Majlis Syura Dicabar Buat Kenyataan Terbuka Sokong Anwar Jadi PM

PUTRAJAYA – Majlis Syura Ulama Pas perlu menyatakan pendirian secara terbuka berhubung pelantikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, langkah tersebut perlu memandangkan sebelum ini wujudnya percanggahan pendapat antara majlis itu dengan barisan kepemimpinan tertinggi Pas dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

“Saya berharap Majlis Syura Ulama Pas bukan hanya tidak tutup sebelah mata dalam isu itu tetapi jangan berpura-pura tentang Anwar yang mempunyai pendirian cukup jelas mengenai kalimah Allah, gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender dan melindungi keselamatan Israel.

“Majlis Syura Ulama Pas seharusnya tampil menyatakan secara terbuka terhadap isu itu, seperti mereka lakukan berhubung penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, majlis berkenaan tidak pernah membincangkan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang berjaya menguasai negara.

Malah, beliau menyifatkan dakwaan kononnya majlis tersebut menolak Anwar sebagai Perdana Menteri adalah mengarut dan mendakwa ia adalah fitnah yang sengaja direka oleh UMNO untuk mengkucar-kacirkan pakatan pembangkang dianggotai Pas, Parti Keadilan Rakyat dan DAP.

Mengulas lanjut, Mohd. Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata, Majlis Syura Ulama Pas seharusnya mengambil tindakan sama seperti dalam isu kalimah Allah bagi mengelakkan kredibilitinya terus dipertikaikan oleh parti-parti komponen dalam pakatan itu.

“Majlis Syura Ulama Pas perlu membuktikan konsistensi mereka sebagaimana isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam,” katanya -Utusan

8 Responses to “Majlis Syura Dicabar Buat Kenyataan Terbuka Sokong Anwar Jadi PM”

  1. HAMSOR

    Feb 13. 2013

    aku rasa kalau takde Nik Aziz yg sgt anti_UMNO, dah lama PAS join force dgn UMNO…

    Reply to this comment
  2. Mr Y

    Feb 13. 2013

    Pakatan = 1. perjanjian: ~ keselamatan Asia; 2. persekutuan yg bermaksud jahat, komplot: ~ utk membunuh Presiden; ~ sulit pakatan antara dua pihak atau lebih utk melakukan sesuatu perbuatan dgn tujuan utk memu­daratkan pihak ketiga, atau utk maksud yg tidak sah di sisi undang-undang, atau utk mem­perdayakan badan kehakiman atau kehakim­an semu… (Kamus Dewan Edisi Empat)

    Reply to this comment
    • Mr Y

      Feb 13. 2013

      Terjemahan ke-2 tu memang jelas maksud Pakatan dalam Pakatan Rakyat = Komplot Jahat Rakyat..

      Reply to this comment
  3. Anonymas

    Feb 13. 2013

    “Semalam, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, majlis berkenaan tidak pernah membincangkan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang berjaya menguasai negara.”

    Cover line punya ayat.

    Reply to this comment
  4. usin lempoyang

    Feb 13. 2013

    PAS tidak akan sekali-kali berani untuk menytakan pendirian nya secara jelas dalam hal menyokong Anwar sebagai PM (kalau PR menang..Naudzubillah..)
    PAS macam biasa, hanya berani bermain di kawasan ‘abu-abu’ (kabur)..
    Kenapa begitu..? Yaa..supaya senang bagi PAS untuk mengelak sekiranya keputusan yang telah dibuat ternyata salah!
    PAS parti pengecut..hatta untuk menyatakan tentang isu kalimah Allah pun, masih juga bermain di kawasan ‘abu-abu’. (memang..majlis syura telah buat keputusan jelas..namun apakah pernah Hj Hadi menyatakan pendirian beliau selepas itu? Hmmm..)
    PAS kini menjadi sebuah parti yang sangat menjijikkan..belum pernah saya merasa begitu loya melihat gelagat dua ulama (betulkah mereka ini ulama??) bernama Hj hadi dan Nik Aziz!! Terlalu loya tekak melihat Nik Aziz menyantap kek hari jadi dengan Karpal..Owwhhhhh…begitu jauh Nik Aziz datang dari Kelantan ke p.Pinang…semata-mata nak belanja makan kek kepada Karpall..Owwhhhh…malang sekali!!
    Hj Hadi?? argghhhh!!!dulu dia kata UMNO kafir..tapi bila dia kawan dengan DAP (nyata musuh Islam) dan PKR (owwhhh..!!pemimpinnya terlalu keji akhlak..ada yang peliwat dan penzina dan ada juga yang sanggup sorong kote untuk di#$%^ oleh amoyy..argghhhHHH..!!)..dia kata itu adalah ‘tahalluf siyasi..? (Lihat lah. betapa jijiknya PAS..dia konar pakai ayat arab sikit..tahalluf siyasi konon..maka ramai lah masyarakat yang begitu dangkal ilmu Islamnya turut terpengaruh dengan Hj hadi..maklumlah orang kita seringkali terengaruh dengan kalimat-kalimat arab..apa lagi kalau diucapkan oleh pemimpin PAS!!
    Semoga kebenaran akan mengatasi kebatilan.SEGERA.
    semoga PAS akan cepat sedar dan NYAH LAH Hj Hadi dan Nik Aziz dari segala kemungkaran. Amiiin

    Reply to this comment
    • Ana

      Feb 14. 2013

      Rasanya TGHH & TGNA tidak sebegitu seperti digambarkan oleh Usin. Mungkin hati Usin dah banyak sangat tompok- tompok hitam seperti digambarkan dlm hadis, setiap kali buat dosa, tompok hitam bertambah2. Dan jauh dari petunjuk Allah. Kesihan tengok Usin mcm tak keruan.

      Reply to this comment
    • sman

      Feb 14. 2013

      Sdr Usin,

      Tiada kata secatik bahasa,terlepas juga geram saya kepada dua ularmak mangkuk tersebut melalui tulisan sdr.ni.

      Reply to this comment
  5. nik najis

    Feb 13. 2013

    ulamak silent mode….kahkahkah

    Reply to this comment

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE