PARADIGMA POLITIK BARU

PRU 13: Asri Bayangkan Akan Bertanding

Antarapos – Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dilapor mengesah bahawa beliau bersedia mengumumkan pendiriannya bertanding pada pilihan raya umum ke 13 pada hujung bulan ini.

Bulan lalu, Antarapos melaporkan Asri akan bertanding di atas tiket PKR untuk mempertahankan kerusi DUN Penanti.

Pensyarah itu juga diuar-uarkan sebagai bakal Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang jika Pakatan Rakyat kekal berkuasa di negeri itu.

“Perbincangan memang ada… dalam tempoh satu dua minggu ini, saya akan beritahu,” beliau dipetik berkata oleh Sinar Harian semalam.

Sumber-sumber memberitahu Antarapos bahawa Asri mengadakan pertemuan dengan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terpaksa mencari calon “kuat” untuk menggantikan Pengerusi PKR negeri Datuk Dr Mansor Othman.

Mansor tidak disenangi oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng setelah dilaporkan menggelar pemimpin DAP itu sebagai angkuh, ibarat tokong yang tidak boleh dikritik.

Mansor dilaporkan akan diberi peluang untuk bertanding di kerusi Nibong Tebal yang kini di sandang oleh Tan Tee Beng yang keluar daripada PKR.

Beliau mengambil tindakan itu setelah enggan mengikut arahan parti untuk menarik balik kritikan terbuka terhadap kepimpinan Guan Eng.

9 Comments

  1. al-Madani says:

    yang pasti bekas mufti ni tak sokong syaitan dikenali, kalau nak sokong pun sebab nak selamatkan dirinya yang ada kontroversi.

    • DH Daniel says:

      al-Madani, orang ABIM macam kamu pun sokong Wahhabi? Setahu saya tidak ramai sangat Wahhabi dlm ABIM kecuali saki baki di Perlis.

      Lagi satu, “the devil that you know” itu adalah peribahasa bahasa Inggeris (idiomatic expression) – kata-kata misalan yang disebutkan Jack Heath dalam The Lab dan tidak tepat dibuat terjemahan secara langsung. Mungkin kamu al-Madani tidak berpelajaran sebab itu secara sembrono membuat terjemahan peribahasa.

  2. ron95 says:

    Jangan jadi cam Ostaz Badboy Amin sudah..

  3. Pemerhati Gelagat says:

    Kalaulah benar Asri ingin bertanding ianya suatu pertanda yang jelas dolak-dalik seorang tokoh yang sekian lama mencari tempat bukannya mencari kebenaran. Semasa di Kolej Islam Kelang, Asri terlibat dengan gerakan pelajar BADAR yang pro pembangkang. Semasa di Jordan Asri mendukung Hj.Hadi dan perju8angan PASnya. Kembali ke Malaysia menyertai Shahidan Kasim dan mendekati UMNO. Semua orang tahu dia tidak berjaya menjadi Yang DiPertua YADIM kerana aktif dengan faham salafi Wahabiiah yang membidaah orang. Pernah hadir dalam memberi tarbiyyah pemimpin PAS di janda Baik. Suruh ramai kawan-kawan salafinya masuk UMNO kemudian menuduh mereka sebagai ulama hanyut. Sekrang dia pula dikatakan nak bertanding di Pulau Pinang. Apakah dijanjikan untuk jadi Timbalan Ketua Menteri kalau menang nanti. Itulah perjalanan seorang yang dikatakan tokoh tetapi sebenarnya bukan tokoh kerana pendirian tidak tetap. Selamat berjuang Asri.

  4. Laksa Johor says:

    Macam tak percaya seorang bekas mufti sanggup bertanding (of all the parties) di atas tiket PGayR pada PRU 13 nanti. Terbukti, di MALAYSIA, semuanya BOLEH. Saya amat kecewa sekiranya perkara ini benar-benar berlaku. Dibimbangi perasaan hormat saya kepadanya semakin terhakis hari demi hari.

    • sal says:

      Saya x heran Dr Asri btanding tas tiket PKR tu…selalu pun komen2 dia atas apa2 isu menyokong PKR..Tp dia selalu nafi ckp dia neutral..Org yg ckp x serupa bikin mmg boleh kawan dgn Anuwar

  5. Taj says:

    As long as bukan diatas tiket BN.

  6. sal says:

    Harap2 kalah ja wahabi ni

  7. HAMSOR says:

    takkan la Asri nak kerja bawah si Tokong…Asri ni nampak gaya mcm ambitious jugak la..takkan la Timbalan KM je kot..maybe dia ushar line Parlimen kot..mana la tau, boleh jadi Menteri..

Leave a Comment

 

— required *

— required *