Bukan taraf Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.
Lagipun kata beliau, tidak ada keperluan bagi bekas Perdana Menteri itu untuk beradu ‘kekuatan’ dengan Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri yang pernah meringkuk di penjara Sungai Buluh.
“Seorang negarawan ulung seperti Dr. Mahathir sememangnya tidak layak untuk menentang Anwar, individu yang pernah dikaitkan dengan kes meliwat,” tegasnya.
Menurut beliau, cabaran yang dibuat oleh pihak tertentu supaya Dr. Mahathir menentang Anwar pada PRU ke-13 hanya untuk menutup keburukan politik Ketua Umum PKR itu.
Sambil menyifatkan mereka yang membuat cabaran tersebut sebagai dangkal, Syed Ali berkata kenyataan tersebtu sebagai rencah politik menjelang PRU.
“Mengapa pula Dr. Mahathir perlu lawan Anwar, sedangkan Anwar sendrii yang perlu menjawab segala keburukan dan pembohongan yang dilakukannya selama ini,” tegasnya.
Beliau mengulas cabaran yang dibuat oleh bekas Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Nordin Mahmood supaya Dr. Mahathir menentang Anwar pada PRU ke-13,seperti dsiarkan oleh portal betita pro-pembangkang, malaysiakini.com hari ini.
Nordin menuduh Dr. Mahathir telah melakukan kezaliman terhadap Anwar disamping semakin kuat menyerang Ketua Pembangkang itu walaupun telah bersara daripada politik.
Tambah Syed Ali lagi, Dr. Mahathir tidak menyerang peribadi Anwar tetapi hanya mebongkar segala ‘kejahatan politik’ yang selama ini dilakukan oleh Anwar.
“Dr. Mahathir tidak kata Anwar melakukan liwat contohnya, tetapi hanya membongkar segala rahsia dan kepincangan beliau supaya diektahui oleh rakyat,” etgasnya.
Katanya, rakyat tidak mendapat meklumat tepat mengenai banyak perkara yang telah dilakukan oleh Anwar dalam usaha beliau untuk menjatuhkan kerajaan BN.
Jadi kata beliau, mengapa pula ada pihak yang cabar Dr. Mahathir supaya bertanding semula sedangkan bekas Perdana Menteri itu telah bersara daripada politik.
“Lebih 22 tahun Dr. Mahathir meneraju negara dan UMNO, saya rasa susdah cukup untuk beliau, cuma beliau bersuara hari ini kerana bimbang nasib orang Melayu akan dijajah semula jika Anwar berkuasa,” tegasnya.
Sebagai bekas Perdana Menteri katanya, Dr. Mahathir tentunya berasa bimbang jika negara ini menjadi hancur akibat percaturan politik Anwar yang bersekongkol dengan Barat.
“Dr. Mahathri telah mengambil masa begitu lama untuk membina dan membangunkan negara dan rakyat seperti yang ada sekarang, jadi menjadi tanggungjawab beliau untuk mempertahankannya,” jelas beliau lagi.
Syed Ali berkata Anwar adalah penyangak politik yang sanggup menjual maruah agama dan bangsa kerana gilakan jawatan Perdana Menteri.
Sebaliknya beliau menasihatkan supaya bekas Presiden KGMMB itu bertanding pada PRU ke-13 atas tiket PKR jika ingin terusbersekongkol dengan Anwar.
“Saya rasa dia berminat untuk bermain politik, eloklah dia cuba nasib,” katanya – umnobahagiancheras

Nak lawan Tun M? Orang suruh tunjuk jam omega pun dah tak mampu nak buat, inikan pulak nak lawan negarawan macam Tun… memang tak laaaa….
Anuwar tu patut lawan dgn Mat Sabu….setaraf aa..tp Mat sabu plak pi sekapai dgn Anuwar
Anwar tidak akan lawan Mat Sabu sebab Anwar sangat terhutang budi kepada Mat Sabu atas gelaran tertinggi yang dianugerah Mat Sabu kepadanya iaitu: AL-JUBURI
Taraf lawan Anwar bukan Tun M. tapi Dato Nalla, Dato Eskay, Ummi Halfida, Ezam, Saiful Bukhari dan reramai lagi tapi dia lari gak jadi tu la masalahnya.
A.w.w. handai taulan. Memang benar Anwar langsung tidak setaraf dgn Tun M dari segi kewibawaan dan kengarawanan. Antara bumi dgn langit. Anwar patut belajar bersyukur kerana berpeluang jadi TPM di bawah pemerintahan Tun M. Tapi, dia makhluk yg tidak tahu bersyukur, takbur dan sangka dirinya sangat baik dan bijak drp org lain, sedangkan dari segi lojika, kelayakan akademiknya dan ketrampilan politiknya tidak ke mana pun, kalaulah tidak kerana diwar-warkan oleh penaja Yahudi-Zionisnya dan kalau tidak kerana ketaksuban teman dan pengikut tegar di sekelilingnya yg telah buta mata dan hati. Kalau memang Anwar tu ‘Anugerah tuhan’ spt dakwaan Wan Jijah, sudah pasti tlh lama dia jadi PM M’sia. Anwar akan mati kempunan nak jadi tokoh nombor satu M’sia walaupun2 dgn sokongan Zionis-Neocon-CIA-Illuminati-LGBT jika Allah tidak mengizinkannya menjejakkan kaki ke Putrajaya. Salam.