PARADIGMA POLITIK BARU

Timbalan Pengerusi SPR Akan Saman Mat Sabu

AIDCNews – 14/02/13 – Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang didakwa telah memfitnahnya di atas kenyataan dalam Harakah bertajuk “Ragu Peranan SPR, Wan Ahmad Omar mesti letak jawatan”

Menurutnya, notis tuntutan memohon maaf telah dihantar kepada Mohamad, yang dikenali sebagai Mat Sabu pada 7 Februari lalu dan diberi tempoh tujuh hari untuk berbuat begitu.

“Kalau dia (Mat Sabu) buat sedikit penyelidikan dan semakan mesti dia tahu cerita sebenar, tapi niat jahatnya itu, ikut fakta tak penting tapi yang penting fitnah untuk tarik orang baca dan tujuan lain yang mereka mahukan.

“Banyak pihak keliru dengan laporan tersebut.

“Jadi saya telah menghantar notis tuntutan kepada Mat Sabu untuk memohon maaf sehingga esok, kalau gagal saya akan failkan saman terhadapnya,” katanya kepada pemberita di kediamannya, di Shah Alam, 14 Feb.

Selain Mat Sabu, notis turut dihantar kepada Pas, Angkatan Edaran Sdn Bhd, Ketua Pengarang akhbar Harakah dan penulis artikel tersebut.

3 Comments

  1. Funny says:

    Eek.. So sebenarnye surt Khabar mne yg suke wt fitnah ek? Dr dulu ak dgr n di Ajak utk x bce paper utusan n berita harian, sebab diorg akhbar fitnah, tp cemane ni.. Harakah yg memfitnah plak?…. Kui3x

    • fikrisoleh says:

      Aku dah lama tak baca Harakah.. Masa sokong PAS dulu aku baca. Politik semata-mata. Aku beli sebb nak tau berita pasal PAS jek. Ilmu? zero. Skrg tengok pun tak lalu.

      Sinar Harian yg pro-pembangkang pun masih ok dlm aspek maklumat/berita. Tapi aku malas nak baca, sbb kalau berita politik mesti sebelah pembangkang. Nama pun tabloid.

      Utusan pun bangang gak. Ada berita yg salah taip dan salah maklumat, iklan pun macam sial tak fikir budaya Melayu. Tapi ada bahagian yg berkualiti. Aku lebih suka baca Utusan, Berita Harian atau NST berbanding akhbar lain.

      Hakikatnya media massa kat Malaysia ni masih low class, quality. Nasib baik ada internet. Selidik sendiri, senang.

  2. Hamba Allah says:

    Pakatan tak mahu kalah dalam PRU13, sebab itu mereka menrendah-rendahkan kewibawaan SPR. Macam-macam tuntutan mereka kalau kalah tentu mereka akan hasut rakyat yang simpati untuk berontak. Itu stail Anwar Ibrahim, PAS pula memang busuk hati kat UMNO lebih-lebih lagi siTua kutuk tu Nicky Ajis dan Hadi mana boleh UMNO memerintah. Mereka dah trade-mark UMNO tu bukan ISLAM – malah KAPIR. DAP tu cium mulut dengan PAS. Kalimah ALLAH pun sanggup PAS jaja untuk dapatkan UNDI bukan Islam. PKR pula, masaalah MORAL ANWAR boleh simpan bawah KARPET. Bukti jelas pun, puak PAS yang kata Video tu besi dan kaca. Dulu tahun sebelum 1998 bukan main templak kat ANWAR dalam Parlimen lebih-lebih lagi Mat Sabu Khalwat, sekarang dah jadi GENG pulak satu team – masalah MORAL, Karpal Singh tu dalam Hansard Parlimen dah rekod mendakwa ANWAR terlibat dalam SEKS sumbang mahram, jantan, perempuan pun boleh ON. Sekarang ni Tennis Partner pun dah buka Pekong Anwar tu. PAS masih macam tu juga, macam tak ada apa-apa berlaku.
    Hakikatnya PAS sudah jauh menyimpang dari matlamat ASAL, sekarang di kelilingi oleh Parasit-Parasit dan Ulamak Bisu kata Dato Hassan Ali. Pas besengkokol dengan KAFIR yang mahu guna Kalimah ALLAH nak merendahkan agama ISLAM justeru tu ingin melihat Malaysia ni hancur macam negara Arab Spring. Lepas tu DAP boleh team dengan Singapore (PAP) naungan YAHUDI. Lepas ni bolehlah juak-jauk PAS tu puas hati dan bebulan madu dengan DAP dan PKR. Masa tu kuasa Melayu bagai di hujung Tanduk. Minta belas kasihan dengan DAP. Anwar pula boleh enjoy dengan bininya dan familynya, kes dia boleh ditolak tepi. Masa tu berebut-rebutlah siapa nak jadi PM untuk negara Malaysia. Bala akan menimpa pada semua Rakyat Malaysia yang mencintai Negara mereka sendiri………………….PRU 13 penentu – Keselastarian bangsa Melayu….

    Buktinya: (http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=_1Sne-D1yZA – Anuar Ibrahim – Kalimah Allah hak Kristian) Berani cakap depan bukan Islam. Yang islam keliling dia tu dah jadi pengikut Tegar sanggup jadi Pak sanggup yang ada habuan masing-masing. Mengunakan lebih sentimen Dendam Kesumat (dan janji Manis) dari logik AKAL. Inilah hakikatnya.

Leave a Comment

 

— required *

— required *