Gelaran Anwar ‘Huguon Siou’ Diprotes Kadazandusun Murut

AIDCNews – 13/02/13 – Tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Ranau memberikan gelaran Huguan Siou kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah menimbulkan kemarahan masyarakat Kadazandusun Murut (KDM) Sabah kerana ia disifatkan sebagai satu penghinaan.

Ahli seumur hidup Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA), Datuk Eric Majimbun, berkata gelaran Huguon Siou yang diberi kepada Anwar jelas tidak menghormati budaya dan adat resam masyarakat KDM.

“Anwar sebagai pemimpin yang diagungkan pengikutnya, konon bakal menjadi Perdana Menteri sepatutnya tidak menerima anugerah itu.

“Bagi masyarakat KDM, penerimaan Anwar itu adalah penghinaan besar kerana ia hanya khusus untuk masyarakat KDM dan bukan diberi sewenang-wenangnya,” katanya kepada BH semalam.

Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Tan Sri Bernard Dompok menyifatkan tindakan PKR Cabang Ranau itu sebagai satu bahan jenaka.

“Ini (anugerah Huguon Siou kepada Anwar) adalah satu jenaka,” katanya pada majlis pelancaran Menggalakkan Menggunakan Bahasa Kadazan dalam Keluarga dan Ramah Mesra Keturunan Keluarga Madani Balanting di Nabalu Puru Lodge di Kampung Putaton, Penampang, semalam.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, menyifatkan tindakan mengangkat Anwar sebagai Huguan Siou disifatkan sebagai strategi kempen politik.

Beliau turut mempersoalkan bagaimana seorang yang bukan berbangsa KDM boleh menerima gelaran yang hanya dikhususkan untuk pemimpin etnik berkenaan.

“Saya tidak tahu bila Anwar jadi KDM. Apa perjuangan dia untuk mendaulatkan masyarakat KDM di Sabah,” katanya.

Ketua PKR Ranau adalah Jonathan Yasin, seorang peguam Kadazandusun yang juga abang ipar kepada pemimpin senior PKR Sabah, Ansari Abdullah, lapor FMT.

Parti STAR (State Reform Party) mengangap tindakan PKR itu sebagai “menjual” kebanggaan rakyat Sabah kepada orang yang tidak layak.

“Walaupun PKR Ranau mempunyai hak untuk menghormati sesiapa, (namun) ia adalah tindakan gila bermain dengan gelaran untuk tujuan tertentu.

“Bolehkah anda bayangkan seseorang memberi kepada pemimpin gelaran ‘Yang Pertuan Agong’ atau hanya ‘Agong?'” kata Timbalan Pengerusi STAR, Daniel John Jambun .

Penyelaras STAR untuk Tempasuk, Suwah Bulleh, juga mengutuk tindakan bermain dengan gelaran itu yang disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab.

“Tindakan itu memberikan gambaran bahawa kita adalah orang-orang yang murah dan bodoh,” katanya.

Anwar dilaporkan The Star menafikan menerima gelaran itu, namun Jonathan Yasin mengesahkannya.

Anwar memakai tanjak (sigar) dan selendang bertulis Huguan Siou dalam lawatannya di Kampung Paginatan, Ranau, baru-baru ini.

Yasin berkata tanjak dan selendang itu (simbol Huguan Siou) telah dilakukan kepada Anwar semasa lawatan beliau ke Kampung Paginatan hujung minggu lalu oleh bekas ketua asli, Paulus Kimpuang.

“Siapakah saya untuk menghalang mana-mana individu Kadazan atau Dusun untuk melantik Huguan Siou Malaysia?” kata Jonathan dalam jawapan kepada komen yang dipaparkan di laman Facebooknya.

Sebelum itu Jonathan turut memuatturunkan gambar Anwar memakai tanjak (sigar) dan selendang bertulis Huguan Siou di laman facebooknya.

Tindakan itu menimbulkan kemarahan orang-orang tua Kadazandusun yang menuduh pemimpin PKR sengaja memperkecilkan komuniti mereka.

“Ini adalah satu penghinaan kepada kami,” kata ketua daerah Kota Kinabalu, William Majimbun.

2 Responses to “Gelaran Anwar ‘Huguon Siou’ Diprotes Kadazandusun Murut”

  1. HAJIMIN

    Feb 23. 2013

    ALAMRAYA
    SALAMCERIO
    I LIKE I LOVE

    Reply to this comment
  2. warisatuliman2010

    Feb 13. 2013

    Salam handai taulan. Jangan terperanjat pula selepas ini kelompok2 Zionis-Neocon-LGB dan konco2 mereka pula akan memberikan gelaran tertinggi kepada Anwar al-Munafik dan Wan Jijah kerana sumbangan besar mereka membantu musuh2 Allah dan Rasulullah ini melemahkan Islam dan umatnya di seluruh dunia. Makin syioklah Dajjal Junior ni stlh menerima gelaran2 lain termasuk gelaran doktor (tak) kehormat dari sebuah universiti katolik di Filipina. Fikir2kanlah. Wassallam.

    Reply to this comment

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE