Dr. Ching : Jalanraya Di Selangor Tidak Selamat

AIDCNews – 20/02/13 – Ketua Penerangan Pemuda Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Dr. Ching Eu Boon berkata, ketidakprihatinan kerajaan Selangor merupakan salah satu punca jalan-jalan raya di negeri itu tidak selamat.

“Kemalangan yang sentiasa berlaku dekat Lembah Klang ini, terutamanya Jalan Banting, Jalan Langat, Jalan Kim Chuan, Jalan Batu Unjur menyebabkan kematian sewaktu penunggang motorsikal yang langgar lubang-lubang itu.

“Apa yang kita nampak, Exco Kerajaan Negeri, YB Ronnie Liu berkata puncanya jalanraya ini kepunyaan kerajaan pusat dan kerajaan pusat tak menurunkan (duit) satu sen pun untuk kerajaan negeri.

“Saya rasa ini adalah sabotaj dan kata-kata (Ronnie) yang tak benar langsung dan menipu rakyat,” katanya.

Menurutnya kenyataan exco kerajaan negeri, YB Ronnie Liu yang bertugas menjaga infrastruktur negeri Selangor itu bercanggah dengan laporan audit negara yang mencatatkan jumlah penyaluran dana setiap tahun untuk tujuan tersebut.

2 Responses to “Dr. Ching : Jalanraya Di Selangor Tidak Selamat”

  1. Lim Lynn

    Feb 20. 2013

    YB Ronnie Liu memang salah apabila PKR PAS DAP tak suka Kamera AES. Sebelum Kamera AES ada Kamera lain di jalan raya.

    Reply to this comment
  2. Cocky Arrogant Tokong

    Feb 20. 2013

    boddo #pr selangor sebab cabut kamera aes..

    Reply to this comment

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE