PARADIGMA POLITIK BARU

Kalimah Allah : PKR ‘Sama Taraf’ Dengan DAP- Harun Taib

Antarapos – Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Harun Taib menyelar kenyataan Naib Presiden PKR Fuziah Salleh yang mahu terjemahan kalimah Allah dibenarkan dalam Bible versi Bahasa Melayu sambil menyifatkan parti itu ‘sama taraf’ dengan DAP tentang pengetahuan agama dan akidah.

Dengan nada tegas, Harun sekali lagi meminta PKR dan DAP agar menghormati ketetapan dibuat Majlis Syura Ulama PAS pada 13 Januari lalu yang memutuskan kalimah Allah tidak dibenarkan kepada penganut agama lain termasuk dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Badan tertinggi PAS itu juga menetapkan menterjemah kalimah ‘God’ atau ‘Lord’ dari mana-mana kitab agama bukan Islam adalah salah dari segi makna serta tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan nyata, sekali gus perlu dicegah.

Bagaimanapun Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh berkata Pakatan Rakyat sudah bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam tetapi hanya PAS yang tidak bersetuju menerusi Majlis Syura Ulama yang diketuai Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Kita sudah kata tak boleh (guna kalimah Allah), macam apa diputuskan Majlis Syura Ulama…tak perlu untuk kita ulang banyak kali kepada PKR dan DAP, Majlis Syura Ulama dah tetapkan macam itu ikut sahaja.

“PKR dan DAP serupa dan lebih kurang sama, (tidak arif) fahaman tentang akidah. Saya tak mahu komen banyak, saya tak mahu nasihat apa-apa…saya nak ingatkan (PKR dan DAP) jangan ganggu keputusan dibuat Majlis Syura Ulama,” kata Harun kepada Antarapos.

Beliau diminta mengulas Fuziah yang menolak pendirian entiti tertinggi PAS itu selain turut menyokong desakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng agar penganut Kristian di Semenanjung dibenarkan menggunakan Bible versi Bahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah.

Menurut Fuziah, adalah tidak wajar untuk melarang bukan Muslim menggunakan kalimah Allah walaupun ia boleh menimbulkan kekeliruan mengenai maksud Allah.

“Contohnya kalau konsep Allah dalam Bible dia rujuk kepada konsep trinity (Tuhan dalam tiga bentuk). Tapi Allah dalam konsep Islam ialah Allah yang satu. Jadi lain maksudnya,” kata beliau.

“Akan tetapi (walaupun) perkataan itu membawa maksud berbeza kepada penganut agama lain, ianya bukan hak mutlak umat Islam,’ katanya.

“Di situ boleh timbul confusion (kekeliruan), tapi dengan timbul confusion itu tidak bermaksud kita (boleh) melarang yang lain ataupun kita menyekat yang lain sebab itu (tindakan) tidak wajar,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan akan berpegang kepada ketetapan 8 Januari bahawa kalimah itu boleh digunakan oleh bukan Islam asalkan tidak menghina Islam.

Beliau berkata ketetapan itu berpandukan kepada pendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Setakat ini Abdul Hadi belum mengemukakan pendirian Majlis Syura Ulama itu kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

Karpal mahu Majlis Syura Ulama mengkaji semula keputusannya supaya selari dengan pendirian Pakatan.

9 Comments

  1. Amin says:

    Fuziah, dpd kamu melacurkan Islam, lebih baik kamu lacurkan diri kamu sendiri, Jadi yg jahanam kamu bukan org2 Islam yg lemah iman mereka.

    Logik yg kamu beri, Arab jahiliah dah lama sebut Kalimah Allah sebelum Islam, tidak bererti org bukan Islam sesudah turunnya Islam juga mendapat hak utk menggunakan Kalimah Suci itu.

    Lupa kah awak dlm Surah Ali Imran (Ayat 102), Allah swt berpesan “jgn kamu mati melainkan dlm Islam”. Dgn ayat ini maka org2 Islam tidak layak menggunakan Kalimah Suci itu, kalau tidak mana mungkin Allah swt berFirman sedemikian????.

    Ingat Fuziah menghalalkan yg haram kufur hukumnya!!!

  2. wees says:

    tak perlu keputusan hadi…sebab keputusan hadi sudah terbatal sendirinya dari segi agama, kerana ia bertentangan dengan konsep Allah sebenarnya.

    puak2 pas.. ini soal akidah iaitu kepercayaan, sekiranya ianya bertentangan akidah dan syariat, denagn sendirinya ianya terbatal.sekian.

  3. wees says:

    Apa la org islam tak faham akidah sendiri…Dalam Al-Quran surah al-ikhlas,ciri2 Allah dah digariskan…Allah sendiri dah turunkan ayat apakah ciri2 Allah itu : iaitu Esa, satu…tidak beranak tidak diperanakkan..

    inilah tuhan yang disembah org Islam, Allah sendiri bagi panduan siapakah dan apakah sifatnya. Esa dan Allah itu tak beranak dan tak juga diperanakkan.

    Macamana boleh kata sama dengan kristian..ciri2 tuhan dalam kristian, konsep triniti. Ciri2 ini langsung tak kena dengan ciri2 yang Allah sendiri turunkan dalam al-Quran.
    1) tuhan bapa
    2) tuhan anak (jesus)
    3) roh kudus

    jelas ciri2 tuhan kristian tidak satu..ada anak dan diperanakkan pula. Jadi terang2 salah dengan konsep Allah yang dalam Al-Quran.

    jadi nak kasi nama Allah pada tuhan yang ciri2 triniti adalah salah besar dari segi akidah..salah dari segi kepercayaan terhadap konsep tuhan. memang syirik kalau kita bagi nama Allah pada kristian sebab sifatnya bertentangan dengan sifat2 yang Allah sendiri gariskan dalam Al-Quran.

    mengenai org kristian dulu dah pakai nama Allah..sejarah ini harus diteliti betul2. dalam konteks apa? macamana? dalam konteks budaya dan masyarakat Malaysia adalah tak sama dengan arab..kefahaman awal kita berbeza… skg ni mudarat adalah lebih besar kepada islam Malaysia kalau benarkan kalimah Allah org kristian pakai, keliru tentang akidah akan berlaku.syirik akan berlaku.

    memang tepat ulama kata, haram.
    wassalam.

  4. Jgn ambik contoh negara org. Negara kita, kita jaga. Dan cara menjaga keamanan sesuatu negara adalah unik dr satu negara dgn negara lain.
    Kalau negara denmark ada pantai bogel… Adakah atas dasar kebebasan seorang manusia, kita mesti ikut adakan seperti mereka?
    Adakah kita harus ikut u.s.a yg benarkan rakyat beli dan guna senjata sewenangnya?

  5. Memang perkataan ini digunakan di negara lain. Tapi ini negara kita dan ketetapan kita. Ini cara negara kita untuk memelihara agama islam.
    Sekarang ok la… Lama2 akan dtg anak kita kalau kalimah ini tk dipelihara akan menjadi macam indonesia. Ada tilawah bible. Islam kawin christian. kubur islam campur kubur christian.. Dan mcm2 lagi yg akan sedikit demi sedikit akan mengancam dan memesongkan umat islam malaysia… Jadi konpius…

  6. Matt says:

    Pas pun sama taraf dgn DAP juga sebab presiden PAS pun sokong kristian guna nama Allah dalam bible bahasa melayu, tk gitu?

    • Pejuang IMR says:

      Saya setuju 1,000% terhadap kenyataan Matt di atas. Dari segi prinsipnya PKR dan DAP memang betul dengan berpegang kepada kenyataan Hadi pada 8 Januari 2013.. Kenyataan Hadi yang dibuatnya sendiri mewakili PR (PAS DAP dan PKR) secara formal tersebut (membenarkan penggunaan Kalimah Allah oleh agama lain) masih lagi terpakai kerana Hadi tidak mampu mengemukakan semula pandangan PAS (mengikut Majlis Syura 13 Januari 2013) yang TIDAK membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain. Oleh yang demikian selagi Hadi tidak mampu menyakinkan Majlis Presiden PR dan mengumumkan secara formal bahawa kalimah Allah TIDAK boleh digunakan oleh agama lain maka kita tidak boleh marah kepada Anwar dan Karpal Singh dan Lim Guan Eng dan Mat Sabu. Jauh sekali membuat demonstrasi sambil membakar dan memijak bendera dan gambar pemimpin DAP. Kerja ini adalah sia-sia kerana apa yang boleh Karpal atau anwar lakukan. Demonstrasi atau gesaan ahli PAS sepatutnya dilakukan terhadap Hadi supaya lekas berbincang dengan Majlis Presiden dan mengumumkan pendiriannya dengan tegas, jelas dan berani. Kalau ini dapat dilakukan maka barulah boleh kita andaikan isi kalimah Allah ini telah selesai.

    • usin lempoyang says:

      Lhaa..kalau dah sedar PKR itu sama dengan DAP..kenapa nak tunggu lagi? Keluar sahaja lah dari persekongkolan keji itu! Jangan biarkan PAS terus terpalit dengan najis-najis lendir Anwar dan kekafiran DAP. PAS berjuanglah secara sendiri kalau dah teramat sangat geramnya dengan UMNO. Atau pun, bergabung sahaja dengan UMNO..parti yang sentiasa memartabatkan kedudukan Islam, Melayu dan kedaulatan Raja. InsyaAllah, berkat .

      Wassalam

  7. le war@ngan says:

    Dia orang ingat hukum Al Quran tu macam qanun yang boleh dipinda ikut kesesuaian dan keperluan……maklumler lawyer…..

    Semoga lebih banyak petunjuk Allah berikan menjelang PRU…..

Leave a Comment

 

— required *

— required *