AIDCNews – 15/02/13 – Walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berjumpa dengan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din berhubung dengan isu kalimah Allah, namun perjumpaan itu bukan sahaja tidak berjaya ‘mendiamkan’ Ketua Pembangkang, malah beliau semakin agresif menjadi isu itu sebagai bahan kempen politik di Sabah dan Sarawak.
Dr Haron Din merupakan tokoh Pas yang konsisten menentang pemberian kalimah Allah kepada penganut Kristian sejak dari tahun 2010.
Terbaru, blog dkmsabah mendedahkan Anwar terus berkempen menggunakan isu kalimah Allah ketika berucap di Putera Ballroom Kota Kinabalu sempena dengan Majlis Makan Malam Tahun Baru Cina 2013 anjuran PKR Sabah, 10 Feb.
“Apa dia kenyataan yang kita lulus. Kita lulus kenyataan … Tuan Guru Hadi Awang, kenyataan dia sebagai Presiden Pas. Jadi kita kata boleh pakai kalimah Allah,”kata Anwar.
Anwar mendakwa Pas bersetuju membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada Kristian dengan syarat tidak disalahgunakan.
Pendapat Anwar itu bercanggah dengan pendapat Peguam Kanan Persekutuan, Naser Disa yang berkata penyalahgunaan kalimah Allah bermula sebaik sahaja kalimah itu dibenarkan kepada penganut kristian kerana ia adalah hak eksklusif umat Islam di Malaysia.
Naser Disa merupakan salah seorang Peguam Kanan Persekutuan dari Jabatan Peguam Negara yang mewakili Menteri Dalam Negeri sebagai Responden Pertama dan Kerajaan Malaysia sebagai Responden Kedua dalam kes tuntutan kalimah Allah oleh Tan Sri Murphy Pakiam, Tirtular Roman Catholic Archbishop Kuala Lumpur pada tahun 2009.
“Isu penyalahgunaan nama Allah ini, sebenarnya sudah pun termaktub di dalam undang-undang, tak boleh. Dah selesai dah. Settle dah, bukan polemik nak bincang-bincang lagi, bukan. Semua dah settle undang-undang (dah buat keputusan), tak boleh,”katanya.

Gaya dia bagi ceramah macam motivational speaker, jalan sana sini atas pentas. YAA MARI MARI BELI UBAT MACAM MACAM ADA
Ai, Anwar Ibrahim hendak Nik Aziz dan Hadi Awang “political corrected” keh? Setiap perkataan yang di katakan hendak semak dengan Anwar Ibrahim.
Perangai Anwar macam orang yang tak takut dengan Allah. Tapi bila suruh bersumpah dengan nama Allah dalam kes liwat dia, dia tak berani pulak. Al Jub, Al Jub, kerana tamakkan kuasa, mu sanggup menggadaikan akidahmu.
Cara Anwar Ibrahim ini kita kenali sebagai jahil murakkab. Jahil lagi degil, enggan menerima nasihat ulama’ dan keputusan mereka yang lebih arif di dalam hal urusan Islam. Semoga Allah Yang Maha Esa menurunkan segera bala’ ke atas manusia ini, dan menyelamatkan kita semua dari maksiat dan sikap bebal Anwar Ibrahim.
Ceremah macam org jual ubat Kat jalan Masjid India….pegang mike kehulu kehilir take pro langsung…take keruan…