GA – Dalam minggu-minggu kebelakangan ini, ramai wajah baru yang dipanggil mengadap Huguan Siou di Tropicana. Wajah-wajah yang tak biasa nampak pun ada. Kata seorang pegawai HQ, ini adalah pemandangan biasa 5 tahun sekali. Akan ada wajah-wajah baru yang dipanggil datang.
Antara yang semakin kerap berada di HQ kebelakangan ini adalah Rahim Ghouse dan beberapa orang budak muda (investment bankers) yang diajak masuk berbincang. Mat saleh pun ada. Tapi jarang-jarang sekali.
Huguan Siou sudahpun memberikan komitmen PERIBADI, bahawa dia sanggup menyediakan DANA KHAS sebanyak RM2 bilion menjelang PRU kali ini. Angka ini nampak tidak banyak. Tetapi sebagai seorang Huguan Siou, dia tahu bahawa ini adalah komitmen yang sangat besar.
Usaha sedang dilakukan oleh Rahim Ghouse dalam menentukan kaedah kemasukan wang yang paling selamat dan gagal dikesan. Pasaran saham, Bursa Malaysia dijangka dijadikan alat yang paling penting.
Sebab itu, kalau anda biasa dengan saham, kena perhati sama saham-saham syarikat ‘kurang penting’ dan bawah radar yang mencatatkan aktiviti pelaburan yang luar biasa. Perhatikan sahaja.
Blog ini boleh namakan beberapa syarikat, namun percaya agensi-agensi hebat seperti JASA, MKN dan sebagainya lebih maklum. Biar mereka yang maklumkan.
RM2 bilion ini akan difaraidkan ke kawasan-kawasan Parlimen/DUN yang dirasakan berpotensi dan boleh menang.
SEMENANJUNG
Fokus Huguan Siou pada ketika ini adalah 50 kerusi Semenanjung yang dirasakan paling mahu diberikan perhatian. 31 kerusi PKR sedia ada; dan 9 kerusi baru 9 kerusi baru yang bakal mendapat dana yang lebih besar adalah seperti berikut:-
1. Bukit Katil (Shamsul Iskandar)
2. Pandan (Rafizi Ramli)
3. Gelang Patah
4. Alor Setar
5. Temerloh (SA?)
6. Sabak Bernam (Dr Aziz Bari)
7. Lumut
8. Ledang
9. Muar.
10 kawasan lain sedang diperhatian secara halus oleh Saifuddin Nasution. Masih dalam kedudukan ragu.
Shamsul Iskandar, Rafizi Ramli, Dr Aziz Bari dan Temerloh (?) dikatakan antara kerusi yang dikategorikan sebagai WAJIB MENANG (dan peruntukan yang lebih dijangka akan diberikan kepada bakal calon dan jentera kawasan terbabit). Demikian juga untuk 5 kerusi yang lain. Untuk 9 kawasan ini sahaja, Huguan Siou sanggup allocate sehingga RM8 juta jika diperlukan untuk setiap kawasan Parlimen. Shamsul Iskandar tidak boleh tewas. Rafizi wajib dipastikan kemenangan. Itu arahan khas Huguan Siou.
Untuk 31 kawasan yang sedia ada menang, peruntukan antara RM3 juta setiap kawasan adalah memadai. Dana untuk 31 kawasan PKR lain akan diuruskan secara ‘centralized’ oleh Azmin Ali dan beberapa orang akauntan bertauliah. Makna kata, dalam jagaan Azmin sahaja hampir RM100 juta. Ini dana untuk jentera/bakal calon semata.
SABAH
Peruntukan Huguan Siou yang lebih besar akan dihalakan ke Sabah.
Huguan Siou mahukan peruntukan besar diberikan kepada setiap kawasan Parlimen – tetapi tumpuan akan diberikan kepada 7 kawasan.
1. Penampang
2. Kota Belud
3. Tuaran.
4. Kota Marudu
5. Putatan
6. Libaran
7. Tawau (masih dalam negotiation).
Untuk 7 kawasan ini; RM5 juta dirasakan memadai. RM35 juta untuk 7 kawasan Parlimen di Sabah adalah satu angka yang sangat munasabah kepada Huguan Siou.
SARAWAK
Tumpuan akan diberikan kepada 7 kawasan Parlimen:-
1. Stampin (P196)
2. Miri (P219)
3. Lawas (P222)
4. Selangau (P214)
5. Julau (P209)
6. Saratok (P205)
7. Mambong (P198)
Pada asasnya bersetuju menggunakan kaedah sama di Sabah; RM5 juta untuk setiap kawasan Parlimen yang dinyatakan.
Peruntukan dana pilihanraya kali ini akan dikendalikan dengan cermat dan hati-hati. Tidak mahu ada yang terkesan di atas radar SPR dan agensi keselamatan lain. Akaun-akaun khas sudahpun diwujudkan bagi memastikan semuanya dilakukan secara ‘legal’ dan terperinci. Masih banyak lagi dana yang boleh digunakan.
Kalau menurut laporan semasa, setiap DUN PKR juga akan menerima peruntukan yang besar. Tumpuan, sekali lagi kepada Sabah dan Sarawak.
Dana Khas Huguan Siou ini tidak termasuk dana Selangorku, dana luar dan dana politik Pakatan Rakyat. Ini peruntukan khas Huguan Siou. Bantuan Pilihanraya Huguan Siou (BPHS2013).

Strategi politik dalam memenangi hati pengundi setelah melalui fasa perebutan kuasa penentuan pemerintah yang getir memang macam tu, cumanya yang ketara sekarang ni keperibadian kepemimpin lah yang akan mencerminkan tindakan. Kalau BN tak buat sesuatu inisiatif dengan cara berhemah puak Pakatan terutamanya Anwar dan DAP akan cakap kerajaan sekarang tidak pedulikan rakyat dan kalau buat sesuatu inisiatif ditafsirkan pula dengan konotasi negatif iaitu kerajaan beli undi lah, politik wang lah, rasuah lah, jadi bagai mana?
Kembali kepada keperibadian pemimpin iaitu dalam BN kita boleh lihat kepimpinan negara masih mengekalkan jati diri dalam mengharungi arus globalisasi yang penuh dengan dakyah2 akhir zaman ini dan bandingkan dengan keperibadian kepimpinan Pakatan, bukan sahaja hanyut dalam arus globalisasi malah Pakatan menjadi agen pemangkin dakyah2 halus idealisme songsang ini dalam negara. Seperti kata rakan2 dalam AIDC ni iaitu yang hak dan yang bathil dah jelas dan perjalanan kita masih jauh oleh yang demikian dalam PRU 13 ni biarlah ianya menjadi permulaan yang baik dalam meneruskan perjalanan kita yang jauh ini dengan mengundi BN.
PRU 12 dulu, seorang kenalan tinggal di Gombak, yg kerja cetak T-Shirt & printing hampir bengkrap, kena tipu: RM 1.5 juta, cetak TShirt & bunting BN, import dari China material, tak bayar. Mungkin burn gitu. Itu cara BN, maknanya kos PRU besar. PR saya tak pasti. Mereka sngt jimat, belanja betul2, Pas biasanya ditarbiah korban keringat & peluh tanpa upah, PKR mungkin bnyk duit, mcm UMNO, mereka pun sbgh UMNO dahulu. Apa pun, UMNO / BN dah guna hampir RM 8 billion duit Perbendaharaan Malaysia utk ‘beli’ undi rakyat malaysia, seperti diakui sendiri oleh Tun M. Hampir RM 1.7 billion duit Felda utk imbuhan FGV bagi peneroka, sedangkan saham FGV merudum terpaksa guna Cash KWSP & Tabung AWP utk menahan dari terus jatuh, atas kertas KWSP rugi jutaan ringgit duit pencarum. Felda pun pernah buat loan RM 6 billion dgn KWSP, sedangkan Felda pernah memiliki berbillion cash reserve. Amanah Allah sngt berat utk dipikul. .
Maybe kwn anda ditipu dulu tp tak adil kita nak generalized semua org BN mcm tu..
Semua parti sama sahaja dalam perbelanjaan p/raya..Jika PR yg memimpin kerajaan sekarang, tidakkah mereka akan melakukan sesuatu yg serupa utk mengambil hati potential voter?
Saya mungkin silap tp biarlah duit mengalir ke peneroka Felda drpd mengalir ke arah laen.. Biar peneroka Felda makin maju+senang..
Apa yg patut kita buat, ambil shj tindakan kepada mana pemimpin politik yg sebegini.. Tidak kira BN atau PR tetapi jika pemimpin politik itu melakukan kesalahan, dakwa mereka mengikut lunas undang2 yg betul.
Yg penting di sini, pilih pemimpim yg jujur+menunaikan janji+akan menjaga hak agama/org Islam & melayu bukan yg sanggup bermuka-muka+bertolak ansur dlm hal agama Islam demi mendapatkan undi.
Semoga seluruh umat Islam Malaysia kembali ke jalan yg benar dan bersatu!
betapa anwar menggunakan umno dulu utk kepentingan sendiri bersama keluarga dan kroni. brp ramai kroni yg ada dan tlh dpt bertimbun harta yg dia dan kroninya kumpul dulu? pergghh jahanam tul mamat sekoq ni.. silap2 mamat ni pun ada bela budak2 afrika yg mai sini jual dadah.. takkanlah mudah sgt dpt duit byk tu.. giler aper? ni bukan pilihanraya, ni dah jadi pesta tabur duit… ni lah geng yg PAS tunggu sekian lama dok tunggu.. nik aziz pun tgh senyum manjang, tido pun lena dah mimpi putrajya.. aku rasa nik aziz mmg ada psg niat nak pencen PM, selagi x dpt dia tak pencen…
Apa lagi.. Special force UMNO mesti buat mission imposible utk gagalkan jaringan duit si hamlau ni (jika duit ni duit haram or duit yahudi la).. Takkan nak bongkar duit 2 billion ni guna air liur je?
Hati2 org UMNO/BN, kalai tak ditangani dengan jitu kalahla UMNO/BN PRU13 ni..
Kerana dia mengkhianati bangsa Melayu dan Islam yang akan hancur dibumi sendiri ,berkat doa kita semua Allah akan halang segala perancangannya.Tengoklah nanti
Amboiii.. banyaknye duit si ‘anugerah tuhan’ ni.. dapat dari mana tu??? dari george soros ke???
Igauan Siol ye.
check this out :
Kumpulan Hartanah Selangor hits limit-up on KDEB RM193m offer
http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/2/14/business/20130214155036&sec=business
biasa lah tu. dia tetap mau menang and then payback time by the financiers. itu lah kerja dia. agama and bangsa put aside.
A.w.w. handai taulan. Masya-Allah, banyaknya duit si hamlau ni sedangkan sblm jadi menteri kewangan dulu atau sblm sertai kabinet BN mana dia atau keluarganya ada harta yg banyak? Kini duit dia bertimbun2 (tak tahu dari sumber mana selain kalau bukan dana asing dan dot dot dot…..) utk dibazirkan dlm pilihahraya. Kita lihat dan tunggu sama ada ia dari sumber halal atau haram kerana Allah Maha Mengetahui dan lambat laun pun mungkin terdedah juga. Salam.
Jangan salah sangka. Itu adalah duit hasil perniagaan semata-mata tiada duit lain. Perniagaan yang tidak semua orang mampu buat iaitu perniagaan menjual negara sendiri..
hahaha
murah murah…sapa mau beli…