KUALA LUMPUR 3 Feb. – Bekas Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden diminta memberi penjelasan kepada rakyat berhubung tindakannya yang seolah-olah membenarkan pihak pembelaan melengah-lengahkan proses perbicaraan kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, persoalan timbul kerana Mohd. Yusof tidak membantah permohonan penangguhan oleh peguam Anwar yang juga Pengerusi DAP, Karpal Singh pada 2 Februari 2010.
Menurut beliau, Mohd. Yusof dilihat memberi laluan mudah kepada Karpal dalam usaha mereka melengah-melengahkan proses perbicaraan.
“Sekiranya Mohd. Yusof membantah dengan tegas, pasti hakim memberi perhatian sewajarnya dan menolak permohonan penangguhan yang dibuat sebanyak 66 kali,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Pada 9 Januari tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan atas alasan tiada bukti yang menyokong keterangan mangsa.
Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan kemudian menetapkan tarikh pengurusan kes rayuan pihak pendakwa berhubung keputusan itu pada 15 Februari ini -Utusan

Ehem-ehem!
kenal mayirandi tak?? dia pun Anji Anji Tata Kunji jugak..sama mcm KKK lebih kurang..
kira-kira 66 kali gak aku terpikir bait2 ayat terakhir sedara usin tu…
“………….berapa juta ‘daripada’ bayar ‘kpd’?………………………..”
bro wakkang, nombor 66 dlm kes anwar vs saiful bukan setakat nombor saja. 66 kali itu ambik masa bertahun2. maknanya, setiap penangguhan dgn laluan mudah oleh peguam cara itu tentu ada implikasi kewangan ‘kpd’ dan ‘dpd’ pihak tertentu. siapakah ‘kpd’ dan ‘dpd’ itu? anwar? yusuf zainal abiden? karpal? bukan tuduhan, tetapi dgn jumlah 66 yg dikira rekod dunia ini, berapa juta ‘daripada’ bayar ‘kpd’?
Saya kenal seorang tokey yg sanggup menjual perniagaanya disatu negara lain demi menyelamatkan al Jubori,kata-kata tersebut di luahkan kepada saya sendiri.Sekarang tokey tersebut entah di mana,khabarnya sudah pula berselisihfaham dgn al Jubori.Siapa saja yg rapat dgn al Jubori lambat laun tentu akan merasa bahananya,itu lah yg terjadi kepada tokey ini barangkali.
Selain daripada ini,saya juga merasa ada sesuatu yg tidak kena pada satu ‘tokoh’ lain,Saya rasa dalam kedua-dua kes liwat yg berkaitan dgn al Jubori.al Jubori terselamat kerana kelemahan ‘tokoh’ tersebut. Tak tahulah sama ada kelemahan tersebut di sengajakan atau ianya tidak di sengajakan,tapi bagi saya ianya amat mencurigakan saya.
biasa la. “aku garu blkg kau, kau garu blkg aku”. kalau byk dosa mcm g**pang la jdnya.
66Kali????? 66Kali????? 66Kali???? ………….WOW!! Kata orang 6 nombor syaitan ….ye ke?!?!? Double Devil!!! DD!!!
Bentung Kali pun tak dapat peluang macam ni … Walaupun namanya Kali…….
Masuk rekod dunia ;perbicaraan yang paling banyak ditangguh’