Jeffrey : Gelaran Anwar ‘Huguan Siou’, Penghinaan KadazanDusun Murut

AIDCNews – 13/02/13 – Pemberian gelaran “Huguan Siou” kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu penghinaan terhadap adat masyarakat KadazanDusun Murut (KDM), kata pengerusi Parti Pembaharuan Negeri (STAR) Jeffrey Kitingan.

“Ia adalah satu penghinaan terhadap adat dan institusi komuniti KDM,”kata Jeffey kepada FMT.

Jeffrey yang juga Pengerusi Barisan Bersatu Borneo dan bekas Naib Presiden PKR berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar tentang Anwar yang dikurniakan gelaran “Huguan Siou” yang diberikan PKR Ranau ketika beliau melawat Kampung Paginatan, Sabah, pada hari Ahad.

Foto-foto Anwar yang memakai tanjak (sigar) dan selendang bertulis “Huguan Siou” disebar luas oleh Ketua PKR Ranau, Jonathan Yasin di laman sosial peribadinya.

Huguan Siou merupakan satu gelaran tertinggi yang bersamaan dengan maksud pemimpin penting dalam masyarakat KDM. Ia dikurniakan oleh Majlis Kebudayaan Kadazan Dusun.

Gelaran itu sekarang disandang oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah, Joseph Pairin Kitingan.

Jeffrey berkata gelaran itu diberikan kepada Anwar semata-mata untuk membodek Ketua Umum PKR demi untuk memanjang karier politik mereka di negeri itu.

“Pemimpin-pemimpin itu ‘menjual ‘ adat resam mereka semata-mata bekepentingan pertibadi. Mereka beri (gelaran itu kepada Anwar) sebab mereka mahu bodek boss mereka (Anwar) dalam usaha untuk menjadi calon.

“Mereka yang meneruskan amalan itu adalah biadap terhadap masyarakat KadazanDusun Murut,”kata Jeffrey yang juga adik kepada Pairin Kitingan.

Kesilapan besar

Sementara itu, Ahli parlimen Kota Belud, YB Dato’ Abd Rahman Dahlan berkata PKR Sabah telah melakukan kesilapan besar dengan memberikan gelaran yang Anwar tidak layak menerimanya.

“Bagaimana seseorang boleh memberi gelaran kepada seseorang yang tidak layak? Ia adalah gelaran yang suci … Anda tidak boleh datang dalam helikopter untuk menghadiri ceramah politik dan mendapat gelaran itu, katanya yang merujuk kempen politik Anwar di Sabah.

Menurutnya, Anwar sebelum ini pernah digelar oleh isterinya yang juga Presiden PKR sebagai Anugerah Tuhan dalam Kongres PKR 2010, namun satu gelaran masih belum mencukupi kepadanya.

“Dia (Anwar) sudah digelar ‘Anugerah Tuhan’ untuk rakyat Malaysia, tetapi ia masih belum berpuas hati. Dia mahu jadi ‘Raja’ kepada rakyat Malaysia,”katanya

4 Responses to “Jeffrey : Gelaran Anwar ‘Huguan Siou’, Penghinaan KadazanDusun Murut”

  1. sman

    Feb 14. 2013

    Nampaknya org Kadazan lebih tinggi moralnya dari penyokong Pas,mereka enggan menerima dengan sewenang-wenangnya Anwar di beri gelaran Huguan Siou untuk kaum mereka.Tapi tidak bagi penyokong Pas,yg rela mendiamkan diri bila Anwar mahu di nobatkan sebagai Perdana Menteri,manakala Presiden mereka sendiri di ketepikan dan dikatakan tidak layak oleh DAP.Apakah ilmu ugama Anwar lebih tinggi dari Hj.Hadi,atau moral dan akhlak Anwar lebih bersih,itu pun penyokong Pas tak boleh menilai.Tak tahu nak kata apa lah ,kalau macam tu….mujurlah aku bukan ahli Pas,kalau tidak malu pada Kaum Kadazan.

    Reply to this comment
  2. DH Daniel

    Feb 14. 2013

    Allah yang Maha Esa sedang menunjukkan satu persatu keaiban Anwar Ibrahim ini. Jika beliau menjadi PM sekalipun, maka Allah SWT hendak beliau leka dengan kemaksiatan yang dilakukan, dihijabkan Anwar Ibrahim ini supaya beliau selari dengan sangkaannya bahwa beliau hebat, takabbur dan para penyokong dapat terus taksub hinggalah akhirnya beliau akan jatuh sejatuh-jatuhnya. Cuma kita berdoa kepada Allah SWT agar jangan seluruh Malaysia diturunkan bala bencana dek kerana perbuatan kaum Luth, pluralisme agama serta penghinaan terhadap nama suci Allah SWT yang diredhai Anwar Ibrahim dan dijadikan modal politik mereka yang masih menyokong DAP dengan segala kebebasan tanpa had atas nama hak asasi manusia. Ya Allah SWT lindungilah kami yang sedikit dan membenci perbuatan Anwar Ibrahim dan konco-konconya, dari azab Mu di dunia dan akhirat. Berikanlah kekuatan kepada kami agar dapat terus menjalankan amar ma’ruf dan nahi munkar.

    Reply to this comment
  3. taufan

    Feb 14. 2013

    Kalimah Allah pun dia boleh jual beli, apalah sangat dengan kalimah “Huguan Siou”. Anwar akan kata ia adalah hanya terjemahan yg membawa makna “Pemimpin Besar” semata-mata…. So, apa bising-bising? apasal lu orang sensitif?

    Reply to this comment
  4. WakKang

    Feb 13. 2013

    Hehe …geli hati betul dengan gelagat pembodek suku Anwarinas ni, dah tak kenal orang dah!!! Yg dia nampak Anwar saja!!!
    Gelaran yg amat layak untuk Anwar Ibrahim ni ialah MUNAFIK!!! Father of LGBT!!

    Reply to this comment

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE