Guan Eng Bukan Khalifah Umar Abdul Aziz

AIDCNews – 13/02/13 – “Lim Guan Eng dengan Umar Abdul Aziz tak sama langsung. Eja pun dah lain dah. Memang tak sama langsung,” kata ustaz Fathul Bari ketika diminta mengulas gelaran sesetengah pihak kepada Setiausaha Agung DAP itu sebagai ‘Khalifah Umar Abdul Aziz’.

Menurutnya, Umar Abdul Aziz adalah khalifah Islam yang disepakati oleh ahli ilmu Islam pada masa itu sebagai mujaddid Islam.

“Lim Guan Eng mujaddid kah ? Orang yang menjadikan negara Malaysia sekular. Orang yang berusaha menjadikan Malaysia sebagai Republik. Orang yang nak jadi negara ini negara pluralisme. Orang yang jadikan negara ini bebas memilih agama.

“Ini adalah kenyataan mereka. Negara Berkebajikan versi DAP dalam manifesto Pakatan Rakyat yang dipersetujui oleh Pas dan PKR.

“Takrifannya, Lim Guan Eng berikan..kami inginkan Negara Berkebajikan yang bermaksud Negara Sekular.”

Katanya lagi sepatutnya Guan Eng dipadankan gelaran dengan tokoh-tokoh bukan Islam seperti Martin Luther dan sewajarnya.

“Jadi saya tidak setuju Lim Guan Eng diberi gelaran Umar Abdul Aziz. Nak bagi kat dia Martin Luther ke tak apa, bagi.

“Tapi tokoh-tokoh ilmuan Islam yang hebat-hebat ini, mana mungkin, kita nak samakan dengan mereka.

“Pertama, dari sudut iman dan kufur pun sudah berbeza.”

9 Responses to “Guan Eng Bukan Khalifah Umar Abdul Aziz”

  1. Nor

    Feb 14. 2013

    Sebelum ni orang melayu tersentuh sungguh dengan lee kuan yew pakai songkok. Tak sangka lebih 50 tahun ada pulak sekelopk umat yang tersentuh dengan tindak tanduk lge sehingga sanggup digelar khalifah.

    Reply to this comment
  2. sman

    Feb 13. 2013

    Itulah tanda tersasarnya Pas,perkara mudah pun mereka tak boleh buat penilaian dgn betul,Lim Guan Eng dikatakan macam Khalifah Umar Ab Aziz,macam mana kita nak ikut mereka dlm hal-hal yg lebih tinggi.Puak Pas ni sebenarnya nak merendahkan Islam,bukan nak meninggikannya.Sama seperti ABIM merendahkan Islam dengan memberi anugrah Syidatina Khadijah kepada Wan Azizah si pembohong yg kononnya ada menyimpan jam Omega pelaku porno .

    Reply to this comment
    • fikrisoleh

      Feb 13. 2013

      aku stuju sngt komen hang pak sman. PAS la ni bukan pejuang islam, tp perosak akidah.

      Reply to this comment
  3. alhaqir

    Feb 13. 2013

    Saya membaca temuramah dengan Setiausaha Majlis Syura Pas, disiarkan oleh akhbar Sinar Harian semalam. Melangit dia memuji Lim Guan Eng, kemuncaknya dia menyifatkan Guan Eng sebagai seorang yang berminat untuk mengamalkan corak pemerintahan Islam!
    Barangkali mungkin inilah balasan Allah kepada sebuah jemaah yang sombong dan bongkak. Akhirnya melahirkan barisan pemimpin yang bodoh dan gagal menafsir gerak kerja politik musuh Islam. Hanya kerana Guan Eng menaikkan jumlah bantuan sekolah-sekolah agama di Pulau Pinang, beliau telah dinobatkan sebagai seorang pemimpin adil dan berjasa kpd agama Islam. Momokan Guan Eng bahawa beliau ingin meniru corak pemerintahan Khalifah Umar Abd Aziz diterima tanpa ragu dan dibangga-banggakan.
    Sejarah telah merakamkan terlalu banyak kejatuhan tamadun yang berpunca dari termakan kata-kata manis sang musuh. Sebelum Jepun menduduki Malaysia, telah dihantar kader-kadernya untuk berada di tengah masyarakat Melayu. Mereka membuka perusahaan yang membolehkan mereka bercampur gaul dgn masyarakat. Sambil itu, disuntik propaganda bahawa kedatangan Jepun adalah untuk membebaskan Malaya dari cengkaman British, “Asia is for Asia” kata mereka. Tidak sedikit masyarakat kita yang terpengaruh, lalu menyambut kedatangan tentera Jepun dengan tangan terbuka dan membantu sekadar yang mampu. Realitinya, Jepun tidak lebih baik dari British, malah lebih kejam.
    Di dalam Surah Yusuf, diterangkan antara ciri yang ada pada Nabi Yusuf sebagai seorang Menteri kerajaan Mesir ialah “ta’wiilul ahaadis” yang oleh kebanyakan penafsir memberi maksud “kebolehan menterjemahkan mimpi”. Ada juga penafsir yang menyebut bahawa dalam konteks Nabi Yusuf sebagai seorang ahli politik dan Menteri, kalimah itu lebih tepat diterjemahkan sebagai “kebolehan mentafsir peristiwa politik semasa”. Terjemahan kedua ini dipersetujui juga oleh Datuk Nik Aziz ketika beliau memberikan kuliah tafsir Surah Yusuf sedikit masa lalu.
    Malang sekali, pemimpin Pas terlalu mudah digula-gula dan digulai-gulaikan oleh Dap. Sedikit sahaja dari kalangan mereka yang mampu membaca apa yang tersirat, sesuai dgn maksud “ta`wiilul ahaadis” itu.

    Reply to this comment
    • sman

      Feb 13. 2013

      alhaqir sebagai contoh ada individu Islam lain yg lebih pandai dari ulamak Pas.

      Reply to this comment
  4. Anonymas

    Feb 13. 2013

    Umar Abd Aziz konon. LGE tu dahlah dari keturunan kongsi gelap, tak boleh dipercayai. Menindas kaum melayu, anti-Islam pula. Khalifah la sangat?

    Reply to this comment
  5. Syafrina79

    Feb 13. 2013

    LGE pandai dan kena faham bangsa cina adalah punyai penulisan strategi poltik dan ketenteraan yang lama..antaranya kaedah Tsun Zu… masa dia kecek Khalifah Umar den dah tau dah dia meme pandai ambik ati orang melayu..kena pulak melayu yang tak mengaji benda macam nih…

    Reply to this comment
    • fikrisoleh

      Feb 13. 2013

      pandai ambik hati orang melayu? orang bodoh je pecaya orang jijik mcm LGE nih! ptui!

      Reply to this comment
    • fikrisoleh

      Feb 13. 2013

      dulu masa dia sebut nk contohi pemerintahan umar bin abd aziz, masa tu lg aku nak bg penampar kat komunis ni. mmg aku dh blh agak ‘permainan’ orang mcm LGE ni. obvious sangat. cuma penyokong PR ni bodoh sombong.dah la bodoh, tk dengar nasihat saudara sendiri. Bhkan depa lebih percaya barua komunis DAP ni. Sedih aku tengok bngsa aku diperbodohkan komunis. sejarah lama berulang lg. sampai bila?

      Reply to this comment

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE