Undi Pas Adalah Haram ?

TUMPAT 12 Feb. – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini yang dianggotai para ulama, tok guru pondok, imam dan ustaz muda membuat pengisytiharan bahawa memberi undi kepada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah haram.

Pertubuhan itu iaitu Minda Pondok, Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK) dan Pendita turut menegaskan bahawa perjuangan menentang Pas adalah jihad kerana mengundi parti itu bermaksud menyokong DAP yang merupakan parti cauvinis yang menolak Islam dan memperjuangkan sekularisme.

Sehubungan itu, kesemua NGO berkenaan yang diwakili pemimpin masing-masing berjanji akan menyediakan satu dokumen lengkap berhubung pengisytiharan tersebut untuk diberikan kepada raja-raja Melayu dan Majlis Fatwa Kebangsaan agar dapat dibincangkan dan menyelesaikan kekeliruan yang ditimbulkan oleh Pas selama ini.

Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa’amah yang juga Penasihat Minda Pondok berkata, kegagalan Pas mempertahankan Islam terutama penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam tidak boleh dimaafkan sama sekali, malah demi politik para pemimpin Pas seolah-olah jahil agama.

“Membiarkan kalimah Allah digunakan seperti itu berdosa dalam hukum. Maknanya kita mesti mempertahankan kalimah Allah dan akidah orang Islam, dalam pilihan raya umum kita mahu perdana menteri dan timbalannya orang Islam maka di sinilah kita berjihad, kita jangan undi Pas.

“Saya bercakap mempertahankan kalimah Allah, saya rujuk empat kitab mazhab, kitab tafsir, kitab fekah dan banyak lagi rujukan. Boleh dikatakan menyeluruh kitab saya rujuk tetapi mereka tuduh saya jahil.

“Kesemua kitab ini menyebut bahawa kalimah Allah tidak boleh disekutukan, tidak boleh digunakan selain untuk agama Islam dan untuk mendaulatkan Islam. Ia adalah kalimah suci jadi kenapa kata saya jahil,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Abdullah, Pas juga perlu ditolak kerana menyatakan sokongan padu kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menyokong hasrat DAP meskipun bertentangan dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas.

“Orang seperti Anwar ini kami orang pondok tidak boleh terima kerana terlalu nyata kepada kami satu daripada itu (perjuangan Anwar) adalah membenarkan kalimah Allah (digunakan oleh bukan Islam),” katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Minda Pondok, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz berkata, kerjasama Pas dalam pakatan pembangkang yang kononnya atas nama tahaluf siyasi sebenarnya pada nama semata-mata, sebaliknya apa yang berlaku adalah Pas hanya kuda tunggangan DAP.

“Tahaluf siyasi Pas adalah haram maka wajib kita menolak mereka atas beberapa fakta antaranya Pas bukan parti dominan dalam pakatan dan kerajasama itu dibuat dengan parti DAP yang kita tahu menolak penubuhan kerajaan Islam.

“Sebelum bertahaluf siyasi, perjuangan Pas adalah menubuhkan negara Islam, ingin melaksanakan hudud, persaudaraan sesama Islam tetapi selepas itu matlamat mereka berubah iaitu mahu kerajaan berkebajikan, hudud bukan lagi agenda utama dan mendoakan kemusnahan sesama Islam.

“Tahaluf siyasi yang sebenar telah jelas kita lihat dalam Barisan Nasional (BN) iaitu UMNO adalah ‘imam’ manakala MIC dan MCA adalah ‘makmum’ yang akan bersama-sama berjuang atas arahan imam,” tegasnya.

Ahli Jawatankuasa Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK), Mohd. Zawawi Awang pula berkata, permintaan DAP supaya kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam sama seperti yang berlaku di Indonesia apabila ramai masyarakat Islam negara itu menyokong pemikiran sekular.

Beliau memberikan contoh sebuah video yang dimasukkan ke dalam laman Youtube bertajuk ‘Bible dalam bahasa Arab’ yang dirakam di Institut Teologi Kalimatullah di Jakarta tentang bagaimana seorang pelajar Kristian membaca Bible dalam bahasa Arab di sebuah gereja.

“Gerakan ini sebenarnya sudah bermula berpuluh tahun dulu dan perkara sama kini cuba dibawa masuk ke Malaysia secara senyap-senyap tanpa kita sedari.

“Gerakan ini berjaya di Indonesia yang rakyatnya kira-kira 300 juta orang, jadi bayangkanlah jika kita membiarkan mereka bergerak di Malaysia pasti lebih mudah kerana rakyat kita cuma kira-kira 28 juta,” tambahnya – Utusan

12 Responses to “Undi Pas Adalah Haram ?”

  1. Taj

    Feb 14. 2013

    Dap dan Anwar adalah pembawa kemudaratan besar kepada umat Islam dan negara Malaysia. Dan Pas adalah pihak yang bersekongkol dengan mereka dan mempunyai pendirian yang sangat lemah di dalam menegakkan hukum Islam. Oleh itu memang sangat wajib menolak dan mengharamkan Pakatan Rakyat daripada memerintah Malaysia.

    Reply to this comment
  2. WakKang

    Feb 13. 2013

    Mengundi PAS bererti anda menyokong DAP dan PKR. ….Bererti anda bersetuju bahawa ;
    1. Allah dipluralkan sama dengan tuhan agama lain
    2. Kaum LGBT menjadi pemimpin/PM, komunis musuh islam jadi TPM
    3. Israel harus dipertahankan dan dilindungi
    4. LGBT amalan songsang seks adalah hak asasi manusia
    5. Perlembagaan negara dibatalkan dan diganti dengan pancasila kesamarataan
    6. Tiada lagi istilah bumiputera, semua kaum adalah sama berdasarkan meritokrasi individu.
    7. Pendokong parti komunis Malaya adalah pejuang kemerdekaan negara, mangsa mereka adalah musuh negara.
    8. Azan tidak boleh dilaungkan, kecuali hanya dalam masjid.
    9. Wang Zakat dan zakat fitrah diagih juga kepada bukan islam.
    10. Harta Wakaf adalah hak umum, bukan hanya untuk umat islam.
    11. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi digantikan dengan bahasa inggeris.
    12. Perkahwinan cotrak ala syiah dibenarkan.
    13. Satu keluarga boleh menganut pelbagai agama dan boleh kahwin antara agama.
    14. Orang islam boleh murtad jika tidak suka islam kerana hak berugama adalah hak individu.
    15. Pendidikan tinggi harus percuma dengan pembayar cukai menanggung kosnya.

    …… Apa lagi aaaa…..

    Maka itu, mengundi PAS, DAP mahupun PKR dalam PRU13 adalah HARAM, kerana kamu menyokong puak puak yang mahu mendaulatkan KEMUNGKARAN!!

    Reply to this comment
  3. Inna Lillah

    Feb 13. 2013

    Nak gunakan kalimah ALLAH kunun… hari tu sibuk dalam sidang akhbar tidak di benarlan sesiapa menggunakan nama PENANG ala=ala CHAR KOEY TEOW PENANG tu.. kalau nak guna kena mintak kebenaran… tapi pandai lak mintak nak guna ALLAH tu..LGE KOMUNIS HIPOKRIT!!!!

    Reply to this comment
  4. anakketam

    Feb 13. 2013

    Mengundi Pas adalah ‘haram’ dan yang mengundi adalah ‘haramjadah’

    Reply to this comment
  5. zakir

    Feb 13. 2013

    Berdasarkan kepada kemaslahatan ummah dan episod2 luka yang telah pas lakukan, saya rasa apa yang digesakan oleh NGO2 di atas ada asas yang kukuh. Pas bukanlah parti yang boleh disandarkan untuk membela ummat Islam (baca agama Islam), apatah lagi bangsa melayu dan negara secara holistik kerana pas tidak lain hanya mengejar putrajaya at all cost dan sanggup menggadai prinsip yang digenggami sejak dulu demi semata2 perkara tersebut selain hanya menjadi parti yang hanya mengikut (bukan parti yang diikuti) dalam pakatan. Tetapi yang paling tidak dapat diterima oleh segenap ummat Islam tanahair apabila pas sendiri sanggup menggadai agama Islam melalui kalimah Allah dan rela bersengketa sesama saudara seagama sebangsa hanya kerana ingin melaksana tahalul siyasi palsu dengan dap dan pkr.

    Reply to this comment
  6. lagu 2

    Feb 13. 2013

    Banyak perkara boleh dipolitikkan tetapi kalimah “AL’LAH” TIDAK BOLEH diperdagangkan sama sekali!

    Reply to this comment
  7. kamalsyah

    Feb 13. 2013

    Bersekongkol dengan pihak yang mahu nama Allah di guna dalam Injil versi BM adalah kufur, kata harun din. PAS bersekongkol dengan PKR dan DAP, nak tak nak, mereka adalah dari kelompok yang sama, dalam periuk yang sama di mana kuah ialah PKR, daging babi ialah DAP manakala sayur ialah PAS. Adakah makan sayur yang dimasak bersama daging babi halal?

    Reply to this comment
  8. sman

    Feb 13. 2013

    Dalam keadaan sekarang saya sangat bersetuju dgn NGO in,demi kesejahteraan bangsa Melayu, ketinggian ugama Islam dan keamanan negara Malaysia,Pas yg sudah banyak menggadai prinsipnya wajib di tolak.Ini sebahgian alasan bagi diri saya:
    1.Hipokrasi Pas.
    a)Dulu sanggup ‘megkafirkan ‘ pihak yg tidak menegakan Negara Islam ,tidak melaksanakan hudud,mempraktikan perlembagaan sekular,berkawan dengan bukan Islam,sekarang ini semua itu menjadi cara perjuangan Pas,malahan sanggup berkawan dgn DAP yg lebih tegar memperlihatkan ketidakselesaan mereka terhadap Islam dan org Melayu.
    b) Menolak perjuangan Umno yg mempertahankan hak istimewa Bumiputra dengan alasan ‘assobiah’.Tapi ,pada masa yg sama menerima apa saja keistimewaan yg di beri dibawah keistimewaan tersebut tanpa rasa segan silu.Mereka sepatutnya tidak meletak status bumiputra dalam apa juga borang permohonan anak pinak mereka,permohonan kerja,melanjutkan pelajaran,peluang perniagaan,perumahan,tanah ,dan apa saja,kerana mereka menentangnya.Kalau kita tolak perbuatan mencuri,takan pula pada masa yg sama kita makan hasil curian
    c)Bermati-matian membela pemecatan Anwar oleh Tun Mahahtir dan mengecapnya sebagai zalim,tapi apa yg di lakukan oleh Pas dalam pemecatan Dr.Hassa Ali dan sekarang Nasharuddin,lebih zalim dan dgn alasan yg tak masuk akal bagi sebuah parti yg kononnya memperjuangkan Islam.

    nota;nanti sambung lagi bila-bila.

    Reply to this comment
    • usin lempoyang

      Feb 13. 2013

      PAS memang haram…tarafnya dah macam ‘babi’ yang haram. tetapi babi tetaplah babi..makhluk Allah jua..tetapi apahal pulak PAS yang bertaraf ‘babi’?? PAS sanggup bergelumang dengan DAP dan PKR sehingga sanggup menghalalkan pelbagai cara demi matlamat jijiknya..Mereka ini sangat meloyakan! Tak sanggup nak lihat wajah Nik Aziz yang dah semakin uzur..tapi masih bernafsu besar untuk tetap bercokol di tampuk kekuasaan! sangat meloyakan melihat betapa beriltizamnya Nik Aziz demi persahabatan dengan kafir busuk..sehingga sanggup datang ke penang sekadar nak berkongsi makan kek harijadi..aduhaaiiii..

      Reply to this comment
  9. Gabriel Al Iman

    Feb 13. 2013

    “Undi PAS Adalah Haram” sangat setuju selagi PAS tidak tinggalkan DAP & Anwar.

    Reply to this comment
  10. le warangan

    Feb 13. 2013

    subhanAllah

    Reply to this comment
  11. Taufan

    Feb 13. 2013

    Allahu Akbar!!

    Reply to this comment

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE