PARADIGMA POLITIK BARU

ISMA : Manifesto Pakatan Bukti PAS Tidak Relevan

BANGI – Ketua Biro Politik Ikatan Muslimin Malaysia, Tuan Haji Aminuddin Yahaya berkata, manifesto yang diumumkan Pakatan Rakyat baru-baru ini memperlihatkan seolah-olah PAS tidak dapat memainkan peranan bahkan tidak relevan lagi dalam pertarungan politik Islam di negara kita.

Ini berikutan tiada intipati perjuangan PAS yang selama ini mereka perjuangkan dalam manifesto tersebut.

“Manifesto ini lebih merujuk kepada status quo dan ekonomi, walhal parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat boleh menguruskannya tanpa perlu kepada PAS.

“Bahkan tidak berbaloi peranan PAS dalam menghasilkan manifesto ini kerana tiada konteks perjuangan Islam seperti yang dimahukan sebelum ini,” jelas beliau.

Menurut Tuan Haji Aminuddin, senario ini menimbulkan persoalan besar iaitu sama ada PAS masih lagi relevan atau diperlukan dalam politik negara atau perlu satu parti lain mengambil alih pimpinan umat Islam dalam memperjuangkan agenda Islam di negara ini.

“Jadi PAS harus memikirkan hal ini dengan lebih serius,” tegasnya.

Beliau turut meluahkan kebimbangan tentang kedudukan dan perjuangan Islam seandainya PR memerintah kelak.

“Manifesto ini menampakkan peranan PAS semakin lama semakin kecil, dan jika dibiarkan kita khuatir dominasi pihak lain terhadap politik negara akan lebih besar.” -ISMA

2 Comments

  1. me says:

    PAS tak kisah sebab depa tau manifesto tau takda apa2 makna pun..untuk tarik undi saja. penting leh menang pru dulu…hudud ka apa belakang kira…strategi katanya

  2. ron95 says:

    itulah balasan doa nak BN KO dan mampus UMNO dari PAS
    yang telah pun dimakbulkan!. Akhirnya PAS sendiri yang KO hudud
    KO negara islam dan juga KO pertahan kalimah Allah swt. Lagi parah
    KO dengan Kapal Sink DAPig anti islam dan PKR sekular yahudi zionist!

Leave a Comment

 

— required *

— required *