui oleh mereka yang terlibat. Semoga Allah menerima pengorbanan mereka sejajar dengan para syuhada demi mempertahankan Agama, Bangsa dan Negara.

Bagi rakyat Malaysia kita sudah dapat saksikan pimpinan bersalut kaca dan permata sejati. Diharapkan rakyat Malaysia akan mengambil peristiwa hitam ini sebagai satu lakaran sejarah yang boleh menambah keyakinan mereka untuk menolak sama sekali petualang-petualang yang bertopengkan manusia. PRU ke 13 mungkin boleh dijadikan detik istimewa untuk mengajar mereka.

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
Taman Tun Dr Ismail, KL
2 Mac 2013

12 Responses to “Peristiwa Berdarah Lahad Datu Mencerminkan Sikap Buruk Pakatan Pembangkang”

  1. acat

    Mar 04. 2013

    adakah maksud dato’…kita buat tindakan penyelesaian cara baik mahupun kasar, orang tetap mengata?…hmmm saya teringat kisah yang tak silap saya kisah Luqman Al-Hakim dan anaknya berkelana dengan seekor kaldai…entah lah…agaknya kut.

    Diceritakan suatu ketika Lukman Al-Hakin ditanya anaknya, “Wahai ayahku, mengapa orang-orang menyebut engkau dengan sebutan Al-Hakim,Yang Bijaksana.” Lukman Al-hakim tidak menjawab pertanyaan anaknya tetapi justru membawanya ke pasar dan membeli seekor keledai.. Dalam perjalanan pulang sampailah mereka pada sekumpulan orang. Kata orang-orang itu, “Bodoh sekali bapak dan anak itu, bawa keledai tapi tidak dinaiki, malah dituntun”. Mendengar perkataan ini, Lukman Al-Hakim segera menyuruh anaknya naik ke atas punggung keledai.

    Sampailah mereka pada sekumpulan orang lagi. Kata orang-orang itu, ”Durhaka sekali anak itu, masak bapaknya disuruh jalan kaki, sedangkan dia malah enak-enakkan naik keledai”. Mendengar ucapan orang, Lukman Al-hakim menyuruh anaknya turun dan beliapun segera menaiki keledai tersebut. Di tengah perjalanan, kembali mereka bertemu dengan orang-orang, sebagaimana sebelumnya, orang-orang berkata, “Bagaimana bapak ini, tega sekali naik keledai sendiri, sedangkan anaknya disuruh jalan kaki”.

    Mendengar komentar ini, anaknya lalu naik ke punggung keledai. Jadilah mereka berdua naik keledai. Seperti sebelumnya, di tengah jalan mereka bertemu dengan sekumpulan orang lagi, Katanya “Tega-teganya bapak dan anak itu, keledai kecil malah dinaiki berdua”.Lukman Al-Hakim dan anaknya turun dan kemudian mengikat dan memikul keledai itu. Dalam perjalanan, sekali lagi mereka melewati sekumpulan orang. Orang-orang kali ini justru tertawa sambil berkata, “Sungguh gila kedua orang itu. Membawa keledai bukannya dinaiki tetapi malah dipikul.”

    Setelah sampai di rumah berkatalah Lukman Al-Hakim kepada anaknya, “Demikianlah anakku, sekiranya hidupmu hanya hendak mencari keridhaan manusia, tetap saja mereka menemukan celahnya untuk dicela terhadap setiap tindakan kita. Maka carilah ridha Allah dan semoga kita menjadi golongan orang-orang yang bersyukur serta bersabar.”

    Reply to this comment
    • VoiceofReason

      Mar 04. 2013

      Bagus cerita itu, tapi begitulah, acat. Jika kita hendak mencari kesilapan atau perkara2 negatif dalam sesuatu benda, memang banyaklah perkara negatif yang dapat kita jumpa. Apa Dato Hasan Ali cakap tu pun benar, tetapi, sebagai saorang Islam, kita janganlah berat sebelah aje. ‘Penyakit’ ini bukan saja ada dengan pihak pembangkang, ia juga berada dengan pihak UMNO/BN. Misalnya logo manifesto PKR yang kontroversi itu dan banyak mendapat komen2 negatif disini saperti memberi keutamaan kepada pihak Kristian dan menpunyai unsur2 ajaran Freemason dan Illumninati. Padahal, jika kita hendak mencari perkara2 negatif, logo BN dan UMNO pun ada kaitan dengan Vatcian City (Kristian) dan unsur2 pengikut Freemason dan Iluminati.
      Jadi lebih baik pihak2 ini tumpu perhatian mereka ini kapada kerja2 yang mereka hendak lakukan untuk meringankan bebanan rakyat dan bukan tuduh menuduh, kafir-mengkafir atau asik mencari kesalahan2 parti lawan saja.

      Reply to this comment
    • acat

      Mar 04. 2013

      saya ni xnak memihak manapun…tetapi kita mengambil sikap macam ni la…walau apa jua konflik antara mana pihak pun. tuduh menuduh. fitnah memfitnah…kebenarannya sangat terlindung dan sukar nak dicapai oleh orang mcm saya ni. hatta mungkin ramai yang macam saya.
      yang ada di sekeliling ini adalah andaian dan spekulasi semata-mata. bagi mereka-mereka yang berjaya menyimpan kebenaran disebalik peristiwa Lahad Datu ni sehingga terkubur sekalipun, saya ucapkan tahniah. hanya masa menentukan. dan saya takkan tunggu bilakah masanya kerana ini semua kerja sia-sia.
      apapun tak kira siapa yang bertanggungjawab, saya ucapkan takziah kepada keluarga perwira-perwira yang terkorban. kerana yang terkorban ini pada minda-minda mereka hanyalah menjalankan tugasnya untuk mempertahankan negara. mereka ini tidak wajar dikeji kerana menurut arahan. saya kecewa kerana ada yang menggelar pasukan-pasukan keselamatan kita sebagai anjing. hina sungguh rasanya.

      Reply to this comment
      • VoiceofReason

        Mar 04. 2013

        Bagus sikap tu, acat. Mereka yang menggelar pasukan-pasukan keselamatan kita yang mengadai nyawa menjalankan tugas sebagai anjing, sebenarnya, sedang menpamerkan tahap pemikiran mereka yang cetek. Saorang Ulamak Mesir yang pernah saya temui dulu pernah menasihat saya jika ada orang mencaci kita dengan kata2 kesat, janganlah kita berasa marah kerana mereka sebenarnya menpamerkan tahap pemikiran mereka yang tidak mampu memikir secara rasional dan inilah perbezaan (ciptaan Allah) antara manusia dan binatang. Binatang bertindak bukan kerana mereka berfikir secara rasional, tetapi binatang bertindak untuk hidup kerana mereka menpunyai pemikiran ‘survival’. Malangnya, diakhir zaman ini, ramai orang, termasuklah mereka yang digelar tokoh2 Agama, yang sudah tidak lagi berfikir secara rasional tetapi secara ‘survival-instinct’.
        Walau bagaimanapun, marilah kita sedekah AlFatiha kapada angota2 Polis yang terkorban diSabah itu dan semoga Allah rahmati roh-roh mereka ini. Al-Fatiha.

        Reply to this comment
  2. mohammad hatta

    Mar 03. 2013

    Sesungguhnya manusia itu sudah mempunyai sebongkah gunung emas, masih lagi ia memerlukan menjadi dua bongkah emas. Sehinggalah mulutnya penuh dengan tanah.

    Itulah kata-kata junjungan besar Nabi Muhammad SAW. …Kita pendakwah bukan penghukum. Bersyukurlah apa yang ada.Andainya kawan kita tersalah,tegurlah ia dengan penuh HIKMAH. Kalau tak mahu ia mendengar dan mengikutnya ,itu di antaranya dengan Maha Pencipta. Takkan mengambil sebutir peluru dan terus pecahkan kepalanya.Sesungguhnya berjawatan besar ,banyaklah soalan-soalan dari Allah SWT. Dan akan menjadi sukar mengatur langkah ke Syurga(andainya soalan tidak berjawab) . Dari itu wahai saudara-saudara islam ku, memadailah apa yang dikurniakan oleh Allah Subhanahu wa taala selama ini. amin

    Reply to this comment
    • Anwar Ibrahim

      Mar 03. 2013

      Ini ternyata suatu konspirasi untuk menjatuhkan aku sebagai PM. UMNO dan Sultan Sulu hasad dengki dengan kejayaan aku sebagai lulusan ijazah am Pengajian Melayu tetapi mampu sampai tahap Shakespeare IMF. Nantilah aku jadi PM selesai semua masalah. Tunggu aku jadi PM selesai masalah.

      Reply to this comment
      • Lope

        Mar 04. 2013

        Buoh lu Anwar Ibrahim…lu setakaot rodok pungkoq orang ok la..belakang juga lu tau…

        Reply to this comment
      • Lope

        Mar 04. 2013

        Butoh lu Anwar Ibrahim…lu setakaot rodok pungkoq orang ok la..belakang juga lu tau…

        Reply to this comment
  3. ilovemsia

    Mar 02. 2013

    pembangkang ni kalo bagi pun tgjwb gini,aku rasa abislah dgadainya kerajaan bahkan menghancurkan lagi kesejahteraan kita. Kalau setakat nak komen n kritik apa yg dh dbuat kerajaan,itu memang dakyah ndan sifat semulajadi manusia mcm anwar tu.setakat gadai negara demi misi peribadi memang dh permainan dia.

    Reply to this comment
  4. Akulamelayu

    Mar 02. 2013

    Pembangkang hanya pandai memutarbelitkan segala isu demi kepentingan politik, termasuklah hal agama..Mereka ni lebih bertuhankan politik. Pada masa ni ahli politik selesa kat rumah, anggota keselamatan sedang menggadai nyawa…

    Reply to this comment
  5. WakKang

    Mar 02. 2013

    Puak pembangkang bukan boleh mengenali rupa pengganas. Bagi mereka yg berseragam macam polis tu pengganas dan memberontakan dengan senjata macam kominis tu pejuang.
    Tulah bahana bila dah terlalu lama jadi pembangkang dalam negara aman macam Malaysia ni. Otak mereka pun dah terbalik!! Pasal asyik membangkang je, sampai dah tak kenal yg mana buruk yang mana baik.

    Reply to this comment

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE