Tidak Mustahil DAP Peneraju Pemerintahan Pakatan

Saya terpanggil untuk memberi sedikit ulasan apabila membaca media perdana hari ini mengenai kenyataan Presiden PAS Ust Hadi Awang yang mengatakan bahawa adalah mustahil bagi DAP untuk memerintah atau menerajui pemerintahan negara ini.

Ini disebabkan dari segi perkiraan kerusi yang ditandingi, DAP dijangka hanya bertanding 50 kerusi Parlimen daripada jumlah keseluruhan 220 kerusi.

Sememangnya dari segi angka, DAP hanya sesuai bertanding kira-kira satu perempat kerusi Parlimen. Namun perlu diingat bahawa DAP bersama dengan gabungan komponen parti-parti yang bukan Barisan Nasional termasuk di Sabah dan Sarawak, dilihat tidak mustahil untuk memenangi jumlah kerusi Parlimen yang diperlukan untuk menubuhkan kerajaan.

Tetapi saya tidak mahu menumpukan perhatian kepada opsyen itu. Yang ingin saya tekankan di sini ialah:

a. Walaupun seperti yang disebut oleh Presiden PAS, DAP akan bertanding 50 kerusi sementara PAS dan PKR mungkin masing-masing bertanding dalam lingkungan 80 kerusi setiap satu parti. Ini sama sekali tidak bererti bahawa bilangan kerusi yang banyak akan mencerminkan kemenangan yang besar. Para pemerhati politik lebih cenderung menganggarkan bahawa antara parti yang dijangka mencatat kemenangan besar ialah DAP. Kalau DAP boleh memenangi 90% daripada kerusi yang ditandingi dan PAS serta PKR dijangka memenangi jauh di bawah paras 50%, sudah tentu DAP akan terus menjadi parti peneraju dalam gagasan Pakatan Rakyat;

b. Daripada apa yang berlaku sekarang contoh seperti di Selangor, DAP menduduki tempat kedua dari segi bilangan kerusi. PKR tempat teratas dan PAS dengan 8 kerusi sahaja duduk di tempat terbawah. Seperti yang dilaporkan, DAP dilihat menerajui Kerajaan Selangor hingga dikatakan Menteri Besar Selangor sering berada di bawah telunjuk DAP. Penyertaan PAS dalam Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak pernah dianggap sebagai rakan kongsi setara oleh DAP.

Di Kedah pula, DAP hanya mempunyai satu kerusi sahaja. Tetapi hampir semua isu Islam yang telah diputuskan oleh Menteri Besar dan Exco tidak dapat dijalankan kerana ditentang hebat oleh wakil tunggal DAP itu. Ini dilakukan dengan bantuan moral dan campur tangan langsung oleh pimpinan DAP pusat.

c. Di peringkat nasional pula, sehingga ini tidak ada satu pun isu-isu besar melibatkan Islam dan Melayu yang ingin dijuarai oleh PAS dapat dilaksanakan. PAS kalah bersabung dalam isu Kalimah Allah, Negara Islam, Hudud dan isu murtad. Suara PAS hampir diketepikan langsung dalam merangka dasar dan hala tuju Pakatan Rakyat seperti yang terkandung dalam Buku Jingga dalamana isu Negara Islam, Hudud dan kemartabatan bangsa Melayu tidak mendapat tempat yang sewajarnya dalam buku tersebut.

Saya berpendapat tidak ada mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat secara berasingan dapat menubuhkan kerajaan termasuk PAS dan PKR. Yang penting di sini bukan mana-mana parti boleh menubuhkan kerajaan, tetapi parti yang manakah yang mempunyai kekuatan dan kemampuan pimpinan, daya tahan dan daya juang memperjuangkan satu-satu isu, komitmen yang tinggi hingga ke peringkat sanggup menggadaikan nyawa untuk mempertahankan kesucian perjuangan, kebolehan dan kemampuan berhujah secara berfakta serta keutuhan kesepaduan dan kesatuan barisan kepimpinan untuk mendepani musuh-musuh politik dalaman dan luaran.

Apa yang dapat disaksikan sekarang sejak 5 tahun yang lalu PAS semakin dipinggirkan. Bukan sahaja dipinggirkan tetapi dengan bongkak dan sombong pimpinan DAP dan PKR memperkotak-katikkan PAS hingga ke peringkat menghina intitusi agong dalam struktur parti PAS iaitu Majlis Syura Ulama PAS dalam isu Kalimah Allah.

Lebih menyedihkan di negeri Musyidul Am sendiri peraturan kecil yang telah berjalan sejak 21 tahun yang lalu melibatkan pendandan dan penggunting rambut wanita yang tidak dibenarkan menggunting rambut lelaki Muslim terpaksa ditawakufkan. DAP menggunakan Karpal Singh menyelar kepimpinan PAS Kelantan dan menuntut supaya peraturan itu dimansuhkan. Akhirnya kerajaan PAS pimpinan Tok Guru Nik Aziz tunduk dengan tuntutan DAP itu.

Begitu juga yang berlaku di Kedah. Wakil tunggal DAP berjaya membatalkan keputusan kerajaan negeri pimpinan Ust Azizan Razak seorang ulama yang berstatus senior dalam saf kepimpinan PAS dalam isu penutupan pusat hiburan dalam bulan Ramadhan dan juga isu papan iklan.

Kenyataan Presiden PAS yang dilaporkan hari ini mungkin boleh diterima oleh ahli dan penyokong parti yang hanya mendapat informasi daripada akhbar Harakah atau Harakahdaily atau hanya mendengar ceramah-ceramah daripada pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat sahaja.

Andainya mereka dapat membuka ruang minda dengan cuba mendekatkan diri kepada sumber-sumber informasi sama ada melalui media elektronik, media cetak atau yang popular di akhir-akhir ini media sosial sudah tentu mereka dapat menilai kenyataan Presiden PAS itu dengan lebih objektif dan berpijak di bumi nyata.

Hakikatnya, DAP sejak 5 tahun yang lalu telah berjaya menggunakan seluruh kesempatan dan ruang untuk menonjolkan falsafah perjuangan parti tersebut. Dalam apa keadaan pun yang jelasnya DAP adalah pihak yang dikatakan meraih kemenangan hingga berjaya menjadi tulang belakang kepada Pakatan Rakyat. Begitu juga halnya dengan PKR. Yang tewas di gelanggang hujah dan yang tewas di gelangang perjuangan khususnya untuk mempertahankan asas-asas perjuangan parti tidak lain tidak bukan ialah PAS.

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI, KL
20 Februari 2013

11 Responses to “Tidak Mustahil DAP Peneraju Pemerintahan Pakatan”

  1. Anonymas

    Feb 21. 2013

    Tak perlu conquer kerusi pun DAP boleh tundukkan PAS. Penyokong DAP pun bukannya suka sangat orang PAS. Jadi keldai ajele

    Reply to this comment
  2. alhaqir

    Feb 20. 2013

    Jika 100 tahun dahulu ada seseorang yang meramalkan pulau Temasik suatu hari nanti akan diperintah oleh bangsa Cina, tentu orang itu akan diketawakan. Temasik pada ketika itu berada kemas di dalam genggaman Kesultanan Johor dan meramalkan pulau itu jatuh ke tangan pemerintahan bukan Melayu hampir tidak masuk akal. Hari ini, siapakah yang mampu walau hanya untuk bermimpi bahawa Singapura akan kembali kepada pemerintahan orang Melayu. Malah, apabila berlaku pemisahan Singapura dari Malaysia 48 tahun dahulu, kita juga tidak terfikir bahawa pulau itu akan ditukar menjadi hampir seratus peratus berunsurkan kecinaan. Kesan-kesan kegemilangan Melayu jika mahu dilihat hanya boleh didapati di muzium dan tapak Studio Jalan Ampas (tetapi studio itu pun bukan milik Melayu!).
    Begitulah juga senario politik Malaysia hari ini. Janganlah terlalu berkeyakinan DAP tidak akan menerajui kuasa. Dan andainya DAP bertakhta janganlah pula bermimpi Melayu akan terbela. Ya, pemerintahan Malaysia yang diterajui orang Melayu sekarang masih tidak sempurna. Masih banyak ruang untuk penambahbaikan. Namun apa pun jua penambahbaikan yang ingin kita lakukan, janganlah sampai kita meruntuhkan asas ketuanan Melayu seperti yang telah dimaktubkan oleh Perlembagaan. Mulia sangatkah hati budi pimpinan DAP hingga kita berkeyakinan penuh bahawa mereka akan menjadi pemerintah sebaik Khalifah Umar Abd Aziz. Kenapa sedangkal itu cara kita berfikir. Lihatlah sekali apa yang tersirat ketika memutuskan sesuatu yang tersurat. Percayalah, andai kerana kecetekan fikiran kita membuatkan kuasa pemerintahan berpindah tangan, kubur-kubur kita nanti akan dikencing tujuh generasi!

    Reply to this comment
    • al-Madani

      Feb 21. 2013

      bukan pemisahan, tetapi presiden umnoo pada masa tu yang benarkan. mengapa tak berputih tulang masa tu, sekarang dah putih mata. kita ada askar melayu mengapa tak gunakan pada masa tu. rais yatim kata win-win situation bila singapore dpt pulau bt putih. menteri umno no bongok tak tentu fasal, tak pandai lawan di ICJ, hilangkan surat diplomatik sbbkan malaysia kalah. rais yatim tak terima apa-apa hukuman. kalau sultan melayu masih berkuasa spt dulu org macam ni dihukum bunuh krn khianati negara. ” air mata darah bercampur keringat bumi dipijak milik orang “. isa samad rasuh umno bagi hadiah felda kat dia. PARTI TANPA INTEGRITI AKAN HANCUR. GOOD BYE

      Reply to this comment
      • sman

        Feb 21. 2013

        Mengapa Pas tak berjihad masa tu?.

        Reply to this comment
      • alhaqih

        Feb 21. 2013

        almadani
        Ya, almarhum Tunku yg membenarkan pemisahan Spore-Msia. Sebabnya ialah tindakan PAP pimpinan Kuan Yew yg cuba mengembangkan sayapnya ke Semenanjung dgn konsep Malaysian Malaysianya. Umpama organ tubuh yg terkena barah, eloklah dipotong sebelum menjangkiti anggota tubuh yg lain. DAP adalah warisan dari PAP dan hingga hati ini DAP terlalu taksub dgn konsep Malaysian Malaysia. Kita telah sekali melalui episod sedih kehilangan Spore, kenapa kini kita mahu membahayakan diri lagi dgn memperkasakan DAP?
        Tidak bijak menyoal mengapa tidak menghantar askar melayu demi mempertahankan Spore pd masa itu. S’pore tidak diserang dari luar tetapi krisis itu lebih berbentuk intrigue dalaman. Kita menyaksikan Syiria hari ini cuba menggunakan ketenteraan utk menyelesaikan konflik dalaman dan kita maklum suasana kehancuran di Syiria kini.
        Isu Batu Putih, termasuklah komen Rais Yatim adalah isu diplomatik. Kita telah menggunakan saluran diplomatik sepenuhnya, hingga ke peringkat ICJ dan kita kalah. Antara puncanya ialah kekurangan dokumen. Saudara menuduh dokumen dihilangkan. Tuduhan perlulah dibuktikan, mungkin terlepas di dunia tetapi kita pasti berdepan mahkamah akhirat.
        Saya kurang selesa berhujah dgn bahasa yg membongok dan membodohkan orang lain, sementelah pula secerdik manalah diri saya sendiri ini. Kalau saudara ikhlas, mari kita bermunaqasyah dgn berhemah. Insya Allah, ada manfaatnya.

        Reply to this comment
        • Onanimas

          Feb 21. 2013

          apakah kita terpaksa potong sekali lagi organ yg dah terkena barah itu? (Penang)….nama pulau pinang pun dah makin xglemer berbanding Penang.

          Reply to this comment
          • alhaqir

            Feb 21. 2013

            sama-samalah kita berdoa supaya pulau pinang tidak menjadi spore kedua. Doa shj tidak cukup. Perlu ada usaha utk menyedarkan seluruh umat Islam di Malaysia supaya tidak terlalu ralit berpolitik dan tanpa sedar kits berstatus penumpang di negeri sendiri. Bukan menidakkan hak non muslim, tetapi teras perlembagaan kita sememangnya mengiktiraf ketuanan melayu/muslim.

      • Onanimas

        Feb 21. 2013

        kalau si bongok yg dok pertahankan batu putih sampai jatuh ke tgk singapura, mana pergi nye yg si bijak pandai? kalau dengan si bongok ni pun si prasan bijak pndai ni boleh tewas, jgn mimpi la si prasan bijak nk menang dgn singapura.

        Reply to this comment
      • Kami

        Feb 21. 2013

        Al madani ni, kurang pandai sejarah. Maafkanlah die. Org2 mcm ni lah yg bnyk dlm pkr. Kesian die..

        Reply to this comment
  3. WakKang

    Feb 20. 2013

    Hadi bermimpi disiang hari! Dia masih mengharap walaupun umum tahu bagaimana PAS telah dikeldaikan oleh DAP dan PKR dalam PR selama ini. Hadi akan cukup berbangga sekiranya dapat membantu PR menguasai negara walaupun dia tahu dia akan hanya menjadi keldai di Putrajaya …setidaktidaknya, dia akan punya kandang kelas satu!!!

    Reply to this comment
  4. le war@ngan

    Feb 20. 2013

    ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR

    Reply to this comment

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE