PARADIGMA POLITIK BARU

Tunjuk Isyarat Lucah Terhadap Raja Permaisuri Agong Perlu Dipandang Serius

Peristiwa Raja Permaisuri Agong ditunjuk isyarat lucah di Pulau Pinang dan Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak diejek juga di Pulau Pinang tidak boleh dibiar berlalu begitu sahaja.

Bagi saya ini menggambarkan sudah wujud simptom atau tanda-tanda bahawa Malaysia sedang berdepan dengan satu lagi gejala destruktif baru dalam rangka pembangunan nasional atau “nation building” kita.

Gejala ini mungkin sudah diperam sekian lama hanya menunggu saat-saat yang paling sesuai untuk dizahirkan. Kunjungan Dato Seri Najib sempena sambutan Tahun Baru Cina yang sepatutnya menjadi hari muhibbah rasanya amat tidak bertepatan dengan resepsi yang beliau dan keluarga terima.

Saya tidak pernah mendengar atau terbaca dalam mana-mana negara tidak kira apa amalan pemerintahan sama ada komunis, sosialis, junta tentera apatah lagi demokratik seperti di Malaysia dalamana rakyat memilih menunjukkan sentimen politik dalam acara seperti di Pulau Pinang itu dengan mengenepikan langsung nilai-nilai adat budaya serta kesantunan masyarakat Timur.

Kelihatan dalam kes yang berlaku di Pulau Mutiara tersebut mereka yang terlibat terang-terangan telah memilih satu perlakuan yang begitu hina, biadap, hilang kesopanan serta jauh sekali daripada tatarukun akhlak yang dipusakai turun temurun oleh kita semua tidak kira bangsa, agama dan fahaman politik. Saya yakin mereka yang terlibat itu pun sama seperti kita juga telah mengalami proses akulturasi dan sosialisasi yang sama.

Insiden ini berlaku di Pulau Pinang. Negeri ditadbir oleh DAP rakan sejawat PAS dan PKR. Saya tidak berhasrat untuk mengheret politik dalam isu ini. Saya lebih terpanggil untuk menilainya dari sudut sosio-budaya.

Pertama, pada hemat saya apa yang telah berlaku tidak diserlah secara sepontan. Besar kemungkinan insiden tersebut adalah hasil daripada satu bentuk perancangan yang dizahirkan secara berorkestrasi.

Kedua, bila disebut ada unsur orkestrasi sudah barang tentu pula ada arahan dan pengarahan. Perlu diketahui siapa peneraju dan bagaimana penerajuan itu dibuat? Ketiga, apakah insiden ini akan tinggal dan lenyap disitu sahaja atau ianya boleh di anggap sebagai persiapan rapi kepada satu “acara” yang lebih besar berkait dengan PRU13?

Keempat, tidakkah insiden jijik ini menggambarkan bahawa bagi setengah-setengah pihak, apa pun usaha yang diambil untuk membentuk negara bangsa bersendikan kerukunan dan ketatasusilaan seperti program PLKN tidak lebih daripada menyiram air di daun keladi?

Kelima, kita difahamkan bahawa pencetusan 13 Mei 1969 mempunyai iras-iras persamaan dengan kedua-dua insiden di Pulau Pinang itu.

Tidak hairanlah diakhir-akhir ini ada pihak-pihak yang berminat menonjolkan berbagai senario ngeri yang mungkin akan tercetus berikutan dengan ke arah mana keputusan PRU 13 akan memihak dan sebagainya.

Keenam, insiden itu berlaku di Pulau Pinang negeri yang ditadbir oleh DAP. Bagi saya seandainya jalur penaklukan DAP meluas ke negeri-negeri lain seperti yang mereka sasarkan, dikatakan bahawa angka keberangkalian yang agak besar menunjukkan bahawa insiden-insiden di Pulau Pinang itu dalam nisbah yang lebih besar mungkin menyeluruh boleh menjadi kenyataan. Bukan sahaja setakat menjadi kenyataan bahkan lebih berat daripada itu sesuatu yang sukar digambarkan kemungkinan akan terjadi.

Ketujuh, gambaran-gambaran yang terbentang dihadapan samada dalam bentuk “overt” atau “covert” dan disokong pula oleh dua insiden di Pulau Pinang itu menunjukkan bahawa keamanan dan kesejahteraan Malaysia sedang diperjudikan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Akhirnya kelapan, insiden biadap dan kurang ajar kepada Raja Permaisuri Agong itu merupakan satu bentuk manifestasi untuk merendah dan menghina Institusi Raja dalam negara kita. Insiden yang seumpanya bukan lagi perkara baru.

Sudah berlaku beberapa peristiwa yang kebetulannya datang daripada kelompok parti politik yang sama yang berterusan menzahirkan sikap tidak menghormati dan memandang rendah kepada Institusi tersebut. Ini menguatkan lagi teori bahawa sekiranya kelompok tersebut berjaya ke Putrajaya nescaya sistem Raja Berlembagaan negara kita akan terancam.

Terserahlah kepada pihak berkuasa untuk menilai dan mengambil tindakan sewajarnya. Saya yakin kepada kemampuan, keupayaan dan kebolehan mereka. Bagi saya pihak berkuasa tidak perlu menunggu deretan laporan polis dibuat. Setakat maklumat zahir yang ada barangkali sudah memadai untuk pihak berkuasa mengambil satu tindakan drastik dan decisive terhadap perkara ini.

Menyerahkan bulat-bulat kepada pihak berkuasa pun ada keterbatasannya yang tersendiri. Rakyat semua khasnya masyarakat IsLam/Melayulah yang lebih afdal menggunakan kuasa penentu mereka selain daripada berusaha dan bertawakkal untuk melihat agama dan bangsa tidak diinjak-injak oleh mereka yang dilihat sudah hilang kewarasan dan pertimbangan.

Moga Allah SWT sepanjang masa melindungi kita semua.

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI, KL
12 Februari 2013

23 Comments

  1. The Poor Teacher says:

    Arwah kiyai salleh batu pahat pernah brpesan kpd murid2nya ( trmasuk slh sorgnye arwh bapa saudara saya ) “ingatlah bangsa melayu 13 mei ini akan BERULANG KEMBALI”…. dulu 1996 kt penang da jadi skali. tahun ni sy rasa angka 13 ni akan berulang lg krn kita akan mengadap PRU yg ke 13 !!! semoga tuhan berada d pihak org2 yg benar…

  2. rosas delima says:

    Dear Dato Dr Hasan
    We are heading closer towards 2020. Wawasan 2020 coupled with Gagasan 1Malaysia both seem to be an innovative initiative to achieve the aspiration of Malaysia to be categorised as a developed country. However, I am very much concerned with the growing numbers of generasi muda belia melayu abad 21 getting themselves polarised into a couple of political camps. They even branded their teams negatively as Samseng “A”, Samseng “B” & so forth. Glancing through the websites, we can clearly read their mind – they are in a state of cognitive dissonance; they show no sign of respect to the people that should be respected such as the elderly politician, the elected community representatives, the scholarly ustaz/ulama/mufti & the Sultan. It is possible that majority of them are quite well educated. They use very dirty immoral words to express their emotional grievance towards these highly respected personalities. It is also probable that although well educated but their mode of thinking are mostly of lower order rather than high order. They seems to enjoy talking about people rather than ideas. We may have already come up with strategic planning for country development, however, we may need to give more focussed with pembangunan “Modal Insan”. Thus the need to come up with a comprehensive document “Pelan Strategic Pembangunan Ummah”. Under the present political modus operandii, where we have witnessed the evaporation of trust amongst the Malays are on the uptrend, the effort to come up with such a document might not be easily implemented due to the prolong systemic conflicting ideological polarizations among the Malays since 1950. The most possible and appropriate solution will be to review or reformulate or rebranding the political approach of the Malays so as to achieved the desired result ie. strong communal bonding amongst the Malays; satu pakatan yang mantap antara UMNO, PAS dan PKR (Gagasan 1 UMMAH) sebagaimana mantapnya pakatan US-NATO-Israel dalam usaha mereka merealisasikan gagasan NWO. We need high order thinkers to execute this wonderfiul ideas. Wise Man says ” those who talk a lot about people are low order thinkers whereas those who talk a lot about ideas are high order thinkers”. Don’t ask me who are the Wise Man I’m referring to because biasanya dalam ceramah di surau, uztaz kerap menyebut “Mengikut ijtihad ulama” …. tapi jangan tanya ulama mana!!! Salam.

    • Ana says:

      Setuju dgn komen saudara diatas. Ada commentator disini pun suka guna vulgar words, bahasa lucah, gelaran yg merendahkan akhlak. Orang Melayu Islam kita terkenal dgn budi bahasa & adab sopan.

      • sman says:

        Kalau gelaran yg di beri kena pada tepatnya elok juga.macam gelaran al Jubori yg di beri oleh Mat Sabu pada kaswan baik dia,dan Pok Nik pun pernah menegakan gelaran seperti itu bila mengatakan ‘tuhan pun mencarut,bagi membenarkan isi kandungan buku ‘SHIT’ Prof Shanon.Dlm buku tersebut ‘Kepala Taik’ di tujukan kepada TM.

  3. sman says:

    Bersabar je lah org Melayu,sebab pemimpin kita pun bersabar.Tak cukup dgn bersabar,peimimpin kita pun tergila-gila benar dgn undi org lain,minta sedekah ke hulu ke hilir.Umno baik, Pas baik Pkr lagi teruk.Melayu sama Melayu bergaduh,kemudian kita minta sedekah undi dari org lain dan seterusnya kita ikut je telunjuk mereka ,biar menang sorak kampung tergadai tak apa.

  4. Zul says:

    Malaysia akan mengalami kehancuran jika setiap perkara dijadikan modal politik dan tidak boleh beza parti politik atau kerajaan.

  5. Anonymas says:

    Kalau dengan raja Melayu dah macam ni, agaknya mereka redha ke dengan pemimpin Melayu pakatan menjadi PM?

  6. Oscar Salamanca says:

    Yang pandai ajar Cina ni adalah Pak Sukarno & Suharto, sampai sekarang cucu cicik cina cakap bahasa Indonesia. Kat German depan mata kepala aku sekeluarga Cina Indon, sepet bukan main lagi tapi cakap bahasa Indonesia, sepatah haram bahasa Cina tak disebut. Cina sial kat Malaya ni dah melampau naik lemak babi. Sial kau Anwar.

  7. warisatuliman2010 says:

    A.w.w. handai taulan. Jangan biarkan pisang berbuah dua kali. Cukuplah hanya S’pura yg terlepas dari tangan Melayu, jangan pula biarkan P.Pinang juga terlepas. Kalau ikut cara Allahyarham Tun Dr Islam, pengkhianat spt Guan Eng dan yg sepusat sepusing dgnnya perlu terus ditangkap dan disumbatkan ke Pulau Jerjak atau yg lebih ‘terror’ daripadanya.

  8. KONG KEK says:

    SEMUA INI ADALAH KERANA SIFAT KURANG AJAR DAN TIUDAK MENGHORMATI MELAYU DAN ISLAM YANG DIAJARKAN OLIH ANWAR ALJUBURI LAKNATULLAH DAN DISOKONG OLIH PARA ULAMA PAS YANG GILA SEKS DAN PENYOKONG SYIAH.

  9. Siti says:

    hmmm…itu Najib tu saya kurang setuju. Pada mulanya Najib yang kata, sambutan CNY di penang itu bukan berunsurkan politik, Najib yang start dulu. Rakyat respond. Lain kali sila nasihatkan najib untuk bezakan acara public dengan acara parti politik ok.

    Mungkin saya biased……..NOT!

    • KONG KEK says:

      YA….TAPI SIKAP KURANG AJAR HANYA ADA PADA MATA SEPEK YANG TIDAK MENGENANG BUDI ATAS TARBIAH DARI SHEIKH ANWAR ALJUBURI AL-DAJJAL DAN ULAMAK PAS YANG SONGSANG DAN SESAT SERTA PENGIKUT SYIAH.

    • Oscar Salamanca says:

      Kau anti-perlembagaan juga ke? Najib dengan Agung ada bezanya? Boo Najib masalah politik, tunjuk luncah kat Permaisuri Agung anti-perlembagaan, malah DAP juga anti-Islam & anti-Melayu, patut di hapuskan!

    • Anonymas says:

      Jadi bersifat biadab macam babi tunggal tak apalah kalau dia datang daripada parti politik lawan ya? Itu ke yang diajar pemimpin PR, mana adab dan sopan santun?

    • X says:

      Kena nasihatkan semua ahlul politik kat Mesia ni supaya jangan confusekan acara publik dengan acara politik. Dulu beriya juga kata Bersih tu bebas, tapi rupanya tak juga. Dua-dua kena katok kepala lah.

    • konek says:

      siti ko tau aku sape, aku hanyalah sebatang k…..ko tau komen sape yg ko reply i.e 2k….ko wajar berhati hati jgn dpat 3k, nanti juling mate ko dik sti oooiiiiiiiiiiiiiii

    • Ana says:

      Siti, u r not biased. Agreed with u. Institusi Raja / Agong semua Rakyat mesti hormati, tak Kira siapa, suatu yg biadap jika hina raja. Pasal PM kena respond Nooo from public bila dia tanya ‘ are you ready for BN” 3X Noooo, itu silap dia. Are you ready for Psy” 3X jawab Ya. Apa pasal PM jatuhkan maruahnya jadi Emcee utk majlis mcm tu? Tak perlu! Cukup buat ucapan, utk perpaduan & gong xi fa chai. Bila majlis CNY dijadikan political campaign, guna public budget, million ringgit cost utk bawa Psy, sekarang bila mereka kata Noooo, siapa yg malu.

      • sman says:

        Alai hai ana,apa pulak komen ana bila ,nama isteri nabi Syidatina Khadijah pun di jadikan alat poltik oleh puak Pakatan melalui ABIM,LGE menggunakan nama Khalifa Umar Abd Aziz utk tujuan politiknya.Layak ke pembohong dan org yg pandai berpura pura seperti WA di kaitkan dgn S.Khadijah,sementara pendesak yg mahu nama Allah di jual kepada mereka di kaitkan dgn khalifah Umar Abd Aziz?.Tak cukup dengan itu,Anwar mempolitikan gelaran ‘HuguanSiou’ di Sabah.

    • jantung says:

      ko ni apahal siti? ko taksub pada PAKATAN sampai pikiran dah macam budak2 start dululah apalah. ko ingat acara lumba lari ke? pls lah, ini soal respectlah stupidos!. Permaisuri agong kut….yang DAP terus nak bagi guaman percuma. ko tak rasa ke cina2 ni dalam proses nak ‘provoke’ orng2 macam ko ni? dulu 10 tahun lepas dan sekarang ni, ada ke anak cina mati kebulur kalau kata KERAJAAN ZALIM?? aku tgk lagi senang natang anak2 n bangsat CINA ni

    • sman says:

      isyarat tu di buat pada Najib ke?.Kalau tak setuju pada Najib,budak Cina tu tak usahlah datang ,atau pun kalau nak tunjuk kurang ajar tunjuklah pada Najib.Buat isyarat macam tu,jangan kan pada isteri Agong,pada isteri borohkasar pun biadap namanya,tak kira lah dalam acara apa sekali pun..Tak tahulah kalau isyarat tu tunjuk pada siti mungkin ok kut asalkan yg buat tu dari penyokong parti lain yg tak sealiran dgn siti.

  10. ron95 says:

    himpunan hijau mau bakar kilang lynas!
    ini memang unsur dengki terhadap melayu kita
    yg mempunyai kilang yg mampu menghasilkan
    rare element utk kegunaan induistri komputer
    yg semakin mendapat tempat yg tinggi di
    kalangan pengguna kini. Yang melayu
    dok pi join terutamanya hamPAS dan
    pencacai2 PR tentunya tak sedar atau
    tak mengetahui sumbangan lynas kepada
    org melayu dlm membantu pengetahuan dan teknologi
    kita yg agak daif dan ekonomi negara kita sendiri!.
    Bayangan klu lynas milik DAP tentu perkara ini
    takkan wujud sebab mereka tahu akan keuntungan
    mereka peroleh walau tercemar satu malaysia sekalipun!
    itu yg mereka mahu, racist, capitalist, hedonist DAP just
    suck it!

    • jantung says:

      apa ja DAP dan cina lahanat PAKATAN ni buat semua tak apa bro…..semua ok. tapi yang melayu2 ikut serta jugak tu aku tak berapa paham. diarang tak pernah baca sejarah penaklunakan komunis and YAhudi rasanya. aku doakan BN masih lagi dapat bertakhta

Leave a Comment

 

— required *

— required *