Percubaan MengKristiankan Melayu Islam

Helen Ang - Kenyataan akhbar oleh Hasan Ali, mantan naib presiden PAS/bekas pesuruhjaya PAS Selangor pada 17 Feb 2013 (sumber: Jati).

DUMC — gereja yang giat aktif

Damansara Utama Methodist Church ialah sebuah gereja yang kaya dan berpengaruh.

Adun Damansara Utama Dr Cheah Wing Yin seorang wakil Kristian DAP yang berdialog dengan National Evangelical Christian Fellowship (NECF). Dalam gambar di bawah yang dirakam semasa kempen piliharaya 2008, Adun tersebut kelihatan duduk sebaris dengan saf evangelis DAP (Dr Cheah duduk di antara Hannah Yeoh dan Teresa Kok).

Juga dalam gambar ialah Lim Guan Eng, Tony Pua dan Rev. Wong Kim Kong, penasihat eksekutif NECF (sedutan wawancaranya dengan The Star disalin-tampal di bawah).

Kawasan Kristian di bawah kawalan DAP

Damansara Utama ialah kawasan DUN yang letaknya di Petaling Jaya Utara, iaitu kawasan Parlimen Tony Pua.

Baru-baru ini, DUMC menjemput Hannah Yeoh dan Yeo Bee Yin (Pegawai Khas Tony Pua merangkap juru strategi media sosial DAP) untuk menyampaikan khutbah/ceramah di gereja.

Di antara pemimpin MCA yang keluar parti selepas tsunami ialah yang beragama Kristian, umpamanya si evangelis Jimmy Chua Jui Meng yang juga sering berkhutbah di gereja.

Juga keluar parti selepas MCA menerima pukulan hebat dalam PRU12 ialah mantan timbalan pengerusi Wanita MCA Dr Tan Yee Kew dan ketua Pemuda MCA Pulau Pinang Eng Hiap Boon.

Eng telah mengutuk kepimpinan pusat MCA sebagai “tidak setia, kurang integriti, tanpa akhlak serta enggan menegakkan kebenaran (having NO RIGHTEOUSNESS)”.

Yang suka mendabik dada diri paling “righteous” pada lazimnya adalah puak pelampau Kristian (rujuk juga blog DAP Insider).

Negeri-negeri di mana DAP kuat (ikut susunan nisbah kerusi DUN) adalah (1) Pulau Pinang, (2) Kuala Lumpur – Wilayah Persekutuan tiada kerusi DUN, hanya ada kerusi Parlimen – (3) Perak, (4) Negeri Sembilan dan (5) Selangor.

Bermakna dari segi pegangan kerusi, DAP sebenarnya lebih kuat di Perak dan di Negeri Sembilan berbanding di Selangor. Namun perhatikan betapa pekat pengaruh DAP di Selangor.

MCA selaku pemilik Kumpulan Media Star yang mempunyai audien seramai 5.63 juta orang itu harus dipertanggungjawabkan atas penolakan terhadap BN oleh masyarakat Cina bandar di Lembah Klang.

Acara sambutan rasmi Krismas negeri Selangor 2012 yang dihadiri Khalid Ibrahim sebagai tetamu kehormat

The Star juga bukan sahaja mempromosi ‘personality cult’ evangelista tetapi nilai-nilai akhbar itu sendiri pun berkiblatkan evangelis.

Sedutan wawancara di bawah dipetik daripada laman sesawang http://www.wongchunwai.com. Wong Chun Wai ialah ketua pengarang Kumpulan Media Star.

The Christian Perspective

Chun Wai (ketua pengarang The Star):

The typical profile of a Christian in an urban area is likely to be middle-class, possibly English-educated and one who is very conscious of issues.*

Datuk Lee [Hwa Beng], Datuk Hoh [Hee Lee] and Teresa [Kok] fit into this profile. We are beginning to hear of more churches organising activities and dialogues relating to the general election. What are the churches doing about the elections?

[Teresa Kok: "good quality, educated Christians ... are involved in evangelical activities. [...] Also because of their background, they are more educated, upper middle-class people”.]

Kim Kong (setiausaha agung NECF):

The general election is very important for all citizens, Christians included. The government is one of the institutions ordained by God for a very definite purpose to do good, to maintain law and order, as well as ensure what is right for the well-being of the nation.

Most churches will pray about the elections. Christians look for spiritual guidance as to what is God’s plan for the nation. It is inevitable for pastors to preach on issues relating to good governance like justice, righteousness, fairness and moral principles.

Tak habis-habis orang Kristian mahu memberi pengajaran fasal “righteousness” walhal peristiwa DUMC terang-terang menampakkan putar-belit, dolak-dalih dan sikap agresif mereka — ruj. ‘Kemelut DUMC: Diberi betis nak peha

Persoalannya adakah tindakan PAS menutup pekung evangelis DUMC itu tidak merugikan Islam?

Kenapa Dr Hasan Ali dipecat partinya gara-gara mahukan isu murtad didedahkan? Para penyokong beliau harus menuntut jawapan dari PAS agar nama Dr Hasan boleh dibersihkan.

Adakah ia Dr Hasan yang menipu ataupun PAS yang bersubahat dengan pendakwah Kristian untuk menutup kegiatan-kegiatan yang dijalankan mereka di Selangor?

4 Responses to “Percubaan MengKristiankan Melayu Islam”

  1. Anonymas

    Feb 20. 2013

    Wahhhhhhh ini dah sebijik macam PAS, gunakan agama untuk politik?

    Reply to this comment
  2. Lim Lynn

    Feb 20. 2013

    http://stopthelies.my/?p=2485
    http://stopthelies.my/?p=2493
    http://stopthelies.my/?p=2483
    Masalah adalah ada paderi Katolik suka main dengan anak buah di Gereja. PKR PAS DAP tak nampak betul betul Samsung beri peluang PSY untuk menyanyi di Rumah Terbuka di Penang.

    Reply to this comment
  3. ron95

    Feb 19. 2013

    Apa yg membawa kebaikan (righteousness) mereka buat sebagai penganut krsitian?.
    Apa perfectionist yg mereka mahu cari? Dengan cubaan murtadkan orang-orang islam di DUMC lalu adakah mereka fikir ia satu tindakan yg suci? (bunyinya macam Perang Salib)
    Menganggap diri righteous menganggap dirinya seolah-olah berada dipihak yg benar daripada golongan bukan kristian tapi bila saya check apa maksud righteous dlm internet. saya merujuk pada blog ini.http://www.vincentsblog.ws/2011/07/10/there-is-no-one-righteous-not-even-one/. Oleh itu kepada saudara-saudara islam yang mahu berfikir sila klik blog ini. Jadi ini rupanya agenda Kristian evangelist mereka dengan cubaan untuk memurtadkan umat islam yang kurang pegangan akidahnya supaya menyertai “kebenaran mereka”. Nampaknya mereka DAP ni telah mengisytiharkan diri mereka crusaders dari semenjak dari awal lagi untuk menentang umat islam kita melalui dakwah subversif mereka.

    Reply to this comment

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE