AIDCNews – 15/02/13 – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat logo Parti Sosialis Malaysia (PSM) mungkin tidak sesuai untuk digunakan dalam pilihan raya umum akan datang kerana dibimbangi akan menimbulkan salah tanggapan daripada sesetengah pihak.
“Saya ke Sungai Siput bulan lalu dan saya lihat ada sentimen di bawah itu yang sangat runsing untuk menerima lambang baru itu yang dianggap ‘macam-macam’.
“Tahu-tahulah dalam propaganda sekarang ini, (dianggap) komunislah, (Che) Guevara-lah, Mao Zedong-lah.
“Jadi saya minta perkara ini dibincang semula dengan PSM supaya dapat dicari penyelesaian yang baik,” katanya dilaporkan Malaysiakini dalam satu majlis dialog di Shah Alam malam tadi.
Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan editor akhbar Malaysia Nanban, V Kesavan tentang kemasukan PSM sebagai parti komponen Pakatan Rakyat.
Menurutnya lagi, parti itu juga perlu mengiktiraf dasar ekonomi Pakatan Rakyat jika mahu diterima menyertai gabungan itu.
Tahun lalu, AIDCNews menyiarkan kenyataan dari Koh Swee Yong, Naib Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang menolak bekerjasama dengan Pakatan Rakyat kerana pakatan pembangkang itu mengamalkan polisi ekonomi pasaran bebas (free market economy).
Menurutnya, sistem ekonomi pasaran bebas yang hanya mementingkan konsep keuntungan bertentangan dengan polisi kebajikan rakyat yang dilaung-laungkan pakatan pembangkang itu.
“Kalau Anwar, dia pernah menyatakan dia memang sokong ‘free market economy’ (ekonomi bebas). Jadi dari segi itu PRM tak setuju. Jadi kalau dari segi asas (sudah) lain, jadi memang ada masalah kalau bergabung dalam satu pertubuhan.
“PRM memang tidak setuju dengan pendirian free market economy ini. Jadi saya nampak kalau Anwar jadi Perdana Menteri, dia akan ikut benda (sistem) itu .
“Saya pernah kritik Anwar, saya tanya konsep ini bercanggah dengan konsep kita nak utamakan kebajikan rakyat. Sebab free market utamakan capital (keuntungan), dia tak utamakan kebajikan rakyat. Kedua-dua ini bagaimana boleh bersatu?” ujarnya.

http://www.youtube.com/watch?v=uF8cBxSbhWE
UK should adopt Marxism Lenin Socialist Communist. Not again!!!!!!!
PSM tu adalah adik kepada Parti Komunis Malaya > Jaga-jaga ada keturunan duku sakat Chin Peng dan Rashid Maidin dalam PSM ni. PKR tu apa kurangnya dah parti yg membawa fahaman sekular ala Attartuk dan lebih teruk lagi iaitu pluralisma!
Bagaimana pula dengan Logo PKR yang nyatakan dengan jelas adalah lambang mata satu.
Bukankah ianya mempunyai kaitan dengan golongan elitist pemuja lucifer si iblis durjana.
Anwar Ibrahim tak payah cakap lebih macam tin kosong. PSM Tangan, bunga ros dan berjabat tangan sama sahaja Sosialis Komunis
Pr pun banyak guna lambang tangan ni.. Pkr pun ada guna.. Kalau tk silap puak2 yahudi suka guna lambang tangan ni utk buat revolusi jahat depa di seluruh dunia..
Memng komuniss pun.