PUTRAJAYA – Pendakwaan memohon rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, didengar Julai ini.
Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin berkata perkara ini dimaklumkan kepada Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan N Kanageswari ketika pengurusan kes itu Jumaat.
Bagaimanapun, beliau tidak memberi sebarang alasan mengapa rayuan itu perlu didengar Julai ini.
Noorin dan seorang daripada peguam Anwar iaitu Ram Karpal Singh bertemu Kanageswari dalam kamar untuk pengurusan kes tersebut.
Kanageswari menetapkan 22 Feb ini untuk pendakwaan dan pembelaan kembali dan memaklumkan tarikh yang sesuai untuk pendengaran rayuan.
“Pendakwaan meminta rayuan didengar dalam bulan Julai,” kata Noorin kepada pemberita.
Sementara itu, Ram Karpal berkata beliau perlu berunding dengan peguam lain sama ada tempoh yang dipohon pendakwaan sesuai dengan mereka.
Beliau berkata pembelaan lebih menumpukan perhatian terhadap pemerolehan nota prosiding sebelum mahkamah menetapkan tarikh pendengaran rayuan.
Pada 9 Jan tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar, 65, daripada pertuduhan meliwat Mohd Saiful, 26, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008 mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan memfailkan notis rayuan pada 20 Jan tahun lepas dan petisyen rayuan pada 9 Julai 2012 yang mengandungi sembilan alasan.
Penghakiman bertulis Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah setebal 80 muka surat mendedahkan dalam kes itu, ‘ada berlaku penetrasi’ namun ia tidak disokong bukti lain.
Hakim itu berkata mahkamah tidak boleh yakin sepenuhnya terhadap integriti sampel yang diambil untuk ujian DNA daripada Mohd Saiful kerana ia mungkin boleh terjejas sebelum sampai ke Jabatan Kimia untuk dianalisis – Bernama

Heran aa org cam Anuwar ni dah terasa diri dia difitnah..masuk ni kali kebepa dia di aniayai kan,siannn dia
kenapa orag di aniaya ni x berani bersumpah muhabalah kan..dah 3,4 tuduhan semua..
Kalu kita laa bayangkan dituduh benda yg kita x buat..nape x amik peluang bersihkan diri..nk bgi DNA pun x mo..heran
kata orang berani kerana BENAR
Or ‘Ada bukti penetrasi’ by broadband Wi-fi.
Takkan dengan saiful bukhari pon nuar nak takut, saiful tu ex coffe boy nuar yang penah di bawak oleh nuar sampai ke Bangkok dan Hong Kong siap ada elaun USD1000 setaip kali ke oversea, kelas sungguh sape keje dengan nuar ni.
Aritu ada peguam belah Saiful lompat sokong Anuwar lepas2 habis kes..harap kali ini semua berintegriti dan amanah.
Apasal lama sangat? Apasal lak mahkamah nak kena ikut cakap peguam? Takkan nak cari hujah rayuan pun nak guna bertahun? Peguam yg tak efficient macam ni mahkamah tak sepatutnya beri pertimbangan!! The field is yours as referee, those lawyers are the players. You should unhold the court’s rules!! Peguam tu mcm nak hina mahkamah pulak, asyik mintak tempuh lagi tempuh …..apa ni!!!! Kes ni ada public interest toward PRU13 direction!!! Should be heard before that!!!!
Sodomy via Bluetooth…. Wireless.
Doa2 la Saiful..Semoga berjaya,In Sha Allah !
Harap saiful dpt keadilan yg sebenar dan setimpal.